RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, September 8, 2014

Dimana nak shopping online yang murah?

Asalamualaikum,

Hari tu aku ada terview gambar-gambar para suami/tunang/bf yang keletihan ketika menemani isteri/tunang/gf ketika membeli belah. Memang tergelak dalam rasa bersalah je bila lihat gambar-gambar tu. Sooo trueeeee. Ada pic yang siap depa tertidur lagi dekat kerusi. Tak dinafikan yang kita ni kaum perempuan sukaaaaa sangat berjalan dan shopping kan? Memang tak terasa penat pun even kau panjat sampai tingkat sepuluh shopping mall tu. Bila dah balik rumah, barulah sakit-sakit tu datang. Mulalah terasa sakit kaki, lengguh pinggang segala tu datang serentak. Dan kau akan mula rasa hairan kenapa semua itu berlaku padahal tadi siang kemain gagah perkasa tak rasa apa. Yelah, hati riang gumbira apabila berjaya membimbit beberapa beg kertas ditangan yang mengandungi kasut berpasang-pasang, beg tangan dan juga berhelai-helai pakaian yang kalau diikutkan, entah masa mana nak pakai. Tapi memang aku tak salahkan kau orang semua. Kita sama je. Hahaha. Sebab bila kita tengok kasut ke, beg tangan ke, baju ke yang kita berkenan, tiba-tiba kita rasa macam eh, ni macam sesuai je nak pakai masa kenduri si polan sekian-sekian walaupun kenduri tu ada lapan bulan lagi. At the end, terperap jugak kat almari. Lepas tu datang pulak idea nak buat car boot sale. Hahaha. Aku lah tu. Kikiki.

Berbalik pada cerita asal, kita ni kaum perempuan ni memnag kuat dari segala segi. Kuat mental, kuat perasan pun ye jugak dan yang paling penting sekali. Kuat BERJALAN. hahaha. Kalau kita tak dapat beli sumting pun, window shopping pun jadik. Kan? So, bagi mengelakkan suami/tunang/bf kita merungut dan mengungut mahu menonton siaran ulangan bola yang sudah diulang tayang sebanyak sepuluh kali dek kerana dengan alasan sebagai upah menemani kita ketika membeli belah dulu, makanya aku cadangkan kita beli je online. Jimat masa, jimat tenaga dan juga tak perlu lagi mendengar pelbagai alasan si suami/tunang/bf jika diajakan keluar sekali sekala.

Aku sangat suka beli barangan secara online. Aku pun tak tahu kenapa. Walaupun risikonya sangatlah banyak, tapi serius. Aku sangat suka. Boleh juga masuk kategori obses jugak. Sebab tu aku jarang sangat keluar rumah. Semua aku nak tu, boleh dapat melalui belian online je. Tak payah serabut kepala pikir jalan sesak, lepas tu parking tak jumpa. Paling aku menyampah, masuk parking berbayar dekat ECM tu guna touch n go, bila paking penuh keluar balik tetap kena cas rm1. Grrrr. Bikin panas hati je. Paking tak dapat, duit kena telan. Jadi, sebab tu aku suka beli barangan secara online. Dari buku or novel, alat elektri, baju bajan dan macam-macam lagi. Setakat ni paling mahal aku beli barangan secara online ialah macbook. Tu aku beli melalui applestore. Sebab, ada discount untuk pelajar sebnayak rm250 tak silap. Dan sebabnya aku nak upgrade sistem dan RAM. kalau beli dekat kedai, nak upgrade tu kena pergi center dia di KL tu. Rajin pulak aku nak ke KL semata-mata kan. Makanya aku end up beli online, so tunggu tak sampai seminggu terus dapat walaupun dia shipping dari China.

Yang kedua, aku pun pernah beli DSLR dekat Lazada. Aku beli untuk buat hantaran. Harga dia agak murah sikit berbanding di kedai. Maybe sebab di kedai kena bayar sewa kedai dan man power bagai, tu dia mahal sikit. Sebelum beli tu memang aku compare dekat laman web rasmi DSLR tu. Bila dah yakin, baru place order. Kat Lazada banyak jugak aku beli barang online, terutamanya power bank, adik-adik aku pun dan MR.F punya power bank semua aku beli dekat Lazada. Kadang kala tu Lazada ada buat sale mengejut discount sampai 70-90%. Ikut nasiblah. 

So hari ni aku nak buat review sikit pasal barang yang aku beli melalui instagram. La ni aku jadi sangat obses dengan instagram memandangkan FB dah takde kan. Masa aku banyak dihabiskan di IG. Semua yang aku follow di IG tu hanyalah IG yang jual barang-barang online. Tangan ni gatal je nak membeli sebab gambar dia sangatlah cantikkkk! Baru-baru ni aku beli tudung bawal ruffle. Ada beberapa intagram yang aku pilih dan beli. Nasihat aku kalau nak beli barangan online ni, kena hati-hati lebih sikit. Sebab ada penjual yang suka menipu. Tapi aku tegaskan kat sini, tak semua. Setakat ni alhamdulillah aku tak pernah lagi kena tipu. Kalau ada yang buat lambat-lambat tak tepati janji tu, aku save siap2 details dia macam akaun, nama penuh, nombor phone, kalau dekat whatsapp ada pic dia, save siap2. Mana tahu dia lesap macam tu je kan. So lepas tu kalau dia buat senyap je, kita bagilah gentle reminder sikit. Dalam banyak-banyak seller yang jual tudung ruffle ni, adalah sorang dua yang service dia tak bagus. Kena mesej banyak kali tanya bila nak bagi tracking number. Bila nak 'ugut' sikit, baru nak balas. Tapi aku malas nak reveal kat sini. Aku nak tulis pasal seller yang bagus-bagus je. Yang tak bagus tu, tolak tepi. Malas nak fikir.

