RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, March 10, 2015

Teaser : Dia Putera Mahkota?



Teaser

“Hampir dua minggu?”

“Betul tengku. Patik diberitahu oleh Cik Dahlia sendiri yang dia perlu menghadiri kelas extra di kolej.”

Dahi Tengku Shah Putra berkerut buat seketika ketika dia memandang ke arah Tira yang masih tunduk merenung ke lantai.

“Bukankah sepatutnya tidak ada sebarang kelas selepas pukul 2? Bukankah kita dah arrange jadual kelas Dahlia?”

“Itu yang patik tak faham tengku.”

“Awak dah cuba hubungi pihak kolej?”

Tira mengangguk perlahan.

“Mereka kata apa?”

Tira terdiam buat seketika. Serba salah pula mahu menyampaikan maklumat yang baru sahaja dia terima sebentar tadi.

“Tira, awak cuba nak sorokkan sesuatu pada beta ke?”

“Maafkan patik tengku. Sebenarnya patik dapat tahu yang Cik Dahlia tidak mempunyai sebarang kelas selepas pukul 2.”

“Awak pasti?”

Tira mengangguk takut-takut.

“Dan hampir dua minggu dia pulang lewat petang dengan alasan ada kelas extra?”

Tira mengangguk lagi.

Tengku Shah Putra terdiam buat seketika. Dalam kepala cuba memikirkan rasionalnya kenapa gadis itu berbuat demikian.

“Dahlia pulang ke rumah ibu bapanya, ke?”

“Tidak. Patik sudah menghubungi ibu Cik Dahlia dan ibunya menafikan yang Cik Dahlia ada pulang ke rumah. Katanya kali terakhir Cik Dahlia pulang ke rumah ialah semasa dengan tengku dulu.”

Kerutan di dahi Tengku Shah Putra semakin jelas kelihatan. Dahlia, ke mana awak pergi sebenarnya ni?

“Tak apalah kalau macam tu. Awak boleh keluar dulu.”

“Terima kasih, tengku.” Tira berkata sebelum tunduk sedikit ke arah putera mahkota itu sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

Tengku Shah Putra termenung buat seketika sebeum dia mencapai telefon bimbitnya. Nama Dahlia dicari dalam senarai kenalan.

***

“Ya ke? Lepas tu apa jadi?” Dahlia bertanya sambil cuba menahan ketawa ketika mendengar lawak jenaka Riz di sebelahnya itu.

“Lepas tu apa lagi, saya terus larilah. Orang gila tu memang kejar saya sampai ke kampus. Rasanya itulah kali pertama saya lari laju macam tu.”

Dahlia ketawa lagi ketika membayangkan bagaimana keadaan lelaki itu berlari apabila dikejar oleh orang gila semasa di UK dulu.

“Saya suka tengok awak ketawa begini. Nampak manis aje.”

Spontan Dahlia berhenti ketawa apabila muka sudah mula panas berbahang.

Riz hanya senyum apabila melihat perubahan pada wajah gadis itu.

“So, seronok tak belajar di UK? Saya teringin nak ke sana. Saya nak main salji.”

“Hmm, kalau awak teringin nak ke UK semata-mata nak main salji. Saya cadangkan awak lupakan aje hasrat awak tu.”

“Kenapa pulak?” Dahlia bertanya hairan.

“Salji tu semua tak seronok. Disaster. Nak ke kelas pun susah. Tapi kalau awak nak ke UK untuk melihat tempat sejarah, yang tu mungkin boleh dipertimbangkan.”

“Ya ke? Kiranya semua itu indah khabar dari rupalah ya?”

“Soft of.”

“Tapi saya tetap teringin nak ke sana.” Dahlia berkata sambil membuang pandangan ke langit nan biru itu.

“Sebab Reza ke?”

Tersentap hati Dahlia ketika mendengar pertanyaan lelaki itu. Air liur ditelan berkali-kali ketika dia cuba menahan debaran di dada.

“Pasti awak sayang betul pada arwah ya.”

Dahlia tertunduk ke bawah. Tangan tanpa sedar mencabut rumbut ketika mereka sedang duduk bersila di atas padang tersebut.

“Dahlia, maafkan saya kalau kata-kata saya tadi mengiris hati awak. Saya cuma cemburu.”

“Cemburu?” Dahlia bertanya hairan.

