RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, September 9, 2014

Bab 10 : Nak Jadi Kekasih Saya?


BAB 10


‘Kenapa tak boleh?’
Hana mengetuk jari jemari pada meja belajarnya. Mata asyik merenung telefon bimbit di tangan. Balaslah cepat!
Saya tak nak kena tangkap basah macam tadi lagi...’
Hana mencebik. Ces! Mengada-ngada betullah mamat ni.
‘Ala, biarlah.
Bagus apa kena tangkap basah macam tadi.
Boleh kita nikah terus. J
Hana tersenyum sendiri. Sengaja dia mahu mengusik Hariz begitu. Kalau realitinya, mahu dia mati kena tetak 18 dengan papa kalau hal tu benar-benar terjadi.
Bulat mata Hariz ketika membaca mesej yang dihantar oleh Hana itu. Nakal betul minah ni.

‘Jangan nak mengada-ngada.
Ingat benda boleh buat gurau ke?’
Hana tergelak kecil. Boleh bayang wajah cuak lelaki itu ketika ini. Hariz..Hariz, awak ni tak pandai berguraulah.
‘Yelah-yelah. Saya main-main je pun.
Itu pun nak ambil serius.
Jadi saya memang telah diban dari memasuki studiolah ni? L
‘Yap...’
Hana membuat muka. Sampai hatinya.
‘Sampai hati awak kan.
Awak tak nak jumpa saya ke?
Tak rindu saya nanti?’
Hariz tersenyum lagi. Hana, Hana. Macam budak-budaklah.
‘Boleh jumpa kat luar.
Tempat open banyak kan’.
Sengih kembali terukir di bibir. Yes!
‘Betul ke ni?
Wahh, kiranya awak ni pun sayang saya lah kan.
 Mesti awak akan rindu kat saya jugak kalau sehari tak jumpa saya.
Betul tak? J
Hariz senyum lagi. Jari laju menaip balasan.
‘Jangan nak perasan.
Dah pergi sambung studi.
Saya nak tidur ni. Esok kelas pagi.’
Hana membuat muka. Cepat sangat nak tidurnya. Rindu pun tak habis lagi ni tahu?
‘Yelah. Jumpa esok.
Ingat saya selalu ya. Nite...’
Hariz hanya senyum ketika membaca mesej terakhir dari gadis itu.
“Jadi-jadilah tu nak sengih sorang-sorang...”
Spontan senyum hilang dari bibir. Hariz menoleh. Hampas punya mamat. Kantoi lagi! Kenapalah dia tak kunci pintu je tadi? Arghhh!
Boy mengangkat kening sambil tersandar di muka pintu biliknya itu.
Hariz segera meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia menjeling dengan hujung mata apabila merasakan yang Boy sudah pun melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Kau mesej dengan Hana ke?” Tanya Boy sambil duduk di hujung katil Hariz.
Hariz yang duduk membelakangi Boy itu tidak menjawab. Sketch book di buka sebelum pensel 2B dicapai. Tangan sibuk melakar entah apa. Sekadar berpura-pura.
Boy mengecilkan mata. Ish! Aci buat tak dengar pulak ye.
“Wei, aku tanya ni. Buat tak tahu pulak dia.”
“Hmm. Ak..aku si..sibuk ni...” Hariz menggumam perlahan. Boy membuat muka. Ye sangatlah tu.
“Hmm, tadi tu apa kes?”
Tangan Hariz terhenti. Tadi?
“Ta..tadi? Mak..maksud kau?” Hariz menoleh.
“Yelah. Pagi tadi tu apa kes? Masa dekat studio. Lain macam je aku tengok...”
Oh! Hal tu.
“En..entah.” Hariz menjawab malas sebelum kembali memandang ke arah sketch booknya.
Boy menggelengkan kepala. Mamat ni betullah. Degil keras kepala.
“Hmm, kalau kau tak nak cerita. Tak apalah. Aku pun tak nak paksa. Tapi satu je aku nak cakap..” Boy berkata sambil berjalan keluar dari bilik itu dan berhenti di pintu.
Hariz masih tunduk. Dada terasa berdebar menanti kata-kata si temannya itu.
“Aku nak cakap, aku suka tengok kau macam ni. Tak sangka Hariz kawan baik aku ni boleh jatuh cinta. Ingatkan...”
Pap! Gumpalan kertas melayang ke mukanya.
“Ke..keluar. Ak..aku nak ti..tidur...”
Boy ketawa kecil apabila melihat wajah si teman dah berubah macam udang kena bakar.
“Untunglah aku dapat tengok muka kau berubah macam tu. Selalu tu tak ada perasan je...”
Hariz bangun sebelum menuju ke pintu.
“Ke..keluar se..sekarang..” Tubuh Boy ditolak sebelum pintu ditutup dan di kunci. Mata dipejamkan apabila telinga menangkap suara ketawa besar di luar.
Hariz berjalan menuju ke meja belajarnya. Telefon bimbit dicapai apabila telefonnya itu bernyala, menandakan ada mesej yang masuk.
‘Gud nite Hariz.
Saya tidur dulu. Jangan tidur lewat.
Ingat saya selalu tau and..miss you so much.
Take care...’
Buat kesekian kalinya, bibir mengukir senyum bahagia.

