RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, November 14, 2014

Cerpen : Hero


"Kau ni memang tak boleh harap! Tolong jaga adik pun susah sangat ke??!"
Aku menghempas cawan ke meja. Dengan rasa sakit hati dan penuh dendam, aku melangkah menuju ke dalam bilik. Pintu dihempas sekuat hati tanda protes.
DEGAM!!
"Kurang ajar punya budak. Tak sedar dek untung!Aku bela kau dari kecik, macam ni kau balas!" 
Suara wanita yang aku panggil emak sejak kecil lagi itu masih terngiang-ngiang di telinga. Aku sendiri sudah lupa sejak bila aku memanggil wanita yang tak ada sebarang pertalian darah denganku itu sebagai 'mak'.
Aku merebahkan tubuh ke katil usang yang hampir roboh itu. Rasa sakit hati masih lagi bersarang di dada. Sesekali suara riang cicak yang turut sama menghuni bilik sempit serupa stor itu kedengaran di telingaku. Seolah-olah mengejek aku yang telah dimarahi oleh mak. Argghhh! Kecik besar kecik besar je aku tengok cicak ni. Kalau ikutkan rasa dendam dalam hati, sudah lama aku lastik kau wahai cicak.
Aku bergolek ke kiri. Bantal busuk yang sudah kepam itu aku peluk erat-erat seolah-olah dengan cara itu, segala kesakitan di hati serta rasa dendam yang menghuni di hati aku sekian lama, mampu berkurang. Aku memejamkan mata dengan harapan lenaku kali ini mampu membuatkan hatiku lebih tenang.
                                                                              ***
Aku membuka mata. Mata yang terasa pedih dek kerana terlalu banyak mengalirkan air mata tadi aku gosok beberapa kali. Eh, aku di mana?
Aku memandang sekeliling. Bukankah aku sepatutnya berada di atas katil usang di bilik sempat serupa stor itu? Tapi kenapa aku berada di sini? Aku mendongak. Langit yang cerah dengan awal berkepul-kepul keputihan itu membuatkan hati aku agak tenang. Sudah lama aku tak rasa tenang seperti ini.
Aku menoleh lagi apabila telinga menangkap bunyi kicauan burung yang entah datang dari mana. Angin sepoi-sepoi bahasa pula lembut menampar pipiku. Di mana aku berada sekarang? Aku bertanya diri sendiri buat kali kedua.
Aku bangun dari baringan. Walaupun rumput tempat alas aku berbaring tadi terasa lebih lembut dari tilam keras di bilik storku, namun aku perlu bangun dan mencari jalan pulang. Rasanya berada di hutan entah di mana ini bukanlah idea yang baik walaupun di sini mungkin lebih tenang dari di bilik storku itu.
Aku memberanikan diri memulakan langkah pertama walaupun aku tak tahu ke mana yang perlu aku tuju. Segala-galanya nampak asing.
Kiukkk!
Hampir melompat aku apabila terdengar bunyi yang begitu kuat betul-betul di belakangku itu. Dengan rasa menggigil bercampur ingin tahu, aku memusingkan badan perlahan-lahan.
“Mak!” Spontan aku menjerit apabila melihat makhluk yang begitu mengerikan di hadapan mataku. Makhluk berkaki ayam namun mempunyai badan serigala itu membuatkan lututku lemah.
Kiukkkk!
Mahkluk itu berbunyi lagi seolah-olah marah pada aku. Barangkali aku sudah menceroboh kawasannya. Agak pelik juga melihat makhluk menakutkan seperti itu namun berbunyi seperti burung berkicauan.
Kiukkkk!
Aku melangkah beberapa tapak ke belakang apabila merasakan yang makhluk itu mula menghampiriku. Terasa agak lucu juga apabila melihat serigala berjalan menggunakan kaki ayam.
Kiukkkk!Kiukkkk! Makhluk itu semakin laju menghampiriku. Aku segera membuka langkah seribu meninggalkan tempat itu. Sesekali aku menoleh ke belakang. Walaupun berkaki ayam, namun aku terpaksa mengakui yang mungkin aku bakal menjadi makanan tengah hari si makhluk kiuk tersebut.
Kiukkkk!Kiukkk! Bunyi itu semakin dekat di belakangku dan larianku semakin perlahan. Perut yang masih belum di isi sejak pagi lagi membuatkan aku hamper tidak bertenaga. Rasanya, mungkin ini sudah takdirku.
Kiukkkk!
Aku hampir tersungkur ke hadapan. Kepala terasa sakit namun aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Mungkin ini sudah takdir aku. Takdir aku untuk mati sebagai makanan makhluk kiuk itu.
ZAP!
Kiukkkkk!
Aku cuba membuka mata apabila telinga terdengar bunyi sesuati di belakangku.
“Shhhh…tenang…” Aku terdengar sesuatu sebelum derapan tapak kaki mula mendekatiku.
“Hila, awak okey?Sudah terlalu lama saya menunggu kedatangan awak…”
Aku hanya mampu melihat sebaris senyum di bibir itu sebelum semuanya kembali kabur dan akhirnya gelap.

