RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, October 2, 2014

M.A.L.A.S

Assalamualaikum,

Aku tengah mood malas sekarang. sejak hari selasa hari tu aku tak bukak buku pun. Buku tebal lapan belas kilo ni dok aku usung dari pejabat ke rumah lepas tu bawak balik pejabat semula. Aku pon tak taulah awatlah aku malassss sangat. Serius sangat malas. Nak bukak buku pun terasa berat. Mungkin sebab assignment aku dah siap hari isnin hari tu yang membuatkan aku rasa macam nak reward diri dengan berehat sampai tahun depan. Huh! Minggu depan dah mula balik kelas. Hari tu ada kelas dan 1st meeting dah dapat assignment. Due datenya mingu depan. Agaknya sebab aku mengadap assignment tu pagi petang siang malam nak bagi siap, tu pasal sampai dapat penyakit malas. balik rumah, selalu aku akan mula bukak buku pukul 9 malam sampai 12 malam. Kalau tak mengantuk lagi, boleh extand sampai tiga pagi. tu pun kalau esoknya cuti. Aku satu je kalau buat matematik ni. Bila tengah buat latihan, otak jadi segar tak mengantuk. Yelah, sel-sel tengah berhubung kahkah! Jadi kalau aku terlewat atau terlajak masa untuk bukak buku, contoh macam aku terlayan running man sampai pukul 10 malam, aku tak buka buku dah if esoknya kerja. Memang tak tidur dah aku malam tu. Dan sebelum tidur, aku akan neutralkan fikiran aku dengan layan novel. atas katil keliling aku memang bersusuh novel + buku-buku supaya aku mudah capai bila atas katil. Malas dah nak turun katil bila dah sedap melanding. Tu memang habit aku lah. Sebelum tidur mesti kena baca buku. Dulu aku makan pun sambil baca buku. Bukan nak kata rajin, tapi tu boleh kata tabiat buruk aku lah. Dulu masa kat uni, aku buat latihan matematik sambil makan dekat bilik. Bila rasa macam ape benda ni aku tak faham?! Aku tolak tepi dulu nasik or meggi, dah rasa macam faham, aku sambung balik makan. Loni aku tak buat dah macam tu, sekarang ni aku ganti baca buku tu dengan layan movie hahahaha.



Serius, macam mana nak hilangkan penyakit malas ni? Setiap kali balik kerja, memang dalam kepala tertanam azam 'okey malam ni bukak buku buat latihan', tapi at the end, tak buat jugak. sibuk layan running man. Dan selain malas, aku jadi cepat mengantuk. Rasanya dah tiga minggu aku tak balik rumah makan tengah hari. aku lagi suka tidur waktu lunch hour dari keluar makan nasik. Jadi, bekalan roti dengan jem coklat tu aku beli siap-siap kotlah takut lapar sementara nak tunggu balik rumah.

Aku kena cari ubat jugak untuk penyakit malas ni. Kalau tak, lingkuplah aku sem ni. Tapi, aku penat jugak sebenarnya. Kelas untuk sem ni 15 hours. Aku mengajar empat program + intensive class. Tu pun nasib baik dah drop satu subjek. Mengajar ni penat. Walaupun kau mengajar budak uni, budak kolej, budak diploma. Penat nak layan kerenah depa. Macam tadi, datang office lalu depan aku masa aku tengah taip entri ni, lepas tu berdiri ramai-ramai depan meja aku sambil cakap, miss, senyum sikit.Miss senyum sikit, baru kitorang balik. Tak penat ke nak layan???Arghhh.

P/S: Hujung tahun ni....

0 140 tukang karut:

Post a Comment