RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, January 26, 2015

Cerita Baru Pulak Ke?



Assalamualaikum, Wah bosan betul bila tak ada kerja nak buat. Sekarang budak tengah cuti. Baru lepas exam. Paper diorang aku dah siap tanda dan masuk dalam cms. Bosan betul masuk markah sebijik-sebijik dalam tu. Streess nok. Tapi alhamdulillah dah setel. Cuma tak buat analisi aje lagi. Malas pulak. Apa nak jadilah dengan aku. Moral tengah down ekekek. Aku debar jugak tunggu result sem ni. Sebab jawab exam tu macam haperrrr je. Aku tak tau bebudak engineer tu macam mana. Depa engineer bolehlah kot jawab. heh. Sekarang tengah cuti so macam biasa kalau aku cuti sem, selalunya aku akan mula tulis cerita baru. Cerita Hariz dengan Hana tu dah hantar ke editor after self editing untuk kali kedua. So tengah tunggu jawapan editor cerita tu nak terbit bulan berapa. Harapnya tahun ni heh.

Aku sebenarnya mneghadapi masalah juga nak tulis cerita baru. Pada mulanya aku nak siapkan Dia Putera Mahkota? Memang gigih aku tahan diri dari buka mss lain tapi akhirnya aku give up untuk kesekian kalinya. Aku betul-betul tak mampu nak habiskan. Story line memang dah ada lengkap sampai ending tapi entah kena untuk susun ayat tu jadi lemau gile. Rasa macam nak offer ada sesiapa yang sudi nak sambung taip? Idea dah ada just pandai-pandailah kome susun ayat sendiri. Nampak tak tahap give up aku macam mana?

Bila aku tak mampu nak tulis cerita tu, aku mula cerita baru. Aku sedaya upaya nak elak dari cerita klise tapi bukan senang. Aku sebenarnya nak buat cerita sekian-sekian tapi bila tengok kat FB ramai juga tak suka cerita macam tu. So aku pm ada akak sorang ni dan dia kata memnag cerita macam tu dah banyak dalam pasaran plus pembaca tak nak cerita macam tu. So aku pun try google untuk tengok apa pandangan pembaca. Aku ni semua benda nak google. Doc hilang dalam pages pun aku nangih google2 jugak heh. So bila dah google, aku fahamlah dan aku decide untuk tangguh dulu cerita macam tu dan mula cerita lain. Still klise juga tapi aku tulis dengan cara aku. Kalau ada sesiapa yang follow novel aku yang lepas, mesti boleh tahu cara aku goreng ayat-ayat merapu tu ekekek.

Nak maintain mood bukan senang. Untuk kali ni aku ambil masa jugak nak cari mood sebab kalau mood tak de, sure ayat entah ape2. So selalu aku layan lagu cinta je heh. Padahal selama ni memang layan aje lagu2 macam tu. Theme song pirate of carribean pun aku layannnn. Semangat ni semangat.
So aku dah pun mulakan cerita baru. Mungkin klise bagi pembaca but i try my best untuk cari kelainan. So sini aku belanja teaser sikit. Dekat Fb aku letak teaser ciput je. So, wish me luck. Muah cikedddd!!

