RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, November 17, 2014

Bab 14 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 14


‘Hariz, awak ada kat mana sekarang?’
Hana menggigit jari sambil menjeling telefon bimbitnya berkali-kali. Tak balas pulak mamat ni. Kalau ikutkan timetable Hariz, sekarang ni sepatutnya Hariz tak ada kelas. Mamat ni pergi mana? Tak datang kolej ke? Atau jadual kuliah dah berubah lagi? Kalau telefon pun, memang takde maknalah si Hariz tu nak angkat. Dia tahu benar yang Hariz cukup tak suka jawab panggilan telefon. Mungkin disebabkan kekurangan yang ada pada lelaki itu agaknya. Hana melepaskan keluhan berat. Hariz, awak pergi mana ni?
Brrr!
Laju Hana melihat skrin telefon bimbitnya. Senyum spontan terukir di bibir.
‘Saya ada kerja sikit...’
Dah Hana berkerut seribu. Kerja? Kerja apa?
‘Sibuk sangat ke sampai mesej saya pun tak sempat nak balas? L
Hana menunggu beberapa minit lagi sebelum telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
‘Agaklah. Awak ada mana? Tak ada kelas ke?’
‘Saya ada dekat kafe fakulti awak ni. Baru habis kelas. Miss you.. L
Hana melepaskan keluhan berat lagi sebelum dia membuka buku rujukannya lambat-lambat. Telefon yang diletakkan di atas meja, di jeling lagi namun hampa. Mungkin Hariz betul-betul sibuk agaknya.
‘Kejap lagi saya datang jumpa awak. Tungga saya...’
Senyum lebar terukir di bibir Hana apabila membaca mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Walaupun Hariz  suka melayannya acuh tak acuh sahaja, tapi kadang kala datang juga sweet lelaki itu. Hana tersenyum sendiri lagi sebelum meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia kembali memandang halaman buku rujukannya. Sekarang dah masuk semester tiga. Subjek pun makin susah dan tugasan pun banyak yang belum disiapkan.
Hana mengangkat muka dari halaman buku rujukannya apabila telinga menangkap bunyi seperti ada seseorang yang duduk di hadapannya. Dahinya berkerut seribu.
“Asal jumpa I je, you buat muka macam tu. Kenapa? Tak suka jumpa I?”
Hana tidak menjawab. Rasa menyampah mula menguasai diri apabila Bad dengan selamba duduk di hadapannya. Apa lagi yang mangkuk tingkat ni nak?
What do you want, Bad?”
“Ala Hana, relakslah. Jangan nak serius sangat boleh tak? Lagi pun I dah lama tak jumpa you. You tak rindu I ke?”
Hana sedaya upaya menahan wajah dari mempamerkan riak meluat.
“Bad, boleh tak you jangan kacau I? I ada banyak kerja nak buat...” Hana berkata sebelum kembali memandang halaman buku rujukannya. Niat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah terbantut macam tu je apabila Bad muncul di hadapannya.
Bad tidak menjawab. Dia memandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang.
“Mana boyfriend gagap you tu?”
Tajam mata Hana ketika merenung lelaki di hadapannya itu.
“Bad, you jangan melampau. You boleh sakitkan hati I tapi jangan nak mengata Hariz yang bukan-bukan.”
“Kenapa? Tak betul ke? Hana, you kena sedar sikit. Mamat tu tak sempurna. Dia tu cacat, tahu? Kut ye pun you nak balas dendam dekat I, carilah lelaki yang sempurna sikit. Ini tidak, mamat gagap tu jugak yang you cari....”
Pang!
“Mulut you tu jaga sikit! Jangan nak hina Hariz. Dia tak bersalah. Walaupun dia tak sempurna di mata orang lain, tapi bagi I dia sudah cukup sempurna. I love him dan itu dah cukup bagi I. I bagi amaran, jauhkan diri you dari kami kalau you tak nak menyesal!” Hana berkata geram sebelum mengemas barang-barangnya dan berlalu dari situ. Tangan yang terasa sakit akibat menampar Bad itu tidak diendahkan. Langkah kaki yang diatur laju itu terhenti buat seketika apabila pandangan matanya bertembung dengan pandangan mata Hariz. Sejak bila Hariz berada kat sini?! Adakah Hariz dah dengar semua kata-kata Bad tadi?
“Jom...” Hariz menarik tangannya dengan lembut sebelum mereka berlalu meninggalkan tempat itu.

