RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, October 25, 2014

Bab 13 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 13


Hana meletakkan buku di tangan kembali ke raknya. Dia memanjangkan leher. Mana pulak mamat ni pergi? Bukan tadi ada kat sebelah ke? Hana mengeluarkan telefon sebelum menu mesej disentuh.
‘Hariz, awak pergi mana?’
Hana memandang sekeliling. Tak balas pulak mamat ni. Kaki diatur secara rambang sambil sesekali dia memanjangkan leher mencari kelibat lelaki itu.
“Kat sini rupanya awak. Puas saya cari. Awak ni lain kali kalau nak hilang pun, bagilah signal. Tak delah saya tercari-cari..”
Hariz yang leka membelek buku di tangan, tidak memberikan sebarang reaksi.
Hana mencebik.
“Buku apa tu?” Hana membelek mahu melihat kulit buku di tangan lelaki itu.
“Ish!” Hariz spontan mengelak. Hana mengerutkan dahi.
“Nak tengok pun tak boleh. Tak siap lagi ke? Saya dah bosan ni...” Hana merungut perlahan. Ingatkan dapat keluar dengan mamat ni, bolehlah dia berjalan-jalan ke, tengok wayang ke. Alih-alih mamat ni ajak lepak masuk kedai buku. Booooooosan gila!
Hariz tidak memberikan sebarang reaksi. Mata lelaki itu masih ralit memilih buku yang lain pula.
“Hariz, jomlah keluar. Kita tengok wayang ke. Makan-makan ke. Bosanlah duduk dalam ni.” Hana memujuk lagi namun lelaki itu masih sibuk menyelak halaman buku di tangan.
Hana sudah mula nak tarik muka. Susah betullah kalau ada boyfriend kaki baca novel ni.
“Awak, saya tanya sikit boleh?”
Hariz masih mendiamkan diri.
“Kenapa awak suka baca novel cinta ni? Saya yang perempuan pun tak layan novel-novel macam tu tau...”
“Ke...kenapa? Tak bo..boleh ke?”
“Bukanlah tak boleh, tapi jarang kut nak jumpa lelaki yang suka baca novel cinta macam ni...”
Hariz tidak menjawab. Dia mencapai sebuah lagi novel di rak. Adoii! Bila nak habis ni. Orang kiri kanan pun dah asyik tertoleh-toleh memandang ke arahnya.
“Jom...”
Erk! Hana yang sedang melilau memandang sekeliling itu menoleh. Hariz sudah mula melangkah menuju ke luar dari kedai buku tersebut.
“Eh, mana novelnya? Tak beli ke?”
“Tak...”
Hana mengerutkan dahi. Punyalah lama dia duduk bertapa dalam tu, alih-alih sebiji novel pun tak beli. Hana terdiam sambil memikirkan sesuatu.
“Hariz, kalau awak nak...err..saya boleh belikan untuk awak...”
Langkah kaki Hariz terhenti. Hana turut sama berhenti melangkah. Alamak! Dia dah salah cakap ke. Dengan hati-hati, raut wajah lelaki itu dipandang dengan hujung mata.
Berubah seketika wajah lelaki itu. Hana menggigit bibir. Aduhh! Sentap pulak mamat ni.
“Hariz, saya tak..maksud saya...”
Hariz menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali melangkah. Hana memejamkan mata sebelum menepuk mulut sendiri. Ish! Cakap tak fikir dulu.
“Hariz...” Hana menarik lengan baju lelaki itu.
“Awak, janganlah marah. Saya tak bermaksud macam tu. Awak, dengarlah saya cakap ni...”
Hariz berhenti lagi. Hana berjalan dan berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.
“Maafkan saya. Saya tahu awak terasa dengan kata-kata saya tu. Saya tak bermaksud pun...”
“Sa..saya se..sedar siapa di..diri saya Hana...”
Hana merenung tajam ke arah lelaki itu. Entah kenapa, hati terasa sakit pula apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
So what? Ada saya kisah? Dah berapa kali saya nak cakap yang saya tak kisah langsung pasal hal ni. Jadi kenapa awak nak terasa pulak? Saya sayang awak for who you are. I don’t care kalau awak tak berharta ke, tak berduit ke. Saya tak kisah. Awak ingat saya ada banyak duit ke? Tu semua papa dan mama saya yang punya. Kalau ikutkan, saya ni lagi miskin dari awak. Harta tak ada, apa pun tak ada. Hidup pun tumpang kasih sayang tukang gaji yang diupah oleh mama dan papa sebab mereka tak ada masa langsung nak peduli pasal satu-satunya anak mereka ni. Saya sakit ke, saya nak mati ke mereka tak peduli langsung...”
“Hana..”
“Saya hanya ada awak je Hariz. Tapi kalau macam ni awak layan saya, lebih baik saya...”
“Hana...stop it..”
“Bunuh diri...”
“Hana!”
Hana terdiam. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Hariz ketika wajah lelaki itu sudah berubah kemerahan seolah-olah menahan marah.
“Ja..jangan ca..cakap macam tu la..lagi..!”
Hana tunduk. Mata mula terasa hangat.
“Hana...”
Hana mengelap air mata yang sudah mengalir ke pipi dengan belakang tangan.
“Sa..saya min..minta maaf...”
Hana masih tunduk merenung kasutnya di bawah.
“Hana, sa..sayang sa..saya tak ni?”
Muka Hana dah terasa hangat. Pertama kali mendengar Hariz bertanya akan soalan begitu, membuatkan dia terasa segan pula.
“Hana...”
“Habis tu awak tak sayang saya ke?” Hana menggumam perlahan. Kepala masih tunduk merenung lantai.
“Hana, pan..pandang saya...”
Hana menggigit bibir. Dada mula bergetar hebat.
“Sayang....”
Berderau darah Hana apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Biar betul? Rasa macam mahu pengsan je apabila mendengar lelaki itu menuturkan perkataan keramat itu.
“Ja..jangan ma..marah lagi, okey?”
“Awak pun, lain kali jangan nak sensitif sangat. I don’t care. Yang penting, awak sayang saya...” Hana berkata sambil menutur perlahan ayat yang terakhir tu.
Hariz hanya tersenyum.
“Ye, dah. Ja..jangan se..sedih lagi. Jom sa..saya be..belanja aw..awak makan ais krim..”
Bibir Hana kembali mengukir senyuman.

