RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, November 2, 2014

Bab 3 : Sayang Awak, Irham Daniel


Bab 3


 RAMBUT YANG basah dilap lembut dengan tuala bersih. Radio online yang berdentum dari laptop sejak dari tadi tidak dihiraukan. Sesekali dia ikut menyanyi lagu-lagu yang diputarkan. Sekali sekala layan lagu hindustan best jugak. Best sebab tak faham lirik walaupun dia tahu lagu itu semua memuji cinta sesama manusia. Setelah mengeringkan rambut dan siap berpakaian tidur, Irine berjalan keluar menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Suara televisyen yang boleh tahan kuatnya itu meyambut kedatangannya. Nadia sedang duduk menyandar sambil meluruskan kaki ke aras meja kopi. Irine mengeleng. Inilah dia perangai anak dara seorang ni.
“Ada cerita best?” tanya Irine sambil duduk di sebelah Nadia yang khusuk melihat entah cerita apa yang ditayangkan di televisyen.
“Entah. Bosan-bosan ni aku layan je cerita apa yang ada.”
Irine turut memandang ke arah skrin. Cerita omputih.
“Laparlah. Kau masak apa?” tanya Irine sambil memegang perutnya yang sudah mula nak bergendang irama dangdut.
 Nadia menoleh.
“Aku tak masaklah. Aku bedal maggie je tadi. Ingat kau dah makan kat luar tadi.”
“Huh? Maggie je? Kau ni memang anak dara pemalas.”
“Ewah-ewah. Sedapnya cakap aku anak dara pemalas, kau pun sama dua kali lima. Kalau kau rajin sangat, silalah ke dapur ye. Tekak aku terasa nak makan mee goreng mamak pulak.”
Irine mencebik. Hajat hati nak buli minah ni. Alih-alih dia yang kena buli.
“Aku pun tengah mood malas ni.” Irine tersengih menjawab. Nadia memutarkan bebola matanya.
“Tapi lapar...”.
“Kita order pizza nak?” Nadia memberi cadangan. Irine menarik muka.
“Bosanlah. Asyik pizza je. Tak pizza maggie, tak maggie pizza. Naik muak dah.”
“Dah tu. Dah kita ni masing-masing terlampau rajin nak memasak, apa lagi pilihan yang ada?”
“Kita makan kat kuar jum?” Irine memberikan cadangan.
“Ala...aku macam malas je nak keluar.”
“Ala...jumlah. kau malas-malas kang kebulur kat rumah baru tahu. Esok mulalah merengek cakap sakit perutlah, gastriklah. Hai macam-macam....”
“Yelah-yelah...membebel tak habis-habis.” Nadia akhirnya menyerah kalah.
“Ehh, nanti kejap.”
“Apa lagi?” tanya Irine sambil menoleh. Langkah kaki yang sedang diatur untuk menuju ke tingkat atas terhenti serta merta.
“Kau, warnakan rambut lagi ye?” tanya Nadia sambil berjalan mendekati Irine. Matanya merenung rambut Irine yang agak keperangan itu. Irine menjulingkan biji mata.
“Kau kalau nak buat lawak pandai malam-malam ni, dengan orang lainlah. Bukan dengan aku. Silap oranglah. Huh”.
“Janganlah marah, tapi aku rasa rambut kau makin perang. Kau pakai syampu apa?” Nadia sengih mengusik.
“Aku pakai sabun basuh kain je. Tu yang berseri-seri je.” Irine menjawab sambil menyindir. Nadia hanya ketawa besar. Suka benar dia menyakat teman baiknya itu. Dia tahu benar Irine takkan sekali-kali melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama. Sebetulnya dia agak cemburu dengan Irine. Gadis kacukan itu memiliki segala-galanya yang diidamkan oleh ramai wanita termasuk dirinya namun Irine tidak pernah sekali-kali menggunakan kelebihan itu untuk bermegah-megah ataupun memikat lelaki. Perempuan lain, takkan sanggup nak pakai tudung sedangkan dia memiliki rambut yang cantik macam tu. Siap warna perang lagi. Perang bukan sebab diwarnakan tapi memang semula jadi!.

                                                                          ***

“Lepas ni nak pergi mana?” tanya Nadia setelah mereka selesai menjamu selera.
“Baliklah. Nak pergi mana lagi.”.
“Ala, takkan nak balik dah? Bosanlah duduk kat rumah je.”
“La...tadi kau jugak yang cakap malas nak keluar, nak rehat kat rumah je. Ni dah keluar, tak nak balik pulak...”. Irine mengeleng kepala. Kadang kala tak faham jugak dengan perangai si Nadia ni. Gila-gila tak bertempat.
“Ala. Alang-alang dah keluar ni. Baik kita lepak-lepak kejap. Shopping ke. Tengok wayang ke.”
“Nak shopping apa lagi mak cik oii. Dah pukul berapa ni? Shopping complex pun dah tutup.”
“Kalau macam tu kita tengok wayang nak? Mid night movie?”. Nadia masih lagi tidak berputus asa memberikan cadangan.
“Yelah. Tapi kau belanja.”
“Cis. Berkira!”
“Nasiblah...”. Irine ketawa jahat.

