RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, August 18, 2015

Muridku Suami aku? VS Nak Hati Awak Jugak!

Brrrrr...
Ariana segera mengagau beg tangannya apabila telinga menangkap bunyi telefon bimbit. Mata masih memaku pada lukisan yang tergantung di dinding ketika dia membawa telefon ke telinga.

“Assalamualaikum sayang, ada mana ni?” Suara Akmal kedengaran di hujung talian.
“Waalaikumsalam abang, saya ada di galeri lukisan yang saya cerita tempoh hari. Abang kat mana ni?” giliran Ariana pula bertanya ketika dia melangkah menuju ke bahagian tengah galeri. Sekali lagi mata terpaku pada lukisan yang tergantung di situ.

“Abang baru habis meeting dengan papa. Galeri? Sejak bila sayang berminat dengan lukisan ni?”
Ariana tidak menjawab ketika mata masih terpaku pada lukisan yang tergantung di hadapannya itu. Ya Allah, cantiknya! Mata laju mencari nama lukisan tersebut.

“Hana...” Spontan bibir Ariana menyebut nama yang tertera di bahagian bawah lukisan tersebut?
Kening Akmal berkerut apabila mendengar jawapan sang isteri di sebelah sana? Hana? Siapa pula Hana ni?
“Sayang? Siapa Hana?”

Ariana tersedar buat seketika. Hampir terlupa yang Akmal masih di talian. Kepala kembali di dongak.
“Hurm, nothing. So, abang balik terus ke?”
“Rasanya macam nak balik terus. Penat. Mengantuk. Lapar.” Akmal menyebut satu persatu. Spontan Ariana tersenyum apabila mendengar kata-kata suaminya itu.

“Ala, siannya. Abang gerak dulu. kejap lagi saya balik, kita dinner sama-sama, okey?”
“Okey. balik cepat tau. Abang rindu hmmm.” Akmal berbisik perlahan sehingga membuatkan pipi Ariana terasa panas.
“Okey, jumpa abang dekat rumah. Love you.”
“Love you more.”

Ariana segera menyimpan telefon bimbit di dalam beg tangan dalam keadaan wajah yang terasa panas berbahang. Dalam kepala sudah terbayang hidangan istimewa apa yang mahu dia sediakan buat sang suami. Walaupun mereka tidak bersua muka hanya beberapa jam, namun dia tidak menafikan yang rasa rindu itu sentiasa bertamu di hati dan dia bersyukur walaupun mereka sudah lama mendirikan rumah tangga, namun perasaan tersebut kekal utuh di dalam hati.

“Assalamualaikum, puan. Boleh saya bantu?”
Ariana menoleh ketika telinga menangkap suara sapaan di sebelahnya. Senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu mengingatkan dia pada Airil, anak lelakinya yang sekarang sudah pun menginjak usia remaja.
“Saya berminat dengan lukisan ni, boleh saya tahu harganya?” Ariana bertanya sambil memandang kembali ke arah lukisan yang tergantung dihadapannya itu.

“Maaf puan, lukisan ini bukan untuk dijual. Jika puan masih berminat untuk membeli lukisan, saya boleh cadangan lukisan yang lain.” Lelaki yang masih berdiri di sebelahnya itu menjawab lembut.
“Oh, ya ke? Sayangnya. Lukisan ini sangat cantik. Kali pertama saya memandangnya, saya sudah jatuh hati. Lukisan ini mengingatkan saya pada anak gadis saya, Airis.” Ariana berkata agak sedih apabila mengetahui yang lukisan bernama Hana itu bukan untuk dijual.

“Siapa gadis ini? Maksud saya, adakah gadis di dalam lukisan ini wujud atau sekadar khayalan pelukis?” Ariana bertanya sambil menoleh ke arah lelaki di sebelahnya.
Lelaki itu tersenyum lagi tatkala mendengar pertanyaan Ariana itu. Mata lelaki itu terarah ke arah lukisan tersebut.

“Gadis dalam lukisan ini isteri saya...”

p/s: Bila paste dekat FB ni rasa macam panjang sangatlah pulak. Nak tahu sambungan? sila vote Cahaya Ainn dekat bawah ni dulu hahahaha. Untuk pengetahuan sesiapa yang belum tahu, Dua buah novel ini tercalon dalam kategori Novel Pilihan Pembaca. Idea spontan aje cerita di atas. Stress tetiba dapat tahu presentation yang sepatutnya dijadualkan ahad ini, ditunda ke ahad depan. iolsss nak cotiiiiii.

Link untuk vote =D

https://apps.facebook.com/my-contests/vnrych

6 140 tukang karut:

dhiah ss501 said...

Sedap crita ni.. dah lama x beli novel..hat dok ada pun x abih baca lagii..sya prnah tengok kat fb kot novel niii.. ada masa boleh lah sya cari kat MPH nanti

Maya Myra Penulis said...

Alahhhhhh..... pnya syok baca smbung ke.... best pulak crta dorg ni....

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Nur syahirah said...

assalamualaikum akak nk tnya.. bku Muridku Suami aku? xde cetakan da ke? sya cri kt kdai popular di kuantan pi xde..

Amir Amir said...

Akak,nak tanya novel nak hati awak jugak tu sambungan novel muridku suami aku ke?

Amir Amir said...

Akak,nak tanya novel nak hati awak jugak tu sambungan novel muridku suami aku ke?

Post a Comment