RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, February 23, 2015

Novel Sayang awak, Irham Daniel dah ada di tangan

Assalamualaikum,
novel SAID sudah ada di tangan saya. ada sesiapa yang berminat nak beli?

boleh pm saya di https://www.facebook.com/profile.php?id=100005899396723 atau emel di nurulainnismail@gmail.com. semua novel READY stock ye.



RM 33 free postage

Sunday, February 22, 2015

Cincin hilangggg.

Assalamualaikum,
baru aje sampai rumah dari KL. Hari ni nasib tak baik sikit. cincin risik aku hilangggg. Argh! careless!!!! Aku tak ingat langsung kat mana hilang. Sedar-sedar masa OTW nak gerak dari kl tu tergerak hati nak jeling cincin dekat jari masa drive. berderau darah tengok cincin tak ada. dahlah masa tu baru lepas tol. maksudnya tak boleh patah balik cari dekat rumah adik. terus aku call adik aku tolong cari dekat toilet, ruang tamu, dapur n dekat bawah tapi tak ada. sedih gila. aku mesej tunang bagitahu. dia kata try balik nanti tengok kat bonet kut-kut ada terjatuh masa nak masukkan barang. aku masa tu dah redha 50% dah. lagi 50% aku masih mengharap lagi. nasib baik cincin tunang ada lagi. semalam aku baru aje nak tukar jari nak pakai cincin tunang dekat jari kanan tapi sebab longgar sangat so tak jadi. kalau tidak cincin tunang yang hilang. masa dalam perjalanan nak balik pahang tadi dalam hati duk berdoa supaya ada rezeki aku dengan cincin tu lagi. orang kata doa mustajab masa musafir huhu. tapi rasanya tak ada rezeki tadi tak jumpa. sedih tengok jari kanan kosong. dahlah jari aku susah nak cari saiz cincin. jari kecik sangat. so tadi cakap dekat tunang, esok aku nak pergi kedai cari balik cincin yang lebih kurang sama walaupun aku tak harap akan jumpa design yang sama. ari tu beli pun tinggal satu tu je yang ada saiz aku. kalau tak ada saiz sama, aku akan cari juga yang lebih kurang sama harga. kira punishment untuk akulah ni sebab cuai.huhuhu.

Friday, February 20, 2015

Pesanan Novel Sayang Awak Irham Daniel (SAID) telah dibuka

Assalamualaikum,

Selamat hari jumaat. Untuk pengetahuan semua, novel Sayang Awak Irham Daniel (SAID) telah pun keluar dalam bentuk cetakan. Jadi memandangkan ramai yang pm bertanyakan macam mana nak beli, jadi aku buka order awal sikit. cadangnya aku nak buka order hari isnin bila buku sudah ada di tangan. Tapi bila dah ramai tanya, so better aku buka awal tapi lepas dapat bukunya baru aku akan post. Buku yang ada di tangan aku sangat limited ya sebab takut tak sempat nak post. Bulan depan kelas dah mula dan sekarang pun tengah cuba nak siapkan kerja menulis sebelum semester bermula. Jadi ada sesiapa yang berminat boleh ikut cara-cara di bawah.



p/s: Sebarang pertanyaan boleh pm aku di FB https://www.facebook.com/profile.php?id=100005899396723


Wednesday, February 11, 2015

Bab 15 : Nak Jadi Kekasih Saya? (Akhir)

