RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, September 20, 2018

Bab 3 : Tak Mengaku Cinta

BAB 3
“INI aje ke maklumat yang kau dapat?” tanya Syafiq serius sambil meneliti kertas yang mengandungi maklumat yang diperoleh oleh penyiasat persedirian yang diupahnya.
“Ya. Hanya ini sahaja yang aku dapat. Perempuan ni macam misteri sikit. Susah nak cari maklumat tentang dia.”
Syafiq kerut dahi. Takkan susah sangat nak cari maklumat tentang gadis ini?
So, nama dia Diana?”
“Ya.”
“Kerja di Resort Rasa Sayang? Dekat mana tu?”
“Semua maklumat ada dalam kertas tu. Kau boleh semak sendiri.”
Syafiq menjeling sebelum kembali menatap maklumat peribadi gadis bernama Diana tersebut.
Diana. Cantik namanya. Secantik orangnya juga.
So, ada maklumat yang aku perlu tahu selain apa yang ada dalam kertas ni?” Syafiq meletakkan kertas tersebut di atas meja.
Dia kemudian menyandarkan tubuh pada kerusi, meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang kepala dan menyilangkan kedua-dua belah kakinya di atas meja. Santai.
“Ada, cuma aku perlukan ekstra lagi.”
Kening Syafiq terangkat sebelah. “Tak cukup lagi ke duit yang aku bagi tempoh hari?”
Lelaki itu angkat bahu, seolah-olah tidak mahu mengulas.
Syafiq merengus kasar sebelum menarik laci dan mengeluarkan beberapa keping duit berwarna ungu, lalu dilemparkan ke arah lelaki itu.
“Cukup?”
Lelaki itu tersenyum lebar sambil mengira bilangan not tersebut. “Lebih daripada cukup.”
So, apa maklumat tambahan tu?”
“Tempat kerja perempuan ini dengarnya ada masalah kewangan yang teruk.”
So?”
So, aku rasa maklumat itu mungkin berguna untuk kau.”
Dahi Syafiq berkerut sedikit.
“Aku tak faham kenapa maklumat itu mungkin berguna untuk aku. Aku hanya mahukan maklumat tentang perempuan ini. Bukan maklumat tentang resort tempat dia bekerja.”
“Kau langsung tak boleh nak fikir ke apa maksud aku?”
Sekali lagi Syafiq terdiam. Sungguh, dia langsung tak mampu nak menangkap apa yang mahu disampaikan oleh lelaki tersebut.
“Macam inilah, aku tak tahu kenapa kau kemaruk sangat nak tahu pasal perempuan ini. Tapi, melihatkan berapa banyak kau sanggup bayar aku semata-mata nak dapatkan maklumat tentang perempuan ini membuatkan aku terfikir, pasti ada sesuatu antara kau dengan perempuan ini.
Mungkin kau ada hati kepada perempuan ini? Siapa tahu? Jadi, memandangkan tempat kerja perempuan ini dah nak bankrap, apa kata kalau kau tawarkan kerja dekat perempuan ini?”
“Tawarkan dia kerja?”
“Ya. Itu cadangan aku sahaja. Mungkin dengan cara itu mampu membuatkan perempuan ini jatuh hati kepada kau pula. Tapi, aku rasa mudah sahaja nak buat perempuan sukakan kau. Asal ada ni.”
Lelaki itu menunjukkan beberapa keping duit di tangannya.
Syafiq terdiam. Sungguh, dia langsung tak terfikir akan perkara itu. Bagus juga cadangan lelaki tersebut.
“Kadangkala kepala otak kau boleh pakai jugak kan.” Syafiq berkata sambil menggosok dagunya perlahan.

Dalam kepala sudah terangka pelbagai rancangan. Rancangan untuk menundukkan gadis bernama Diana.

