RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, December 2, 2015

Kat mana nak beli novel cahaya ainn?

Assalamualaikum,

Hai, dah lama tak bersiaran di blog usang ni. Lately macam malas nak menulis. Blog memang buka tiap hari. selalu juga baca blog yang aku follow. Tapi nak menaip tu malas. Banyak aje topik yang aku boleh merepek dekat sini tapi yalah, malas tu ya Allah tak tahu nak kata. Aku banyak terima emel yang bertanya dekat mana nak beli novel-novel aku. sebab rata-rata ramai yang cari di kedai buku tapi tak jumpa. Rasanya kalau novel terbitan tahun 2013 tu rasanya dah takde dekat kedai kut. Jadi aku cadangkan boleh beli secara online. rasanya lebih senang dan jimat. Jimat masa dan jimat duit minyak. Sambil golek atas katil pun dah boleh beli buku.

Nak beli online tu dekat mana?
Rasanya banyak online seller dekat fb tu yang jual buku. selalunya kalau depa takde stok, depa akan carikan. Tapi kalau korang takut nak beli dengan online seller, apa kata korang terus beli dengan penerbit. Contohnya kalau nak beli novel-novel aku macam kat bawah tu.

Dari kiri :

Kerana Dia Suamiku ( Penerbitan Fajar Pakeer- Cetakan tiga), Muridku Suami Aku?( Penerbitan Fajar Pakeer - Cetakan 9 -Hot selling) Andy Hilton vs Mr. MPP ( Penerbitan Fajar Pakeer- cetakan 1), Sayang awak Irham Daniel ( Diksi Pink- cetakan 1), Nak Hati Awak Jugak! ( Penerbitan Fajar Pakeer- cetakan 3) dan yang TERBARU Dia Putera Mahkota ( Penerbitan Fajar Pakeer)

Jadi sesiapa yang mencari novel-novel aku, terutama novel Muridku Suami Aku? tu bolehlah pm direct ke Penerbitan Fajar Pakeer di FB https://www.facebook.com/penerbitanfajarpakeer?fref=ts ATAU boleh ke web http://www.penerbitanfajarpakeer.com/ untuk pembelian online. Dannnnn yang paling bestnya kalau korang beli dengan penerbit sendiri, akan dapat FREE POSTAGE! kau ghase? dekat tempat lain mana dapat free postage tau. kalau korang beli dengan aku pun aku cas postage ekekeke. 

tapi kalau korang malas nak beli dengan penerbit, korang boleh beli dengan mphonline. yang bestnya mphonline tu banyak sales.kalau korang bernasib baik, dapat sales 20-30% tau. so rajin-rajinlah terjah ye.

nah linknya,
http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=search&Cri=2&Val=cahaya%20ainn

Jadi, jelas tak? Jadi kepada sesiapa yang bertanya mana nak cari, so aku dah bagitahu tu. Nanti jangan tanya lagi. baca dari mula sampai habis. jangas malas. haippp rotan nakkkk!

So tu je nak kata. Doakan aku sentiasa rajin nak menulis. asyik pendingggg je. senarai pending banyak dah niiii.

8 140 tukang karut:

Anonymous said...

HANYA SAYANG AWAK IRHAM DANIEL BELUM ADA LAGI SBB X JUMPA...MCMNE NAK DAPATKAN ONLINE?

Cahaya said...

anon boleh pm mereka di sini https://www.facebook.com/profile.php?id=100007139988034&fref=ts

connie sukanda said...

Kalau beda negara, free postage tak??

Khairiati Izani said...

Assalam kak. saya nak beli novel muridku suamiku tapi kat fajar tak ada stok. Mcm mana ye ? uwaaaa cerita tu best 😭

Khairiati Izani said...

Assalam kak. saya nak beli novel muridku suamiku tapi kat fajar tak ada stok. Mcm mana ye ? uwaaaa cerita tu best 😭

Cahaya said...

izani, yeke?mungkin mereka akan restock nanti.tp kalau nak cepat, boleh try beli di blog ni http://belidiskaun.blogspot.my/2013/09/muridku-suami-aku-cahaya-ainn.html.
tak pun boleh search di ig guna #muridkusuamiaku atau #cahayaainn

lisanna said...

Dulu saya beli di popular ampangpoint.. x tahulh ade lg jual ke x

Anonymous said...

saya dah baca novel Muridku Suami Aku. ni first novel Cahaya Ainn yg saya beli. jalan cerita keseluruhan menarik tp di pertengahan agak bosa sikit namun tidak menghalang kejayaan di pengakhiran. saya beli novel cetakan ke 11 di ekspo buku PWTC baru ni.
sedikit saja komen saya. ada beberapa perkataan yg perlu dibetulkan ejaannya
kelang-kabut → kelam-kabut
muk → mug
lecah → lecak
m/s 104 takzirah → tazkirah
m/s 136 menyanyagi → menyayangi

ada lbh kurang 20 perkataan yg salah ejaan yg perlu dibaiki. harap Cahaya Ainn dpt membetulkan kembali sebelum cetakan ke 12. terima kasih

Post a Comment