“Nak layan cerita apa ni?” Irine meneliti senarai cerita yang akan ditayangkan sebentar nanti.
“Entah. Ikutlah. Kau nak tengok cerita apa?”
“Aku tak kisah. Tapi tak nak cerita jiwang.”
“Boring....”.
Irine tidak mengendahkan kata ejekan temannya itu.
“Cerita apa ni? Cepatlah. Nanti tak sempat.”
“Cerita ni okey tak?”. Irine menujuk ke arah tajuk cerita yang dimaksudkan.
“Ishhh...tak naklah. Macam budak-budak.” Jawab Nadia ketika membaca tajuk cerita yang menjadi pilihan Irine. Ice Age: Continental Drift.
“Dah tu nak tengok apa? Aku tak nak tengok cerita seram. Nanti tak boleh tidur.”.
“Kau ni semua tak boleh. Cerita jiwang tak nak. Cerita seram pon tak nak. Susah betul.”. Nadia mengomel perlahan.
“Kalau cerita ni?” Nadia menujuk pada tajuk cerita yang tertulis ‘selling fast’.
“Okey je. Aku tak kisah.”. Irine menjawab sambil tersengih.
“Okey, aku beli tiket, kau beli air. Jangan lupa pop corn aku punya saiz extra large.”
“Aik, kita baru lepas makan tadi kan? Tak kenyang lagi ke?” tanya Irine.
“Tu makan malam. Ni supper pulak. Dah-dah pergi beli. Nanti tak sempat. Movie dah nak mula ni.”
Irine mengelengkan kepala sebelum menuju ke kaunter menjual makanan.
“Bagi orange juice dua. Pop corn extra large satu...”.
Sementara menunggu pesanannya siap, Irine memandang sekeliling. Memerhatikan pengunjung yang tak kurang ramainya walaupun dah hampir tengah malam. Agaknya memang dah jadi tabiat orang dekat bandar ni. Suka keluar tengah-tengah malam. Kurang traffic jammed.
“Give me three orange juices, two soft drinks and three popcorns extra large.”
Telinga sebelah kiri menangkap suara di sebelah. Kenapa macam biasa sangat suara kat sebelah ni ye. Rasa macam sejak dua menjak ni asyik dengar suara yang sama je. Irine berkata di dalam hati. Dia menjeling sekilas ke sebelah. Boyfriend gadis gedik tu! Dia buat apa kat sini?!
Irine cepat-cepat menoleh ke arah bertentangan apabila dia merasakan lelaki itu menoleh ke arahnya. Fuh selamat sempat pusing. Kalau tak naya je!.
Setelah pesananya siap dan selesai membayar harga makanan yang dipesannya itu, cepat-cepat dia meninggalkan kaunter makanan tersebut. Matanya melilau mencari kelibat Nadia yang hilang entah kemana. Sesekali dia menjeling ke arah belakang. Matanya laju mengimbas kelibat lelaki itu. Hais. Tak pasal-pasal boleh pulak terserempak dengan mamat tu kat sini. Potong mood aku betul. Kang mulalah ada drama lain pulak dalam panggung wayang tu nanti. Huh!  Irine menjeling sekilas. Dalam diam dia mencari kelibat gadis gedik itu. Aik. Takde pulak. Yang ada hanyalah beberapa kawan lelaki dan perempuan yang turut bersama dengan boyfriend si gedik tu. Huh! Tulah lelaki. Pantang ada peluang. Berfoya-foya sakat kau ye. Nasib baik bukan laki aku. Kalau tak aku sumbat mulut kau dengan popcorn si Nadia ni baru tahu. Huh!
“Wei. Kau membebel apa sorang-sorang tu?” Tegur Nadia yang muncul entah dari mana.
“Huk! Terkejut aku. Kau ni kot ye pun janganlah nak sergah aku macam tu. Nasib baik aku takde sakit jantung tahu.” Marah bercampur malu.
“Sebab aku tahu kau takde sakit jantunglah aku berani nak sergah-sergah macam ni. Kalau tak, macam mana aku nak jawab dengan mak kau kat kampung tu?”
Irine mengeleng. Sempat lagi buat loyar buruk minah ni.
“Dahlah. Jum masuk dalam.”
“Jum...”. Nadia menjawab sambil berjalan dahulu menuju ke kaunter tiket. Irine sempat menjeling ke arah kumpulan di hujung sana. Entah kenapa. Dia dapat rasakan sepasang mata tajam merenungnya sejak dari tadi lagi.

