RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, March 28, 2015

Pesanan novel Nak Hati Awak Jugak! Dilanjutkan.

Assalamaualaiku, atas permintaan, saya lanjutkan pesanan untuk novel Nak Hati AWak Jugak! Sehingga tarikh 31.3.2015.boleh emel ke nurulainnismail@gmail.com untuk membuat pesanan.

Monday, March 23, 2015

Sapa nak oder?

Assalamualaikum,


ada sesiapa berminat nak order mana-mana novel? sila emel ke nurulainnismail@gmail.com


p/s: macam kalefull aje susun macam tu hiks. :P

Istana Sri Menanti

Assalamualaikum,

Wah terasa lama betul ku cuti padahal cuti mula khamis sampai ahad. Minggu ni dan minggu depan cuti lagi untuk habiskan carry forward tahun lepas punya. kalau tak habiskan, nanti burn so lebih baik cuti aje kan. Khamis dan jumaat tu aku ambil cuti sebab nak settlekan hal-hal majlis. kebetulan en tunang balik ke tanah semenanjung ni, so habis setel semua yang besar-besar. alhamdulillah lega, Allah mudahkan semua urusan.

Bila khamis dan jumaat tu dah berjaya selesaikan apa yang dirancang, makanya hari sabtu lepas kami pergi reward diri dengan makan kenduri kawan satu uni yang merangkap roommate aku masa dekat u dulu. kahwin dah semua roommate aku, tinggal aku sorang aje belum hiks. insyaAllah, aku pun bakal ikut jejak langkah mereka :P

So, sabtu lepas aku dan encik tunang telah ke Kuala Pilah untuk menghadiri kenduri kahwin kawan aku, ieka. agak mencabar juga sebab waze tak detect. tapi mujurlah encik tunang tahu jalan memandangkan dia rajin travel bersama keluarganya. so kalau dengan beliau, aku tak risau akan sesatlah. kami gerak awal pagi sebab petang tu encik tunang nak rush ke KL pula. jadi bila dah gerak awal pagi tu tersampai awal pulak. siap kompius mana satu pulak majlis ni sebab ada tiga majlis. makanya encik tunang ajak pergi melawat istana seri menanti. wahhh, kembang hati aku sebab aku memang suka melawat tempat sejarah. begitu jugak encik tunang. seronok betul bila ada pasangan yang kongsi minat yang sama dengan kita, kan? heh. sebab bukan semua suka melawat tempat-tempat sejarah ni. sanggup pulak tu masuk ke ceruk mana untuk memenuhi hajat hatiku yang sekian lama mahu menatap istana lama ini.

tapi bila sampai, tutup pulak. encik tunang memang dah mention maybe tutup sebab sebelum tu dia dah check internet tapi dia bawa jugaklah sebab nak bagi lepas hajat aku kut heh. so dapatlah tengok kat tepi aje macam dalam gambar bawah ni.
Encik tunang kata tak nak turun ke, aku jawab taknaklah. buat apa turun kalau setakat tengok dekat tepi aje. aku jawab dengan nada agak kecewa heh. lepas tu bila nak pusing tu aku dengar suara orang dan nampak ada orang dekat dalam! masuk ikut mana? aku pun selaklah ajak encik tunang cari pintu masuk. dia ikut aje. heh. so dapatlah masuk dalam. tapi sekitar luar ajelah. dalam istana tu tak masuk. encik tunang kata ada satu lagi istana yang dibina sebagai muzium di seremban, nanti bebila dia akan bawa. yeahhh!

dah puas tangkap gambar ( tak puas sebenarnya tapi sebab dah lapar), kita orang terus ke kenduri. tapi sesat lagi. akhirnya sampai jugak. alhamdulillah.
selamat pengantin baru ieka dan pasangan. sorry dapat jumpa kejap je sebab rushing nak balik. nanti jangan lupa datang kenduri kami pulak ye. :p

Teaser 2 : Nak Hati Awak Jugak!

