RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, August 24, 2015

Teaser : Dia Putera Mahkota?




“Shah, saya tahu saya bersalah. Saya tak patut. Saya” Dahlia teresak lagi ketika dia mendekati lelaki itu.
Tengku Shah Putra hanya merenung wajah gadis itu tanpa berkata apa-apa.
Dahlia tunduk apabila dia sedar yang lelaki itu pasti marah padanya. Pasti hati lelaki itu telah terluka. Kalaulah dia mampu mengundurkan masa.
“Bonda, who is she?”

Cukuplah tu.

Tuesday, August 18, 2015

Muridku Suami aku? VS Nak Hati Awak Jugak!

Brrrrr...
Ariana segera mengagau beg tangannya apabila telinga menangkap bunyi telefon bimbit. Mata masih memaku pada lukisan yang tergantung di dinding ketika dia membawa telefon ke telinga.

“Assalamualaikum sayang, ada mana ni?” Suara Akmal kedengaran di hujung talian.
“Waalaikumsalam abang, saya ada di galeri lukisan yang saya cerita tempoh hari. Abang kat mana ni?” giliran Ariana pula bertanya ketika dia melangkah menuju ke bahagian tengah galeri. Sekali lagi mata terpaku pada lukisan yang tergantung di situ.

“Abang baru habis meeting dengan papa. Galeri? Sejak bila sayang berminat dengan lukisan ni?”
Ariana tidak menjawab ketika mata masih terpaku pada lukisan yang tergantung di hadapannya itu. Ya Allah, cantiknya! Mata laju mencari nama lukisan tersebut.

“Hana...” Spontan bibir Ariana menyebut nama yang tertera di bahagian bawah lukisan tersebut?
Kening Akmal berkerut apabila mendengar jawapan sang isteri di sebelah sana? Hana? Siapa pula Hana ni?
“Sayang? Siapa Hana?”

Ariana tersedar buat seketika. Hampir terlupa yang Akmal masih di talian. Kepala kembali di dongak.
“Hurm, nothing. So, abang balik terus ke?”
“Rasanya macam nak balik terus. Penat. Mengantuk. Lapar.” Akmal menyebut satu persatu. Spontan Ariana tersenyum apabila mendengar kata-kata suaminya itu.

“Ala, siannya. Abang gerak dulu. kejap lagi saya balik, kita dinner sama-sama, okey?”
“Okey. balik cepat tau. Abang rindu hmmm.” Akmal berbisik perlahan sehingga membuatkan pipi Ariana terasa panas.
“Okey, jumpa abang dekat rumah. Love you.”
“Love you more.”

Ariana segera menyimpan telefon bimbit di dalam beg tangan dalam keadaan wajah yang terasa panas berbahang. Dalam kepala sudah terbayang hidangan istimewa apa yang mahu dia sediakan buat sang suami. Walaupun mereka tidak bersua muka hanya beberapa jam, namun dia tidak menafikan yang rasa rindu itu sentiasa bertamu di hati dan dia bersyukur walaupun mereka sudah lama mendirikan rumah tangga, namun perasaan tersebut kekal utuh di dalam hati.

“Assalamualaikum, puan. Boleh saya bantu?”
Ariana menoleh ketika telinga menangkap suara sapaan di sebelahnya. Senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu mengingatkan dia pada Airil, anak lelakinya yang sekarang sudah pun menginjak usia remaja.
“Saya berminat dengan lukisan ni, boleh saya tahu harganya?” Ariana bertanya sambil memandang kembali ke arah lukisan yang tergantung dihadapannya itu.

“Maaf puan, lukisan ini bukan untuk dijual. Jika puan masih berminat untuk membeli lukisan, saya boleh cadangan lukisan yang lain.” Lelaki yang masih berdiri di sebelahnya itu menjawab lembut.
“Oh, ya ke? Sayangnya. Lukisan ini sangat cantik. Kali pertama saya memandangnya, saya sudah jatuh hati. Lukisan ini mengingatkan saya pada anak gadis saya, Airis.” Ariana berkata agak sedih apabila mengetahui yang lukisan bernama Hana itu bukan untuk dijual.

“Siapa gadis ini? Maksud saya, adakah gadis di dalam lukisan ini wujud atau sekadar khayalan pelukis?” Ariana bertanya sambil menoleh ke arah lelaki di sebelahnya.
Lelaki itu tersenyum lagi tatkala mendengar pertanyaan Ariana itu. Mata lelaki itu terarah ke arah lukisan tersebut.

“Gadis dalam lukisan ini isteri saya...”

p/s: Bila paste dekat FB ni rasa macam panjang sangatlah pulak. Nak tahu sambungan? sila vote Cahaya Ainn dekat bawah ni dulu hahahaha. Untuk pengetahuan sesiapa yang belum tahu, Dua buah novel ini tercalon dalam kategori Novel Pilihan Pembaca. Idea spontan aje cerita di atas. Stress tetiba dapat tahu presentation yang sepatutnya dijadualkan ahad ini, ditunda ke ahad depan. iolsss nak cotiiiiii.