                                                                      ***
DEGUM!
Aku terkejut sebelum cepat-cepat membuka mata. Kepala yang mula terasa pening itu tidak aku hiraukan. Aku memandang sekeliling.
“Woi!Dah maghrib pun tak reti nak bangkit lagi ke?!Apa nak jadi dengan kau ni hah?!Tak sedar dek untung!Aku bela kau dari kecik bila dah besar ingatkan bolehlah tolong aku, tapi menyusahkan lagi ada!” Suara petir mak dari dapur itu membuatkan aku menarik nafas panjang. Mimpi rupanya. Aku mengelap dahi yang dah terasa basah dek peluh. Walaupun mak sering memaki hamunku, namun kali ini aku bersyukur apabila mendengar suara itu. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi berada di alam mimpi itu lagi.
“Hila!Kau ni pekak ke apa? Pergi masak nasi sana!Lepas tu pergi kedai beli gula dengan susu!”
Lambat-lambat aku bangun dan turun dari katil dan meregang lenturkan tubuh yang terasa agak lenguh. Biasalah, tidur atas tilam yang dah keras serupa papan lapis itu.
Aku berjalan lambat-lambat menuju ke dapur. Bekas tempat simpan beras aku buka. Aku jenguk ke dalam bekas tersebut. Hanya tinggal satu cupak beras sahaja. Kalau ikutkan, mana cukup secupak beras ini untuk dimakan oleh adik-adikku seramai tiga orang itu namun aku tahu yang keluargaku bukanlah orang kaya. Ayahku hanya bekerja sebagai pemotong rumput yang mempunyai gaji bulanan tak sampai lima ratus manakala makku pula hanya mengambil upah mencuci kain baju di rumah orang.
“Apa lagi yang kau termenung macam tunggul kayu tu?!Kau tak Nampak ke adik kau tu dah menangis sebab lapar?!” Mak menunjal kepala aku seperti selalu jika aku lambat menyiapkan apa yang disuruh.
Aku hanya diam. Malas nak menjawab. Lagi pun kalau aku jawab, pasti aku akan kena balik. Silap-silap periuk nasik tu naik atas kepala aku.
Ketik.ketik.
“Mak…”
“Apa lagi?!”
“Gas dah habis…” Aku berkata perlahan sambil menggigit bibir.
“Hah?!Kenapa pulak dah habis?”
Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Apa kau ni bodoh sangat?Semua benda tak tahu!Dah pergi ke kedai sekarang. Cakap kat pak mat hutang beli gas.”
“Tapi….”
“Tapi apa lagi?!”
Aku hanya terdiam apabila melihat wajah mak semakin bengis. Tak tergamak pulak nak meluahkan apa yang bermain dalam fikiranku ketika itu. Masih terngiang-ngiang akan kata-kata pak mat tempoh hari. Pak mat dah beri amaran yang lepas ni keluarga aku sudah tidak boleh berhutang dengannya lagi disebabkan hutang lama yang belum berbayar itu.
“Pak mat kata…”
“Pak mat kata apa?Sudah! pergi sekarang!”
Aku melangkah perlahan menuju ke luar. Hati agak runsing apabila memikirkan apa yang perlu aku buat sekarang. Kalau ke kedai pak mat, pasti pak mat akan menghalauku lagi dan aku tak sanggup nak dimalukan buat kesekian kalinya.
DUM!
Spontan aku memandang ke langit. Hujan mula jatuh ke wajahku dan tanpa sebarang amaran, hujan turun dengan lebat. Aku segera berlari menuju ke arah deretan bangunan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Aku memandang sekeliling. Suasana agak sunyi. Hanya bunyi curahan air hujan di bumbung zink sambil sesekali diselang selikan dengan bunyi guruh.
Aku mengelap muka yang basah dengan hujung lengan baju tshirt yang telah lusuh. Dalam hati semakin bimbang memikirkan tentang mak dirumah. Pasti mak akan marah aku lagi. Aku mengeluh sebelum duduk di hujung bangunan tersebut. Aku merenung titisan air hujan yang menimpa lantai bangunan itu. Kepalaku kembali mengelamun memikirkan masa depan. Sampai bila aku harus mengharungi hidup seperti ini?aku tahu yang aku hanyalah anak pungut. Sebab itu mak tak sayangkan aku. Sebab tu mak selalu marah-marah. Aku melepaskan keluhan berat sebelum memeluk tubuh yang sudah menggigil kesejukan. Aku cuba memejamkan mata, menikmati bunyi air hujan tersebut.

