RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, August 6, 2015

Busy dan Anugerah PFP

Assalamualaikum,
rasanya lama jugak tak menaip kat blog ni. dah bersawang rasanya. sebenarnya tak ada idea nak taip apa. eh silap, bukan tak ada idea tapi malas ajelah. sibuk jugak. sem ni bz sebab aku kena mengajar budak shot sem. semput2 aku dibuatnya. yalah nak habiskan lapan chapter dalam masa tujuh minggu. bayangkan kalau sem biasa lapan chapter tu perlu dihabiskan 14 minggu. sekarang ni kena habis 7 minggu. aku pun dah semput, bebudak apatah lagi. bagi diorang subjek matematik ni subjek susah. betul. tak dinafikan memang agak susah untuk mereka. banyak yang aku kena refresh bila mengajar sebab tak ingat benda basic. 

Minggu ni pun ada training dua hari bermula semalam dan hari ini. wajib untuk semua lecturer tapi semalam aku tegar buat kelas je. kelas aku 5 jam plus test takkan aku nak burn macam tu je. bila masa nak ganti? aku seboleh-bolehnya takkan buat kelas malam. yalah, aku tengok jadual diorang dari isnin sampai jumaat pack pagi petang takkan malam pun sibuk nak datang kelas lagi. tensionlah macam tu. so hari ni aku just datang training untuk sesi pagi je. petang aku cabut pergi kelas. budak dah nak exam ni malas aku nak skip kelas pulak. kalau boleh aku nak habiskan silibus sebelum revision week supaya boleh bagi tips untuk final. tapi entahlah. banyak betul masalah birokrasi ni. eh tetiba :P

Pasal manuskrip, aku tengah tulis cerita baru tapi dalam masa yang sama dapat idea baru pulak. entahlah mana nak habis dulu. menulis ni kena ikut mood. selalunya aku akan fokus pada cerita yang boleh bagi mood rajin. kalau rajin satu hari tu boleh dapat berpuluh-puluh mukasurat. betul tak tipu. yang menjadi penghalang aku untuk menyiapkan mss ni sebenarnya mood malas tu je. kalau aku rajin, sebulan pun dah siap. macam cerita Nak Hati Awak Jugak! tu sebulan je dah siap tau. sebab rajinnnnnn loni malas bagilah setahun pun takkan siap jugak hehe.

p/s: dah mengundi untuk anugerah pfp? boleh klik link ni dan undi aku banyak-banyak ek? mana tau boleh panggil mood rajin aku pastu setahun terus keluar dua buku? amacam? 
KLIK SINI https://apps.facebook.com/my-contests/vnrych  untuk mengundi. Thank you in advance :P

1 140 tukang karut:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Post a Comment