VROMMM!
Spontan Jun mengelak ke tepi apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi melintas dihadapannya.
Eeee. Mata tu letak dekat kepala lutut agaknya. Nasib baik tak kena langgar. Jun merungut perlahan namun langkah kakinya terhenti buat seketika. Dia menoleh ke arah tempat letak motosikal itu. Dalam hati tertanya-tanya siapa pemandu motosikal tersebut kerana seingatnya tak ada pekerja syarikat ini yang membawa motor sebegitu ke sini. Ada pekerja baru ke? Kenapa dia tak tahu?
Jun berjalan menghampiri tempat letak motosikal itu sambil sesekali dia menyorok di sebalik tiang. Teringin juga mahu melihat wajah si penunggang motosikal itu.
Aik? Dah hilang? Jun berkata sendiri ketika melihat ke arah tempat motorsikal itu dipakir. Motor ada tapi mana orangnya? Takkan hilang macam tu aje?
Hmm, tak ada rezeki. Nak buat macam mana. Jun berkata sendiri sebelum berpusing.
Mak!
Awak buat apa kat sini?
Jun masih lagi lagi mengurut dada akibat terkejut. Macam mana mamat ni boleh muncul tiba-tiba aje? Jatuh dari langit ke apa?
Awak mnegintip saya kan? Lelaki itu bertanya lagi.
Spontan Jun mencebik. Macamlah dia tak ada kerja lain nak buat.
Maaflah Encik Ash. Saya ni banyak kerja lain nak buat daripada mengintip encik. Jun mengumam perlahan.
Apa dia?
Jun mengeleng. Bibir mengukir senyum plastik.
Ash mengangkat kening sebelum menjeling jam di tangan. Mata Jun tertumpu pada helmet full face di tangan kanan lelaki itu. Wait a minute? Penunggang motosikal itu ialah
Bagus. Ada peningkatan.
Huh? Jun tersedar dari lamunan.
Saya kata, bagus ada peningkatan. Hari ni awak tak datang lambat lagi. Nampaknya ugutan saya tu berhasil. Lelaki itu berkata sinis sebelum melangkah berlalu dari situ.
Jun mencebik lagi. Rasa macam nak baling batu aje ke arah lelaki itu.
Tapi awak kena ingat, saya still lagi akan tolak gaji awak.
Eh?
Jun cepat-cepat berjalan laju ke arah lelaki itu.
Kenapa pula? Encik sendiri yang cakap hari ni saya datang awal. Jun bertanya tidak puas hati.
Ash berhenti melangkah.
Awak tak ingat ke? Semalam saya kata kalau awak datang lambat daripada saya, saya akan potong gaji awak.
Jun terdiam selama dua saat sebelum sedar. Laju kaki melangkah menuju ke arah lift. Jari menekan butang lift berkali-kali.
Cepatlah-cepatlah. Jun berkata sambil menjeling ke arah lelaki itu.
Ash hanya mengelengkan kepala. Senyum terukir di bibir tanpa sedar.
Kting!
Yes! Jun segera masuk ke dalam lift tersebut sebelum menekan butang tutup berkali-kali. Senyum lebar terukir ketika dia melihat wajah lelaki itu dihadapan lift. Sempat dia melambaikan tangan ke arah lelaki itu sebelum pintu tertutup namun lambaiannya terhenti apabila pintu lift terbuka kembali.
Ash masuk ke dalam lift tersebut dengan raut wajah selamba dan berdiri di sebelah gadis itu.
Nice try. Junnah.Nice try.”

7 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

Haippp....jgn give up dgn dpm..... Majuk nnt...huhuhu

Cahaya said...

kak nvel addct, apa kata akak aje tolong sambung huhuhu. royalti kita bahagi dia ekekeke.

Imanyuni Imanyuni said...

la smbung lh lgi putra mhkota 2 best lh nk tau gk putra jdi kwin x..

Nor shuaidah said...
This comment has been removed by the author.
Fafar Zulkifli said...

akaaaak omg adik paham sgt perasaan tu. like story semua da set n cantik dlm otak tapi na type tu......kdg kdg adik wish ada mcm technology yg when kita pikir cerita tu, ayat ayat terus da set kelua dlm laptop or paper hehehehe.

na set mood pun adik paham. sometimes when adik da semaaaangat gila gila na type, the moment adik bukak mic word, ayat semua blank ke mana and lagu lagu pun mcm ta feel. the pain is real ahahahhaha =w= sometimes instrumental/choir songs tolong when na make a story? like dia set mood hehehe.

also also yea sometimes its hard to create a story that isnt cliche. bt hey if akak selesa and suka jalan cerita tu, its best tht akak type. i mean sometimes story yg kita na jadi reality dlm buku btl btl buat lagi seronok masa tga type c: also adik just na bgtau akak, no matter what the story is about, adik akan still beli n baca. and im sure some of your fans will do the same too! i love your stories n plot n cara akak deliver it and its always fun smp adik reread byk kali hehehe. besides everytime adik baca novel or stories kakak, dia bagi motivasi n inspirasi utk adik tulis n create stories of my own heee ///w\\\

oh speaking of which! adik sebenarnya na bagi akak satu link ni.

tadaaaa heres the link

its actually a 3 super short drabble about ariana and akmals marriage life. yeaaaa actually adik da lama na buat mcm mini fanfiction psl novel akak tu. i mean adik suka gila watak ariana and akmal that i have to write about them being adorably stupid (esp akmal eheheh). so yep this drabble ni dedicated utk akak and its also more like a thank you for inspiring n making me happy me thro your books and creating life to those characters. so yea. ehehehhe adik hope akak suka //w\\

also heads up the story is in english sbb....well...tbh adik da laaaaaama ta tulis dlm bahasa melayu and adik da biasa type dlm bahasa english smp adik da mcm blur if na buat story in malay....eheh....well either way i hope u enjoy it kakak! youre one of the best authors ive ever known! keep writing what u love and adik harap agar passion akak kekal strong!! >w< !!!

Fafar Zulkifli said...

also EEEEEEEEE ok jun sounds mcm ala ala ganas sikit and adik suka!!! ok da excited for another new story da! >w<

Cahaya said...

fafar>>OMG!OMG! I'M BLUSHINGGGGG hehehehe. thanks dik for that short story about them. akak pun tak terfikir nak tulis part sweet macam tu. ia mengingatkan akak tentang akmal yang degil n ego but at the same time romantic in his way hehe. and ariana, walaupun sengal-sengal ubi but can be soooo daring too. i love the way you write about them. you can be a good writer. so keep it up okey? :)

Post a Comment