RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, June 8, 2015

Apa Perasaan Akmal Bila Anak Dia Pulak Nak Jadi Penyanyi?


“Airis, kenapa buat macam ni? Tengok tangan tu kan dah kotor....” Ariana berkata sambil mencapai beberapa helai tisu di atas meja lalu dilap tangan dan mulut Airis yang comot dengan aiskrim coklatnya itu.
Kting!
Ariana mengalihkan muka.
“Airil! Kenapa campak sudu tu?” Ariana bertanya sambil mengutip sudu besi yang jatuh di atas lantai. Dia hanya mengelengkan kepala ketika melihat Airil yang sedang menikmati ayam goreng. Ariana meletakkan kembali sudu di atas meja. Mata menjeling jam di tangan.
“Nampaknya papa lewat lagi...” Ariana mengumam sendiri. Jam di tangan sudah menunjukkkan ke angka dua petang. Sudah melepasi waktu makan tengah hari namun bayang si Akmal tak muncul-muncul juga.
“Mama, papa mana?” Airil bertanya dengan mulut yang penuh dengan makanan.
“Airil, berapa kali mama nak pesan, kalau makan tu jangan bercakap.” Ariana berkata sambil mencapai tisu lalu tangan dipanjangkan ke arah Airil namun Airil menepis ketika mamanya mahu mengelap mulut yang penuh dengan ayam goreng itu.
“Sayang, sorry lambat. Meeting habis lewat hari ni...”
Ariana mengalihkan pandangan mata ke arah kerusi di sebelah yang sudah diduduki oleh suaminya itu. Tergambar jelas raut kepenatan di wajah Akmal ketika lelaki itu memanggil pelayan tidak jauh dari situ.
“Tak apa. Saya faham. Meeting dengan papa, kan?”
Akmal mengangguk perlahan.
“Papa, tadi dekat sekolah cikgu tanya Airil, bila besar nanti Airil nak jadi apa...”
Akmal yang sedang berbual dengan Ariana itu menoleh ke arah Airil.
“Airil jawab apa?” Ariana turut berminat hendak tahu.
“Airil nak jadi penyanyi...”
Hampir tersedak Akmal ketika lelaki itu sedang meneguk air oren milik Ariana yang sudah tinggal separuh itu. Ariana cuba sedaya upaya menahan ketawa apabila melihat reaksi Akmal itu.
“Airil nak jadi penyanyi?” Akmal bertanya ketika tangan mencapai tisu sebelum dilap ke mulut.
Airil mengangguk laju.
“A’ah. Airil nak jadi penyanyi. Airil nak nyanyi kuat-kuat dekat atas pentas. Airil nak main gitar macam papa...” Bersungguh-sungguh Airil menjawab sambil tangan membuat gaya sedang bermain gitar.
Ariana menggigit bibir, cuba sedaya upaya membendung ketawa yang sudah mahu meletus itu apabila melihat raut wajah Akmal ketika itu.
“Hmm, tak sangka, ada jugak yang menurun ikut perangai papanya...” Ariana mengumam perlahan sambil tersenyum mengusik. Akmal memandang ke arah Ariana dengan raut wajah tak berkenannya.

p/s: Rasanya dah pernah letak kat FB kut sebelum ni? Actually nak taip pasal benda lain tentang Akmal dan Ariana ni tapi banyak lak kertas soalan yang kena staple. Tunggu masa free okey?
p/s/s: Jangan berharap ya, cerpen ni tak habis pun heeeeee. :P

6 140 tukang karut:

Azlina Afisya said...

hik hik comel betul Airil

nurul nuqman said...

ada sambungannya lagi ke? hahah :P best la. suka baca kisah depa ni :)

lisanna said...

Comel betul airil.. lawak bile tngk akmal..

lisanna said...

Comel betul airil.. lawak bile tngk akmal..

lisanna said...

Ada cerita pasal airil anak akmal dan ariana bile besar tak?

lisanna said...

Ada cerita pasal airil anak akmal dan ariana bile besar tak?

Post a Comment