“HANA!”
Hana mengerutkan dahi ketika Bad muncul di hadapannya secara tiba-tiba.
“Kenapa tak jawab mesej dan panggilan I?”
Hana membuat muka sebelum bergerak ke tepi untuk meneruskan langkah, namun Bad terus menghalang.
“Hana, you jangan nak tunjuk keras kepala you sangat. You tahu kan akibatnya?”
Hana menjeling tajam ke arah Bad.
“Bad, you jangan nak ugut-ugut I lagi okey? I tak hairan dengan ugutan you tu. Tepi! Jangan kacau I lagi.”
“You tak menyesal kalau apa-apa terjadi pada boyfriend gagap you tu?”
Langkah Hana terhenti secara tiba-tiba. Telinga terasa panas. Hana cuba menahan diri daripada menghamburkan caci maki ke muka lelaki itu.
Bad berjalan mendekati Hana.
Hana mendongak. Rasa meluat tergambar jelas pada wajah gadis itu ketika memandang ke arah Bad yang dah tayang sengih puas hati itu.
“I dah kata, jangan ganggu Hariz lagi.” Hana menggumam pernuh amaran dan geram.
So sweet. Sayang betul you dengan mamat gagap tu ya. Well, kalau you tak nak I apa-apakan mamat tu, you ikut cakap I.”
Hana merenung tajam ke arah Bad.
“Bertunang dengan I hujung bulan depan.”
Bulat mata Hana ketika memandang ke arah lelaki itu.
“You ni memang dah gila.”
Bad ketawa jahat.
“Memang, memang I dah gila. I gilakan you sayang. So macam mana? Macam I cakap hari tu, pilihan di tangan you. Dan you patut tahu akibat daripada keputusan yang you buat kan.”
Hana menggengam tangan seolah-olah menahan rasa geram dan amarah dalam diri. Tanpa berkata apa-apa, Hana melangkah berlalu dari situ.
“Jangan fikir lama sangat sayang, kesabaran I pun ada batasnya.” Hana memejamkan mata ketika telinga menangkap kata-kata Bad di belakang. Ya Allah, apa yang perlu aku buat ni?