***

“Ish!” Hariz menepis apabila Hana cuba mengacukan t-shirt ke tubuhnya.
“Awak, duduk diam-diam boleh tak?”
“Sa..saya ri..rimaslah...”
Hana membuat muka. Dia memilih lagi beberapa t-shirt yang tergantung di rak tersebut.
“Nah..cuba ni..” Hana memberikan beberapa helai baju ke arah Hariz.
Hariz mengerutkan dahi.
“Nak bu..buat apa?”
“Cubalah. Dah pergi masuk sana sekarang...” Tubuh lelaki itu ditolak. Mahu tak mahu terpaksalah Hariz mengikut kehendak gadis itu.
Hana tersenyum puas sebelum membelek beberapa pasang seluar pulak. Alamak, lupa nak tanya mamat ni pakai saiz apa.
“Hariz...” Hana mendekatkan diri pada pintu tempat bilik persalinan itu. Dia menelan air liur ketika cuba mendengar bunyi di dalam.
“Hmmm...”
“Errr..awak pakai seluar saiz apa?”
Dang!
Bulat mata Hana apabila mendengar sesuatu jatuh di dalam.
“Hariz, awak okey ke?” Hana mengetuk pintu tersebut. Risau pulak apabila memikirkan sesuatu menimpa lelaki itu.
Krak!
Hana memandang Hariz yang baru muncul di pintu tersebut. Wajah lelaki itu kemerahan.
Hana mengangkat kening sambil tersenyum penuh makna. Dia kemudian memandang ke arah tubuh Hariz yang sudah pun tersarung salah satu t-shirt yang diberikan olehnya lagi.
Hana menggosok dagu seolah-olah berfikir sesuatu ketika dia memandang Hariz dari atas ke bawah.
Not bad. Handsome macam selalu...”
Hariz membuat muka sebelum kembali berpusing.
“Nantilah. Awak nak pergi mana tu. Saya tak puas tengok lagi...”
Hariz merenung tajam ke arah gadis itu. Hana hanya tersenyum penuh makna.
“Hariz, awak tak jawab lagi soalan saya. Awak pakai seluar saiz apa?”
Hariz memejamkan mata. Rasa macam nak hentak kepala ke pintu je.
“Ik..ikut su..suka awaklah...”
Hana membuat muka.
“Ala, cakap jelah. Saya bukan tanya saiz err..seluar kecik awak pun...”
Tajam mata Hariz merenung ke arah gadis itu.
Hana tergelak kecil ketika melihat perubahan di wajah lelaki itu. Dia kemudian berlalu dari situ sambil memilih beberapa pasang seluar mengikut saiz yang dirasakan milik Hariz. Hentam jelah.
“Nah, cuba sekali dengan baju yang lain tu...” Hana menghulurkan beberapa helai seluar itu kepada Hariz. Baru sahaja lelaki itu mahu membuka mulut namun cepat-cepat Hana menyampuk.
“Jangan cakap apa-apa. Kalau tak saya merajuk lagi...” Hana berkata memberi amaran.
Hariz memejamkan mata sambil melepaskan keluhan berat. Dah nasib kau Hariz.
Hana tersenyum lebar apabila lelaki itu akhirnya mengambil juga seluar-seluar yang diberikan sebelum masuk kembali ke dalam bilik persalihan. Hana mendekatkan diri pada pintu bilik persalinan tersebut. Hurmmm.
