RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, October 6, 2014

Bab 12 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 12


Pap!
Hana menampar pipi sendiri apabila dirasakan ada nyamuk hinggap di situ.
“Hariz, awak nak buat apa tu? Jomlah balik. Nyamuk banyak ni...” Hana mengaru lengan yang gatal digigit nyamuk. Mata masih memandang ke arah Hariz yang sedang sibuk mencangkul tanah itu. Entah apalah yang mamat ni nak buat. Nak tanam apa?
Pap!
“Hariz....” Hana bersuara separuh merengak. Mana tahu boleh cairkan hati mamat suka jual mahal ni.
“Ke..kejap.”
Hana memutarkan bebola matanya ke atas. Dia memandang sekeliling. Kebun milik keluarga Hariz itu tak adalah besar mana pun. Tapi macam-macam pokok ada. Dari sayur-sayuran hinggalah pokok mangga dan rambutan. Mujur bukan musim lagi.
“Haziah mana?” Hana memandang sekeliling lagi. Rasanya tadi adik si Hariz itu ada ikut sekali. Entah kemana pulak perginya.
Hariz mengangkat bahu sebelum merendahkan badan. Berkerut dahi Hana apabila melihat Hariz mengali tanah dengan menggunakan tangan.
“Awak buat apa tu?” Hana akhirnya berjalan mendekati Hariz. Bulat matanya ketika memandang apa yang dicari oleh lelaki itu.
“Hariz! Apa awak nak buat ni? Eeeee! Kotorlah awak...” Hana menggeliat kegelian apabila melihat Hariz mengumpalkan tanah di tangannya. Eeee! Dahlah tanah lembik.
“Ni....”
Spontan Hana menepis tangan Hariz. Muka dah terasa pucat. Tengkuk pula dah mula meremang.
“Ish! Geli lah!”
Hariz ketawa kecil sebelum meletakkan cacing yang menggeliat geliuk itu di dalam tin susu.
Hana buat muka kegelian namun dia mengintai jugak untuk melihat isi tin tersebut.
“Awak nak buat apa cari cacing macam ni?”
“Nan..nanti aw..awak tahulah...”
Hana memejamkan mata sambil menggosok leher yang dah terasa meremang. Dia menyangkung di sebelah Hariz sambil memerhatikan lelaki itu bekerja. Sesekali dia mencebik kegelian apabila Hariz mengacah-acah cacing yang baru dijumpai dari dalam tanah.
“Ish! Kotorlah awak!”
Hariz ketawa besar apabila melihat wajah Hana yang berkerut itu.
Pap!
“Hariz, tak nak balik lagi ke? Badan saya dah gatal-gatal ni...” Hana berkata sambil menepuk dahinya pula. Ish! Kenapa dia tengok Hariz relaks je. Tak ada pun nyamuk nak gigit dia ke apa.
Hariz tidak berkata apa-apa.
“Hariz, kenapa nyamuk tak dekat dengan awak? Asyik saya je kena gigit...”
“Se..sebab nyamuk si..sini su..suka gi..gigit bu..budak na..nakal ma..macam aw..awak..” Selamba Hariz menjawab.
Bulat mata Hana apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Awak cakap saya budak nakal? Sampai hati...” Hana memuncungkan bibir.
“Bu..buatlah ma..macam tu. Na..nanti kena kiss de..dengan nya..nyamuk ba..baru tahu...”
Hana membuat muka.
“Kena kiss dengan nyamuk buat apa. Lainlah kalau dengan awak...” Hana berkata sambil mengangkat kening.
Bulat mata Hariz ketika merenung  Hana namun gadis itu hanya tayang muka selamba.
“Wahh, banyaknya abang dapat cari?”
Spontan Hana dan Hariz menoleh. Haziah meletakkan setandan pisang yang dibawanya ke tanah. Dia turut mencangkung melihat isi tin susu yang sudah separuh penuh dengan cacing berwarna coklat gelap itu.
“Haziah pergi mana tadi?” Hana bertanya.
“Ni, mak suruh tebang pokok pisang kat belakang tu. Suruh ambik pisang dengan jantungnya sekali. Mak kata nak buat masak lemak cili api...”
“Yeke? Wahh mesti sedapkan. Dulu arwah nenek kakak selalu jugak buat pisang masak lemak cili api. Rasa dia, macam ni...” Hana menunjuk ibu jari ke atas.
Haziah ketawa kecil.
Hariz hanya memerhatikan Hana dan adiknya itu berbual mesra. Senyum kecil terukir juga di bibir.
“Jom...” Hariz berdiri.
“Nak ke mana?” Hana bertanya, turut sama berdiri.
“Pe..pergi su..sungai...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata Hariz itu. Sungai?!!