“KAU okey?”
Hana hanya mendiamkan diri. Mata masih merenung telefon bimbit di tangan.
Nor yang baru muncul entah dari mana itu melabuhkan tubuh di sebelah Hana.
“Hana, kau kenapa ni? Diam aje dari tadi?”
Hana masih mendiamkan diri. Mata masih tak putus-putus merenung telefon bimbit yang tergenggam di tangannya seolah-olah sedang menunggu panggilan atau mesej daripada seseorang.
Nor memandang telefon yang tergenggam di tangan gadis itu.
“Kau tunggu siapa?” Nor bertanya perlahan.
“Hariz, dia tak mesej aku dekat dua hari. Kau rasa dia marah aku ke? Dia merajuk ke sebab dah lama aku tak balas mesej dan jawab panggilan dia?”
Nor memandang sedih ke arah Hana. Dia tahu walaupun Hana sudah bersetuju untuk bertunang hari ini, namun hati gadis itu masih kuat pada Hariz.
“Hana, sudahlah tu. Kau juga yang nak macam ni kan. Ini pilihan kau.” Nor meletakkan tangan di bahu Hana seolah-olah memujuk gadis itu. Dia sendiri tak tahu apa yang perlu dia buat untuk menenangkan Hana. Lagipun, bukankah ini pilihan Hana?
“Kau rasa, aku patut mesej Hariz ke?” Hana bertanya perlahan. Jari laju menyentuh skrin sebelum menu mesej di buka.
Nor mengambil telefon bimbit di tangan gadis itu. Hana mengangkat muka memandang ke arah Nor di sebelah. Nor menggelengkan kepala.
“Sudahlah Hana. Benda dah lepas.”
Hana memejamkan mata. Hati terasa pedih apabila mendengar kata-kata sepupunya itu. Air mata yang cuba ditahan sejak tadi, akhirnya mengalir juga di pipi.
“Hana, janganlah menangis. Nanti kalau mak long naik atas tengok kau macam ni. Apa pulak dia kata.” Nor menghulurkan tisu ke arah sepupunya itu.
“Nor, betul ke keputusan aku ni? Ada masa lagi ke untuk aku tarik diri?”
Nor terdiam. Kepala dah mula berserabut. Hati menjadi risau apabila mendengar kata-kata gadis itu. Bimbang Hana buat perangai lari dari majlis. Sudahlah jemputan dah ramai di bawah itu. Rombongan pengantin lelaki pun kejap-kejap lagi nak sampai.
“Hana, jangan buat macam ni. Ingat, ini pilihan kau kan.”
Hana menggelengkan kepala.
“Tak. Aku tak ada pilihan. Aku terpaksa Nor. Aku terpaksa. Aku tak nak kawin dengan Bad. Aku nak Hariz.” Hana berkata sambil menangis teresak-esak. Nor memeluk bahu Hana tanpa mampu berkata apa-apa lagi. Dia hanya membiarkan Hana menangis sepuas –puas hatinya. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan.
Tok! Tok!
Spontan Nor memandang ke arah pintu. Hana yang sudah agak tenang itu turut sama memandang ke arah pintu.
“Hana, mama ni? Buka pintu ni sayang.”
Hana memandang ke arah Nor seolah-olah merayu. Nor hanya mampu mempamerkan riak wajah simpati.
“Jangan menangis lagi.” Nor mengesat pipi Hana dengan jari sebelum bangun menuju ke pintu.
“Mak long, ada apa? Hana tak siap make up lagi.” Nor menjawab di muka pintu.
Puan Lina cuba menolak pintu tersebut, namun Nor tetap berdiri di situ seolah-olah mahu menghalang wanita itu dari masuk ke biliknya. Dia tak nak mak long lihat Hana dalam keadaan begitu.
“Ya ke? Bukan ke Mua dah balik? Takkan dia balik tanpa siapkan Hana?” tanya Puan Lina agak terkejut. Nor menggaru kepala yang tidak gatal.
“Err, maksud Nor. Hana dah siap. Err, eh kenapa mak long naik ke atas? Rombongan dah sampai ke?” Nor cepat-cepat menukar tajuk perbualan.
“Dah sampai tu. Sebab tu mak long naik. Nak bawa Hana turun.”
Nor menjeling ke arah Hana yang sedang mengelap dan membetulkan make up di mukanya itu.
“Kejap lagi Hana turun. Mak long turunlah dulu.”
Puan Lina memandang curiga ke arah anak saudaranya itu. Nor hanya tayang sengih bersalah di bibir.
“Hmm, yalah. Cepat sikit. Semua orang dah tunggu tu.”
“Okey.” Nor menjawab sebelum menutup pintu.
“Hana? Kau okey?” Nor bertanya apbila melihat keadaan Hana yang tiba-tiba sahaja terkaku sambil merenung telefon bimbit di tangan.
“Hana?” Nor memegang bahu gadis itu dengan lembut.
Perlahan-lahan Hana mengangkat muka. Air mata kembali jatuh ke pipi.
“Mak Tina. Mak Tina dah tak ada.”
Nor mengerutkan dahi kehairanan.
Hana hampir rebah ketika dia cuba mencerna apa yang baru sahaja diberitahu oleh Boy tadi. Dunia terasa gelap. Sukar untuk dia percaya yang semua itu berlaku dalam masa yang sama.
“Hana, sabar. Bawa mengucap.”
“Mak Tina dah tak ada Nor. Apa yang perlu aku buat. Hariz, Hariz.” Hana tercunggap di bahu sepupunya itu.
Nor menepuk belakang badan Hana tanpa mampu berfikir apa-apa lagi.
“Hana, semua orang tengah tunggu kau dekat bawah tu. Kita turun, ya.”
Hana menggeleng laju.
“Tak nak. Aku nak balik kampung. Nak jumpa Hariz.”
