RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, July 27, 2015

Anugerah Penghargaan PFP. Akmal dan Hariz masuk pencalonanlah!

Assalamualaikum, rasanya semua dah tahu kut yang penerbitan fajar pakeer ada buat Anugerah bagi memberi penghargaan kepada penulis dibawah naungan syarikat tersebut. Yang seronoknya aku ada tercalon untuk dua kategori iaitu  Anugerah Novelis Pilihan Pembaca dan Anugerah Novel Pilihan Pembaca (Novel MURIDKU SUAMI AKU? dan NAK HATI AWAK JUGAK!) Jadi kepada pembaca sekalian bolehlah mengundi. tarikh tutupnya tak pasti pulak.

Link untuk mengundi https://apps.facebook.com/my-contests/vnrych sehari hanya sekali sahaja dibenarkan mengundi. Tiap pengundi boleh mengundi tiap hari tanpa sebarang had.

p/s: Terima kasih kepada yang telah mengundi. Yang belum mengundi, silalahhhh undi iolss ya. :)

Wednesday, July 22, 2015

Video Learning Online : Solving Quadratic Equation DAN Cerita baru?

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya. Macam mana raya uolss? Raya iolss tahun ni biasa saje macam tahun lepas. Tak balik kampung but raya di rumah adik aku di KL tu. makanya kami sekeluarga berkumpul disana. nak balik kampung homestay penuh. biasalah ayah aku last minit baru suruh aku google homestay kat kampung nun. memang takdelah yang kosong kan? tahun ni pun aku tak ambil cuti extra. isnin terus masuk kerja sebab nak simpan cuti untuk event yang lagi penting bagi diri aku. walaupun masuk kerja awal, mood raya tetap tak surut. nak buat kerja pun melepet aje. tapi dalam melepet pun sempat jugak siapkan assignment master dan buat video untuk learning online. video tu lama dah duenya tapi disebabkan aku malassss gila nak buat, so tangguhlah dua minggu haha. semalam baru siap tu pun buat ala kadar aje. aku pilih tajuk solving quadratic equation by using 3 diff method. so kepada hadek-hadek yang nak belajar camne nak solve quadratic equation tu, boleh view video yang hakak buat ni. ala kalau korang google kat youtube tu berlambak video macam ni. bebudak zaman sekarang ni senang. apa nak semua hujung jari aje. zaman hakak dulu semua kena bukak buku. mana nak ada internet bagai. loni nak buat essay pun kopipes dari internet, ye dak? lepas tu bila tak boleh nak kopi sebab disable right clik, mulalah nak marah-marah hahahaha.

p/s: projek terbaru dalam perancangan. disebabkan sekarang ada dua manuskrip yang belum terbit tapi sudah siap sepenuhnya, mulalah mood menulis tu malas aje. tambah-tambah sekarang kemaruk layan korea. dari satu cerita ke satu cerita yang lain. peh, tak boleh berhenti. sebab tulah aku malas gila nak mula tengok cerita korea ni. once dah terjebak, sure kau tak boleh berhenti.

p/s/s: video terlalu besar pulak nak upload tak lepas haha. nanti aku try resize balik ke. maap :P

Thursday, July 9, 2015

Tiga Minit Sahaja.

Berapa banyak masa yang diluangkan itu tidak penting. Tak perlu masa sejam atau 24 jam untuk gembirakna hati orang. Cukup sekadar bertanya khabar.......hanya tiga minit sahaja. tak banyak, tiga minit, atau itu pun terlalu banyak untuk diperuntukkan?

Sunday, July 5, 2015

Cerita baru?

Assalamualikum,

 Since DPM sudah pun dihantar pada penerbit, makanya jari jemari menjadi gatal untuk menaip cerita baru. Meh layan teaser sikit.

“Siapa nama awak?” Ikhwan bertanya tiba-tiba. Dia menjeling kad pelajar yang tergantung di leher gadis itu. Nampak macam Inas something?
Inas terdiam buat seketika. Dia tidak menyangka yang lelaki itu akan bertanya soalan tersebut.
“Kenapa sibuk nak tahu?” Inas bertanya curiga.
Kening Ikhwan terangkat sebelah. Aik? Tanya nama pun salah ke? Dah kata satu kumpulan, takkan nak berawak-saya aje sepanjang semester ni?
“Tak boleh tanya ke? Habis tu saya nak panggil awak as “awak” aje ke sampai habis semester ni?”
Inas terdiam buat seketika. Betul juga. Dia pun tak tahu siapa nama mamat ni.
“Inas.”
“Pardon? Nanas?”
Bulat mata Inas apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Ini sudah lebih. Berani mamat ni kutuk nama dia depan-depan?!
Ikhwan hanya tersengih apabila melihat perubahan pada wajah gadis itu. Sengaja dia mahu mengusik.
“Sorry, gurau aje. Inas, right?”
Inas menjeling. Mamat ni memang suka betul cari pasal dengan dia. Argh!
“Inas aje ke?”
“Inas Zahra.” Inas menjawab malas.
“Wow, cantiknya nama. Macam...”
“Macam apa?” Inas bertanya sambil menjeling. Itu tak ada lain nak menyakitkan hati dialah tu.
“Okey-okey jangan marah. By the way, I’m Ikhwan. Ikhwan Iman.”
“Iman?” Kening Inas terangkat sambil dia memandang ke arah lelaki itu. Mata memaku pada selipar yang tersarung di kaki lelaki itu, pada baggy jeans dan t-shirt tanpa kolar. Errr, memang sesuai sangat, huh?
“Don’t judge people by their appearance.”
Dus! Terasa setepek jatuh atas mukanya ketika kata-kata lelaki itu menerjah ke gegendang telinganya.



So, what do you think? Cerita ni dah lama bermain-main dalam fikiran. Tahan aje nak taip sebab bagi laluan pada exam. Tapi gaya macam lambat aje nak habiskan cerita ni sebab sekarang dah masuk sem baru. Research Methodology. ingatkan subjek relaks sebab tak ada exam, tapi sama aje tensionnya. nak cari tajuk mende pun tak tahu. But akan taip slow2 jugak. 

p/s: Minggu depan ni free weekend. yahooo tak payah pergi kelas. boleh jejalan shopping raya.