Hana menggelengkan kepala sambil menepuk pipinya sendiri apabila kepala dah membayangkan keadaan Hariz di dalam bilik tersebut. Wake up Hana!
Sementara menunggu Hariz mencuba pakaiannya, Hana membelek pula beberapa helai baju untuk dirinya. Dia pun dah lama tak shopping dek kerana terlalu sibuk dengan belajar.
Krak!
Spontan Hana menoleh ke arah Hariz yang sudah berdiri di muka pintu bilik persalinan itu. Raut wajah lelaki itu jelas kelihatan tidak berpuas hati.
“Janganlah buat muka macam tu. Kata sayang saya..”
Hariz menjeling namun tidak berkata apa-apa. Hana memandang ke arah tubuh lelaki itu. Hmmm, Hariz tetap kacak walaupun mengenakan t-shirt ringkas dengan jeans.
“Okey. Will take this one. Cuba yang lain...”
“Hana...”
“Cepat..” Hana menolak tubuh lelaki itu lagi. Hariz memejamkan mata.
“Senyumlah sikit...” Hana membuat muka comel. Hariz menggelengkan kepala sebelum menutup kembali pintu bilik tersebut.
“Hariz...”
“Hmmm...”
“Saya nak cuba baju ni dekat bilik sebelah. Tunggu saya tau...”
“Hmmmm...”
Hana mencebik. Mula dah nak buat aci malas layan lah tu. Hana mengomel sebelum masuk ke bilik persalinan di sebelah bilik yang dimasuki oleh Hariz itu.
“Hana?” Hariz mendekatkan diri pada pintu bilik persalinan di sebelahnya.
“Kejap. Tunggu saya...”
Hariz mendiamkan diri. Dia memandang cermin sambil membetul-betulkan baju di tubuh. Sesekali dia meraup rambut yang telah dipaksa potong pendek oleh Hana. Entah macam manalah dia boleh ikut sahaja kehendak gadis tu padahal dia sayang betul nak potong rambutnya dulu.
Krak!
“Hariz, okey tak?”
Hariz menoleh. Mata memandang ke arah Hana yang sedang berpusing-pusing di hadapan cermin itu. Air liur ditelan perlahan.
“Awak rasa okey tak?” Hana bertanya lagi sambil memandang kearah lelaki itu. Blous kain sifon rekaan moden itu dibetul-betulkan kedudukannya di tubuh.
“Hariz? Awak okey ke?”
Hariz tersedar. Muka dah terasa panas berbahang.
“Hmm...” Hanya itu saja yang mampu keluar dari bibirnya.
“Apa hmm? Okey ke tak ni?” Hana membelek lagi baju di tubuhnya.
“Hmm, o..okeylah...”
Hana membuat muka. Itu je ke? Tak nak puji dia cantik ke?
“Cantik tak kalau saya pakai macam ni?”
“Bi..biasa je...”
Hana memuncungkan bibir. Sampai hati!
“Nak cakap saya tak cantiklah ni ye...”
“Sa..saya tak cakap ap..apa-apa pun...”
“So, awak nak cakap saya cantiklah ni ye. Tapi malu, hmmm?” Hana mengangkat kening.
“Pe..perasan..”
Hana mencebik.
“So, awak suka yang mana?”
Hariz memandang baju di tubuhnya sebelum mengangkat bahu.
“Kalau macam tu, saya beli semua...”
Hariz memejamkan mata. Budak Hana ni memanglah.