Link untuk vote =D

https://apps.facebook.com/my-contests/vnrych

Thursday, August 13, 2015

Confession of online shopaholic

Assalamualaikum,

Tetibe blur nak taip apa hahaha. Aku rasa aku ada satu penyakit kronik. Penyakit yang tak ada ubat kut. Aku ada penyakit sukaaaaa shopping online. serius, susah betul nak kawal penyakit yang satu ni. bayangkanlah semua benda aku nak beli online. hangbeg, baju, tudung, makeup, sampai botol air dan alat penimbang pun aku beli online. sadis! Alasannya sebab aku ni sangatlah cerewet dan aku rasa kat luar takkan jumpa macam yang dijual di online shop tu.Lagipun selalunya kalau beli online lebih murah dari harga luar. kekadang sampai half price murah dia tau. tadi baru aje aku shoping lipstik elianto. padahal just nak usha-usha je nak cari kat outlet mana ada jual produk tu. sebab adik aku peminat tegar lipstik elianto dan aku try lipstik dia hari tu. rasa macam best je. bibir aku ni sensitif. macam-macam brand aku try termasuklah brand MAC tu tapi still tak boleh pakai jugak. dia akan buat bibir aku kering dan mengelupas serta nampak huduh. loni elianto tengah sale. lipstik harga rm 9.90-rm10.00 weiii mahu aku tak rembat dua ketul. try dlu okey ke tak. harga standard dalam rm 30++ tak silap. hari tu try lipstik revlon. beli online jugak masa tengah promotion, tak boleh jugak pakai. last aku bagi mak aku pakai. sekarang ni aku tengah tunggu tiga barang online sampai. bising mak aku hahaha sebab dia yang tukang received barang-barang tu. sampai mak kata posmen tu dah kenal nama hahahaha.

Rasanya lepas ni aku boleh buat novel tajuk confession of online shopaholic pulak gamaknya. diri sendiri jadi testimonial, gituuuuu.

P/S: Bila gamaknya DPM nak keluar yek?

Thursday, August 6, 2015

Busy dan Anugerah PFP

Assalamualaikum,
rasanya lama jugak tak menaip kat blog ni. dah bersawang rasanya. sebenarnya tak ada idea nak taip apa. eh silap, bukan tak ada idea tapi malas ajelah. sibuk jugak. sem ni bz sebab aku kena mengajar budak shot sem. semput2 aku dibuatnya. yalah nak habiskan lapan chapter dalam masa tujuh minggu. bayangkan kalau sem biasa lapan chapter tu perlu dihabiskan 14 minggu. sekarang ni kena habis 7 minggu. aku pun dah semput, bebudak apatah lagi. bagi diorang subjek matematik ni subjek susah. betul. tak dinafikan memang agak susah untuk mereka. banyak yang aku kena refresh bila mengajar sebab tak ingat benda basic. 

Minggu ni pun ada training dua hari bermula semalam dan hari ini. wajib untuk semua lecturer tapi semalam aku tegar buat kelas je. kelas aku 5 jam plus test takkan aku nak burn macam tu je. bila masa nak ganti? aku seboleh-bolehnya takkan buat kelas malam. yalah, aku tengok jadual diorang dari isnin sampai jumaat pack pagi petang takkan malam pun sibuk nak datang kelas lagi. tensionlah macam tu. so hari ni aku just datang training untuk sesi pagi je. petang aku cabut pergi kelas. budak dah nak exam ni malas aku nak skip kelas pulak. kalau boleh aku nak habiskan silibus sebelum revision week supaya boleh bagi tips untuk final. tapi entahlah. banyak betul masalah birokrasi ni. eh tetiba :P

Pasal manuskrip, aku tengah tulis cerita baru tapi dalam masa yang sama dapat idea baru pulak. entahlah mana nak habis dulu. menulis ni kena ikut mood. selalunya aku akan fokus pada cerita yang boleh bagi mood rajin. kalau rajin satu hari tu boleh dapat berpuluh-puluh mukasurat. betul tak tipu. yang menjadi penghalang aku untuk menyiapkan mss ni sebenarnya mood malas tu je. kalau aku rajin, sebulan pun dah siap. macam cerita Nak Hati Awak Jugak! tu sebulan je dah siap tau. sebab rajinnnnnn loni malas bagilah setahun pun takkan siap jugak hehe.

p/s: dah mengundi untuk anugerah pfp? boleh klik link ni dan undi aku banyak-banyak ek? mana tau boleh panggil mood rajin aku pastu setahun terus keluar dua buku? amacam? 
KLIK SINI https://apps.facebook.com/my-contests/vnrych  untuk mengundi. Thank you in advance :P