RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, January 8, 2015

Bab 4 : Sayang awak, Irham Danial

 Bab 4


“Irine! Datang sini kejap.” Suara Nadia menerjah gegendang telinganya. Telefon bimbit dimatikan. Setelah mengemas meja yang berselerak dengan segala macam lakaran dan pensel warna yang digunakan untuk mereka pakaian baru, Irine melangkah keluar dari pejabatnya untuk menuju ke butik sebelah.
“Kau tolong aku boleh? Macam biasalah...”. Nadia menunjuk ke arah pasangan yang sedang berdiri di suatu sudut butik tersebut.
“Yelah...”.
“Sorry....”. Nadia membuat gerak bibir sebelum berjalan menuju ke arah pelanggan yang ditinggalkan sebentar tadi.
Begitulah rutin hariannya. Kalau Nadia sibuk dan ramai pelanggan dalam satu-satu masa, dia akan diminta untuk membantu memandangkan Butik Anggun jarang menerima pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa. Maklumlah, butik pakaian moden di Malaysia agak lembab perkembangannya. Cuma sejak kebelakangan ini sahaja mendapat sambutan yang hangat apabila pengaruh K-POP menular di Malaysia. Gadis remaja yang tergila-gilakan bintang K-POP berebut-rebut mahukan fesyen seperti artis pujaan mereka. Dari situ timbul idea untuk membuka butik pakaian moden namun dia lebih mengetengahkan fesyen yang agak sopan dan menutup aurat. Kalau diikutkan sangat fesyen K-POP tu, mahu sahaja dapat dosa kering. Yelah, dah kalau jual pakaian tak senonoh macam tu bukan ke dah menyumbang kepada pertambahan masyarakat yang tak menutup aurat. Haish! Mintak simpang!
“Sorrylah, sejak akhir-akhir ni aku asyik mintak kau tolong je...”. Nadia berbisik perlahan ketika mengeluarkan lebih banyak album gambar dari rak khas di suatu sudut. Irine yang sedang memilih album yang diminta oleh pelanggan itu hanya menoleh sekilas.
“Aku tak kisahlah...lagi pun ni pun business aku jugak kan. Share kita sama je walaupun kau jaga Butik Jelita ni aku jaga Butik Anggun...”
“Thanks sebab memahami. Aku rasa macam nak ambik pekerja baru. Nanti kita bincang ya..” Nadia berlalu dari situ sambil membawa beberapa buah album di tangan. Irine tidak ambil pusing akan apa yang diperkatakan oleh Nadia itu. Dah nama pun nanti bincang, nanti-nantilah fikir.
Setelah selesai urusannya dengan pelanggan, Irine merebahkan tubuh pada sofa warna krim yang terletak si ruang tetamu. Leher diurut lembut. Terasa lenguh pulak. Kaki dilunjurkan ke bawah meja. Mujur ruang tetamu itu agak terlindung dari pandangan luar. Kalau tak. Memang free je customer masuk nampak dia berperangai tak manis macam tu. Tekak yang hanya meneguk jus oren semasa sarapan pagi tadi terasa kering pula. Matanya melilau memandang sekeliling mencari Siti namun hajatnya mahu meminta Siti mengambil minuman terbantut apabila Siti turut sibuk melayan pelanggan yang mahu memilih kad jemputan perkahwinan di hujung sebelah sana. Mahu tidak mahu, dia mengangkat tubuh lalu mengatur langkah menuju ke pantri. Pintu peti asi dibuka. Botol jus guava ditarik keluar lalu diletakkan di atas meja di sebelah peti ais. Kek coklat yang tersimpan sejak kelmarin turut di bawa keluar. Matanya meneliti kek coklat tersebut. Manalah tahu dah tak boleh di makan ke. Buatnya terkena keracunan makanan, tak ke naya je. Setelah memastikan yang kek coklat itu masih boleh dimakan, dia meletakkan kek tersebut di atas meja sebelum berlalu mencari piring dan pisau serta gelas untuk dua orang. Kesian pulak pada Nadia. Mesti dia pun tak makan apa-apa sejak tadi lagi. Jam tangan di jeling sekilas. Hampir pukul sebelas. Lagi beberapa jam sahaja waktu makan tengah hari. Boleh dapat gastrik minah tu kalau nak tunggu waktu makan tengah hari. Setelah memotong kek coklat tersebut dan menuang jus guava ke dalan gelas, Irine menatang dulang tersebut menuju ke meja di ruang tetamu. Memang jarang sangat dia nak lepak makan di pantri melainkan ruang tetamu itu diduduki oleh tetamu. Kalau tak, memang tempat itulah tempat dia dan Nadia melepak melepaskan lelah.