Setelah hampir setengah jam memandu, Diana mula perasan dirinya seperti diekori dari belakang. Berkali-kali dia menjeling cermin pandang belakang. Sebuah kereta mewah berwarna putih seperti sedang mengekorinya.
Diana mula rasa tidak sedap hati, namun dia cuba bertenang. Ah, mungkin perasaannya sahaja, getus Diana dalam hati. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya.
Namun, hatinya tidak mampu bertenang lagi apabila kereta tersebut masih mengekorinya. Jika dia memberikan isyarat ke kiri, kereta di belakang turut melakukan perkara yang sama. Jika dia belok ke kanan, pun sama.
Takkan kebetulan kut?
Diana mula menekan pedal minyak sehingga jarum meter hampir mencecah ke angka 150 km/j. Namun, kereta di belakangnya turut menambah kelajuan. Malah, lebih laju daripadanya sehingga melepasi keretanya.
Buat seketika, Diana merasa lega kerana kereta tersebut bukanlah mahu mengekorinya. Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Kereta tersebut secara tiba-tiba berhenti di hadapannya, menyebabkan Diana terpaksa memberhentikan kereta secara mengejut.
“Gila ke apa!” Diana memekik kuat apabila kepalanya hampir terhantuk pada stereng kereta. Mujurlah dia memakai tali pinggang keledar.
Syafiq segera keluar dari kereta dan berjalan menghampiri kereta Diana. Pintu kereta gadis itu cuba dibuka dari luar, namun terkunci.
“Bukak pintu ni,” arah Syafiq.
Diana masih tidak membuka pintu keretanya. Matanya tertumpu pada raut wajah lelaki yang sedang berdiri di luar pintu keretanya. Bukankah ini lelaki yang menghalang laluannya di depan pintu tandas tempoh hari? Apa lelaki ini buat di sini?
“I kata bukak pintu ni!” Suara Syafiq mula meninggi melihatkan Diana masih enggan membuka pintu.
Diana ketap bibir. Eh, suka-suka hati sahaja nak arahkan dia macam-macam. Tanpa berfikir panjang, Diana menangggalkan tali pinggang keledar sebelum membuka pintu keretanya.
“Awak lagi! Awak nak apa... Hei!”
Tangan Diana ditarik kuat tanpa memberikan peluang gadis itu meneruskan kata-katanya.
“Lepaskan tangan aku!”
Diana mula meronta-ronta, namun Syafiq semakin menguatkan cengkaman pada lengan gadis itu.
“Masuk dalam kereta, cepat!”
“Tak nak!” Diana masih meronta-ronta ingin melepaskan diri, namun tidak berjaya.
“Baik kau diam sekarang! Kalau tidak, aku bunuh kau!” ugut Syafiq tanpa berfikir panjang.
Spontan Diana berhenti meronta. Air mata laju menuruni pipinya. Dia tidak tahu apa niat lelaki itu terhadapnya. Serta-merta dia diserang rasa takut.
Adakah lelaki itu mahu merogolnya, kemudian membunuhnya? Mayatnya kemudian akan dicampak ke dalam semak supaya tidak dijumpai oleh sesiapa.
“Masuk!”