“Sayang...”
“Hmm?” Hana mengangkat kepala.
“You’re so sexy.”
Hana telan air liur ketika Hariz menarik pinggangnya dengan lembut.
“And I want my shirt back.”
Hana mengangkat kepala lagi. Dahinya berkerut. Aik? Tadi puji seksi, tapi sekarang nak baju dia balik ke?
Hariz senyum menggoda. “Sayang, I want my shirt back.”
“Err... okey. Kejap Hana salin baju.” Hana berkata sambil cuba berpusing, namun Hariz masih tetap memeluk pinggangnya.
“I want it now.” Hariz berbisik perlahan di telinganya.
Tangan lelaki itu mula membuka butang di dadanya, membuatkan Hana akhirnya faham. Gulp!
“I missed you so much, sayang.”

p/s: untuk tempahan boleh emel ke nurulainnismail@gmail.com

Friday, March 20, 2015

Nak Jadi Kekasih Saya? A.K.A Nak hati awak jugak dah boleh BELI!

Asalamualaikum,

Presenting....











RM 25 + 6 (termasuk postage)
tarikh tutup : 28/3/2015

TADA! Hariz dan Hana dah keluarlah! Okey sebelum korang keliru, meh aku cerita siap-siap. ini adalah cerita hana dan hariz yang mana tajuk asalnya ialah Nak Jadi Kekasih Saya? Macam biasalah tajuk aku selalu kena rejek kehkeh. so tajuk ni telah dipilih oleh editor FP sendiri. walaupun tajuknya berbeza tadi isinya tetap sama. dan ada sedikit tambahan jugak sebenarnya. kalau nak tahu, kenalah baca. meh aku letak sikit sinopsis.

Sinopsis :

Sinopsis :
Hana, gadis moden yang cukup pakej. Cantik, kaya dan juga bijak. Hana sering dicemburui oleh gadis seusianya termasuklah sahabat baiknya sendiri. Namun di sebalik kesempurnaan itu, terselit rasa dendam di hati gadis itu. Walaupun Hana kelihatan sempurna di mata sesiapa sahaja yang memandangnya, namun saban malam gadis itu berendam air mata sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka misteri di tepi pantai.
“Err, awak. Saya. Err, minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Saya...” Hana terdiam apabila lelaki itu tunduk dan mengutip segala benda yang bertaburan di atas pasir itu.
Siapa sangka, pertemuan pertama di pantai itu telah membawa perubahan yang besar dalam hidup dua insan yang berbeza. Namun, perbezaan itu tidak menjadi penghalang bagi Hana untuk mendekati lelaki misteri dan suka jual mahal itu.
“Pergi!”
“Hariz, kenapa ni? Kenapa awak layan saya macam ni?”
Bukan mudah bagi Hana untuk mendekati lelaki bernama Hariz itu. Mungkin disebabkan kekurangan yang ada pada lelaki itu membuatkan Hariz tegar melayan Hana endah tak endah sahaja.
Saya tanya awak rindu saya tak?- Hana
Oh. Tak rindu pun. - Hariz
Sampainya hati - Hana
Walau sekeras mana pun cuba dinafikan, Hariz tetap tidak mampu menipu dirinya sendiri apabila dalam diam, dia telah pun jatuh cinta pada gadis bernama Hana itu tanpa sedar.
“Untunglah aku dapat tengok muka kau berubah macam tu. Selalu tu tak ada perasan je...”- Boy.
Namun, bukan mudah bagi mereka untuk terus menyulam cinta yang baru hendak dibina.
“Let’s break up...”- Hana
“Please sayang, jangan buat saya macam ni. Cukuplah lima tahun Hana. Saya takkan mampu nak laluinya lagi. Please....”- Hariz
Tegarkah Hana meneruskan keputusannya? Dan kenapa dia bertindak begitu sedangkan dia sedari awal lagi begitu mencintai Hariz?

p/s: sesiapa yang berminat nak beli dengan aku boleh emelkan ke nurulainnismail@gmail.com atau pm di FB https://www.facebook.com/profile.php?id=100005899396723 

p/s: Last payment ialah pada 28/3/2015 ye. lepas tu aku tak buka order dah. tapi novel Sayang Awak Irham Daniel masih boleh order lagi.