Irine memanjangkan leher memerhatikan kelibat Nadia yang masih sibuk dengan urusan bersama pelanggan. Entah bincang apa pun tak tahu. Lama sangat. Susah sangat ke nak kahwin ni ek? Pilih-pilih lepas tu dah lah. Selesai! Buat apa nak pening-pening kepala. Irine mengelengkan kepala. Dia sendiri tak faham kenapa orang sekarang sibuk sangat kalau melibatkan hal perkahwinan ni. Kalau buat majlis tu macam satu kampung nak jemput. Kadang-kadang tu budget takdelah banyak mana tapi demand macam-macam. Memang naik pening kepala otak nak fikir. Orang lain yang nak kahwin, kita pulak yang sakit kepala sampai nak botak rambut kena fikir.  Irine mengomel sendiri.
“Sedapnya air. Siapa punya?” Suara Nadia di sebelah mengejutkan lamunanya. Entah masa mana minah ni ada kat sebelah ni pun tak tahu.
“Kau ni buat terkejut aku je. Air kau. Saja aku prepare untuk kau sekali. Kau tak minum pagi lagi kan?”
Nadia mengeleng sebelum meneguk laju jus gauava itu.
“Ya Allah anak dara Pak Tam ni. Perangai tak senonoh. Dengan tak baca bismillahnya. Malulah sikit kalau Hisham tengok.” Irine mengeleng perlahan sebelum menyandarkan tubuh pada sofa warna krim itu. Nadia tidak ambil pusing. Mulut dikesat dengan belakang tangan.
“Ala, sebab dia tak adalah aku buat perangai tak senonoh ni. Kalau dia ada, haruslah aku berlagak ayu. Kalau tak free-free je kena putus tunang...”. Nadia mencapai pula garfu sebelum mencolek sedikit kek coklat lalu dibawa ke mulut.
“Baca bismillah tak?”
“Aku bacalah..baca dalam hati..”. Nadia menjawab sambil mengunyah kek coklat tersebut.
“Perangai tak berubah. Macam budak-budak..”.
Nadia mencebik namun kek coklat disuap lagi ke mulut.
“Kau tak minun ke?” tanya Nadia.
“Aik, ingat tak nak tanya tadi..”. Sindir Irine sebelum mencapai gelas. Mulut terkumat kamin membaca doa sebelum jus diteguk perlahan.
“Control ayu lah tu..”. Sindir Nadia tanpa perasaan. Irine menghadiahkan jelingan maut ke arah Nadia yang sibuk mengunyah kek coklat tersebut tanpa henti.
“Jadi tak petang ni?” Tanya Irine sambil mencapai garfu yang digunakan oleh Nadia tadi sebelum menyuap kek coklat ke mulut sendiri.
“Petang ni? Jadi apa?” tanya Nadia sambil mengerutkan dahi.
“Lah, pagi tadi kau jugak yang cakap nak ikut aku pergi kilang. Dah lupa ke?”
Nadia menepuk dahi.
“Aduhh, aku terlupa. Sibuk sangat sampai benda lain dah tak ingat dah. Pukul berapa nak pergi?”
Irine diam berfikir.
“Aku ingat lepas lunch tu kita terus gerak ke sana. Tak adalah buang masa sangat.”
“Hmm...okey jugak, petang nanti kalau ikutkan, aku takde date dengan customer. So bolehlah...”
“So, kau nak bincang apa pasal nak ambik pekerja baru tu?” tanya Nadia sambil mengurut leher. Sungguh rasa urat macam nak terputus dua.
“Ha. Nasib baik kau cakap. Aku ingat aku nak tambah lagi sorang pekerja untuk Butik Jelita ni. Tak larat rasanya nak handle sorang-sorang. Sekarang ni kau ada bolehlah. Buatnya kalau kau takde, pergi ambik stok kat Johor ke apa. Tak ke mati aku terkulat sorang-sorang...”