“Ya. Saya cemburu dengan lelaki bernama Reza. Walaupun dia sudah tak ada di dunia ini tapi awak tetap sayangkan dia. Kasih sayang awak terhadap dia tak pernah padam. Tak pernah hilang dari ingatan. Alangkah bagusnya saya dapat jadi seperti Reza. Dicintai sebegitu dalam oleh bekas tunang walaupun jasad sudah tiada di bumi ini.”

Dahlia tunduk lagi merenung rumput.

Brrr!

Dahlia cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan. Air liur ditelan perlahan ketika melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya itu.

“Siapa?” Riz bertanya ketika dia cuba mencuri pandang nama pemanggl di telefon gadis itu.

Dahlia mengeleng sebelum menyentuh butang mute pada telefon tersebut lalu dimasukkan kembali telefon itu ke dalam beg tangannya.

“Siapa yang call?” Riz bertanya lagi.

“Err ibu saya. Errr saya dah lewat ni. Nanti ibu saya risau pulak.” Dahlia berkata sambil berdiri. Tangan laju mengibas belakang tubuhnya yang melekat dengan rumput kering.

“Oh, okey. Jumpa lagi esok?”

“Sure.” Dahlia berkata sambil tersenyum sebelum dia berlalu dari situ.


***

“Dahlia.”

Spontan kakinya berhenti melangkah. Dia menelan air liur berkali-kali ketika dia berpusing ke belakang.

“Eh, awak buat apa apa kat sini? Amir Fitri kata awak ada lawatan kerja dengan baginda sultan dan tengku permaisuri di Sri Langka?”

“Awak dari mana ni?” Tengku Shah Putra bertanya tidak mengendahkan  kata-kata gadis itu.

Dahlia tunduk ketika dia tidak berani menentang pandangan lelaki itu.

“Err, saya ada hal sikit.” Dahlia menjawab perlahan.

“Hal apa?”

Dahlia mengetab bibir. Hatinya agak panas apabila menyedari yang lelaki itu cuba mencampuri urusan peribadinya.

“Adalah. Hmm, saya nak masuk dulu.” Dahlia menjawab sebelum melangkah mahu meninggalkan tempat itu.

“Saya tak habis cakap lagi, Dahlia.” Lengan gadis itu ditarik perlahan.

“Apa ni Shah. Sakitlah.” Dahlia  berkata cuba melepaskan pegangan lelaki itu.

“Saya tanya ke mana awak pergi? Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang ni?” Tengku Shah Putra bertanya cuba menahan rasa marahnya. Pegangan pada lengan gadis itu dilepaskan.

Dahlia tunduk ketika tangan mengosok lengannya yang terasa agak perit itu.

“Dahlia, awak pergi mana ni? Saya telefon tak angkat. Balik lewat macam ni. Awak buat saya risau.” Tengku Shah Putra bertanya dengan nada lebih lembut.

“Saya ada kelas extra.”

Tengku Shah Putra terdiam apabila mendengar jawapan gadis itu.

“Betul ke awak ada kelas extra?”

Dahlia angkat muka ketika memandang wajah Shah yang kelihatan serius itu. Sepanjang dia mengenali Shah, belum lagi dia melihat raut wajah lelaki itu setegang itu.

“Kenapa? Awak tak percaya ke? Kalau awak tak percaya, awak boleh telefon pihak kolej sendiri. Hmm, saya nak masuk bilik. Penat.” Dahlia menjawab lagi sebelum mula mengatur langkah mahu cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

“Saya dah telefon pihak kolej, dan cuba teka apa jawapan yang saya dapat?”

Tubuh Dahlia terkaku apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Habislah dia kali ini.

Tengku Shah Putra berjalan menghampiri Dahlia. Dahlia tertunduk ke bawah ketika dia berdiri di hadapan gadis itu.

“Dahlia, apa yang awak cuba sembunyikan pada saya, hmm?” Tengku Shah putra bertanya lembut. Dia tahu pasti ada yang tidak kena dengan gadis itu. Dia hanya mahukan kebenaran.

Dahlia telan air liur lagi. Shah, kenapa awak tak marah saya aje bila awak tahu yang saya telah menipu awak? Kenapa awak tak halau saya aje keluar dari istana ini supaya rasa bersalah saya terhadap awak dapat dikurangkan? Kenapa awak masih mampu bertanya dalam nada lembut begini? Kenapa Shah?

“Dahlia sayang, please. Jawablah soalan saya. Kenapa awak buat macam ni? Awak pergi mana sebenarnya ni, hmm?”

