RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, October 10, 2014

Entri Tentang Akmal


Assalamualaikum,
Lately ramai sangat orang mention pasal Akmal. Dekat FB pun ramai jugak. Katanya rinduuu dengan Akmal. Adoi, samseng tak makan saman tu pun ada orang rindu ke?Hahahaha. Ramai jugak yang request sequal. Suruh cerita tentang kehidupan mereka selepas kahwin yang mana aku ada bagi sedikit gambaran tentang kehidupan mereka lepas kahwin dalam entri SINI. Actually dulu aku ada buat draf untuk sambungan cerita tu. Dah tergambar sikit jalan cerita macam mana. Ada yang suggest wujudkan kembali watak Hani. Ada sesiapa ingat Hani? Girl yang minat Akmal dan selalu tengok Akmal perform masa dia kerja part time dekat Hard Rock Cafe tu? Aku nak buat watak Hana ni sebagai watak yang agak penting juga untuk sequal, di samping kemunculan Dean Iskandar jejaka pojaan hatiku hahaha. Tapi hari tu masa pesta buku, Editor dah kata jangan buat sambungan. Sebab katanya kalau buat sambungan, for sure cerita akan meleret dan takut jejaskan novel pertama. Kalau nak sambung, buat cerita pasal Dean, katanya. So aku pun start menulis pasal Dean, tapi...yelah. Mood nak menulis pasal Dean tu agak susah nak 'ditangkap' walaupun aku suka watak Dean tu. Jadi, tergantung lagi.

Tapi mungkin sikit masa lagi, aku akan buat mini novel ke untuk sequal. Rasa-rasa kalau aku terbit sendiri, ada yang nak beli ke?

Untuk mengubat kerinduan anda semua, Nahhhh aku belanja sikit petikan cerpen(?) Akmal.

                                                                                     ***
“Papa, tadi dekat sekolah cikgu tanya Airil, bila besar nanti Airil nak jadi apa...”
Akmal yang sedang berbual dengan Ariana itu menoleh ke arah Airil.
“Airil jawab apa?” Ariana turut berminat hendak tahu.
“Airil nak jadi penyanyi...”
Hampir tersedak Akmal ketika lelaki itu sedang meneguk air oren milik Ariana yang sudah tinggal separuh itu. Ariana cuba sedaya upaya menahan ketawa apabila melihat reaksi Akmal itu.
“Airil nak jadi penyanyi?” Akmal bertanya ketika tangan mencapai tisu sebelum dilap ke mulut.
Airil mengangguk laju.
“A’ah. Airil nak jadi penyanyi. Airil nak nyanyi kuat-kuat dekat atas pentas. Airil nak main gitar macam papa...” Bersungguh-sungguh Airil menjawab sambil tangan membuat gaya sedang bermain gitar.
Ariana menggigit bibir, cuba sedaya upaya membendung ketawa yang sudah mahu meletus itu apabila melihat raut wajah Akmal ketika itu.
“Hmm, tak sangka, ada jugak yang menurun ikut perangai papanya...” Ariana mengumam perlahan sambil tersenyum mengusik. Akmal memandang ke arah Ariana dengan raut wajah tak berkenannya.

Bayangkan Akmal buat macam ni. Y.O.U  W.I.L.L  B.E  D.E.A.D.
p/s: Aku ada sorang student nama Akmal. Thank God perangai dia tak macam Akmal. Tapi...letih nak layan.

6 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

Akmal dh disimpan dlm poket...
Skang tgu Dean plak :)

Fafar Zulkifli said...

also in a slight related note EEEEEE EEEEEEEEEEEEE OH MY GOD baby airil na jadi singer mcm papa dia. now akmal da tau the true meaning of a fathers fear jap ok na gelak ahahahhahaha!!

Fafar Zulkifli said...

.....ok jap tadi mcm da send comment 1st tapi....hilang pulak.....

pfpfpt ok if kakak ta dpt the 1st comment, adik just na ckp yg adik agak agree with the editor. i mean the first book itself was perfect in its many ways and the ending....buat adik gelak n jerit smp tepaksa nyorok dlm selimut sbb tana annoy mak and adik with the constant squealing....

eheeeeeee tape kak dik paham sgt bab 'na tulis psl watak ni tapi feel n motivation ntah hilang ke mana'. either way, adik akan tetap baca n beli novels akak be it about dean, hana, or anak anak akmal n ariana in their teen/adult life hehehe.


your stories are truly amazing! keep on doing what you love kak!!! c:

Cahaya said...

hahaha. just sikit je. tak berniat jugak nak buat novel balik. if ada pun just cerpen pendek2 je untuk cerita sikit life after kahwin. mcm kalau ada drama, tetiba ada telemovie gtu hehehe.

Shamsul Ajizi said...

Dh bli buku MSA....melting habissss...hilang mood nak keje...haha..asyik terbygkn akmal n ariana...

Cahaya said...

shamsul ajizi>>yeke?hehehehehhe thanks sebab sudi beli novel sy tu <3

Post a Comment