“Siti kan ada? Buat apa nak ambik pekerja lagi...”. Irine mula menyuarakan pendapatnya.
“Memanglah Siti ada. Kau tengok je sekarang. Even kau dan Siti ada pun, aku rasa macam kaki dah tak jejak tanah. Kelang kabut je. Ni belum hujung tahun. Kalau hujung tahun, memang pengsan aku...”
Irine terdiam seketika. Memang kalau diikutkan, mereka perlu tambah seorang lagi pekerja, namun memandangkan business mereka baru nak naik, rasanya agak sukar untuk dia menyediakan badget untuk menggaji seorang lagi pekerja.
“Apa pendapat kau?” Tanya Nadia apabila melihat Irine hanya mendiamkan diri. Tahu sangat dah kalau temannya itu diam seribu bahasa, adalah benda yang dia tengah fikir tu.
“Kalau kau tanya aku, aku rasa tak payah lagi kut kita gaji pekerja baru. Business kita baru je nak berkembang. Nak gaji pekerja baru ni perlukan duit jugak. Silap-silap hari bulan kita kena cut cost pulak untuk benda lain...”. Irine meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.
“Hmm, tapi aku rasa aliran keluar masuk kita agak stabil sejak kebelakangan ni. Jadi takde masalah rasanya kalau setakat nak gaji seorang pekerja...”
Irine terdiam lagi. Banyak benda yang perlu fikir sebenarnya kalau nak buat sesuatu keputusan terutama menlibatkan soal pengeluaran wang. Kalau tak betul cara, silap-silap hari bulan boleh lari budget.
“Nantilah aku fikir balik. Aku kena tengok balik akaun kita tu. Kalau aku rasa aliran keluar masuk kita stabil, rasanya tak ada masalah nak tambah seorang pekerja...”
“Okey, apa-apa nanti kau bagitahulah aku..mungkin sekarang ni tak de masalah lagi kalau kita maintain dengan seorang pekerja setiap butik...” Nadia menjawab sambil mengeliat perlahan.
“Cik Nadia, ada customer datang cari..” Entah masa bila Siti dah terpacak dekat hujung sofa itu. Nadia masih lagi mengeliat kemalasan. Irine mengelengkan kepala.
“Tak apalah. Aku handle. Kau rehat dulu. Kang tak pasal-pasal pitam pulak...”
“Betul ke? Ni yang buat aku sayang kau kuasa dua ni..”. Nadia tersengih mengampu. Irine memutarkan bebola mata.
“Kuasa dua okey lagi. Jangan kuasa kuda sudah...”. sempat Irine memerli sebelum bangun menuju ke ruang depan. Nadia mencebik namun tidak membalas. Peluang untuk bersenang-lenang masa-masa macam ni tidak haruslah di sia-siakan. Matanya dipejamkan seketika, sekadar untuk merehatkan diri.
“Nadia!”
Mata yang baru sahaja mahu direhatkan, tiba-tiba terbuka dengan lebar. Kepala di toleh ke arah kiri.
“Apa?” tanya Nadia pelik.
“Err..aku ada hl dekat sebelah. Kau uruskan jelah customer tu ya. Lain kalilah kau nak rehat-rehat tu...aku pergi dulu..”. Irine beredar menuju ke Butik Anggun dengan tergesa-gesa. Kening Nadia hampir bertaup kehairanan. Apa kena pulak minah ni? Gaya macam nampak hantu je. Dengan separuh hati, Nadia bangun sebelum melangkah kaki menuju ke ruang depan.
“Nadia!”
“Melisa?”
Tubuh Nadia yang separuh terkejut itu dipeluk erat. Naik lemas rasa.
“Kau buat apa kat sini?” Tanya Nadia kehairanan. Rasa macam tak percaya je.
“Aku datang bawa hajat..”. Melisa tersengih-sengih. Nadia memandang wajah Melisa kehairanan sebelum pandangan mata jatuh pada tubuh lelaki di belakang Melisa. Lelaki tersebut kelihatan sibuk memandang sekeliling butik tersebut tanpa menghiraukan telatah mereka berdua. Nadia memandang kembali ke arah Melisa dengan raut pandangan keliru.
“Kau nak kawin ke?” 
BERSAMBUNG..

1 140 tukang karut:

Shamsul Ajizi said...

Dah publish ke ainn?
Kat mane nk bli?

Post a Comment