RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, April 25, 2016

COVER Encik Bos Cik PA dah keluar dan akan dijual di PBAKL-16

 Assalamualikum,

Lama benar aku menyepikan diri. sibuk dengan hal duniawi cengginilah jadinya. kerja tak pernah habis. serabut bila fikir.

okeylah, malas nak cerita bab serabut tu. kita cerita hal happy-happy je ok?

ni aku nak kabo yang PBAKL nanti aku ada kuar novel baru. Tajuk Encik Bos Cik PA. Harga rm27 tapi kat pbakl nanti harga rm20 je tau. beli dekat booth fajar pakeer. nanti pepandailah cari kat mana booth tu sebab aku pun tak tau hihi.

dan aku tak boleh join pbakl kali ni sebab kesuntukan masa. setiap sabtu lak aku kena kerja. ahad kn buat thesis. hari kerja yang lain lagilahhh aku sibuk. jadi, aku hanya kirimkan gift buat penganti diri. gift apa? nanti beli novel boleh tahu gift apa. Hint: AKMAL. muehehehe.
 
ni kavernya. tantik tak??
 Kat bawah ni aku sertakan blurb sikit. harap2 boleh manarik minat awak-awak semua. Selamat membaca.

“Siapa cakap awak akan pegang position tu lagi? Kan saya dah cakap tadi, awak tak layak untuk position itu.”
“Habis tu?”
Ash merenung wajah gadis di hadapannya itu dalam-dalam. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perubahan pada wajah gadis itu apabila diberitahu jawatan yang akan disandang oleh gadis itu.
“Pembantu peribadi saya.”

Disebabkan insiden yang berlaku di kampung Jun yakin bahawa lelaki bernama Ash itu mahu membalas dendam kepadanya. Jadi pembantu peribadi lelaki itu? Huh! Dia lebih rela jadi tukang cuci daripada menjadi PA lelaki itu. Namun, atas desakan hidup, akhirnya dia terpaksa akur dengan jawatan yang ditawarkan itu. Maka bermulalah episod mimpi ngeri seorang Jun.

“Ada ke patut aku pulak yang kena buat air untuk dia. Ingat aku ni tukang gaji dia ke? Tak pun bini dia? Huh.”
“Dah tu memang kerja you. You kan pembantu peribadi dia.”
“Ya ke? Habis tu kalau dia suruh I gosok baju kerja dia, I kena buat jugak ke?”
“Yang tu kalau you jadi bini dia.”

Jadi bini mamat tu? Eeee, tak ingin langsung. Namun, walaupun mulut kata tak mahu, tapi kalau hati sudah suka, tiada siapa pun mampu menghalang. Di saat Ash dan Jun mula mahu mengecapi rasa bahagia, muncul pula pelbagai konflik yang cuba mengganggu kehidupan mereka.
Bagaimana penerimaan Jun apabila mengetahui Suraya, teman baiknya turut jatuh hati kepada Ash? Mampukah Prof Adlan menggantikan tempat Ash di hati Jun? Dan Elena, tegarkah bekas kekasih Ash itu hanya melihat Jun dan Ash menyulam bahagia di hadapan matanya?

0 140 tukang karut:

Post a Comment