“Hana, jangan macam ni, semua orang tengah tunggu kau. Rombongan pihak lelaki pun dah ada kat bawah tu.”
Hana menggeleng lagi. Kaki tangan dah mula meronta ketika Nor cuba memeluk gadis itu.
“Hana, jangan macam ni.”
“Tak nak! Tak nak. Aku nak balik kampung jumpa Hariz. Apa nak jadi, jadilah!”
“Hana? Kenapa tak turun lagi?”
Spontan Nor menoleh.
“Mak long, tolong Nor.”
Bulat mata Puan Lina ketika memandang keadaan Hana yang seperti sudah dirasuk itu.
“Ya Allah, kenapa ni?” Laju kaki Puan Lina melangkah masuk ke dalam bilik itu.
“Mama, Hana tak nak kawin dengan Bad. Hana nak jumpa Hariz. Mak Tina dah tak ada. Hariz mesti tengah sedih. Hana nak jumpa dia.”
“Apa semua ni? Apa yang berlaku ni Hana? Hana cakap apa ni?” Puan Lina bersuara agak keras apabila melihat Hana seperti sudah hilang kewarasan itu.
“Mama, tolonglah. Mama sayang Hana, kan? Hana tak nak bertunang dengan Bad. Hana nak balik kampung, jumpa Hariz.”
“Jangan nak buat perangailah Hana! Mama tak kira, Hana kena turun sekarang jugak!”
Hana menggelengkan kepala. Air mata sudah laju membasahi pipi.
Please mama.” Hana melutut di kaki mamanya itu.
“Tolonglah jangan paksa Hana buat semua ni.” Hana merayu lagi.
“Paksa? Siapa yang paksa Hana? Bukankah Hana yang setuju sebelum ni? Kenapa sekarang nak ubah fikiran? Hana sengaja nak bagi mama dan papa malu ke?”
Nor hanya mampu memandang ke arah Hana yang sudah terjelepok di atas lantai itu. Sayu hati apabila melihat keadaan sepupunya itu.
“Mak long, Nor rasa baik kita batalkan aje majlis ni. Saya takut apa-apa jadi pada Hana.”
“Batalkan? Kamu dah gila ke apa? Sudah! Mama tak nak dengar lagi benda mengarut macam ni. Hana, bangun sekarang!”
“Mama, please.” Hana merayu lagi.
“Mama kata bangun! Kalau mama terpaksa heret Hana turun pun mama akan buat.”
Nor tunduk di sisi Hana. Air mata turut sama mengalir di pipinya itu.
“Hana, bangun.”
Hana menggelengkan kepala ketika memandang ke arah sepupunya itu.
“Jangan keruhkan keadaan Hana.”
“Aku nak Hariz.”
Puan Lina menarik nafas dalam-dalam. Rasa marah mula menguasai diri, namun dia tahu itu bukanlah cara yang betul.
“Hana.” Puan Lina berkata lembut.
“Hana kena fikir, semua yang berlaku ni pasti ada sebab. Bukan ke Hana yang setuju nak teruskan majlis ni? Kalau betul Hana sayangkan Hariz, ikut cakap mama. Kita teruskan majlis ni dulu ya sayang. Hal lain, nanti kita bincang kemudian.”
Hana mendongak memandang ke arah mamanya sebelum dia menoleh ke arah Nor yang masih melutut di sisinya itu.
Nor mengangguk perlahan sebelum memegang lengan Hana untuk menarik gadis itu supaya berdiri.
“Hana, Hana tahu kan yang mama memang sayangkan Hana. Hana satu-satunya anak mama. Ibu mana yang tak nak lihat anak dia bahagia.” Puan Lina berkata sambil mengelap air mata di pipi gadis itu.
“Nor, tolong ambilkan compact powder tu.”
Nor akur sebelum menghulurkan bedak yang diminta oleh mak longnya itu.
“Kalau Hana betul-betul sayangkan Hariz, Hana ikut cakap mama ya sayang. Hal lain, nanti kita bincang semula.” Puan Lina memujuk sambil menyapukan bedak ke wajah gadis itu.
“Jom, orang kat bawah tu dah lama tunggu.”
Dengan berat hati, Hana melangkah mengekori mamanya turun ke bawah.
Nor yang berjalan di sisinya itu menggenggam tangannya seolah-olah mahu memberikan semangat kepadanya.
Hana hanya menundukkan kepala ketika dia diarahkan duduk di atas mini pelamin yang ditempah oleh mamanya itu. Fikirannya menerawang teringat akan Hariz. Macam mana keadaan Hariz sekarang? Apa yang sedang berlaku? Macam mana Mak Tina.
“Hana.” Puan Lina yang duduk di sebelahnya itu menegur. Spontan Hana menoleh. Mama memberikan isyarat. Hana kembali memandang ke hadapan.
Aunty Nana tersenyum ke arahnya. Tangannya ditarik perlahan sebelum sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya.
“Alhamdulillah. Selamat semuanya.”
Hana hanya tunduk merenung cincin yang sudah pun selamat tersarung di jarinya. Aku kini tunangan orang. Aku kini tunangan orang. Hati Hana berbisik sendiri berulang kali.
“Kita tangkap gambar dulu.”
Hana menoleh. Bad yang entah bila muncul di situ hanya tersenyum. Hana mengetap bibir cuba menahan kemarahan apabila melihat senyuman di bibir lelaki itu. Terasa seperti Bad sedang mentertawakan dia.
“Jangan buat muka macam tu. You nak malukan I ke?” Bad berbisik perlahan di telinganya. Hana hanya mendiamkan diri. Rasa marah dan dendam bersilih ganti dalam hatinya.
“Kan I dah cakap, I akan dapat apa yang I nak.”
Hana mengetap bibir tanda geram apabila sekali lagi Bad berbisik di telinganya. Bersabarlah wahai hati.