       ***

“Hana...!”
Hana hanya tersengih ke arah Hariz yang sudah bercekak pinggang di tebing sungai.
“Apa?” Hana mengangkat kening. Kaki meniti batu-batu kecil dengan hati-hati.
“Si..sini!”
Hana menggelengkan kepala sambil tersengih. Benda best macam ni mana boleh lepaskan.
Hariz menarik nafas dalam-dalam. Menyesal pula bawa si Hana ni ke sini. Niat hati nak memancing pun terbantut bila tengok keadaan Hana itu.
“Hana....!” Hariz berkata penuh amaran.
“Ye sayang...” Hana mengangkat kening berkali-kali ketika dia akhirnya berjaya meniti batu yang paling besar ditengah-tengah sungai tersebut. Dengan hati-hati, Hana merendahkan tubuh sebelum duduk di atas permukaan batu tersebut. Kaki sengaja di juntaikan ke bawah sehingga mencecah air. Sejuknya!
Hariz menggelengkan kepala. Degil betullah budak ni.
“Hariz, sinilah duduk dekat saya..” Hana memanggil lelaki itu sambil mengoyang-goyangkan kaki yang sudah tenggelam di dalam air.
Hariz menarik nafas dalam-dalam sebelum turut sama meniti batu-batu kecil tersebut.
“Aw..awak ni de..degil be..betul...!”
Hana memuncungkan bibir namun tidak berkata apa-apa. Dia mendongak memandang ke atas.
Bestlah Hariz tempat ni. Saya tak tahu pun kampung kita ada sungai macam ni. Selalu tu saya lepak dekat pantai je...”
Hariz duduk di batu tidak jauh dari Hana.
“Aw..awak su..suka pa..pantai?”
Hana mengangguk.
“Suka. Suka sangat. Eh, awak ingat lagi tak kali pertama kita jumpa dulu? Kat pantai kan?”
“Ma..mana bo..boleh lupa. Aw..awak dah ro..rosakkan lu..lukisan saya....”
Hana mencebik.
“Yelah. Semua salah saya...” Hana membaling batu kecil ke dalam sungai.
Hariz hanya memandang ke arah Hana di sebelah. Merajuk lah tu.
“Mana Haziah?” Hana menoleh lagi.
“Tu...” Hariz menujuk ke arah adiknya yang sedang duduk melepak di tepi sungai sambil membaca novel. Hana kembali memandang ke hadapan. Kaki digoyang-goyangkan lagi.
“Ha..hati-hati Hana...”
Hana menoleh. Hariz turut sama menoleh. Kening lelaki itu terangkat sebelah.
“Ap..apa?”
“Hmm, tak sangka. Sayang jugak awak kat saya ye...” Hana tersengih sambil mengangkat kening dua kali.
Hariz membuat muka namun tidak berkata apa-apa. Lelaki itu memandang ke hadapan.
Hana merenung wajah lelaki itu dalam-dalam. Entah kenapa terbit rasa sedih di hati. Malam tadi sebelum tidur, sempat dia dan Mak Tina berbual-bual. Tak sangka rupanya Hariz ni anak yatim piatu. Mak Tina tu sebenarnya hanyalah mak ciknya. Hariz dan Haziah hanya tinggal dua beradik sahaja selepas emak dan ayah mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika Hariz berusia tujuh tahun. Sejak dari hari itu, Mak Tinalah yang membela Hariz dan Haziah.
Hariz menoleh.
“Ke..kenapa pan..pandang sa..saya macam tu?”
Hana menggelengkan kepala sebelum kembali memandang ke hadapan.
“Hana....”
Lambat-lambat Hana menoleh.
“Ma..maafkan saya...”
Kening Hana terangkat sebelah.
“Kenapa awak cakap macam tu...”
“Pa..pasal se...semalam. Ma..maaf. Sa..saya tahu aw..awak mesti se..sedih bi..bila mak sa..saya ca..cakap pa..pasal ne..nenek awak...”
Hana terdiam.
