RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, March 28, 2017

Novel Baru : JEJAKA IDAMAN HATI SAYA

Blurb

“Razan, mari mama kenalkan anak bujang mama. Itu Adi, bakal tunang Razan.”
Lambat-lambat Razan Atira mengangkat kepala memandang ke arah lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya itu. Lelaki yang duduk paling hujung sekali. Lelaki yang sukar untuk dia tafsirkan bentuk fizikal dari belakang. Lelaki yang....
“OMG!” Rahang Razan Atira jatuh beberapa inci ke bawah.
Serta-merta kenangan lima tahun lepas kembali berputar dalam kotak ingatannya. Macam mana semua ini boleh berlaku? Kenapa dalam banyak-banyak manusia, dia yang bakal jadi calon suaminya?
Talk to him. Aku cabar kau.”
Disebabkan sebaris ayat yang diucapkan lima tahun dahulu, telah memberikan kesan yang bakal merubah hidupnya.
“Tapi, boleh tak kalau Raz tak nak kahwin dengan anak Aunty Zana tu?” ~ Razan Atira
“Apa? Cuba ulang sekali lagi?” ~ Puan Azira.
Bolehkah Razan Atira hidup sebumbung dengan lelaki yang pernah ‘hadir’ dalam hidupnya lima tahun dahulu? Dan bagaimana setelah lima tahun berlalu, Razin Adi muncul kembali dalam hidupnya sebagai calon-menantu-pilihan-ibunya? Adakah semuanya takdir atau telah dirancang untuk membalas dendam padanya? Apakah rancangan Razin Adi yang sebenar?

Dan yang paling penting, bagaimana dia mahu meramal pengakhiran ceritanya sedangkan permulaan hidupnya pun sudar kucar-kacir?



Berminat untuk dapatkan novel ini boleh emel nurulainnismail@gmail.com. di tangan saya hanya ada tiga buah sahaja lagi. HARGA UNTUK SEMENANJUNG RM 24 DAN SABAH SARAWAK RM 27. FREE POSTAGE + SIGN PENULIS :)