                                                                                         ***

“Ma..macam mana?”
Hana tidak memberikan sebarang reaksi.
“Hana?”
Hana melepaskan keluhan berat.
“Bolehlah....”
Kening Hariz terangkat sebelah.
“Hana...”
“Saya dapat first class!” Hana berkata sambil tersengih lebar. Slip peperiksaan yang baru sahaja diterima itu, dihulurkan ke arah Hariz.
Hariz mengambil slip tersebut sebelum meneliti isi kandungan kertas tersebut.
“Tah..tahniah. Sa..saya ta..tahu aw..awak bo..boleh buat.”
“Well, tengoklah girlfriend sapa kan?”
“Sa..sapa?” Hariz bertanya selamba.
Hana memutarkan bebola matanya ke atas. Eleh, tak nak mengakulah tu.
Girlfriend Encik Muhd Hariz yang suka jual mahal ni lah...”
Hariz mencebik.
“Pe..perasan..”
Hana membuat muka namun tidak berkata apa-apa sebelum menyimpan kembali slip peperiksaan tersebut di dalam begnya. Rasanya inilah kali pertama dia seronok berkongsikan keputusan peperiksaannya dengan seseorang sejak neneknya meninggal.
“Ma..mama dan pa..papa aw..awak ca..cakap apa?”
Huh?Hana memandang ke arah Hariz di sebelah.
“Cakap apa?”
“Tu..re..result aw..awak. Mes..esti dio..dia orang ha..happy kan?”
Hana tersenyum tawar. Rasanya tak ada beza pun sama ada dia dapat keputusan cemerlang atau gagal terus.
Hana mengangkat bahu. Hariz hanya memandang ke arahnya.
“Ma..macam mana de..dengan kes da..dalam dewan ha..hari tu?”
Hana terdiam buat seketika. Ohh! Pasal hal tu.
“Hmm, selesai dah..” Hana menjawab. Rasanya tak perlulah dia menceritakan lebih detail lagi tentang siapa dalang di sebalik kes dia dituduh meniru itu. Hasil siasatan mendapati, Kat yang telah membaling nota tersebut ke arahnya dan melaporkan pada pengawas bertugas. Kata Prof Rukinah, tulisan pada nota tersebut dengan tulis Kat hampir sama dan Kat pun dah mengaku. Jadi rasanya tak perlulah dia nak memanjangkan hal itu. Lagi pun Kat pernah menjadi kawan baiknya dan dia malas nak memulakan permusuhan baru.
“So, result awak pulak macam mana?” Hana bertanya.
“Bi..biasa je. Sa..saya tak pan..pandai macam awak...” Hariz berkata merendah diri.
“Mana? Nak tengok...”
Lambat-lambat Hariz mengeluarkan slip peperiksaannya sebelum dihulurkan kepada gadis itu.
Laju Hana mengambil slip tersebut dan melihat dengan tidak sabar. Bulat matanya memandang ke arah slip tersebut.
OMG!You got 4 flat?!” Hana bertanya agak terkejut. Hariz masih mengekalkan riak muka selamba.
“Bi..biasa je...”
“Biasa je awak cakap? Well, we should celebrate...”
Bulat mata Hariz ketika memandang ke arah Hana itu.
No..no more sho..shopping...”
Hana membuat muka.
Fine..”
“Hana...”
“Hmm?” Hana menoleh. Dahi berkerut ketika melihat wajah Hariz mula kemerahan.
“Hmm. Sa..saya hurmm...”