“HANA!’
Spontan Hana menoleh. Bulat matanya ketika melihat siapa yang memanggilnya itu. Dada terasa berdebar. Kaki melangkah laju tanpa menghiraukan si pemaggil tersebut.
“Hana. Tunggu!”
Hana memejamkan mata ketika kaki terus menerus melangkah tanpa menoleh lagi.
“Hana.”
Hana terhenti apabila seseorang memegang tangannya.
“Hana, kenapa ni? Awak marah saya?”
Hana memejamkan mata lagi. Dia sedaya upaya menahan rasa sebak.
“Hana, saya ada buat salah ke?”
Hana menarik nafas dalam-dalam.
“Hariz, saya rasa cukuplah perhubungan kita sampai sini.”
Berubah wajah lelaki itu apabila mendengar kata-kata Hana itu.
“Tapi kenapa?”
Hana memejamkan mata lagi apabila telinga menangkap ada nada sayu pada suara lelaki itu.
Hana menoleh. Dia sedaya upaya menayangkan raut wajah tegar ketika menatap wajah Hariz. Wajah lelaki yang sudah berminggu-minggu tidak ditatap. Wajah lelaki yang sangat-sangat dia rindui. Wajah lelaki yang akan terus kekal dalam hatinya.
“Saya dah buat keputusan. Saya rasa perhubungan kita tak bawa ke mana. Awak selalu sibuk dengan kerja awak sampai tak ada masa untuk saya. Mungkin awak sebenarnya tak pernah ada rasa sayang pada saya.”
“Hana, saya…”
“Saya tak habis cakap lagi. Macam saya dah cakap tadi, saya dah buat keputusan. Saya nak putus. Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi. Mungkin betul cakap mama dan papa, kita tak sepadan. Lagipun… lagipun saya malu, malu sebab keadaan awak buat saya disisihkan oleh kawan-kawan saya. Mungkin dulu saya tak sedar semua tu. Tapi, sekarang saya dah sedar, awak tak layak untuk saya. Semua kawan-kawan saya kata yang saya bodoh kerana memilih lelaki macam awak, sudahlah miskin, tak sempurna pulak tu. Even kawan baik saya pun sisihkan saya disebabkan mereka malu saya keluar dengan awak.”
Hana tidak berani memandang ke arah Hariz ketika dia menuturkan kata-kata terakhir itu. Dia tahu Hariz pasti terkejut dan terluka. Maafkan saya Hariz. Ini semua demi kebaikan kita. Kebaikan awak.
“Okeylah, saya dah tak ada apa-apa nak cakap lagi. Lepas ni, jangan cari saya lagi. It’s annoying.” Hana berkata sebelum kembali berpusing.
“Hana, maafkan saya kalau awak rasa terabai. Saya janji saya akan luangkan masa untuk awak. Tapi jangan tinggalkan saya.” Hazri merayu lagi. Tangan lelaki itu menggenggam erat tangan Hana seolah-olah meminta supaya gadis itu tidak meninggalkannya.
Hana menutup mulut dengan tangan cuba menahan perasaan. Air mata sudah mula bergenang.
“Saya tahu saya tak sempurna, tapi saya sayang awak Hana. Tolong jangan pergi.”
Hana masih mendiamkan diri.
“Saya dah tak ada sesiapa lagi di dunia ni lagi kecuali awak, Hana. Mak saya dah tak ada. Saya hanya ada awak aje, Hana.”
Hana menggenggam tangan cuba menahan perasaan. Mahu sahaja dia berpusing dan memeluk lelaki itu erat-erat namun dia sedar, semuanya sudah berakhir.
“Awak kata awak akan sentiasa berada di sisi saya walau apapun yang terjadi.”
Hana menoleh perlahan. Wajah lelaki itu direnung dalam-dalam.
“Jangan tinggalkan saya.” Air mata mengalir di pipi lelaki itu membuatkan hati Hana terasa sakit dan pedih. Hana tunduk, cuba menyembunyikan air mata yang laju menuruni pipinya itu.
“Maafkan saya, Hariz. Dunia kita tak sama. Awak tak sesuai untuk saya. Lupakan saya dan jangan ganggu saya lagi.” Hana melepaskan tangan yang digenggam oleh lelaki itu sebelum berlalu dari situ. Air mata kembali laju mencurah-curah membasahi pipi.
“Hariz, maafkan saya. Maafkan saya kerana terpaksa melukakan hati awak begini. Maafkan saya.” Hana merintih sendiri.
Hariz hanya mampu memandang ke arah Hana yang semakin hilang dari pandangan matanya itu. Buku rujukan dan alat melukis yang tergenggam di tangan, terjatuh ke tanah apabila dia sudah tidak mempunyai tenaga untuk berbuat apa-apa lagi.