Friday, March 10, 2017

BAB 1 : JEJAKA IDAMAN HATI SAYA

Bab 1


“Aku rasa mamat tu suka kat kaulah Raz.”
“Aku dah lama perhati mamat tu. Sejak tahun lepas lagi. Kalau Raz ada, mesti mamat tu akan usha Raz sampai tak berkelip mata.” Fakrul akhirnya bersuara.
Nabela terdiam buat seketika sebelum dia memandang ke arah Razan Atira yang masih leka dengan telefon bimbitnya.
“Betul ke Raz? Betul ke mamat nerd tu suka kau? Dia pernah confess tak?” Nabela bertanya bersungguh-sungguh namun tiada sebarang reaksi daripada gadis itu.
“Raz! Jawablah aku tanya ni.” Nabela sudah mula membuat muka apabila gadis itu seperti tidak mengendahkan pertanyaannya itu.
“Sampai hati kau tak cakap dengan aku kan.” Nabela menjawab sedih.
Razan Atira menjeling sekilas ke arah Nabela yang sudah tunduk sambil menekan butang telefonnya secara rambang. Dia kemudian menjeling tajam ke arah Fakrul yang hanya sekadar mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur.
“Kau yakin ke mamat tu usha aku? Bukan dia usha kau ke?” Razan Atira bertanya sambil mengangkat kening ke arah Fakrul sebelum kembali memandang ke arah meja di hujung cafe itu. Mamat nerd itu cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain.
Penyedut minuman yang hampir lunyai digigit oleh Fakrul spontan jatuh di atas riba tatkala mendengar kata-kata gadis itu.
Nabela turut mengangkat kepala sebelum memandang ke arah Razan Atira dan Fakrul silih berganti sebelum membuang pandangan ke arah hujung cafe tersebut.
“Isy! Kau gila ke apa? Aku ni straight tau!” Fakrul berkata tegas namun muka lelaki itu sudah mula kemerahan. Razan Atira sudah tergelak kecil apabila melihat perubahan pada wajah lelaki itu. Rasakan! Pandai-pandai sahaja buat cerita.
“Kejap-kejap. Aku tak faham. Apa yang straight?” Nabela bertanya agak hairan apabila melihat perubahan pada wajah Fakrul. Kerutan di dahi gadis itu semakin ketara apabila melihat Razan Atira ketawa besar sehingga menarik perhatian sebahagian daripada penghuni cafe tersebut.
“Raz, kau ni memang...” Fakrul hampir kehilangan kata-kata apabila melihat gadis itu tertunduk-tunduk cuba menahan tawanya yang masih bersisa itu.
“Wei, aku tak fahamlah apa kau orang berdua cakap ni.” Nabela bertanya dengan nada tidak puas hati sambil memandang silih berganti ke arah Razan Atira dan Fakrul.
“Kau tanya dia.” Razan Atira menunjuk ke arah Fakrul. Kecil besar kecil besar sahaja mata lelaki itu memandang ke arahnya namun dia tidak peduli. Bukan selalu dapat buli mamat ini. Selalu asyik dia aje yang kena buli.
“Raz, kau gelak ya. Tak apa. Aku cabar kau pergi cakap dengan mamat tu.” Kata Fakrul serius.
Tawa Razan Atira masih lagi bersisa ketika dia melihat raut wajah tidak puas hati temannya itu.
“Kau nak suruh aku cakap apa? Nak suruh aku tanya sama ada betul ke dia suka aku atau...”
“Razan Atira!”
Razan Atira hanya tersengih.
“Okey-okey, aku gurau ajelah. Itu pun nak marah.” Razan Atira kembali membelek telefon bimbitnya apabila bunyi notifikasi kedengaran.
“Eii, sakit pulak hati aku orang dok hantar games request ni. Unfriend baru tahu.” Razan Atira menggumam sendirinya ketika mata masih ralit memandang skrin telefon bimbitnya itu.
“Raz, kau tak dengar ke apa aku cakap tadi?”
“Hmm?” Razan Atira masih dengan telefon bimbitnya.
“Razan!”
“Apa?” Spontan Razan Atira mengangkat kepala. Kening gadis itu terangkat sebelah apabila melihat raut wajah serius lelaki itu. Nabela hanya mengangkat bahu apabila gadis itu memandang ke arahnya seolah-olah bertanya apa yang tidak kena dengan lelaki itu.
Talk to him. Aku cabar kau.”
“Hah? Err, kau serius ke ni? Relakslah. Aku gurau ajelah. Lagipun kau yang mula dulu kan?”
Fakrul masih tegar menayangkan raut wajah seriusnya.
Alamak, biar betul mamat ni serius nak cabar dia? Perlahan-lahan Razan Atira memandang ke arah meja hujung tersebut. Aduh, mamat nerd ni tak blah lagi ke?
“Err, kau serius ke ni?” Razan Atira bertanya lagi sekali. Air liur yang ditelan mula terasa berpasir.
Go. Itu pun kalau kau berani.” Provok lelaki itu.
Terasa panas telinga Razan Atira apabila mendengar nada provokasi lelaki itu. Hei, ini sudah lebih. Apa mamat ni ingat dia tak berani ke nak tegur budak nerd tu? Alah, setakat budak nerd tu, petik jari pun boleh.
“Apa tunggu lagi?” Fakrul tak habis-habis mencabarnya. Barangkali lelaki itu bengang dengannya kerana dia telah mentertawakan lelaki itu tadi.
Fine. Apa kau ingat aku tak berani ke nak tegur mamat tu? Kau tunggu dan lihat.” Razan Atira segera bangun dari tempat duduknya. Sempat dia menjeling ke arah Fakrul yang membuat isyarat supaya dia terus melangkah, membuatkan hati Razan Atira mulai geram. Baik, tak apa. Mamat ni nak kenakan dia ya. Kita tengok siapa yang terkena nanti. Razan Atira lantas mencapai sebatang pen dan mengoyakkan sedikit cebisan kertas dari buku notanya sebelum menulis sesuatu di atas kertas tersebut.
“Kau tulis apa tu? Surat cinta?” Fakrul semakin galak mengusik apabila mengetahui yang rancangan mahu mengenakan gadis itu berjalan lancar.
Wait and see.” Razan Atira menjeling lagi sebelum langkah kaki diatur menuju ke arah hujung cafe.
“Hai...” Razan Atira mengukir senyum segaris ke arah mamat nerd yang masih tunduk merenung meja apabila menyedari akan kehadirannya di situ.
Here. For you.” Razan Atira berkata lagi sambil meletakkan cebisan kertas di atas meja apabila mamat nerd itu masih enggan mengangkat kepala.
Bye.” Sempat Razan mengukir senyuman sebelum berlalu dari situ. Tergambar riak kemenangan di wajahnya ketika dia melangkah menuju ke arah Fakrul dan Nabela yang masing-masing tayang riak ingin tahu dan keliru apabila melihat senyum lebar terukir di wajahnya itu.

Bersambung.

 p/s: Boleh buat belian terus dengan Penerbitan Fajar Pakeer free postage tau.