RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, February 22, 2015

Cincin hilangggg.

Assalamualaikum,
baru aje sampai rumah dari KL. Hari ni nasib tak baik sikit. cincin risik aku hilangggg. Argh! careless!!!! Aku tak ingat langsung kat mana hilang. Sedar-sedar masa OTW nak gerak dari kl tu tergerak hati nak jeling cincin dekat jari masa drive. berderau darah tengok cincin tak ada. dahlah masa tu baru lepas tol. maksudnya tak boleh patah balik cari dekat rumah adik. terus aku call adik aku tolong cari dekat toilet, ruang tamu, dapur n dekat bawah tapi tak ada. sedih gila. aku mesej tunang bagitahu. dia kata try balik nanti tengok kat bonet kut-kut ada terjatuh masa nak masukkan barang. aku masa tu dah redha 50% dah. lagi 50% aku masih mengharap lagi. nasib baik cincin tunang ada lagi. semalam aku baru aje nak tukar jari nak pakai cincin tunang dekat jari kanan tapi sebab longgar sangat so tak jadi. kalau tidak cincin tunang yang hilang. masa dalam perjalanan nak balik pahang tadi dalam hati duk berdoa supaya ada rezeki aku dengan cincin tu lagi. orang kata doa mustajab masa musafir huhu. tapi rasanya tak ada rezeki tadi tak jumpa. sedih tengok jari kanan kosong. dahlah jari aku susah nak cari saiz cincin. jari kecik sangat. so tadi cakap dekat tunang, esok aku nak pergi kedai cari balik cincin yang lebih kurang sama walaupun aku tak harap akan jumpa design yang sama. ari tu beli pun tinggal satu tu je yang ada saiz aku. kalau tak ada saiz sama, aku akan cari juga yang lebih kurang sama harga. kira punishment untuk akulah ni sebab cuai.huhuhu.

2 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

Huhuhu… ooppsss… CA… akak dh 18 thn kawen… cincin tunang ngn cincin nikah dua2 hilang dh 17 thn dh… agagagagagaaa… sbb akak mmg jenis x suka pakai brg kemas n selalu lupa ada 2 cincin di jari. Selalu hilang dlm umah je… cincin2 hilang selamanya kat r n r mana tah… so akak dh 17 tahun xde cincin tunang or nikah… uhuksss

Cahaya said...

kak nvel addct>>haha dulu sy pakai cincin silver tak pernh hilang lagi bertaun2. ni sebb cincin longgar hilang tak tau masa mana. pastu tadi go cari untuk ganti tp jumpa yg lebih kurang je tak jumpa yg exact. so beli jelah walaupun agk sedih sebb tk jumpa yg sama sobss heh.

Post a Comment