It’s okey. Mak awak tak tahu apa-apa. Saya okey je...”
“Aw..awak mes..mesti rindu pa..pada ne..nenek awak, kan?”
Hana mengetap bibir. Dia melepaskan keluhan berat.
“Rindu. Rindu sangat. Neneklah yang besarkan saya lepas mama ambil keputusan nak bekerja semula. Walaupun Mak Emah, pembantu rumah kami ada masa tu, tapi saya tetap tak selesa. Saya nak mama saya tapi mama memilih untuk keluar bekerja sampailah mama terpaksa hantar saya balik kampung. Masa tu saya marah sangat pada mama. Saya tak rapat dengan nenek. Tapi bila dah lama-lama, rasa sayang pada nenek mengatasi rasa sayang saya pada mama saya sendiri....” Hana berkata sambil merenung air sungai yang berkocak akibat batu yang dibaling oleh Hariz di sebelah.
“Tapi apa yang buat saya terkilan ialah, nenek pergi masa saya tak ada. Saya tak sempat nak jumpa nenek. Nak tatap wajah nenek buat kali terakhir...” Hana berkata perlahan. Ada sebak dalam nada suaranya itu.
Hariz menoleh memandang ke arah gadis itu.
“Masa tu saya di UK untuk program Young Scientist selepas SPM. Mama sekali pun tak bagitahu saya yang nenek dah tak ada. Seminggu lepas tu saya balik dari sana, baru saya tahu. Itu pun Mak Emah, pembantu rumah kami yang bagitahu. Boleh awak bayangkan macam mana perasaan saya masa tu?” Hana bertanya tanpa mengangkat muka.
Hariz masih mendiamkan diri.
“Sampai sekarang saya tak boleh nak maafkan mama dan papa. Sampai hati mereka buat saya macam tu. Mama kata dia tak nak tumpuan saya terganggu jika saya diberi tahu yang nenek telah tiada. Mama kata pasti saya akan terus balik tanpa menunggu program itu tamat.”
“Hana...”
“Awak beruntung Hariz, sebab ada Mak Tina dan adik yang sayang pada awak. Yang ambil berat akan diri awak. Terus terang saya cakap, saya cemburu dengan kemesraan awak sekeluarga. Saya, apa yang saya ada? Hanya pembantu rumah sahaja yang menemani saya di rumah. Sebab tu bila nenek meninggal, saya dipaksa balik tinggal bersama papa dan mama atas alasan tiada sesiapa yang nak jaga saya di sini. Kenapa dulu mereka tak terfikir akan hal tu? Kenapa senang-senang je hantar saya balik kampung walaupun mereka tahu nenek tu bukan kuat mana pun? Tapi saya bersyukur juga. Sekurang-kurangnya saya sempat merasai hidup berkasih sayang. Kasih sayang yang nenek curahkan pada saya sudah cukup untuk saya membesar menjadi diri saya sekarang. Saya tak boleh bayangkan kalau saya membesar di rumah itu.”
“Hana. Tak ba..baik aw..awak ca..cakap ma..macam tu. Me..mereka te..tetap ibu ba..bapa awak..”
Hana merengus perlahan.
“Aw..awak be..beruntung ke..kerana ma..masih me..mempunyai ke..keluarga. Ma..masih me..mempunyai ibu dan ba..bapa. Aw..awak tak per..pernah ra..rasai ba..bagaimana hi..hidup me..menumpang ka..kasih sa..sayang or..orang lain.”
Hana menoleh. Wajah lelaki itu dipandang tepat.
Hariz mengangkat kepala. Senyum terukir di bibir.
“Aw..awak pa..patut ber..bersyukur. Se..sekurang-kurangnya aw..awak tak ke..keseorangan di du..dunia ni...”
Hana terdiam. Mata masih memandang ke arah wajah tenang lelaki itu.
“Hariz....”