Tuesday, March 10, 2015

Teaser : Dia Putera Mahkota?



Teaser

“Hampir dua minggu?”

“Betul tengku. Patik diberitahu oleh Cik Dahlia sendiri yang dia perlu menghadiri kelas extra di kolej.”

Dahi Tengku Shah Putra berkerut buat seketika ketika dia memandang ke arah Tira yang masih tunduk merenung ke lantai.

“Bukankah sepatutnya tidak ada sebarang kelas selepas pukul 2? Bukankah kita dah arrange jadual kelas Dahlia?”

“Itu yang patik tak faham tengku.”

“Awak dah cuba hubungi pihak kolej?”

Tira mengangguk perlahan.

“Mereka kata apa?”

Tira terdiam buat seketika. Serba salah pula mahu menyampaikan maklumat yang baru sahaja dia terima sebentar tadi.

“Tira, awak cuba nak sorokkan sesuatu pada beta ke?”

“Maafkan patik tengku. Sebenarnya patik dapat tahu yang Cik Dahlia tidak mempunyai sebarang kelas selepas pukul 2.”

“Awak pasti?”

Tira mengangguk takut-takut.

“Dan hampir dua minggu dia pulang lewat petang dengan alasan ada kelas extra?”

Tira mengangguk lagi.

Tengku Shah Putra terdiam buat seketika. Dalam kepala cuba memikirkan rasionalnya kenapa gadis itu berbuat demikian.

“Dahlia pulang ke rumah ibu bapanya, ke?”

“Tidak. Patik sudah menghubungi ibu Cik Dahlia dan ibunya menafikan yang Cik Dahlia ada pulang ke rumah. Katanya kali terakhir Cik Dahlia pulang ke rumah ialah semasa dengan tengku dulu.”

Kerutan di dahi Tengku Shah Putra semakin jelas kelihatan. Dahlia, ke mana awak pergi sebenarnya ni?

“Tak apalah kalau macam tu. Awak boleh keluar dulu.”

“Terima kasih, tengku.” Tira berkata sebelum tunduk sedikit ke arah putera mahkota itu sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

Tengku Shah Putra termenung buat seketika sebeum dia mencapai telefon bimbitnya. Nama Dahlia dicari dalam senarai kenalan.

***

“Ya ke? Lepas tu apa jadi?” Dahlia bertanya sambil cuba menahan ketawa ketika mendengar lawak jenaka Riz di sebelahnya itu.

“Lepas tu apa lagi, saya terus larilah. Orang gila tu memang kejar saya sampai ke kampus. Rasanya itulah kali pertama saya lari laju macam tu.”

Dahlia ketawa lagi ketika membayangkan bagaimana keadaan lelaki itu berlari apabila dikejar oleh orang gila semasa di UK dulu.

“Saya suka tengok awak ketawa begini. Nampak manis aje.”

Spontan Dahlia berhenti ketawa apabila muka sudah mula panas berbahang.

Riz hanya senyum apabila melihat perubahan pada wajah gadis itu.

“So, seronok tak belajar di UK? Saya teringin nak ke sana. Saya nak main salji.”

“Hmm, kalau awak teringin nak ke UK semata-mata nak main salji. Saya cadangkan awak lupakan aje hasrat awak tu.”

“Kenapa pulak?” Dahlia bertanya hairan.

“Salji tu semua tak seronok. Disaster. Nak ke kelas pun susah. Tapi kalau awak nak ke UK untuk melihat tempat sejarah, yang tu mungkin boleh dipertimbangkan.”

“Ya ke? Kiranya semua itu indah khabar dari rupalah ya?”

“Soft of.”

“Tapi saya tetap teringin nak ke sana.” Dahlia berkata sambil membuang pandangan ke langit nan biru itu.

