RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, June 25, 2015

Dia Putera Mahkota?

Assalamualaikum,
Lama betul blog ni terbiar. Aku bukan apa, tak ada benda nak cerita ditambah sekarang tengah mood exam. Nak tepek entri bab pun rasa macam dah banyak sangat kan cerita Dia Putera Mahkota tu. InsyaAllah next yang akan aku hantar pada editor adalah cerita DPM? tu. Minggu ni last paper tapi yang tak bestnya minggu depan terus start kelas Research Methodology. Tak dan naik tarik napas uolss.Sem ni sem pendek. Hanya lapan minggu sahaja. Sepatutnya aku nak ambil dua subjek ie RM dan juga satu subjek engineering tapi subjek engineering tak offer sem pendek ni. Makanya kena ambil sem depan. Sedih betul. sepatutnya sem depan aku dah boleh mula projek tapi dah tak setel subjek engineering lagi makanya tak boleh mula projek. Lambat lagilah gaya nak habis belajar ni. Hadoi, letih sebenarnya belajar sambil bekerja ni. Isnin-Jumaat kerja, sabtu dan ahad kelas dari pukul 9 sampai lima petang. Penat travel tu aje sebenarnya. Yalah, kelas aku di KL dan aku kerja dekat Pahang pulak. Memang letih. Balik rumah ahad malam tu, esoknya kerja macam biasa. So sem depan aku tak ada cutilah. Aku baru plan nak edit manuskrip DPM tu lepas tu terus hantar pada editor. Nampak gayanya siang malamlah aku nak edit sebelum kelas mula. Editor pun dah banyak kali tanya bila nak hantar MSS. Aku sebenarnya ada dua MSS yang dah siap tanpa edit tapi aku plan nak try hantar DPM dlu. Kalau DPM tu tak menepati citarasa editor, aku akan hantar cerita satu lagi. Yalah, DPM tu kan cerita di alam fantasi hahaha bukan macam cerita yang aku selalu tulis tu. Kalau sesiapa selalu ikut novel aku, tahulah maksudnya. tapi rasanya ramai dah tahu konsep atau genre DPM tu macam mana kan? Aku ada tepek dekat blog ni sampai bab empat puluh lebih. Pepandailah cari sendiri yek.

Tahun ni sebenarnya tahun yang agak sibuk jugak memandangkan aku sedang membuat persediakan majlis besar. Tapi sebenarnya aku dah setel awal-awal lagi part penting. So sekarang relaks ajelah. Lepas raya baru akan buat persiapan secara menyeluruh. Raya tahun ni pun aku tak apply cuti. Isnin tu masuk kerja macam biasa. Kalau ikutkan khamis tu aku tak nak cuti tapi company bagi force leave. hambik kau cuti paksa tu. So kalau DPM tu delay lagi, harap dimaafkan ya. Hahahaha tu je aku nak cakap sebenarnya tapi mukadimah panjang gila.

k lah nak sambung stadi. Tak sabar nak habis exammmmm!
p/S: Jangan marah ya kalau uolss baca entri ni sebab nak tau sambungan entri DPM kikiki.

Monday, June 8, 2015

Apa Perasaan Akmal Bila Anak Dia Pulak Nak Jadi Penyanyi?


“Airis, kenapa buat macam ni? Tengok tangan tu kan dah kotor....” Ariana berkata sambil mencapai beberapa helai tisu di atas meja lalu dilap tangan dan mulut Airis yang comot dengan aiskrim coklatnya itu.
Kting!
Ariana mengalihkan muka.
“Airil! Kenapa campak sudu tu?” Ariana bertanya sambil mengutip sudu besi yang jatuh di atas lantai. Dia hanya mengelengkan kepala ketika melihat Airil yang sedang menikmati ayam goreng. Ariana meletakkan kembali sudu di atas meja. Mata menjeling jam di tangan.
“Nampaknya papa lewat lagi...” Ariana mengumam sendiri. Jam di tangan sudah menunjukkkan ke angka dua petang. Sudah melepasi waktu makan tengah hari namun bayang si Akmal tak muncul-muncul juga.
“Mama, papa mana?” Airil bertanya dengan mulut yang penuh dengan makanan.
“Airil, berapa kali mama nak pesan, kalau makan tu jangan bercakap.” Ariana berkata sambil mencapai tisu lalu tangan dipanjangkan ke arah Airil namun Airil menepis ketika mamanya mahu mengelap mulut yang penuh dengan ayam goreng itu.
“Sayang, sorry lambat. Meeting habis lewat hari ni...”
Ariana mengalihkan pandangan mata ke arah kerusi di sebelah yang sudah diduduki oleh suaminya itu. Tergambar jelas raut kepenatan di wajah Akmal ketika lelaki itu memanggil pelayan tidak jauh dari situ.
“Tak apa. Saya faham. Meeting dengan papa, kan?”
Akmal mengangguk perlahan.
“Papa, tadi dekat sekolah cikgu tanya Airil, bila besar nanti Airil nak jadi apa...”
Akmal yang sedang berbual dengan Ariana itu menoleh ke arah Airil.
“Airil jawab apa?” Ariana turut berminat hendak tahu.
“Airil nak jadi penyanyi...”
Hampir tersedak Akmal ketika lelaki itu sedang meneguk air oren milik Ariana yang sudah tinggal separuh itu. Ariana cuba sedaya upaya menahan ketawa apabila melihat reaksi Akmal itu.
“Airil nak jadi penyanyi?” Akmal bertanya ketika tangan mencapai tisu sebelum dilap ke mulut.
Airil mengangguk laju.
“A’ah. Airil nak jadi penyanyi. Airil nak nyanyi kuat-kuat dekat atas pentas. Airil nak main gitar macam papa...” Bersungguh-sungguh Airil menjawab sambil tangan membuat gaya sedang bermain gitar.
Ariana menggigit bibir, cuba sedaya upaya membendung ketawa yang sudah mahu meletus itu apabila melihat raut wajah Akmal ketika itu.
“Hmm, tak sangka, ada jugak yang menurun ikut perangai papanya...” Ariana mengumam perlahan sambil tersenyum mengusik. Akmal memandang ke arah Ariana dengan raut wajah tak berkenannya.

p/s: Rasanya dah pernah letak kat FB kut sebelum ni? Actually nak taip pasal benda lain tentang Akmal dan Ariana ni tapi banyak lak kertas soalan yang kena staple. Tunggu masa free okey?
p/s/s: Jangan berharap ya, cerpen ni tak habis pun heeeeee. :P