RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 16, 2015

Temubual Bersama Novelis Cahaya Ainn di Putra Fm

Assalamualaikum,

Hari ni tiba giliran aku untuk diinterview. Bagus betul Fajar Pakeer punya startegi marketing ni. Iols masuk radio uoilsssss! HARI NI TAU PUKUL 12-1 PM!.Nothing much to say, nanti dengar tau. Boleh try link ni untuk dengar http://onlineradio2.com/listen/Putra_FM_907.

Apa yang bakal direpekkan oleh aku? Hmm nanti aku akan cerita sikit pasal novel terbaru macam dalam pic kat atas dan....arghhh dengar sendirilah teheeee :P

Friday, April 10, 2015

Muridku Suami Aku dan NAD ZAINAL. eH?

Assalamualaikum,

Lately aku sangat sibuk. Aku sendiri tak tahu apa bendalah yang aku buat sampai sibuk sangat muehehe. Hmm selalunya kalau aku sibuk pun aku sibuk dengan kerja dan belajar. Sibuk dengan kelas dan sibuk nak siapkan assignment. Minggu ni punya kelas kena hantar assignment dan juga ada test. Minggu depan punya kelas pun kena hantar assignment dan juga test. Penat!Kelas dengan bebudak pulak 15 jam kredit seminggu which mean hari-hari ada kelas. kalau tak ada kelas, aku akan studi siapkan assignment dan ulangkaji. bila balik rumah memang melepet ajelah sampai nak makan pun malas. kalau tengah hari pun aku tak keluar lunch, tidur aje. makan aje apa yang ada sebab penat sangat. tak sabar nak habis belajar ni. letih bak hang.

Semalam masa lunch hour, aku tak keluar. aku tidur kejap lepas stadi sikit. petang tu ada kelas dengan budak intensive. bila terjaga, ada wasap dari kawan aku. dia hantar gambar ni.

Aku pun terkejut jugak terus tengok kat ig nad zainal. Okey! Nad Zainal letak dua pos pasal novel Muridku Suami Aku weiiiiiii!

Mahu aku tak teruja. Nad Zainal kot!! Aku pun apa lagi komenlah cakap thanks sebab dia sudi baca novel aku ni. Lepas tu dia terus follow ig aku. Hiks.


Nampak tak apa nad zainal komen kat atas tu? wahhhh dia kata dia melelh air matalah. baca novel ni. hiks. Alhamdulillah MSA masih ada yang sudi baca lagi walaupun novel lama. almost nak masuk dua tahun jugak rasanya. Terima kasih Nad Zainal sebab promot novel iolss kat ur ig. tetiba ramai laks yang request nak follow ig iols tau hehehe.

p/s: Saya suka orang yang terkenal macam nad zainal tapi very humble. dia artis kut tapi boleh follow ig iolss yang entah ape2 ni. lepas tu relaks je bagi review dan tak kisah pun iols nak share kat FB. Takde pun sampai nak ban iols punya novel sebab ambik review dia tanpa kebenaran.Hahahaha peace.

p/s: Oh lupa. sesiapa yang belum dapatkan novel ni lagi boleh beli terus dengan penerbitan fajar pakeer. Di Pbakl pun ada jugak. Nanti datanglah masa sesi iolss tau. ada sikit gift iols sediakan. simple gift aje pun. Hiks.

Tuesday, April 7, 2015

Akmal dalam Nak Hati Awak Jugak!

Assalamualaikum,

 Semalam baru dapat novel Nak Hati Awak jugak! yang Penerbitan Fajar Pakeer pos untuk naskah penulis.So aku pun try belek-belek dalam tu. Aku baca balik kut ada yg salah eja ke. Pada sesiapa yang nak beli direct dengan aku, pada aku ada lebih kurang empat lima buah lagi. Jadi sesiapa nak beli, boleh emelkan detail pada nurulainnismail@gmail.com. Jangan risau, aku memang buka emel hari-hari. Pendek kata emel ni aku tak pernah tutup pun. sebab tu apa-apa urusan aku lebih suka menggunakan mediam emel berbanding pm di FP dan juga whatsapp. So, aku nak kongsi print screen yang aku sengaja ambil untuk tujuan pembakaran kikikiki.



Nampak tak? Nampak tak tu nama siapa? AKMAL! haha apa Akmal buat dalam novel ni? apsal dia lak nak interframe? Kalau nak tahu, kenalah beli dan baca sendiri. Muehehehe.

  • Aku percaya semua yang berlaku pasti akan ada balasan.
  •  Aku percaya kuasa doa itu sangat hebat.
  • Aku percaya setiap perbuatan baik pasti dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.
  • Aku percaya Allah itu maha adil.
  • Aku percaya semua yang berlaku di dunia ni tak akan kekal lama.
  • Aku percaya ada sebab kenapa Allah tak perkenankan permintaan kita.
  • Allah tahu mana yang baik dan mana yang buruk.
  • Aku takut jika kesalahan dan dosa aku itu, Allah balas pada anak-anak aku, pada keluarga aku, pada kaum kerabat aku dan pada orang yang aku sayang.
  • Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kaum kerabatku dan dosa saudara seagamaku.