RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, January 13, 2016

Harga runtuh untuk novel cahaya ainn : Sayang awak Irham Daniel.

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya di mana nak beli novel aku SAYANG AWAK, IRHAM DANIEL yang diterbitkan di bawah penerbitan diksi pink. Jadi untuk tidak menyusahkan para pembaca ( cewah), jadi aku decide nak buka order untuk novel itu. novel ITU sahaja ya. novel bawah penerbitan fajar pakeer boleh order terus dengan fajar pakeer sebab lebih jimat untuk pembaca.

Harga asal rm 33 tak termasuk pos tapi aku nak buat jualan akhir tahun, maka aku bagi harga kasih sayang. RM 25 TERMASUK POSTAGE!!!! Jadi sesiapa yang berminat boleh emelkan ke nurulainnismail@gmail.com.

sinopsis:
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis kacukan bernama Irine yang merupakan seorang pereka fesyen dan memiliki sebuah butik. Kehidupan Irine sangat bahagia dan tenang di samping dua orang sahabat karibnya, Nadia dan Hanna serta ibu yang sentiasa menyayanginya. Kehilangan kasih seorang bapa sejak dia berusia 12 tahun membuatkan Irine takut untuk jatuh cinta. Papa hilang tanpa berita membuatkan Irine membenci insan bernama lelaki. Namun semuanya mula berubah apabila dia bertemu Irham Daniel, yang disangkanya seorang kasanova hanya kerana salah faham Ah! Hidup memang penuh dengan kekeliruan tanpa penghujung.
Dalam diam, Irine mula jatuh cinta pada Irham namun keadaan memisahkan mereka. Masing-masing ego untuk mengaku sayang. Namun, jika sudah jodoh, lari ke mana pun tetap akan bersatu. Akhirnya mereka ditunangkan. Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Irham ditangkap khalwat akibat rancangan jahat Sofia, tetapi rancangan itu tidak berjaya memusnahkan hubungan Irham dan Irene, sehinggalah Irene pula menerima nasib yang sama akibat perasaan dengki Sofia. Irham kecewa dengan kejadian itu dan tidak dapat menerima Irene berlaku curang padanya. Kesudahannya, mereka berpisah walaupun majlis perkahwinan cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Kerana kecewa dengan keegoan Irham, Irine membawa diri ke UK.
Saat hati bersedih dengan kematian ibu serta ditinggalkan oleh bakal suami, papa yang sudah berbelas-belas tahun menghilangkan diri muncul mengubat kelukaan di hati. Kemesraan mama dan Ben, yang sentiasa setia mendampinginya di saat suka dan duka membuatkan Irene kembali ceria di samping keluarga dan berjaya mengalihkan kesedihan yang dialami. Kesempatan berada di UK digunakan oleh Irene untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana seni rekaan.
Walaupun lebih setahun berpisah, hati Irene masih sudi merindui Irham yang jauh di mata. Kemunculan Izzul yang menyebabkan punca keretakan hubungannya dengan Irham, menagih kasih Irene yang kini kembali solo. Namun, sayang Irene kepada Irham bukan hanya di bibir. Walaupun lelaki itu telah tiada dalam hidupnya, kasihnya tetap utuh kepada Irham. Apakah yang akan dilakukan oleh Izzul supaya Irene dapat menyambut cintanya? Bagaimanakah dia dapat menghapuskan Irham dari ingatan dah hati Irene? Siapa pula Ben dalam hidup Irene? Bagaimana pula dengan Irham? Adakah selama-lamanya lelaki itu menyepi, membiarkan kisah cinta mereka terpadam begitu sahaja? Untuk mengetahui apakah kesudahan novel ini, ikutilah kisah mereka dalam Sayang Awak, Irham Daniel.

Wednesday, January 6, 2016

Irine Shawl Heavy Chiffon.

Asalamualaikum, Just simple entry. Ada sesiapa berminat nak beli Irine Shawl Heavy Chiffon tak? Shawl ni memang kualiti tinggi. Tebal, berat dan terletak cantik. Ukuran 2x0.7 cm. Sebelum ni ada royal blue, maroon, coffee tp kale ni dah sold out sebelum sempat launch. InsyaAllah akan restock secepat mungkin.
Irine Shawl - pink
Heavy Chiffon
2mx0.7m
Mudah bentuk
Berat dan terletak cantik bila dipakai
Rm25 tak termasuk postage
berminat boleh emel nurulainnismail@gmail.com
Irine Shawl - black
Heavy Chiffon
2mx0.7m
Mudah bentuk
Berat dan terletak cantik bila dipakai
Rm25 tak termasuk postage
berminat boleh emel nurulainnismail@gmail.com

insyaAllah akan ada warna-warna pastel nanti. tunggu tau.