***

Hana menongkat dagu dengan sebelah tangan ketika mata merenung halaman buku rujukannya. Pen di tangan diputar-putar tanpa sedar. Mata di jeling ke hadapan. Hariz tengah tunduk sambil menulis sesuatu pada buku notanya. Hana mengeluh lagi. Bosannya!
Hana menegakkan tubuh sambil memandang sekeliling. Suasana di dalam perpustakaan itu agak sunyi pada petang itu. Hanya ada beberapa orang sahaja pelajar yang berada di situ. Hana melepaskan keluhan berat lagi. Mata kembali memandang ke arah halaman buku yang terbuka. Bosanlah!
Hariz berhenti menulis apabila telinga menangkap bunyi keluhan berat yang di lepaskan oleh gadis di hadapannya itu.
Hana mengangkat kepala memandang ke arah Hariz yang sedang memandang ke arahnya itu.
“Ke..kenapa?”
Hana menggelengkan kepala sebelum kembali menongkat dagu dengan tangan. Tangan menyelak halaman buku rujukan secara rambang. Bosan betul lah studi di perpustakaan ni. Sunyi sangat.
Hariz kembali tunduk merenung buku notanya.
Hana mengetuk meja dengan jari tanpa sedar.
“Awak....”
Hariz buat tidak dengar.
Hana mencebik. Eeeeee!
“Hariz.....”
“Shhhh....”
Hana menjeling ke arah para pelajar yang memberikan isyarat supaya dia merendahkan suara itu. Hana buat tidak peduli.
“Awak....” Hana bersuara lagi sambil menendang kaki meja.
Hariz mengangkat kepala. Dahi lelaki itu berkerut tanda tidak senang.
“Saya bosanlah. Jom keluar...”
“Ke..kerja aw..awak dah si..siap ke?”
“Belum. Saya tak boleh belajarlah dekat sini. Sunyi sangat. Lepas tu tak bebas pulak tu. stres, tahu?”
Hariz tidak menjawab. Dia kembali tunduk sebelum pen di tangan berlari laju di atas buku notanya.
Hana mencebik lagi. Buat tak tahu pulak ye mamat ni.
Hana mengeluh lagi. Telefon bimbit di atas meja di capai sebelum skrin disentuh.
Brrrrr!
Hariz mengalihkan pandangan dari halaman buku notanya ke arah telefon bimbit di atas meja. Laju tangan mencapai telefon bimbit tersebut.
‘Jom balik...’
Hariz membaca sekali imbas sebelum telefon di letakkan di atas meja kembali.
Bulat mata Hana ketika memandang ke arah Hariz. Boleh mamat di buat tak tahu je? Ish!
Brrrrr!
Hariz memandang lambat-lambat ke arah telefon bimbitnya.
‘Sampai hati buat tak tahu je dengan saya.. L
Hariz melepaskan keluhan kecil. Dia memandang ke arah Hana yang sedang memuncungkan bibir itu. Merajuklah tu.
“Sa..saya nak si..siapkan ker..kerja sikit la..lagi ni...”
“Yelah...” Hana berkata sambil mencapai MP3 milik Hariz yang diletakkan di atas meja itu. Earphone di sumbat ke telinga sebelum butang ‘play’ ditekan.
‘Ku yakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Ooo... mimpi yang indah
Jelmalah dalam nyata
Wajah-wajah kekasih’
Hariz menjeling ke arah Hana dengan hujung mata apabila gadis itu sedang merenung jauh melepasi dinding kaca di hadapannya itu. Raut wajah gadis itu kosong. Hariz tertanya-tanya apa yang sedang gadis itu fikirkan.
Hana mengalihkan pandangan apabila sekeping gumpalan kertas terjatuh di halaman buku rujukannya yang terbuka. Hana mengangkat kepala memandang ke arah Hariz. Kening gadis itu terangkat.
Hariz membuat isyarat supaya gadis itu membuka gumpalan tersebut.
Hana membuka gumpalan kertas berwarna putih itu.
‘Kenapa muka macam sedih je?’
Bibir hampir terukir dengan senyum segaris. Hmmmm, tak sangka mamat suka jual mahal ni pun pandai usha anak dara orang ye.
Hana mencapai pen yang terletak di atas meja sebelum menulis sesuatu di bawah ayat tersebut.
‘Tak ada apa-apa.
Just missing someone.. L
Hana melipat kertas tersebut sebelum dihulurkan di hadapan Hariz.
Lambat-lambat Hariz mencapai dan membuka lipatan kertas itu. Dia menjeling dengan ekor mata ke arah Hana yang sedang tunduk merenung buku notanya itu.
‘Rindu siapa?’
‘Arwah nenek saya.. L
Hariz terdiam sepuluh saat ketika membaca sebaris ayat tersebut. Dia mengangkat kepala melihat Hana sedang merenung halaman buku rujukannya tanpa berbaut apa-apa. Telinga Hariz menangkap lirik lagu Melawan Kesepian yang berdentum di telinga gadis itu.
“Hana....”
Hana mengangkat kepala.
“Jom...” Hariz berkata sambil mengemas barang-barangnya.
“Nak ke mana?”

