RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, March 2, 2015

Teaser Sayang awak, Irham Daniel

 Teaser Sayang awak, Irham Daniel.



“Awak...”
“Hmmm....”
“Boleh saya tanya soalan peribadi?”
Irine terdiam seketika.
“Apa dia? Kalau saya rasa saya boleh jawab, saya jawablah. Kalau tak, saya takkan jawab. Boleh?”
“Okey...”
“Tanyalah...” Irine menarik rapat jaket kulit Izzul ketubuh. Bau harumam Izzul yang melekat di jaket tersebut menusuk ke hidungnya.
“Ayah awak, orang mana?”
Irine hanya diam. Tiba-tiba dia teringat pada papa. Rasa rindu pada papa tiba-tiba membuak-buak dalam dirinya.
“Maaflah kalau soalan saya buat awak marah. Awak tak perlu jawab kalau awak tak nak...” Izzul bersuara di sebelah. Irine masih memandang ke arah laut.
“Papa orang UK. Datang ke Malaysia masa umur dia 24 tahun. Sambung belajar kat sini. Jumpa ibu masa papa join aktiviti kemasyarakatan anjuran universitinya...” Irine menjawab perlahan. Memang dulu ibu selalu cerita bagaimana dia dan papa bertemu, berkenalan dan akhirnya berkahwin.
“Ohh...lepas tu, apa jadi? Papa awak pergi mana?”
Irine mengigit bibir. Air mata yang bergenang cuba ditahan. Izzul menyedari akan perubahan Irine. Serta merta dia terasa bersalah.
“Awak, maafkan saya. Saya tak berniat. Kalau awak tak nak cerita. Saya tak paksa...”
Irine mengesat air matanya dengan belakang tangan.
“It’s okey. Lebih mudah kalau awak tahu cerita sebenar. Selama ini orang selalu berpandangan buruk pada saya dan ibu. Mereka selalu kata saya bukan anak ibu yang sebenar. Kadang kala tu mereka tuduh saya anak pungut hanya disebabkan saya dan ibu berlainan...”
Izzul diam. Dia bersimpati dengan nasib gadis di sebelahnya itu.
“Perkahwinan papa mendapat tentangan kedua-dua belah pihak. Baik sebelah ibu mahupun sebelah papa. Dua-dua datuk dan nenek saya tak suka dengan perkahwinan ini. Mereka cakap lambat laun papa akan tinggalkan ibu jugak. Tapi ibu berkeras. Ibu terlalu sayangkan papa. Ibu cakap, salah satu sebab ibu sukakan papa sebab papa sangat menghormati islam. Papa memang dah menganut agama islam sejak berusia dua puluh satu tahun lagi. Papa juga sangat menghormati orang tua. Ibu juga cakap papa sangat penyayang dan lemah lembut dalam setiap perbuatannya. Itu yang membuatkan ibu jatuh cinta pada papa...”
Izzul hanya mendengar. Matanya turut di hala ke arah laut.
“Umur ibu 21 tahun masa dia kawin dengan papa. Lepas mereka berdua kawin, datuk halau ibu dari kampung. Datuk cakap dia malu sebab anak dia kawin dengan penjajah. Puas ibu terangkan pada datuk yang papa tak bersalah. Papa baik orangnya dan yang paling penting, papa mampu menjadi imam untuknya dan keluarga. Tapi datuk terlalu marah. Dia tak perduli akan kata-kata ibu itu. Nenek pulak masa tu tak mampu nak buat apa. Hanya mampu menangis. Malam tu, nenek sempat bagi duit dan sedikit barang kemas pada ibu dan minta ibu pergi jauh dari kampung. Nenek tak sanggup nak tengok ibu kena pukul dengan datuk lagi. Malam tu jugak ibu dan papa tinggalkan kampung. Mereka menetap di Melaka sekejap. Lepas setahun, datuk meninggal dunia. Nenek tulis surat minta ibu balik. Ibu yang memang sentiasa rindukan nenek, terus ajak papa pulang ke kampung. Sejak dari hari tu, ibu dan papa tinggal dengan nenek sampailah nenek meninggal dunia. Setahun lepas nenek meninggal, saya lahir...” Panjang lebar Irine bercerita. Izzul masih setia mendengar.


0 140 tukang karut:

Post a Comment