“Apa?” Hana memandang curiga ke arah Hariz yang kelihatan seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
Hariz menarik nafas panjang.
“Aw..awak te..tengoklah sen..sendiri...”
Terkebil-kebil mata Hana ketika melihat sebuah kotak kecil yang berbalut kemas di hadapannya itu.
“Apa ni?” Hana memandang ke arah Hariz.
“Bu..bukalah...”
Perlahan-lahan Hana membuka balutan kotak tersebut. Hariz di sebelah menunggu dengan penuh debaran.
Hana hanya merenung isi kotak tersebut tanpa berkata apa-apa. Rasa terharu mula meresap ke dalam hatinya.
Hariz hanya menjeling dengan hujung mata apabila melihat reaksi gadis itu. Bibir diketap perlahan. Barangkali Hana tak suka.
“Ma..maaf Hana. Han..hanya tu je yang sa..saya mampu. Ma..maaf ka..kalau awak tak..”
Hana mengangkat muka. Mata sudah terasa hangat.
“Saya suka. Cantik sangat. Saya terharu. Thanks Hariz.” Hana berkata sambil tunduk merenung isi kotak tersebut.
Hariz turut sama tunduk. Muka dah terasa merah padam.
Hana menarik loket berbentuk sekuntum bunga itu sebelum dihulurkan ke arah Hariz.
“Pakaikan boleh?”
Terkebil-kebil mata Hariz ketika memandang ke arah rantai yang dihulurkan oleh gadis itu. Sekali lagi muka terasa hangat.
Please....”
Hariz mengaru kepala yang tidak gatal sebelum rantai tersebut di ambil dari tangan Hana. Terkial-kial seketika ketika dia mahu membuka cangkuk pada rantai tersebut.
Hana hanya memerhatikan wajah gelisah lelaki itu. Dia tahu yang Hariz tidak selesa diperlakukan begitu. Saja dia mahu mengusik lelaki itu.
“Sinilah...” Rantai tersebut diambil dari tangan Hariz sebelum disarungkan sendiri ke lehernya.
Hariz menarik nafas lega. Fuh! Macam nak luruh jantung.
“Kelakarlah awak ni...” Hana berkata lagi ketika selesai menyambungkan cangkuk rantai di lehernya itu. Dia tunduk merenung loket yang tergantung di lehernya.
“Cantik loket ni. Tapi, kenapa bunga?”
“Ke..kenapa?Aw..awak tak suka?”
“Taklah. Saja tanya. Ke sebab awak nak kata yang saya ni cantik macam bunga?” Hana mengangkat kening sambil tersenyum.
Hariz membuat muka.
“Aw..awak ni ku..kuat perasan, tahu?”
Hana mencebik.
“Dah tu?”
“Ta..tahu tak mak..maksud na..nama Hana da..dalam ba..bahasa Je..jepun?”
“Maksud Hana dalam bahasa Jepun? Tak tahu. Kenapa?”
“Mak..maksud Hana da..dalam ba..bahasa Je..Jepun ialah bu..bunga...”
Oh! Hana kembali tunduk memandang pada loketnya itu.
“Yeke? Tapi kira maksud tersirat awak tu, awak tetap nak cakap saya cantik macam bunga kan?”
Sekali lagi Hariz membuat muka.
“Ye...yelah. Can..cantik ma..macam bu..bunga ta..tahi ayam...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata selamba lelaki itu.
“Eeee! Sampai hati kan...”
“Aduhh!” Hariz mengelak apabila gadis itu mencubit lengannya. Wajah gadis itu kemerahan.
“Hana...”