“Sebab Reza ke?”

Tersentap hati Dahlia ketika mendengar pertanyaan lelaki itu. Air liur ditelan berkali-kali ketika dia cuba menahan debaran di dada.

“Pasti awak sayang betul pada arwah ya.”

Dahlia tertunduk ke bawah. Tangan tanpa sedar mencabut rumbut ketika mereka sedang duduk bersila di atas padang tersebut.

“Dahlia, maafkan saya kalau kata-kata saya tadi mengiris hati awak. Saya cuma cemburu.”

“Cemburu?” Dahlia bertanya hairan.

“Ya. Saya cemburu dengan lelaki bernama Reza. Walaupun dia sudah tak ada di dunia ini tapi awak tetap sayangkan dia. Kasih sayang awak terhadap dia tak pernah padam. Tak pernah hilang dari ingatan. Alangkah bagusnya saya dapat jadi seperti Reza. Dicintai sebegitu dalam oleh bekas tunang walaupun jasad sudah tiada di bumi ini.”

Dahlia tunduk lagi merenung rumput.

Brrr!

Dahlia cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan. Air liur ditelan perlahan ketika melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya itu.

“Siapa?” Riz bertanya ketika dia cuba mencuri pandang nama pemanggl di telefon gadis itu.

Dahlia mengeleng sebelum menyentuh butang mute pada telefon tersebut lalu dimasukkan kembali telefon itu ke dalam beg tangannya.

“Siapa yang call?” Riz bertanya lagi.

“Err ibu saya. Errr saya dah lewat ni. Nanti ibu saya risau pulak.” Dahlia berkata sambil berdiri. Tangan laju mengibas belakang tubuhnya yang melekat dengan rumput kering.

“Oh, okey. Jumpa lagi esok?”

“Sure.” Dahlia berkata sambil tersenyum sebelum dia berlalu dari situ.


***

“Dahlia.”

Spontan kakinya berhenti melangkah. Dia menelan air liur berkali-kali ketika dia berpusing ke belakang.

“Eh, awak buat apa apa kat sini? Amir Fitri kata awak ada lawatan kerja dengan baginda sultan dan tengku permaisuri di Sri Langka?”

“Awak dari mana ni?” Tengku Shah Putra bertanya tidak mengendahkan  kata-kata gadis itu.

Dahlia tunduk ketika dia tidak berani menentang pandangan lelaki itu.

“Err, saya ada hal sikit.” Dahlia menjawab perlahan.

“Hal apa?”

Dahlia mengetab bibir. Hatinya agak panas apabila menyedari yang lelaki itu cuba mencampuri urusan peribadinya.

“Adalah. Hmm, saya nak masuk dulu.” Dahlia menjawab sebelum melangkah mahu meninggalkan tempat itu.

“Saya tak habis cakap lagi, Dahlia.” Lengan gadis itu ditarik perlahan.

“Apa ni Shah. Sakitlah.” Dahlia  berkata cuba melepaskan pegangan lelaki itu.

“Saya tanya ke mana awak pergi? Awak tahu tak dah pukul berapa sekarang ni?” Tengku Shah Putra bertanya cuba menahan rasa marahnya. Pegangan pada lengan gadis itu dilepaskan.

Dahlia tunduk ketika tangan mengosok lengannya yang terasa agak perit itu.

“Dahlia, awak pergi mana ni? Saya telefon tak angkat. Balik lewat macam ni. Awak buat saya risau.” Tengku Shah Putra bertanya dengan nada lebih lembut.

“Saya ada kelas extra.”

Tengku Shah Putra terdiam apabila mendengar jawapan gadis itu.

“Betul ke awak ada kelas extra?”

Dahlia angkat muka ketika memandang wajah Shah yang kelihatan serius itu. Sepanjang dia mengenali Shah, belum lagi dia melihat raut wajah lelaki itu setegang itu.