                                                                           ***

IRINE membelek-belek koleksi pakaian yang ingin dipakai pada hari itu. Entah kenapa terasa nak pakai yang lawa sikit. Eceh! Apa selama ni baju kau pakai tak lawa ye Irine? Setelah siap berpakaian, dia mencapai beg tangan berjenama Carlo Rino sebelum melangkah turun untuk bersarapan.
“Morning...”
“Hmm...”. Balas Nadia yang sedang menikmati sarapan pagi itu. Roti bakar dan jus oren merupakan menu wajib. Almaklumlah, rumah bujang. Memang sesuatu yang luar biasa kalau nak jumpa menu nasi lemak atau nasi goreng masa hari-hari kerja macam ni. Kalau hujung minggu tu lain cerita.
“Hari ni kau ada keluar ke mana-mana ke?” tanya Nadia sambil menghulurkan roti bakar yang telah siap di sapu jem.
“Pagi ni tak ada. Tapi petang nanti aku nak ke kilang. Nak ambik stok baju baru. Kenapa kau tanya?” Irine bertanya sambil mengigit hujung roti bakarnya.
“Saja tanya. Petang nanti kalau aku tak sibuk, aku nak ikut kau pergi kilang boleh?”
Irine mengangkat kening.
“Kenapa pulak? Selalu bukan main malas lagi kalau aku ajak kau pergi kilang.”
“Sajalah. Dah lama aku tak datang kilang tu.”
“Ikut suka kau lah...” Irine menjawab malas.
“Dah lambat. Aku pergi dulu. Pagi ni aku ada date lagi dengan customer...”. Nadia tergesa-gesa bangun apabila jam di dinding menunjukkan lagi sepuluh minit pukul sembilan pagi.
“Hati-hati bawak kereta. Jangan nak merempit je pagi-pagi macam ni.” Sempat Irine berpesan.
“Yelahhh....”.
Irine mengeleng perlahan. Perangai tak berubah. Kalut tak bertempat. Dia menghabiskan sisa roti bakarnya itu sebelum meneguk jus oren sehingga separuh gelas. Entah kenapa dalam hati tiba-tiba teringat ibunya di kampung. Lantas dia mencapai beg tangan lalu mencari-cari telefon bimbit. Nombor rumah di kampung di dial. Setelah menunggu beberpa ketika, panggilannya disambut oleh ibu di sebelah sana.
“Assalamualakum ibu...”
“Waalaikumsalam...Irine ke ni?”
Irine tergelak kecil.
“Irinelah ibu. Siapa lagi. Ke ibu ada anak lain yang Irine tak tahu ni?” Sengaja dia mengusik ibunya.
“Irine seorang je anak ibu. Irine apa khabar? Sihat ke?”
“Sihat ibu. Ibu buat apa? Sihat tak?”
“Ibu sihat je. Irine bila nak balik jumpa ibu? Dah lama benar Irine tak balik jumpa ibu kan. Irine tak sayang ibu ke?” Suara ibu tiba-tiba sayu. Irirne mengigit bibir. Terbit rasa bersalah kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.
“Irine sibuk sikit ibu. Insya-Allah hujung minggu ni Irine balik ya ibu...”.
“Betul ke sayang? Irine balik ya hujung minggu ni? Dah lama benar Irine tak balik..”
“Ye ibu. Irine janji. Ibu janganlah sedih-sedih. Susah hati Irine tahu...”.
“Yelah. Irine nanti balik nak makan apa? Ibu masakkan...”
“Eh, tak payahlah ibu. Irine balik nak jumpa ibu. Takkan ibu nak susah payah masakkan Irine pulak. Ibu duduk je tunggu Irine balik...”
“Tak apalah kalau macam tu, tapi ibu nak juga masakkan untuk Irine jugak. Ikan pari masak asam pedas dengan sambal sotong petai boleh?”
Irine menelan air liur ketika mendengar menu yang bakal dihidangkan untukkan pada hujung minggu ni. Dah lama benar tak rasa air tangan ibu. Rasa nak terbang balik jam tu jugak.
“Boleh ibu, tapi ibu janganlah buat kerja berat-berat sangat. Ibu masak simple-simple pun dah cukup....”.
“Tak apalah macam tu. Irine jaga diri tahu. Jaga makan minum. Solat jangan lupa jugak.”
“Baik ibu. Ibu pun jaga diri. Jangan kerja kuat sangat. Tunggu Irine balik hujung minggu ni.”
“Yelah. Irine tak kerja ke hari ni?”
“Kerja ibu. Ni kejap lagi Irine nak pergi butiklah ni. Nanti apa-apa Irine telefon lagi ye ibu.”
“Yelah. Ingat pesan ibu tahu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam...”. Irine menjawab salam ibunya itu sebelum memutuskan talian. Telefon bimbit disumbat kembali ke dalam beg tangannya sebelum dia bangun dan mengemaskan meja makan. Setelah selesai, langkah kaki diatur menuju ke pintu hadapan. Alarm Myvi ditekan dan beberapa minit kemudian, Myvi tersebut memecut meninggalkan rumah teres dua tingkat tersebut.
Bersambung....

1 140 tukang karut:

Nliyate said...

Seronoknya rmbut perang asli.

Post a Comment