RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, February 24, 2016

Permata yang hilang

Salam,
Rasanya lamaaaa sangat aku menyepi dari blog ni. Terlalu banyak jugak perkara yang berlaku dalam hidup sampai malas nak buka blog. Tambah-tambah waktu sekarang. Mungkin ramai yang tak tahu, aku baru sahaja keguguran. Macam tak percaya je aku berjaya taip perkataan tu huhuhu. Mungkin belum rezeki nak memdakap si kecik junior kami. Sekarang aku masih menjalani proses berpantang dirumah mertua. Suami aku decided nak bawa aku ke rumah famili dia semasa tempoh aku bercuti supaya aku tak melayan perasaan yang bukan-bukan. Takpelah, sekarang pun dah semakin okey. Secara fizikal, aku okey aje hatta selepas menjalani D&C khamis lepas tapi dari segai emosi, mungkin mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Mujur suami banyak memberikan kata-kata semangat. Terima kasih sayang sebab balik jugak saat itu juga walaupun kita dipisahkan oleh laut china selatan uhuk. Sampai demam-demam sebab tak dan nak berehat kan.

Aku percaya semua ini pasti ada hikmah. Tak apalah, lain kali boleh cuba lagi dan insyaAllah aku pun dah bersedia untuk TTC lagi. InsyaAllah nanti aku akan ceritakan pengalaman d&c dan macam mana aku boleh keguguran. Actually aku bukanlah keguguran like macam dalam tv jatuh pastu keluar darah tu. Kandungan aku tak menjadi dan terpaksa melalui proses D&C sebab kantung tu tak nak gugur sendiri. Punya kuat rahem aku sampai tak nak lepaskan kantung tu walaupun dah 12minggu usia kandungan. Doc kata selalunya dua minggu aje dia dah gugur sendiri. Jadi disebabkan tak nak berlaku perkara lain, aku ambil keputusan untuk cuci aje. Tambah-tambah aku ada insurans yang dicover oleh univ tempat aku kerja.

Sekarang aku duduk rumah mertua jadi laptop tak bawak pulak. Menyesal sikit pun ada.kalau tak boleh buat editing mss sikit-sikit. Duduk kat rumah mertua ni memang aku duduk lepak habis. Makan, berehat tidur dan tengok tv aje. Dah tiga minggu aku tak masuk opis weii.seminggu cuti, seminggu mc dr klinik kesihatan, seminggu dari ypj. Poning pale cuti lelame ni.kalau suami ada lain citer kuikuikui.

Okeylah, nanti aku tulis lagi. Doakan aku cepat sihat dan cepat dapat beby lagi yeee. Teheee.