RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, November 11, 2015

Cover Dia Putera Mahkota telah pun di DEDAHKAN!!

Assalamualaikum, 

Rasanya terlalu lama(lama ke?) aku tidak menjengah ke blog ni. selalu aku just baca entri dari blogger lain. Nak update blog sendiri pun terasa malas. Plan nak cerita pergi Indon hari tu pun malas. Semua benda malas heh. Nak pergi kelas pun malas sampai terfikir nak berhenti kerjalah duduk rumah aje sambil bermalas-malasan depan laptop. Tapi....aku bukanlah anak raja (Baca: Tengku Shah Putra) yang boleh bermalas-malasan. Jadi, hidup harus diteruskan. Ynag penting kena happy selalu dan jangan stres.

Dannnn untuk mengurangkan stress anda-anda yang sedang membaca entri ini, maka aku ingin mempersembahkan....*drum roll* jeng jeng jeng.....















TADAAAAAA!
Inilah dia cover Novel DPM. Cantikkan? sejuk mata memandang
Inilah dia cover Novel DPM. Cantikkan? sejuk mata memandang

Akhirnya, setelah hampir tiga tahun. Bagi aku, tiga tahun suatu masa yang sangat lama. Macam-macam dugaan aku nak siapkan cerita ini. Aku hampir give up nak teruskan cerita ini. Pada asalnya aku just nak publish dekat blog, tapi faham sajalah kalau publish dekat blog tu macam mana. Risiko dikopi-pastakan sangatlah besar. Silap hari bulan orang copy dan claim cerita sendiri tulis. Sedangkan MSA dan NHAJ pun orang boleh copy masuk wattpad walaupun aku dah secure blog ni. Memang bertabah sungguh si tukang kopi tu. Lepas dah kecoh, baru nak komen tanya sis, boleh ke saya kopi cerita ni masuk wattpad? *sadis*

Ah, kenapa aku membebel ni? *spoil mood. Takpee, mari teruskan lagi. Harap tak terpesong ke lembah kesesatan lagi.

So, aku nak buat pengumuman, Dia Putera Mahkota akan diterbitkan pada bulan December tapiiiiii. ada tapi tau, memandangkan aku dan pihak penerbit sangat menghargai kesabaran kalian menunggu bilalah novel ni nak keluar dari sarang, maka pihak penerbit telah membuat keputusan akan mengeluarkan novel ini pada hujung bulan ini jugak. Dengar tak kawan-kawan? novel ni akan keluar hujung bulan ini jugak! eksited tak? apa? tak? *Sedih. teheee.

Untuk pengetahuan semua, novel ini akan turut dijual di Pesta Buku yang bermula pada 25-29 nov 2015 di booth fajar pakeer. sesiapa yang berjaya mendapatkan novel ini di sana, merupakan antara pembaca yang paling awal memeluk novel ini. Penulis ie iolss pun tak dapat peluk lagi tau. Sesiapa yang tak dapat ke pesta buku, jangan bersedih. iolss pun tak dapat join disebabkan ehem...iolss nak naik pelamin lagi ekekeke. *gedik sangat ni. pang sekali!

Jadi, disebabkan aku tak dapat turun ke pesta buku, insyaAllah aku akan kirimkan sesuatu dari Paris.  InsyaAllah sesuatu yang biasa-biasa tapi penuh kasih sayang kerana buat pertama kalinya benda ini dibuat dengan penglibatan encik suami. heh. Iols tukang design yang lain dia uruskan. Hikhik. sonang kerja den :p 

P/S: Pre-order boleh dibuat terus dengan penerbitan fajar pakeer. setakat ini aku belum lagi membuka order disebabkan sibuk dengan urusan duniawi ehe. Jadi, korang teruja tak?

2 140 tukang karut:

Manganime Ader said...

xsbr nk beli!!!! yeah dia keluar akhirnya.
kalau nak buat cerita online n takut orang ambik boleh patenkan cerita, hkcipta terplihara. klo orang laen ambk ble kne sman. rsenya ble apply online. sekarang dh ramai buat sbb takut orang ambik idea kita

blu4sky said...

Yer..ada terjumpa MSA yg di copaste dkt wattpad...bkn sikit2 rasa satu blog kena copy... seriously takde ethic langsung...siap ada yg menyokong...& i agree dgn manganime ader pattern kan cerita... your idea your story...sape copy, saman jer... ,need to change msian mentality...supaya hv some respect to others' work..

Post a Comment