***

“Hmmm, bestnya tempat ni...” Hana berkata sambil memejamkan mata. Angin sepoi bahasa memukul wajahnya.
“Nah....”
Hana memandang ais krim yang dihulurkan oleh lelaki di sebelahnya.
Thanks. You are so sweet...”
Hariz cuba menahan wajah supaya tidak berubah riak.
Hana membuka balutan ais krim di tangan.
“Awak tak nak?” Hana menoleh ke sebelah apabila melihat Hariz sedang meneguk air mineralnya.
Hariz menggeleng.
“Sa..saya tak su..suka be..benda ma..manis...”
Hana membuat muka. Dia menggigit sedikit hujung ais krimnya sebelum dia teringat sesuatu.
“Habis tu, coklat saya bagi tu awak makan tak? Ke awak buang?”
Hariz terdiam buat seketika seolah-olah cuba mengingati sesuatu.
“Awak..jawablah. Awak buang eh?”
“Ba..bagi pa..pada Boy..” Selamba dia menjawab. Hana membulatkan mata. What??!
“Sampai hati awak bagi barang pemberian saya pada orang lain...”
Hariz tidak memberikan sebarang reaksi. Mata di hala memandang ke hadapan.
Hana memuncungkan bibir ketika dia tunduk memandang ais krimnya. Sedihnyaaaa! Sobbss.
Hariz menjeling ke arah Hana di sebelah yang kelihatan senyap itu. Rasa nak tergelak pun ada. Dalam kepala dah terbayang macam mana susahnya dia nak menghabiskan coklat pemberian Hana itu. Boy mintak sikit pun dia buat dek je. Sampai kena perli dengan Boy kata tak suka benda manis tapi bantai lahap sekeping coklat. Boy siap kata lagi yang dia buang tabiat.
Trettt!
Hana membuka beg tangannya sebelum mengeluarkan telefon. Dahi berkerut tanda hairan sebelum skrin telefon di sentuh.
“Helo...”
“Helo Hana, aku ni Nor...”
“Hmm, ada apa?”
Nor di sebelah sana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Tak ada apa-apa. Saja nak dengar suara sepupu tersayang ni. Nak tunggu kau telefon dulu, harammmm!”
Hana mencebik.
“Yelah, kau tu kan sibuk je memanjang. Nanti aku telefon tak kena masa, mahu kena fire berkajang-kajang...”
Hariz di sebelah hanya menjeling dengan hujung mata ketika mendengar perbualan Hana dengan telefonnya itu.
“Hmm, suka hatilah kau nak cakap apa. Ni aku nak bagi tahu. Hujung minggu depan, kau free tak?”
“Minggu depan? Kenapa?”
“Mak aku nak buat kenduri tahlil untuk arwah nenek. Kau nak balik tak?”
Hana terdiam.
“Aku..tak pasti lagi. Lagi pun sekarang dah nak dekat exam...”
Nor terdiam.
“Hmm, tak apalah kalau macam tu. Tapi kalau free, kau datanglah eh.”
“Hmm, okey. Thanks for inviting....”
“Nanti boleh cakap dengan mak long dan pak long tak? Kot dia orang nak balik ke...”