         ***
“Sa..sakit lagi?”
Hana menoleh ke sebelah. Raut wajah Hana kosong ketika dia memandang ke arah lelaki itu.
“Ta..tangan aw..awak. Sa..sakit lagi tak?”
Spontan Hana memandang tangannya yang kelihatan merah. Sakitnya masih terasa namun itu tidak setanding dengan sakit di hatinya apabila mengenangkan kata-kata penghinaan Bad terhadap Hariz.
It’s okey. Sikit je...” Hana menjawab perlahan.
“Nah...”
Hana memandang air kotak yang dihulurkan oleh Hariz di sebelah. Lambat-lambat dia mengambil air kotak tersebut.
Hariz memandang ke arah Hana yang masih termenung itu. Air kotak tersebut diambil kembali dari tangan Hana. Hana hanya menoleh namun tidak berkat apa-apa.
Hariz mencucuk penyedut minuman pada air kotak tersebut sebelum dihulurkan kembali kepada Hana.
“Mi..minum si..sikit..”
Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum mendekatkan penyedut minuman tersebut ke bibirnya.
Fe...feeling be..better?”
Hana menoleh. Hanya senyum hambar sahaja yang terukir di bibirnya sebelum dia mengangguk.
Buat seketika mereka hanya mendiamkan diri. Mata Hana ralit memerhatikan daun-daun kering yang berterbangan ketika di tiup angin. Sebenarnya dia rasa bersalah dengan Hariz. Dia tahu yang Hariz pasti terdengar akan kata-kata si Bad itu. Pasti Hariz terluka lagi. Hana mengeluh perlahan.
“Hana...”
Hana menoleh.
“Se..senyum si..sikit.”
Spontan Hana tersenyum nipis.
“Ma..macam tu lah. Ja..jangan se..sedih lagi. Sa..saya su..susah hati...”
Hana terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Macam mana Hariz boleh mengabaikan perasaan sendiri semata-mata mahu menghiburkan hatinya?
“Hariz...”
Hariz memandang ke arahnya.
“Saya minta maaf. Saya tahu awak dah dengar kata-kata Bad tadi. Masuk kali ni dah dua kali Bad kata macam tu pada awak. saya...”
“Hana, be..benda dah le..lepas. Tak pa..payahlah ki..kita ca..cakap la..lagi hal ni...”
“Tapi...”
“Hana...”
Hana terdiam. Dia melepaskan keluhan berat. Dia sendiri tidak tahu apa perasaan Hariz sekarang. Tak terasakah lelaki itu? Tak sedih ke apabila dihina sebegitu atas kekurangan yang tidak pernah diminta? Sedangkan dia yang dengar pun terasa sakit hati. Tapi Hariz....
“Es..esok aw..awak free tak?”
Hana terdiam sejenak. Esok hari Sabtu. Rasanya dia tak ada apa-apa rancangan lagi.
“Kenapa? Awak nak ajak saya dating ke?” Hana bertanya sambil tersenyum penuh makna.
Hariz turut sama tersenyum. Mudah sungguh emosi gadis itu berubah.
“Hmmm, es..esok sa..saya nak ke PWTC..”
Dahi Hana berkerut.
“PWTC? Buat apa?”
“Ke..kelab sa..saya ada jo..join sa..satu event. Errr..aw..awak nak ikut?” Hariz bertanya perlahan. Muka dah terasa panas berbahang.
Bulat mata Hana apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Naklah! Bila? Pukul berapa?” Hana bertanya teruja.
“Pu..pukul 10.”
Hana terdiam. Dalam kepala dah terbayang baju apa yang patut dia pakai esok.
“Hmm, kiranya awak nak ajak saya dating lah ni ye...” Hana bertanya sambil mengangkat kening.
Hariz sedaya upaya mengawal riak muka yang dah nak berubah itu. Dia memandang ke hadapan. Muka dah terasa tebal sepuluh inci.
“I..ikutlah aw..awak nak ka..kata apa..”
Hana tergelak apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Kepala dilentokkan di bahu lelaki itu.
“Aduhhh!” Spontan Hana memegang kepalanya yang ditolak oleh Hariz.
“Sakitlah. Awak ni tak sporting langsung. Baru nak manja-manja...” Hana menggumam perlahan sambil menggosok kepalanya.
Hariz membetul-betulkan beg sandangnya sebelum berdiri.
“Awak nak pergi mana tu?”
“Ba..balik. Ba..banyak ker..kerja nak buat...”
Hana mencebik. Eleh! Alasan je tu.
“Hariz, tunggulah...” Kelam kabut Hana mengekori lelaki itu. Sesekali terdengar gelak ketawa Hana ketika gadis itu galak mengusik Hariz ketika mereka sama-sama berjalan keluar dari kawasan Fakulti Kesenian dan Kebudayaan  itu.
       ***