“Lepaskan aku. Kalau tidak, aku jerit,” ugut Diana.
“Kalau kau rasa dah lama hidup, jeritlah kalau berani.”      
Diana terdiam. Kakinya dipaksa mengekori langkah kaki lelaki. Dia diseret masuk ke dalam pusat beli-belah itu.
“Encik, kita nak ke mana ni? Saya nak balik.” Diana merayu lagi, namun Syafiq langsung tidak mengendahkan rayuannya.
Kakinya laju melangkah masuk ke dalam kedai menjual barang kemas yang mewah.
“Pilih.”
“Hah?” Diana pandang wajah Syafiq dengan sisa air mata yang masih membasahi pipi.
Syafiq turut memandang wajah Diana. Spontan hatinya terusik sedikit melihat ada air mata di pipi gadis itu. Syafiq berjalan menghampiri Diana, membuatkan Diana kembali cuak.
“Encik nak buat apa dengan saya?” Diana bertanya sambil berundur beberapa tapak ke belakang.
Tangan Syafiq pantas menarik tangan Diana apabila dia merasakan gadis itu cuba melarikan diri lagi.
“Saya tak...”
“Shhh...” Syafiq meletakkan jari telunjuknya pada bibir Diana. Spontan Diana terdiam.
“Saya minta maaf kalau saya telah mengasari awak.” Syafiq berbisik perlahan.
Diana angkat kepala. Sungguh, dia langsung tidak menyangka lelaki itu akan mengeluarkan kata-kata begitu.
“Jangan menangis lagi, sayang.” Syafiq mengelap sisa air mata di pipi Diana dengan hujung jarinya.
Diana tersentak sedikit. Dia segera memalingkan wajahnya ke arah lain apabila jantungnya sudah mula berdegup kencang. Dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki itu.
“Encik, tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya tak selesa.”
Syafiq terdiam buat seketika sebelum menjarakkan tubuhnya. Dia tahu, Diana mungkin bukan seperti gadis-gadis yang dia kenal.
So, pilihlah mana yang awak nak. Saya tahu semua perempuan suka barang kemas, kan?”
Diana kerut dahi sambil memandang sekeliling. Matanya turut tertumpu pada koleksi-koleksi barang kemas yang dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut. Harga jangan cakaplah. Paling murah pun harga cecah puluh-puluh ribu.
“Kenapa encik tiba-tiba nak suruh saya pilih barang kemas ni? Encik ada hutang dengan saya ke?” tanya Diana sambil merenung wajah lelaki itu dalam-dalam.
Kening Syafiq terangkat sebelah. Pergh! Boleh tahan juga kata-kata sindiran gadis ini. Pedas sehingga menusuk ke gegendang telinganya.
“Saja. Pilihlah mana yang awak nak. Lagi mahal, lagi bagus. Memandangkan hari tu awak tak nak duit, jadi saya rasa...”
Diana menggenggam tangannya, seolah-olah menahan marah. Kini, barulah dia faham. Nampaknya lelaki ini masih memandang rendah akan dirinya. Jika dulu, lelaki itu tidak berjaya ‘membeli’ dirinya dengan duit, sekarang disogok pula dengan barang kemas.
Memang dasar lelaki tak guna!
Diana berjalan menghampiri lelaki itu. Riak wajahnya cuba dikawal supaya rasa amarah tidak kelihatan di wajahnya. Nampaknya, tamparannya tempoh hari masih lagi tidak menyedarkan lelaki itu yang dirinya bukan mudah untuk dijual beli.    
Syafiq angkat kening apabila Diana semakin menghampirinya. Riak wajah gadis itu sukar digambarkan. Adakah hati Diana sudah mampu dijinakkan apabila dia menawarkan barang kemas tersebut?
“Siapa nama encik?”
“Ehem, awak boleh panggil saya Syafiq.”
Diana senyum sinis. Nama sikit punya baik, tapi perangai mengalahkan syaitan!
“Nampaknya Encik Syafiq tak serik-serik lagi makan penampar saya. Mungkin saya patut upgrade penampar kepada penumbuk.”
Laju tangan diangkat tinggi, namun kali ini Syafiq lebih bersedia.
“Hei, pipi saya ni masih berbekas lagi dengan tamparan awak dulu, tahu tak? Saya ambil masa dua hari untuk pulih sepenuhnya.” Tangan Diana dipegang kemas.
Really? Tapi, itu pun tak mampu nak sedarkan lelaki tak guna macam encik kan. Encik ingat duit dan emas semua ni mampu beli maruah dan kehormatan saya ke?” tanya Diana berang, cuba menarik tangannya yang dicengkam kuat oleh lelaki itu.
“Relakslah. Yang awak nak buat-buat jual mahal tu kenapa? Saya tahu awak bukan baik mana pun. Kalau tidak, takkan awak lepak dekat The Ringz, kan?”
Diana pandang wajah Syafiq dalam-dalam. Dia langsung tidak faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Gaya lelaki itu bercakap macam kenal sangat dengannya.
“Saya tak faham apa maksud awak. Sorry. Saya nak balik.” Diana sudah pun berpusing, namun Syafiq cepat-cepat menghalang laluannya.
What is wrong with you?! What do you want?” Diana sudah mula naik angin.
You. I want you.” Syafiq menjawab serius.
Dia langsung tidak faham kenapa gadis di hadapannya ini susah sangat nak dijinakkan.
You are crazy.” Dada Diana turun naik sambil cuba mengawal kemarahannya.
Yes, I’m crazy because of you. Come on. Just tell me want do you want? Duit? Barang kemas? Handbag? Hermes? Gucci? Prada? Chanel? You name it. Atau awak nak saya belikan kereta? Rumah? Just name it.”
Diana geleng kepala. Serius lelaki di hadapannya ini betul-betul sudah gila.
You know what? I’m done. Now, move!”
“Diana, cuba jangan keras hati sangat boleh tak? Kenapa? Awak rasa saya tak mampu ke nak tunaikan apa-apa permintaan awak? Awak cakap aje nak apa, saya boleh bagi. Even bulan dan bintang pun mampu saya berikan kalau itu yang awak nak asalkan awak sudi...”
Diana ketawa sinis. Lelaki hidung belang ini memang pandai bermain dengan kata-kata eh?
Sorry, Encik Syafiq. Saya tak berminat. Wait. Macam mana awak tahu nama saya?” tanya Diana hairan.
Rasanya dia tidak pernah memberitahu namanya kepada lelaki itu.
Bibir Syafiq tiba-tiba mengukir senyuman penuh makna.
“Bukan setakat nama aje saya tahu, semua tentang awak ada dalam poket saya. Di mana awak tinggal, dekat mana awak kerja.”
Diana terdiam. Tiba-tiba dia rasa takut. Macam mana Syafiq boleh tahu semua maklumat tersebut sedangkan ini baru kali kedua mereka bertemu?
“Saya tak percaya.” Diana menggumam perlahan.
“Terpulang awak nak percaya atau tidak. Cuma, saya nak tanya. Apa awak nak buat jika Resort Rasa Sayang ditutup disebabkan masalah kewangan?”
Air liur yang ditelan terasa pahit, membuatkan jantung Diana kembali berdegup kencang. Jadi, betullah Syafiq tahu semua maklumat tentang dirinya?
Who are you?” Diana memberanikan diri untuk bertanya.
“Anggap saja saya peminat awak.” Syafiq menjawab sambil mengukir senyuman, membuatkan dada Diana kembali berdebar.
Sorry, Encik Syafiq. Saya bukan artis atau selebriti untuk ada peminat. Encik Syafiq salah orang. Mungkin bukan saya orang yang encik cari. Now please, saya nak balik. Tolong jangan kacau saya lagi.”
“Nanti. Okeylah, kalau awak tak suka dengan apa yang saya tawarkan, mungkin awak akan suka dengan tawaran saya kali ini.”
Syafiq mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. Sekeping kad dihulurkan kepada Diana.
Diana merenung kad tersebut tanpa mengambilnya sehingga memaksa Syafiq menarik tangan gadis itu dan meletakkan kad tersebut di atas tapak tangan Diana.
Mahu tidak mahu, Diana tunduk juga membaca maklumat yang tertera pada kad tersebut.