“Kenapa? Awak tak percaya ke? Kalau awak tak percaya, awak boleh telefon pihak kolej sendiri. Hmm, saya nak masuk bilik. Penat.” Dahlia menjawab lagi sebelum mula mengatur langkah mahu cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

“Saya dah telefon pihak kolej, dan cuba teka apa jawapan yang saya dapat?”

Tubuh Dahlia terkaku apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Habislah dia kali ini.

Tengku Shah Putra berjalan menghampiri Dahlia. Dahlia tertunduk ke bawah ketika dia berdiri di hadapan gadis itu.

“Dahlia, apa yang awak cuba sembunyikan pada saya, hmm?” Tengku Shah putra bertanya lembut. Dia tahu pasti ada yang tidak kena dengan gadis itu. Dia hanya mahukan kebenaran.

Dahlia telan air liur lagi. Shah, kenapa awak tak marah saya aje bila awak tahu yang saya telah menipu awak? Kenapa awak tak halau saya aje keluar dari istana ini supaya rasa bersalah saya terhadap awak dapat dikurangkan? Kenapa awak masih mampu bertanya dalam nada lembut begini? Kenapa Shah?

“Dahlia sayang, please. Jawablah soalan saya. Kenapa awak buat macam ni? Awak pergi mana sebenarnya ni, hmm?”

“Please don’t do this to me, Shah?” Dahlia berkata perlahan cuba menahan sebak di dada.

“Apa maksud awak?”

“Kenapa awak tak marah saya aje? Kenapa awak tak nak benci saya aje sedangkan awak tahu saya dah tipu awak? Saya tak jujur pada awak? Kenapa awak masih bertanya dengan nada macam tu? It’s killing me, Shah. Please. Tolong jangan baik sangat pada saya.”

Tengku Shah Putra agak terkejut ketika mendengar kata-kata gadis itu. Dia menarik nafas dalam-dalam ketika menyentuh pipi gadis itu yang sudah pun beranak sungai.

“Awak tahukan saya sangat sayangkan awak. Memang tak dinafikan yang saya kecewa bila dapat tahu awak sebenarnya tidak menghadiri sebarang kelas pada waktu petang di kolej, tapi saya tahu pasti ada sebab awak buat macam tu. Just tell me sayang. Kenapa awak buat macam ni? Awak marah saya sebab saya terlalu sibuk sehingga mengabaikan awak?”

Dahlia mengelengkan kepala apabila hatinya semakin pilu ketika mendengar kata-kata lelaki itu.

“Dahlia sayang, please answer me. Awak pergi mana?”

“Saya pergi errr kubur arwah Reza.” Dahlia memejamkan mata apabila mulut laju menuturkan kata-kata tersebut. Dahlia, apa yang kau cuba lakukan ni, hah?

Tengku Shah Putra terdiam buat seketika. Dia tak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari bibir gadis itu. Buat seketika dia seperti kehilangan kata-kata.

Dahlia menjeling dengan hujung mata apabila merasanya yang lelaki itu hanya mendiamkan diri. Adakah hati Shah terluka?

“Maafkan saya.” Dahlia kembali tunduk.

“Tak apa. Saya faham. Dia cinta pertama awak kan? Saya faham. Bukan mudah kita nak lupakan cinta pertama. Sama seperti cinta saya terhadap awak. Tak apalah. Awak naiklah dulu. Berehat. Tapi kalau boleh jangan skip kelas dengan Kak Tira lagi, boleh?”

Dahlia mengangguk perlahan sebelum kaki mula melangkah meninggalkan lelaki itu.

“Dahlia.”

Spontan kakinya berhenti melangkah namun dia tidak menoleh ke belakang.

“Saya sangat cintakan awak dan saya takkan mampu nak hidup tanpa awak, saya harap awak tahu tu.”