                                                                         ***
“Hila…”
Aku segera membuka mata apabila terasa ada benda sejuk yang menyentuh pipiku.
“Hila…”
Terkebil-kebil mata aku ketika  merenung seraut wajah yang tenang dan jernih itu sebelum bangun secara tergesa-gesa. Aku memandang sekeliling. Tempat ni lagi?Aku bermimpi lagi?
“Hila…”
Aku menoleh.
“Saya bermimpikan?Ni semua dalam mimpi je kan?”Aku bertanya agak kebodohan.
Lelaki itu hanya tersenyum membuatkan aku terpesona. Belum pernah lagi aku melihat senyuman menawan seperti itu.
“Terpulang pada Hila nak anggap semua ni sebagai apa. Bagi saya, semua ini wujud.”
Aku memandang penuh curiga ke arah lelaki itu. Tubuh lelaki itu lengkap berbalut pakaian perang dan berjubah meleret ke lantai.
“Siapa awak?Mana awak tahu nama saya?” Aku bertanya lagi sambil memandang sekeling. Hamper terbeliak biji mataku apabila melihat keadaan sekeliling yang kelihatan seperti sebuah taman yang penuh dengan segala macam buah-buahan dan juga bunga-bungaan. Aku menghirup udara yang bertiup ketika itu. Sangat wangi dan menenangkan.
“Saya putera Nayan, putera mahkota bagi kerajaan Caveera”
“Putera?Kerajaan apa tadi?Okey tak apa. saya tak nak tahu tapi..kenapa saya ada di sini?Saya nak balik. Nanti mak saya marah…” Aku segera bangun dan berdiri. Tidak tahu ke mana yang harus aku tuju.
“Tolonglah…”Aku merayu ke arah lelaki itu.
Putera Nayan hanya senyum.
“Hila, saya dah tunggu awak sejak seribu tahun yang lalu. Bukankah terlalu cepat untuk awak pergi dari sini?”
“Apa?seribu tahun?Okey, ini semua pelik dan kenapa saya bercakap dalam mimpi saya sendiri?Sudah…sudah. saya nak balik sekarang!” Aku berkata tidak sabar.
“Awak boleh pergi. Saya akan tunggu awak lagi…”
DEGUM!
Aku terkejut sebelum cepat-cepat membuka mata. Aku memandang sekeliling. Aku tertidur lagi nampaknya. Aku menarik nafas panjang. Mimpi tu lagi? Sudah dua kali dia bermimpi perkara yang sama dan mimpi itu seolah-olah bersambung namun aku tidak punya masa untuk memikirkan hal itu apabila aku merasakan yang hari sudah lewat benar. Aku segera pulang ke rumah kerana aku tahu yang kedai pak mat sudah lama tutup. Aku cuba memikirkan pelbagai alasan yang dirasakan agak lojik untuk diberikan kepada mak.
“Mak?” Aku bersuara teragak-agak ketika di muka pintu. Telinga menangkap suara gelak ketawa di dalam rumah. Tu macam suara mak. Bagus. Nampaknya mood mak baik. Barangkali ada berita gembira yang dibawa oleh ayah. Ayah dapat kerja lebih bagus ke?atau dapat naik gaji?
“Hila? Kamu dah balik? Mari masuk nak. Mari…mari..” Mak menarik tangan aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya menurut.
“Duduk dulu. Hila nak makan apa?ayam?sup?udang? nak air? Mak buatkan…”
Aku agak hairan dengan perubahan yang ditunjukkan oleh mak ketika itu. Rasanya seumur hidup aku, belum pernah lagi mak melayan aku baik seperti itu. Aku memandang ke arah meja. Hampir nak terkeluar biji mataku ketika melihat apa yang terbentang di hadapanku.
“Mak, mana mak dapat semua makanan ni?” Aku bertanya penuh hairan apabila melihat meja makan using kami penuh dengan segala jenis makanan.
“Tadi, ada seorang lelaki datang bawakan semua ni. Katanya kawan kamu.”
Aku menoleh ke arah mak. Kawan lelaki?siapa?setahu aku, aku tidak pernah mempunyai kawan apatah kawan lelaki. Iyalah, siapalah nak kawan dengan aku yang serba selekeh ini.
“Siapa?” Aku bertanya mula tidak sedap hati.
“Katanya nama dia Nayan…”

 Bersambung...

p/s: Cubaan pertama nak buat cerita sai fai. ku memang berangan dari dulu lagi nak buat citer lawan-lawan di alam fantasi ni hehehehe.
p/ss. ini namanya gian nak menaip. otakku tak mampu nk load banyak nombor-nombor dah weiiii. grrrrrr. esok malam test!! Esok sabtu patut pergi shoping, apa kes aku gi kelas pulak??harharha. ok stop. serius aku tengah weng sekarang.

7 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

Nak lompat bintang ni..!!!
Sci-fi.... Genre fave nih... ❤❤❤❤❤
Do pm me, my dear 😉

Cahaya said...

kak nvel addct>yeke?wahhhhh jom kak kita berkolaberasi. hahahaha.

abby sha said...

Ain.. nice try best abby sukeeeee sgt nk lg tau

syaza suhana said...

Wahh best la... :)

Shamsul Ajizi said...

Menarik...

ADLINA HANI said...

BEST GILER!!Tq Kak ain sbb wat n3yg superb best ni

Anonymous said...

Bestt sgt

Post a Comment