RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, July 5, 2015

Cerita baru?

Assalamualikum,

 Since DPM sudah pun dihantar pada penerbit, makanya jari jemari menjadi gatal untuk menaip cerita baru. Meh layan teaser sikit.

“Siapa nama awak?” Ikhwan bertanya tiba-tiba. Dia menjeling kad pelajar yang tergantung di leher gadis itu. Nampak macam Inas something?
Inas terdiam buat seketika. Dia tidak menyangka yang lelaki itu akan bertanya soalan tersebut.
“Kenapa sibuk nak tahu?” Inas bertanya curiga.
Kening Ikhwan terangkat sebelah. Aik? Tanya nama pun salah ke? Dah kata satu kumpulan, takkan nak berawak-saya aje sepanjang semester ni?
“Tak boleh tanya ke? Habis tu saya nak panggil awak as “awak” aje ke sampai habis semester ni?”
Inas terdiam buat seketika. Betul juga. Dia pun tak tahu siapa nama mamat ni.
“Inas.”
“Pardon? Nanas?”
Bulat mata Inas apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Ini sudah lebih. Berani mamat ni kutuk nama dia depan-depan?!
Ikhwan hanya tersengih apabila melihat perubahan pada wajah gadis itu. Sengaja dia mahu mengusik.
“Sorry, gurau aje. Inas, right?”
Inas menjeling. Mamat ni memang suka betul cari pasal dengan dia. Argh!
“Inas aje ke?”
“Inas Zahra.” Inas menjawab malas.
“Wow, cantiknya nama. Macam...”
“Macam apa?” Inas bertanya sambil menjeling. Itu tak ada lain nak menyakitkan hati dialah tu.
“Okey-okey jangan marah. By the way, I’m Ikhwan. Ikhwan Iman.”
“Iman?” Kening Inas terangkat sambil dia memandang ke arah lelaki itu. Mata memaku pada selipar yang tersarung di kaki lelaki itu, pada baggy jeans dan t-shirt tanpa kolar. Errr, memang sesuai sangat, huh?
“Don’t judge people by their appearance.”
Dus! Terasa setepek jatuh atas mukanya ketika kata-kata lelaki itu menerjah ke gegendang telinganya.



So, what do you think? Cerita ni dah lama bermain-main dalam fikiran. Tahan aje nak taip sebab bagi laluan pada exam. Tapi gaya macam lambat aje nak habiskan cerita ni sebab sekarang dah masuk sem baru. Research Methodology. ingatkan subjek relaks sebab tak ada exam, tapi sama aje tensionnya. nak cari tajuk mende pun tak tahu. But akan taip slow2 jugak. 

p/s: Minggu depan ni free weekend. yahooo tak payah pergi kelas. boleh jejalan shopping raya.

3 140 tukang karut:

Aslina Mohd Talib said...

Cerita....Nk Jadi Kekasih Saya?....dh xada lg ker???

Cahaya said...

aslina>>takdedah sebab dah keluar dalam bentuk buku.boleh dapatkan di penerbitan fajar pakeer. search je kat fb ye. free postage :)

nurul nuqman said...

best. heeee moga DPM diluluskan xsabar dear nak peluk DPM hehe

Post a Comment