Buat kesekian kalinya, air mata jatuh membasahi pipi tatkala kata-kata lelaki itu menerjah gegendang telinganya.

p/s: After three years, akhirnya cerita ini sampai ke penghujungnya. aku ingat cerita ini takkan mampu disiapkan. terus terang aku cakap, cerita ini paling susah untuk dihabiskan. setiap kali aku nak hadap mss ni, setiap kali tu juga mood aku kelaut. aku tak mampu. aku pun tak tahu kenapa. banyak sangat halangan. bagi aku, mss ni terlalu banyak bermain dengan emosi aku sendiri. yalah, starting cerita pun dah sedih. aku tak tahu bila cerita ini akan keluar dalam versi cetak. tapi aku akan bagi laluan pada hana dan haris dulu. kalau ada rezeki, mungkin cerita ni akan keluar hujung tahun. MUNGKIN ya. :P. walaupun cerita ini dah sampai penamatnya, tapi banyak yang aku kena edit sebab yalah, 3 tahun punya cerita, ayat entah apa-apa. aku tak nak lakukan kesilapan lagi. insyaAllah, aku akan cuba yang terbaik. wish me luck!

Tuesday, March 3, 2015

Novel Muridku Suami Aku? Masuk top 20

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share satu berita yang mengembirakan bagi aku. Novel Muridku Suami Aku? (MSA) telah masuk carta top 20 Pilihan Popular untuk minggu ini. serius aku tak sangka yang novel MSA ini boleh pergi sampai sejauh ini. yalah, sudah hampir memasuki usia dua tahun tapi pembaca masih lagi cari novel ini. terharu tau sampai rasa nak nangis aje. sobss.

Aku tahu walaupun novel ini dikategorikan sebagai best-seller oleh Penerbitan Fajar Pakeer, tapi aku percaya masih banyak lagi kekurangan pada novel ini dan oleh itu aku minta maaf diatas kekurangan tersebut. InsyaAllah aku akan cuba perbaiki pada novel-novel akan datang. biasalah aku ni kan main belasah aje tulis hiks.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada kamu semuaaaa yang masih tak jemu-jemu menyokong aku. serius terharu tak tahu nak kata apa. actually aku ni pemalu sebenarnya. kalau jumpa aku masa sesi signing FP mungkin nampak aku macam sombong kan tapi ceq ni sebenarnya pemaluuuuuu hiks. tapi Insya Allah kalau dah lama-lama okeylah kan hahaha ape benda aku mengarut ni?

Editor dah banyak kali hint minta tulis pasal MSA-part 2 versi Dean pula. sebenarnya susah nak tulis watak Dean dan kembangkan cerita tentang dia walaupun aku lebih suka watak Dean dari Akmal. Opss jangan marah naaa. Sebab apa susah nak tulis watak Dean? Sebab Dean baik sangat. soft spoken dan ala-ala lelaki melayu terakhir. jadi untuk kekalkan watak sebegitu agak susah. tapi aku sebenarnya dah mula tulis dulu sebelum kelahiran Hariz dan Hana lagi tapi sangkut sampai page 5 jelah. Sekarang ni aku cuba nak habiskan cerita Dia Putera Mahkota? sebab aku selalu sentap kalau orang tanya DPM bila lagi? Frustlah sebab cerita lain keluar dulu dari DPM? Sentap noks bila dengar orang tanya gtu hahaha. jadi aku nak cuba siapkan( SILA BACA PERKATAAN CUBA 100X) juga sebelum proceed dengan cerita lain. DPM? ini mungkin akan dirombak dan dibaiki balik sebab ayatnya entah apa-apa. maklumlah dah tiga tahun kan. anak-anak akmal pun dah pergi sekolah tapi si Shah dan Dahlia ni masih tergantung lagi ceritanya hiks.

So, doakan ya? ;P

P/S: Ada sesiapa nak order novel SAID, KDS, MSA OR MR MPP? boleh emel di nurulainnismail@gmail.com.


Monday, March 2, 2015

Teaser Sayang awak, Irham Daniel

 Teaser Sayang awak, Irham Daniel.