Hana menarik muka masam ketika bermain-main dengan bekas rantainya tadi.
Hariz tersenyum apabila melihat gadis di hadapannya itu menarik muka. Merajuklah tu.
“Hana, me..merajuk ya...”
Hana buat tak tahu lagi.
“Sa..saya gu..gurau je. Ja..jangan me..merajuk...”
Senyap.
“Ta..tak cantiklah bu..buat mu..muka macam tu....”
Hana menjeling lagi.
“Sa..saya gu...gurau je sayang. Hana sa..saya te..tetap can..cantik di ma...mata saya...”
Spontan Hana mengangkat kepala memandang ke arah Hariz. Wajah lelaki itu kemerahan sebelum tertunduk. Senyum kembali terukir di bibirnya. Hana membuka beg tangannya sebelum dia mengeluarkan sesuatu.
“Hariz, saya ada sesuatu nak bagi pada awak...”
Hariz mengangkat kepala ketika Hana menghulurkan satu bungkusan sederhana besar.
“Ap...apa ni?”
“Bukalah tengok sendiri...”
Hariz mengambil bungkusan itu dengan teragak-agak. Hana hanya melihat lelaki itu membuka bungkusan yang diberikan itu dengan hati-hati.
Hariz membuka penutup kotak kayu tersebut dan melihat isinya. Terdiam seketika lelaki itu. Hana menggigit bibir ketika menantikan reaksi lelaki itu.
“Awak suka tak? Saya sebenarnya tak tahu jenis-jenis berus lukisan ni. Saya tahu pasal berus make up je. Tapi orang kedai tu kata ni berus terbaik dan yang penting, halal.”
Thanks..Hana...”
“Awak suka tak?”
Hariz mengangkat kepala. Wajah lelaki itu sukar untuk dia tafsirkan.
“Hariz, awak tak suka ke?” Hana bertanya agak risau.
Lelaki itu tersenyum sebelum kembali tunduk merenung set berus lukisan pelbagai saiz yang diberikan oleh Hana itu. Memang sudah lama dia mengidam mahu membeli set tersebut namun harganya agak mahal.
Thanks Hana. Saya..suka. Dah la..lama sa..saya nak be..beli set ni..”
Wajah Hana berubah ceria apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Tapi, yang paling special sekali ialah benda ni...” Hana berkata sambil mengambil salah satu berus tersebut. Hariz melihat apa yang ditunjukkan oleh Hana itu.
~H Heart H~
Hana heart Hariz...” Hana berkata sambil tersenyum penuh makna.
Hariz hanya diam. Tak terkata apabila melihat perkataan yang terukir pada batang berus tersebut.
“Semua berus ada ukiran ni tau. Kiranya kalau awak guna masa melukis nanti, awak mesti akan ingat saya selalu, tau...”
“Sa...saya me..memang sen..sentiasa ak..akan ingat aw..awak se..selalu, Hana...” Hariz menutur perlahan.
“Hah? Awak cakap apa tadi?” Hana bertanya kurang pasti namun Hariz hanya tersenyum.
Bersambung....

6 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

💕💕💕💕💕

Tuan Zety said...

Melting even hariz gagap 😃😄

Nliyate said...

Oh my, sweet bergelen2. Hoho!

Nor Azalina Baharuddin said...

LUV IT...SWEET

syaza suhana said...

Cutenya la hariz ni

Shamsul Ajizi said...

So sweet...nak lagi....

Post a Comment