                                                                                      ***

Hana menggigit jari. Kepala dah mula nak berasap. Kenapa susah sangat soalan ni? Aduhh! Rasa macam nak pecah kepala.
Hariz menjeling dengan hujung mata apabila melihat Hana yang duduk di sebelahnya itu kelihatan seperti hampir dilanda stres melampau.
“Ke..kenapa?”
Huh? Hana mengangkat kepala sebelum menoleh.
“Tak ada apa-apa.” Hana kembali tunduk merenung past year question untuk subjek kimia analisis itu. Sumpah soalan susah gila! Habislah dia kalau soalan final keluar macam ni. Mahu kena repeat subjek  ni tahun depan.
Hariz mengerutkan dahi. Dia mengeluarkan sticky notes dari dalam beg sandangnya sebelum menulis sesuatu di atasnya.
Hana menoleh. Kening terangkat sebelah sebelum sticky notes berwarna kuning itu diambil.
‘Kenapa? Stres belajar?’
Spontan bibir mengukir senyum. Dia mencapai pen sebelum menulis sesuatu di bawah ayat tersebut.
‘Hmmm. Soalan ni susah gila. Tak boleh jawab. L
Hana menghulurkan kertas itu kembali ke arah Hariz di sebelah.
Hariz menjeling dengan ekor mata ketika melihat wajah Hana yang muram ketika memandang pada buku notanya itu.
‘Jangan putus asa Hana. Tarik nafas dalam-dalam. Ingat, saya sentiasa di sisi awak...’
Hana mengambil kertas yang dilekatkan oleh Hariz pada buku rujukan kimianya. Senyum lebar terukir di bibirnya ketika dia memandang ke sebelah.
Hariz memandang buku notanya walaupun dia tahu Hana sedang memandang ke arah. Riak wajah sedaya upaya ditahan dari berubah walapun jantung sudah mula mahu berubah rentak.
Hana menggigit bibir sebelum tangan laju menulis.
‘Hariz, awak sayang saya tak?’
Hana menghulurkan nota tersebut pada lelaki itu.
Hariz menelan air liur ketika membaca sebaris ayat yang ditulis gadis itu. Muka dah terasa mahu berubah.
Hana masih menunggu jawapan balas lelaki itu namun Hariz masih menulis pada buku notanya. Aik? Mamat ni tak baca ke apa aku tulis tadi?
“Awak...”
“Hmm...”
“Awak baca ke tak apa saya tulis tadi tu?” Hana bertanya agak tidak puas hati.
“Tak...”
Bulat mata Hana ketika memandang ke arah lelaki itu. Ada rasa jauh hati yang singgah di hatinya. Selama ini dia je yang beriya-iya sukakan lelaki itu. Tapi Hariz? Langsung tak ada perasaan. Entah-entah selama ini dia yang syok sendiri. Hariz mungkin langsung tak mempunyai perasaan terhadapnya. Bukankah selama ini dia yang selalu desak Hariz dengan soalan-soalan macam tu? Hariz pun tak pernah nak cakap yang lelaki itu sukakan dia.
Hariz menoleh ketika melihat Hana sedang mengemaskan buku-bukunya.
“Aw..awak nak pe..pergi mana?”
Hana tidak menjawab ketika dia memasukkan bekas pensel ke dalam beg tangannya.
Hariz hanya memerhatikan gadis itu berlalu dari situ. Dia mengeluh perlahan. Kertas berwarna kuning itu direnung lagi sebelum telefon bimbit dikeluarkan dari dalam poket seluarnya.
‘Hana, awak nak ke mana tu?’
Brrr!
Hana mengeluarkan telefon bimbitnya. Bibir digetap ketika dia membaca mesej yang dihantar oleh lelaki itu.
Brrr!
Baru sahaja Hana mahu menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangannya, sekali lagi telefonnya berbunyi.
‘Hana, marah saya ye...’
Hana mencebik. Marahlah! Huh! Delete!
Brrr!
‘Hana, merajuk ye...’
Hana memutarkan bebola matanya ke atas. Delete! Delete!