Syed Syafiq b. Syed Sarifuddin.
CEO, SHQ Berhad.

CEO? Mamat serupa ketua gengster ni CEO syarikat? Gila! Tak nampak macam CEO pun.
“Syarikat apa ni? Scam ke? Atau MLM?`” Diana bertanya separuh sinis.
Kecil besar, kecil besar mata Syafiq merenung wajah gadis itu. Scammer dia panggil aku?!
“Awak ni memang berani betul, kan? Serius, saya tak pernah jumpa perempuan macam awak.”
I’ll take that as a compliment.” Sekali lagi Diana menjawab sinis.
Syafiq menggeleng kepala sambil bibir mengukir senyuman. This girl is so chicky and special.
Whatever. Memandangkan resort tempat awak bekerja sekarang bakal lingkup bila-bila masa sahaja, saya nak buat satu tawaran kepada awak.”
“Tawaran apa?” tanya Diana curiga.
“Saya nak tawarkan awak kerja dengan saya. Gaji bulanan RM10K tak termasuk elaun. Semua kemudahan seperti rumah dan kereta, perbelanjaan harian akan ditanggung oleh saya. Setuju?”
Diana terdiam buat seketika. Kepala tunduk, masih merenung kad di tangan. Tawaran tersebut kedengaran seperti tidak masuk akal sahaja. Kerja apa sampai gaji dekat 10 ribu sebulan?
“Mungkin awak tertanya-tanya kerja apa, kan? Well, kerja senang aje. You just need to spend your night with me. Everyday. Itu sahaja.”
Diana ketap gigi cuba menahan rasa marah yang semakin membuak-buak. Memang dia dah agak dah. Perlahan-lahan, kepala diangkat. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Syafiq. Bibir Diana mengukir senyuman paling manis yang mampu dia berikan ketika itu.
Syafiq turut tersenyum kerana menyangka gadis di hadapannya itu mahu menerima tawarannya. Siapa akan menolak jika ditawarkan peluang begitu. Betul tak?
“Saya terima...”
Senyuman Syafiq semakin lebar. Dalam kepala sudah membayangkan malam-malamnya yang ditemani Diana, dibelai lembut oleh gadis itu. Selepas ini, tidur malamnya bakal diselimuti dengan tubuh mulus gadis itu.
“Tapi, sebelum itu langkah mayat saya dulu!” Diana berkata geram sebelum mengayun penumbuk ke perut lelaki itu. Buk!
“Aduh!” Hampir tertunduk Syafiq dibuatnya, penangan penumbuk sulung gadis itu.
Serve you right. Dasar jantan tak guna! Perangai mengalahkan syaitan!” Diana memekik kuat sebelum berlari meninggalkan tempat itu.
“You...” Syafiq masih memegang perutnya yang terasa senak. Namun, dia hanya mampu memandang tubuh gadis itu yang semakin lama semakin hilang daripada pandangan.
          “Damn it!”

Bersambung...

0 140 tukang karut:

Post a Comment