“Awak...”
“Hmmm....”
“Boleh saya tanya soalan peribadi?”
Irine terdiam seketika.
“Apa dia? Kalau saya rasa saya boleh jawab, saya jawablah. Kalau tak, saya takkan jawab. Boleh?”
“Okey...”
“Tanyalah...” Irine menarik rapat jaket kulit Izzul ketubuh. Bau harumam Izzul yang melekat di jaket tersebut menusuk ke hidungnya.
“Ayah awak, orang mana?”
Irine hanya diam. Tiba-tiba dia teringat pada papa. Rasa rindu pada papa tiba-tiba membuak-buak dalam dirinya.
“Maaflah kalau soalan saya buat awak marah. Awak tak perlu jawab kalau awak tak nak...” Izzul bersuara di sebelah. Irine masih memandang ke arah laut.
“Papa orang UK. Datang ke Malaysia masa umur dia 24 tahun. Sambung belajar kat sini. Jumpa ibu masa papa join aktiviti kemasyarakatan anjuran universitinya...” Irine menjawab perlahan. Memang dulu ibu selalu cerita bagaimana dia dan papa bertemu, berkenalan dan akhirnya berkahwin.
“Ohh...lepas tu, apa jadi? Papa awak pergi mana?”
Irine mengigit bibir. Air mata yang bergenang cuba ditahan. Izzul menyedari akan perubahan Irine. Serta merta dia terasa bersalah.
“Awak, maafkan saya. Saya tak berniat. Kalau awak tak nak cerita. Saya tak paksa...”
Irine mengesat air matanya dengan belakang tangan.
“It’s okey. Lebih mudah kalau awak tahu cerita sebenar. Selama ini orang selalu berpandangan buruk pada saya dan ibu. Mereka selalu kata saya bukan anak ibu yang sebenar. Kadang kala tu mereka tuduh saya anak pungut hanya disebabkan saya dan ibu berlainan...”
Izzul diam. Dia bersimpati dengan nasib gadis di sebelahnya itu.
“Perkahwinan papa mendapat tentangan kedua-dua belah pihak. Baik sebelah ibu mahupun sebelah papa. Dua-dua datuk dan nenek saya tak suka dengan perkahwinan ini. Mereka cakap lambat laun papa akan tinggalkan ibu jugak. Tapi ibu berkeras. Ibu terlalu sayangkan papa. Ibu cakap, salah satu sebab ibu sukakan papa sebab papa sangat menghormati islam. Papa memang dah menganut agama islam sejak berusia dua puluh satu tahun lagi. Papa juga sangat menghormati orang tua. Ibu juga cakap papa sangat penyayang dan lemah lembut dalam setiap perbuatannya. Itu yang membuatkan ibu jatuh cinta pada papa...”
Izzul hanya mendengar. Matanya turut di hala ke arah laut.
“Umur ibu 21 tahun masa dia kawin dengan papa. Lepas mereka berdua kawin, datuk halau ibu dari kampung. Datuk cakap dia malu sebab anak dia kawin dengan penjajah. Puas ibu terangkan pada datuk yang papa tak bersalah. Papa baik orangnya dan yang paling penting, papa mampu menjadi imam untuknya dan keluarga. Tapi datuk terlalu marah. Dia tak perduli akan kata-kata ibu itu. Nenek pulak masa tu tak mampu nak buat apa. Hanya mampu menangis. Malam tu, nenek sempat bagi duit dan sedikit barang kemas pada ibu dan minta ibu pergi jauh dari kampung. Nenek tak sanggup nak tengok ibu kena pukul dengan datuk lagi. Malam tu jugak ibu dan papa tinggalkan kampung. Mereka menetap di Melaka sekejap. Lepas setahun, datuk meninggal dunia. Nenek tulis surat minta ibu balik. Ibu yang memang sentiasa rindukan nenek, terus ajak papa pulang ke kampung. Sejak dari hari tu, ibu dan papa tinggal dengan nenek sampailah nenek meninggal dunia. Setahun lepas nenek meninggal, saya lahir...” Panjang lebar Irine bercerita. Izzul masih setia mendengar.