“Hana, jangan pergi. Saya sudah tak ada sesiapa lagi.”

Panjang kan? Sebab lama sangat peram so aku letak panjanggg sikit sebab ni last bab untuk cerita ni. Kalau last bab tu maksudnya apa?Jeng jeng jeng. Sila isi tempat kosong. tehee.

Monday, February 9, 2015

Entri ini tak ada tajuk.

Assalamualaikum,
Blog dah hampir berdebu jadi harus buat sesuatu tapi tak tahu nak tulis apa. Nak up 1st bab cerita yang aku tengah tulis tu rasa macam nantilah kut sebab Hariz dan Hana dah nak keluar. Eh? Haha. Bila tu nantilah tunggu publisher yang umumkan. Kita bagi authority pada publisher ek sebab aku memang takkan umum selagi publisher tak up cover novel walapun aku dah tahu bila nak deliver heh. Gaya cakap macam nak bersalin dah cet.

So far sekarang ni aku masih bercuti lagi. 'Cuti' tu maksudnya belum mula kelas hujung minggu lagi. Awal bulan depan baru mula. Rasa macam agak lambat jugak sebab tahun lepas macam bulan dua dah mula kut? tak ingat pulak. Alhamdulillah dah lepas setahun bergelar pelajar master. Sangat susah sebenarnya bekerja sambil belajar ni tapi aku fikir akak yang sambung master tu lagi susah sebab kena jaga suami, jaga anak lagi. Jadi aku cuba untuk habiskan subjek sebelum mendirikan rumah tangga hiks gatai kau kan. Rasanya bila aku start buat research mungkin masa tu dah bergelar isteri heh dan insyaAllah tahun depan boleh berkonvo dengan status isteri yeyeyey! ( Apa bendalah yang kau merepek ni?)

Berbalik kisah aku cuti tu, (melalut sampai aku lost heh), aku sedaya upaya nak siapkan cerita yang aku tengah tulis ni sebelum aku memulakan semester. So bila dapat aje academic calender  hari tu aku terus tengok bila 1st kelas. Legaaaa sikit sebab ada sebulan lagi. Jadi sempat siap kut cerita ni. Aku memang takkan menulis kalau dah mula semester baru. Memang aku tumpukan pada stadi je. Siang hari gi kerja mengadap karenah birokras + students balik rumah bukak buku lepas tu tidur esok sambung balik rutin yang sama. hujung minggu pun sama kalau tak keluar jalan-jalan or inche tunang tak balik, aku lebih suka duduk rumah stadi aje. sebab kalau aku tak bukak buku or sibuk nak menaip mesti aku rasa bersalah lepas tu meroyan dalam exam. at least bila dah belajar betul-betul barulah aku boleh nak tawakal sebab dah cuba buat yang terbaik. ni belajar pun malas lepas tu ada hati nak tawakal, ye dak? Heh.

Tahun ni akan menjadi tahun yang sibuk dari segi kerja dan kehidupan peribadi. Banyak program baru akan jalan. Foundation dan degree di mana aku terlibat dengan pembikinan module untuk subjek baru tu. pening kepala bila orang call tanya pasal mo clo bagai tu sampai aku konpius ni untuk diploma, foundation or degree? sebab diorang sebut aje nama subjek hadoi. Fundamental of math engineering tu diploma pun hado foundation pun hado tau. coding je lain. Selain itu aku pun akan sibuk dengan nak kawinnya. pening sikit kepala since inche tunang jauh diperantauan cewahh so persiapan slow sikit. kalau ikut inche tunang buat last minit ni baru semangat. meriahhh katanya. hey, iols pantang betul kerja last minit ni tahu? Tapi tak apa buat slow2 aje sebab mak ayah pun tolong2 servey jugak. relaks sudah kan.

p/s: Macam nak buat bachelorette party ajelah kikikiki :P
p/s/s: Oh lupa katanya hari ni keluar result tapi pagi2 bukak takde pun keluar lagi. Tipuuu! Semalam lagi iols dah bukak tau. Semangat tak semangatnya ngagaga. DEBAR!