RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, January 1, 2015

2014 vs 2015

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru. Hari ni alhamdulillah cuaca cerah. Sejak dari semalam lagi cuaca cerah dan panas. Cuma ada beberapa laluan masih dinaiki air lagi. Jalan ke Kuantan pun air masih naik. hanya boleh dilalui oleh kenderaan 4x4 je. moga-moga air semakin surut. 

Minggu ni sepatutnya aku kena ke KL untuk kelas, Test dan juga Final bagi subject Advanced Engineering Mathematics. Sebetulnya aku memang agak stress sekarang. Biasalah, dah nama pun pelajar, stress je sokmo tambah-tambah exam nak dekat. Kalau dekat opis tu memang ramai yang tegur kata aku kuat study, meja penuh dengan buku-buku tebal. Sampai student pun tegur amboi miss, kuat study. Tapi kemungkinan aku tak dapat hadiri kelas minggu ni memandangkan lalun LPT tu masih di tutup setakat entri ini ditaip. Ada laluan altenatif melalui Muadzam tapi katanya jalan agak teruk + makan masa sehingg 9-13 jam. Setelah berbincang dengan kawan aku, rasanya kami perlu tangguh exam dan test tu. Semalam pun dah telefon lecturer. Lecturer kata kalau boleh datang, datanglah tapi kalau tak boleh, nak buat macam mana. So esok kami akan inform lecturer untuk bagitahu yang kami tak dapat datang. Aku melihat ini dari sudut positif sebab aku kalau boleh tak nak tangguh. Tak larattt nak hadap buku-buku ni lagi. Aku risau kalau soalan yang lecturer setup untuk kami tu lagi susah hahaha. Tapi bila fikir risiko dan condition kami kalau kamu redah pergi jugak kelas lalu Muadzam tu, aku redha. Mungkin Allah nak bagi aku masa lebih sikit untuk study sebab aku stress gileeeee hadoi.

So, memandangkan minggu ni aku tak ambik exam, jadi aku akan proceed dengan next paper pulak sebab paper minggu ni tak tahu bila nak ambik. InsyaAllah 11 hari bulan nanti aku akan ke kl untuk paper Soliton and Non Linear Wave. Moga-moga perjalanan lancar, insyaAllah.

So, agak mencabar untuk permulaan tahun baru? I think so. Tapi Mr. F banyak bagi kata-kata nasihat. Dia kata Allah tak bagi kita ujian rumah runtuh ke, rumah tengelam ke macam mangsa banjir dekat kelantan tu sebab maybe Allah tahu kita tak mampu. kita mungkin boleh jadi gila, sebab tu dia bagi ujian lain sebab dia tahu kita mampu. jadi jangan mengeluh, tak redha namanya itu. Makan dalam kan?tapi bila fikir-fikir, betul jugak tu. Jadi aku cuba melihat dari sudut positif pula dan azam aku tahun ini insyaAllah nak lebih muhasabah diri dan sentiasa melihat sesuatu perkara tu dari sudut positif.

Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya semalam. macam-macam perkara yang terjadi sepanjang tahun lepas. Ada pahit dan ada juga manisnya. yang pahit kita jadikan pengajaran dan yang manis kita simpan buat kenangan. dan kenangan paling bermakna sepanjang tahun 2014 ialah....

Alhamdulillah, aku telah selamat menjadi tunang orang.







Untuk tahun ini, aku menantikan dua buah novel yang bakal terbit insyaAllah, satu dari PinkDiksi dan satu dari Fajar Pakeer. Dalam bulan ini insyaAllah akan terbit novel dengan PinkDiksi bertajuk Sayang Awak, Irham Daniel.


InsyaAllah lepas exam aku akan buka order. sekarang ni boleh order dengan PINKDIKSI. Dan Hariz. Siapa ingat?Doakan semoga Hariz dapat terbit tahun ini. Aku harap dapat terbit masa pesta buku bulan empat nanti sebab lepas bulan empat, aku akan sibuk dengan persiapan perkahwinan pula..dan juga dissertation. Editor sudah emailkan bab yang perlu aku check tapi aku minta selepas 11 hariblan baru dapat semak memandangkan aku tengak sibuk nak exam, jadi editor akan bagi full mss untuk semakan. Doakan Hariz dan Hana dapat terbit tahun ni ye. Thanks. <3 all.="" p="" u="">

1 140 tukang karut:

Miqha Azmi said...

semoga tahun 2015 ni memberi 1001 kejayaan buat awak ye,,good luck untuk Hariz and Hana too! :)

Post a Comment