Seller pertama yang aku berurusan dalam pembelian tudung ruffle ni ialah dengan Benang Hijau. Di sinilah bermulanya aku terjebak dengan tudung ruffle ni. Kualiti kain bawal dia sangatlah best. Dan service dia superb. Boleh layari http://benanghijau.com/ atau boleh tengok di IG mereka.
Tudung ruffle ni macam tudung bawal biasa tapi setiap bucu dipotong halfmoon dan dijahit tepi membentuk ruffle. Aku sekarang tengah obses dengan tudung jenis tu.
 

Seller kedua yang aku deal untuk beli bawal ruffle ni ialah www.tudungruffle.com. Seller ni guna kain chiffon.






 
 So, aku suggest sesiapa yang berminat nak try tudung ruffle ni, boleh tengok di IG tudungruffle. Harga murah. Rm15 untuk satu tone. Dekat tudungruffle ni aku try yang twotone warna mustard dan juga purple. Kain dia mudah bentuk dan terletak cantik je. Twotone harga rm25. Walaupun customer dia ramai, tapi insyaAllah korang akan dapat tak sampai seminggu pun. Sistem dia sangat efisyen.

Selain itu, aku ada juga beli tudung ruffle ni dengan seller yang lain.


Aku beli tudung ruffle ni di bawal_ruffle.


Yang bestnya bila beli dengan bawal_ruffle ni ialah, kita boleh request kombinasi warna tudung dengan lining tepi dia tu. Macam pic dekat atas tu, aku pilih kaler tiffany lining dark purple, light olive dan dark gray lining hitam dan turqouse lining shocking pink tak silap. Dan aku puas hati dengan kualiti kain dia dan bidang kain dia besar. bidang 48 untuk harga rm 15. Rata2 dengan harga rm15 ni dekat seller lain hanya jual bidang 45 je. So, nanti aku nak tambah warna lain yang tak ada dalam koleksi aku lagi.

Lepas tu aku juga ada follow @mikrajconcept milik Hafiz Hamidun. Dekat mikraj concept tu banyak patner vendor. kiranya mikraj concept ni macam one stop shopping center. Mikraj concept ni jugak ada physical shop dekat damansara. Just waze je mikraj concept. InsyaAllah nanti aku akan ke sana jugak. 

Selain tudung ruffle, aku juga terjebak dengan pembelian casing macbook di truejannah ni. Casing macbook yang dia jual cantik-cantik yang mampu buat aku tak tidur malam kalau tak mendapatkannya. Walaupun aku dah ada casing warna light purple which is aku tak suka sangat kaler light2 ni, makanya aku rembat satu casing di truejannah warna neon purple.


 Yang bestnya, service seller ni sangatlah cepat. Dia kata nak post sabtu, memang betul dia pos sabtu  pun. Selain casing macbook, ada jugak sleeve laptop pembagai saiz dan juga Decal. Cantik-cantik dengan harga yang reasonable. Boleh view sendiri untuk maklumat lebih lanjut.

Taraaaa. Cantik tak kaler casing aku? Barulah bersemangat nak kembali menulis. (Pftttt) Bwt, since aku ada hanya satu macbook je, so aku nak letgo casing macbook air saiz 13 inci warna lite purple with cut off apple logo. Nak jual murah2 je sebab tak pakai dah. Kalau berminat, boleh email aku ye. :P

Aku rasa cukup sampai sini dulu. Rasanya macam dah panjang sangat ni. Sebenarnya nak review jugak dekat mana aku beli jam, beg tangan branded yang murah gilaaaa. Serius murah. Aku tengok dekat mid valley hari tu, harga dia dua kali ganda dari harga yang aku dapat. Sebab seller tu beli direct dari luar negara. Kualiti? Walaupun murah gila, tapi terjamim keasliannya siap ada paper bag dan waranty card lagi. Tapi aku macam dah penat nak menaip. Makan pun belum lagi ni. Nanti aku buat shopping haul part 2 pulak ek. Till then, tatata.

p/s: Semua review ni bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riak dan sebagainya. Sekadar berkongsi di mana aku beli barang-barang tersebut dengan harga yang lebih murah. Benda baik, mestilah kena kongsi kan since aku ni suka beli barang murah tapi kualiti nak tip top punya. Just sharing, takde niat lain.

p/s: Ini bukan iklan berbayar. Just sharing is caring. :P

2 140 tukang karut:

ciku said...

Terima kasih nice info... And good sharing.

Anonymous said...

Thanks for sharing.. ;)

Post a Comment