Brrr!
‘Hana, jangan merajuk. Saya sayang awaklah...’
Bulat mata Hana ketika membaca mesej yang tertera pada skrinnya itu. Jari yang baru sahaja mahu menekan butang delete, terhenti buat seketika.
“Hana...”
Tubuh Hana serta merta menjadi keras apabila suara lelaki itu terasa dekat di telinganya.
“Hana, ja..jangan ma..marah lagi...”
Perlahan-lahan Hana berpusing ke belakang. Erk! Sejak bila mamat ni ada dekat sini.
“Ja..jangan me..merajuk. Tak can..cantik tau...”
Hana mencebik.
“Yelah. Saya memang tak cantik. Ramai lagi yang cantik dari saya kan. Sebab tu awak..”
“Se..sebab tu sa..saya sa..sayang awak...”
Terkebil-kebil mata Hana ketika memandang ke arah lelaki itu. Muka dah terasa merah padam. Rasa macam nak melompat-lompat je.
Can I hug you, please?”
Bulat mata Hariz ketika merenung ke arah Hana yang dah kembali tersenyum itu.
“Na..nakal ye...”
Hana masih tersenyum mengusik apabila melihat wajah lelaki itu sudah kemerahan.
“Hana...”
Hana menoleh. Begitu juga Hariz. Hana merenung tajam ke arah Bad yang entah bila sudah berdiri di situ.
“Hana sayang, malam ni you free tak? Jom lepak sama-sama. Macam dulu...”
Dahi Hana berkerut apabila mendengar lelaki itu berkata sedemikian. Apa motif Bad berkata begitu?
Come on Hana. You macam tak biasa. You cakap je night club mana yang you nak pergi malam ni, I boleh bawak...”
Berderau darah Hana ketika mendengar kata-kata Bad itu. Tahulah dia akan niat lelaki itu. Bad sebenarnya mahu menyakitkan hati Hariz. Hana menjeling Hariz dengan hujung mata. Wajah lelaki itu agak tenang walaupun terdapat sedikit perubahan di wajah lelaki itu.
“Jom Hariz...” Hana menarik tangan lelaki itu sebelum langkah kaki terhenti. Hana menoleh. Bulat matanya apabila melihat Bad memegang bahu Hariz sambil merenung tajam ke arah lelaki itu seolah-olah memberikan amaran tanpa suara.
Hariz menepis tangan Bad tanpa berkata apa-apa.
“Jom, jangan pedulikan dia..” Hana berkata sambil menarik tangan Hariz.
“Hana, you buat kesilapan besar dengan memilih lelaki gagap tu. Dia tak layak untuk you...”
Langkah kaki Hana terhenti serta merta. Telinga terasa panas membara. Perlahan-lahan dia berpusing.
“Hana, ja..jangan.”
Hana menoleh ke arah Hariz. Lelaki itu membuat isyarat muka supaya jangan memanjangkan hal tersebut.
Hana memejamkan mata cuba menahan perasaan. Kalau ikutkan hati, rasa macam nak tampar je muka mangkuk tingkat tu.
Bad merenung tajam ke arah Hana yang sudah berlalu dari situ. Rasa sakit hati dan cemburu mula meluap-luap di dalam hatinya.
BERSAMBUNG...

9 140 tukang karut:

abby sha said...

sweet je hariz ni hehe..

lee jee joong said...

nak lagi iiiiiiiiiiiiiiiiiiiii rindu harizzz......

Nadia said...

Nak lagiiii

Anonymous said...

Arghhhhh sweetnyaaa...smbg laaa lagi...nk lagi nk lagi nk lagi

Anonymous said...

Rindu dgn akmal and ariana. Nak cerpen muridku suami aku boleh tak kak? -Lyeha-

Cahaya said...

lyeha, adoi, akmal lagikkk??hahaha. actually ari tu baru taip separuh muka je tetiba mcm jammed hehe.

Anonymous said...

Hehe. Sy rindu la dgn akmal. Asal dengar lagu in the end je terus teringt dia. Hihi -lyeha

Cahaya said...

lyeha>>hahaha..lagu dia pasang masa confess kat ariana tuuu hiks.

Dijah Lee said...

sambung lg plessss..

Post a Comment