Hana menggigit bibir sambil sesekali dia memanjangkan leher ketika memerhatikan ke arah Hariz yang sedang sibuk membuat persiapan sempena Festival Muzik dan Kesenian yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Dia sebetulnya tak pernah tahu pun yang memang setiap tahun akan diadakan festival sebegitu khusus untuk seniman dan artis berkumpul untuk memperlihatkan bakat mereka kepada orang ramai secara percuma. Walaupun pada asalnya Hariz mengajaknya ke sini, tapi tak banyak pun yang dia boleh bantu. Sekadar menyibuk sana sini dan akhirnya dia ambil keputusan untuk duduk di booth sahaja sambil siapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mujurlah sempat dia angkut satu dua buku tutorial, jadi tak adalah mati kutu sangat. Hariz pun bukan ada masa nak layan dia je. Lelaki tu pun sejak dari tadi sibuk ke sana ke sini. Set up tempat. Pacak kanvas lagi. Dan sekarang rasanya geng kelab seni lukisan tu nak mula melukis dah kut.
Hana kembali menatap buku tutorialnya. Serabut jugak nak siapkan kerja tengah-tengah bising macam ni. Bunyi muzik yang datangnya dari kontigen kelab muzik dan warisan tu pun boleh tahan kuatnya. Macam saling berlawan pula dengan suara para pengunjung.
Brrr!
Hana menyeluk poket seluar jeansnya sebelum telefon bimbit dikeluarkan.
‘Awak okey?
Sorry ya Hana tak dapat teman awak.’
Hana menjeling ke arah Hariz yang sedang membelek telefon bimbitnya itu. Hana kembali memandang skrin telefonnya sebelum jari laju menaip.
‘Tak apa. Saya okey je.
Awak buatlah kerja awak.
 Saya tak nak kacau.
Dapat dekat dengan awak pun dah cukup bagi saya.’
Hariz tersenyum ketika membaca mesej pada telefonnya.
“Parah betul kalau orang tengah bercinta ni. Tenung telefon pun boleh sengih sorang-sorang...”
Terpadam terus senyum di bibir Hariz. Dia segera menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia sedaya upaya mengelak dari memandang ke arah Boy yang sedang tersengih itu. Mamat ni memanglah. Ada je modal nak menyakat. Letih betul nak layan.
“Kut ye pun, kenapa ajak dating sini? Bawa lah tempat romantik sikit. Tepi tasik ke, pergi taman bunga ke...”
“Di..diamlah!”
Boy ketawa lagi. Sempat dia menjeling ke arah Hana yang sedang sibuk menulis sesuatu itu. Telinga gadis itu turut tersumbat dengan earphone milik Hariz.
“Tak apa ke kau ajak dia tu?”
Dahi Hariz berkerut apabila mendengar pertanyaan Boy itu.
“Ke..kenapa kau ta..tanya?”
Boy mengelap peluh di dahi. Dia baru sahaja selesai mendirikan kayu tempat kanvasnya nanti.
“Tak adalah. Kesian pulak aku tengok si Hana tu. Datang sini sebab nak lepak dengan kau, tapi kau pulak sibuk buat kerja lain. Dia tak pe ke? Kang merajuk, susah pulak kau nak pujuk. Kau tu dah lah super fail bab memujuk perempuan ni. Aku tak nak ada yang frust menonggeng tak lalu makanlah. Tak lena tidurlah. Itu lah, ini lah...”
Hariz tidak menjawab. Kain yang digunakan untuk mengesat peluh yang tersangkut di lehernya itu dibaling ke arah Boy. Banyak sangat cakap.
“Ish! Apa ni?” Boy menepis, menyebabkan kain tersebut jatuh ke lantai.
“Hana bu..bukan je..jenis macam tu...” Dia menggumam perlahan. Sempat mata menjeling ke arah Hana yang sedang khusyuk mengulang kaji pelajarannya itu. Kadang kala dia kagum dengan Hana. Walaupun Hana nampak daring dan agak moden, namun gadis itu tak pernah mengabaikan pelajarannya.
“Yeke? Eloklah tu. Tapi kau jangan nak ambil mudah sangat. Perempuan ni kita tak boleh jangka. Kadang tu mood dia orang ni mudah berubah. Macam cuaca...”
Hariz mengerutkan dahi. Kadang kala dia hairan dengan Boy ni. Kalau cakap bab hati dan perasaan ni memang pandai, tapi sorang awek pun tak ada. Entah manalah dia belajar semua benda tu.