“Please don’t do this to me, Shah?” Dahlia berkata perlahan cuba menahan sebak di dada.

“Apa maksud awak?”

“Kenapa awak tak marah saya aje? Kenapa awak tak nak benci saya aje sedangkan awak tahu saya dah tipu awak? Saya tak jujur pada awak? Kenapa awak masih bertanya dengan nada macam tu? It’s killing me, Shah. Please. Tolong jangan baik sangat pada saya.”

Tengku Shah Putra agak terkejut ketika mendengar kata-kata gadis itu. Dia menarik nafas dalam-dalam ketika menyentuh pipi gadis itu yang sudah pun beranak sungai.

“Awak tahukan saya sangat sayangkan awak. Memang tak dinafikan yang saya kecewa bila dapat tahu awak sebenarnya tidak menghadiri sebarang kelas pada waktu petang di kolej, tapi saya tahu pasti ada sebab awak buat macam tu. Just tell me sayang. Kenapa awak buat macam ni? Awak marah saya sebab saya terlalu sibuk sehingga mengabaikan awak?”

Dahlia mengelengkan kepala apabila hatinya semakin pilu ketika mendengar kata-kata lelaki itu.

“Dahlia sayang, please answer me. Awak pergi mana?”

“Saya pergi errr kubur arwah Reza.” Dahlia memejamkan mata apabila mulut laju menuturkan kata-kata tersebut. Dahlia, apa yang kau cuba lakukan ni, hah?

Tengku Shah Putra terdiam buat seketika. Dia tak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari bibir gadis itu. Buat seketika dia seperti kehilangan kata-kata.

Dahlia menjeling dengan hujung mata apabila merasanya yang lelaki itu hanya mendiamkan diri. Adakah hati Shah terluka?

“Maafkan saya.” Dahlia kembali tunduk.

“Tak apa. Saya faham. Dia cinta pertama awak kan? Saya faham. Bukan mudah kita nak lupakan cinta pertama. Sama seperti cinta saya terhadap awak. Tak apalah. Awak naiklah dulu. Berehat. Tapi kalau boleh jangan skip kelas dengan Kak Tira lagi, boleh?”

Dahlia mengangguk perlahan sebelum kaki mula melangkah meninggalkan lelaki itu.

“Dahlia.”

Spontan kakinya berhenti melangkah namun dia tidak menoleh ke belakang.

“Saya sangat cintakan awak dan saya takkan mampu nak hidup tanpa awak, saya harap awak tahu tu.”

Buat kesekian kalinya, air mata jatuh membasahi pipi tatkala kata-kata lelaki itu menerjah gegendang telinganya.

p/s: After three years, akhirnya cerita ini sampai ke penghujungnya. aku ingat cerita ini takkan mampu disiapkan. terus terang aku cakap, cerita ini paling susah untuk dihabiskan. setiap kali aku nak hadap mss ni, setiap kali tu juga mood aku kelaut. aku tak mampu. aku pun tak tahu kenapa. banyak sangat halangan. bagi aku, mss ni terlalu banyak bermain dengan emosi aku sendiri. yalah, starting cerita pun dah sedih. aku tak tahu bila cerita ini akan keluar dalam versi cetak. tapi aku akan bagi laluan pada hana dan haris dulu. kalau ada rezeki, mungkin cerita ni akan keluar hujung tahun. MUNGKIN ya. :P. walaupun cerita ini dah sampai penamatnya, tapi banyak yang aku kena edit sebab yalah, 3 tahun punya cerita, ayat entah apa-apa. aku tak nak lakukan kesilapan lagi. insyaAllah, aku akan cuba yang terbaik. wish me luck!

5 140 tukang karut:

Abby Sha said...

Ainn ko mendera akak dik.. adoii kecian shah

Cahaya said...

kak Abby sha>>>ekekekekeek

Nvel Addct said...

lama tau tunggu!!!!!
chewah...propa den...hiksss...
jumpa jugak perkataan TAMAT utk dpm kan...jenuh dulu buat research...kihkihkih...
rasa terharu lak... *yes..den poyo wen it comes to dpm ni ;)

Cahaya said...

kak nvel addct>>>hahahah. ingat lagi akak siap bagi gmbr dalam istana tu supaya sy boleh imagine macam mana rupa istana hiks.

eifa said...

Sabar sungguh Shah eh!

Post a Comment