“Dahlah. Ja..jangan ba..banyak ca...cakap lagi. Pre..preparation kau dah si..siap ke? Ke..kejap lagi nak mu..mula dah...”
“Dah, lama dah siap. Tinggal tunggu masa je...”
Hana menggeliat perlahan. Pinggang terasa lengguh. Urat leher pula rasa macam nak tercabut bahana mengadap kerja tak berhenti selama dua jam. Fuh! Siap pun tugasan Prof Hakimi ni. Hana memandang sekeliling. Mana Hariz? Hana mengemas buku-bukunya sebelum dimasukkan ke dalam beg. Kaki diatur melangkah menuju ke bahagian tengah booth tersebut empat di mana geng kelab seni sedang sibuk dengan kanvas masing-masing.
“Boy...” Hana mencuit Boy yang sedang mengoncangkan spraynya.
Boy menoleh.
“Hariz mana?”
“Tu. Dekat hujung sana...”
Spontan Hana menoleh.
Thanks. By the way, nice painting...”
Boy hanya tersengih sebelum kembali menyambung kerjanya. Hana kembali mengatur langkah menuju ke arah Hariz. Dahi berkerut. Ini yang dia tak suka tengok ni.
Hana mengetap bibir apabila mata melihat beberapa orang gadis sedang berbisik penuh teruja berdekatan dengan Hariz yang masih sibuk melukis itu. Telinga terasa panas apabila mendengar kata-kata gadis-gadis tersebut yang rata-ratanya memuji akan penampilan Hariz ketika itu.
Handsomenya mamat tu...”
“Tau tak apa. Tengok lukisan dia. Cantiknya...”
“Kau agak, kalau aku minta nombor telefon, dia nak bagi tak...”
Hana mengetap bibir lagi sebelum berjalan laju menghampiri Hariz. Sempat dia melemparkan jelingan maut ke arah kumpulan gadis tersebut.
“Hai sayang. Sibuk ke?” Sengaja Hana menyapa Hariz dengan agak kuat bagi memastikan yang kumpulan gadis yang sedang mengedik berdekatan lelaki itu mendengar kata-katanya.
Hana tersenyum puas apabila melihat perubahan di wajah gadis-gadis tersebut. Huh! Padan muka. Ada hati nak mengurat boyfriend orang.
Hariz di sebelah cuba menahan senyum. Tahu sangat akan niat Hana tu.
Hana kembali memandang ke arah lukisan yang dihasilkan oleh Hariz apabila kumpulan gadis itu sudah beredar ke tempat lain.
Thanks...”
Hana menoleh. Keningnya terangkat sebelah.
“Kenapa?”
“Se..sebab datang te..tepat pada masanya...”
Dahi Hana berkerut, cuba memahami maksud lelaki itu.
“Maksud awak apa? Awak tak suka ke kalau girls tu semua admire awak?” Hana bertanya, sekadar mahu menguji.
Hariz tidak memberikan sebarang reaksi.
“Awak, jawablah saya tanya ni...”
“A..awak so..sorang pun sa..saya dah tak la..larat nak la..layan...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata lelaki itu.
“Oh, kiranya awak nak cakap yang saya ni menyusahkan lah ye?”
“Ish!” Hariz mencuit hidung Hana dengan hujung batang berusnya. Spontan Hana menepis.
“Awak....!”
“Ker..kerja dah si..siap?”
“Siap dah. Tunggu awak dua jam. Dua tutorial saya boleh siap, tahu?” Hana menjawab sambil memeluk tubuh. Mata masih ralit memerhatikan lukisan pada kanvas di hadapannya itu.
“A..awak ma..marah ya...”
“Taklah. Saya tahu awak sibuk. Lagi pun saya yang beriya-iya nak ikut datang sini. Saya tak boleh jangkakan yang awak akan teman saya sepanjang masa je. Awak pun ada kerja nak buat, kan?”
Hariz menoleh. Hana turut menoleh.
“Apa?” Hana bertanya sambil mengangkat kening.
Thanks Hana se..sebab me..memahami...”
Hana hanya tersenyum.
You’re most welcome, boyfriend...” Hana menjawab sambil tersenyum mengusik.

Bersambung...

4 140 tukang karut:

abby sha said...

Hariz ooooo hariz nsb la hana syg gile kat awak..

amellia farhana said...

Hahaha.. Suka giler cter ni..

Shamsul Ajizi said...

Suke sgt....cpt2 la smbg...huhu

aimy nadhirah hussain said...

kak bila mau smbg cter ni ! lma dh mnuggu ni :(

Post a Comment