“Hmm, mujurlah dia orang nak balik. Kau macam tak tahu mama dan papa aku tu macam mana. Tapi takpelah. Nanti aku cakap pada dia orang...”
“Okey. Thanks...”
Welcome...”
Hana merenung skrin telefon bimbitnya sebelum kembali menyimpannya di dalam beg tangan. Satu keluhan nafas dilepaskan tanpa sedar.
“Ke..kenapa?”
Hana menoleh sebelum menggelengkan kepala.
“Tak ada apa-apa. Cousin call. Hujung minggu depan mak dia buat tahlil arwah nenek...”
“Oh...” Hariz terdiam.
Hana kembali menggigit ais krim yang hampir cair di tangan. Dia memandang ke hadapan. Air tasik yang terbentang di hadapannya itu kelihatan tenang. Alangkah bagusnya kalau hatinya turut tenang sebegitu.
Hariz memandang ke sebelah.
“Hana...”
Hana menoleh.
“Hmm...?”
“Ta..tak nak pe..pergi ken..kenduri tu?”
Hana hanya tersenyum pahit sebelum kembali membuang pandangan ke hadapan. Dia bukan tak mahu pergi, tapi dia tahu yang hati dia pasti sedih jika dia ke sana.
“Jom balik. Dah lewat ni...” Hana bersuara perlahan.
Hariz hanya memandang ke arah Hana. Dalam hati terselit seribu satu pertanyaan namun dia tahu, sekarang bukan masa yang sesuai.

                                                                                     *** 


Hana tersandar pada dinding dewan sambil mata ralit membelek nota di tangan. Debar di hati kian mula terasa. Kejap lagi dah kena panggil masuk dewan.  Macam tak percaya je yang kejap lagi dia akan menempuh peperiksaan untuk semester dua.
Trett!
Spontan telefon bimbit dikeluarkan dari poket.
‘Good luck Hana.
Buat yang terbaik.
Jangan nervous...’
Senyum spontan terukir di bibir. Sweet jugak Hariz ni ye.
‘Thank you awak. Sayang awak tau .. J
“Semua boleh masuk ke dewan sekarang...”
Hana segera menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket. Nota-nota di tangan semuanya diletakkan di atas lantai di luar dewan sebelum dia melangkah masuk ke dalam dewan bersama-sama pelajar lain.
Hana menarik nafas panjang. Terkumat kamit bibir menutur doa yang diajar oleh arwah nenek sejak kecil. Setelah menerima arahan dari ketua peperiksaan, Hana membuka halaman pertama kertas soalan tersebut.
Hampir tiga jam peperiksaan berlangsung. Sesekali Hana terdiam sejenak cuba mengingati fakta yang telah dia hafal terlebih dahulu. Alamak, mana satu yang betul ni?
Pap!
Terkebil-kebil mata Hana ketika memandang gumpalan kertas yang tiba-tiba muncul di atas mejanya itu. Huh? Datang dari mana ni? Jatuh dari langit? Hana menoleh sekeliling. Rata-rata semua pelajar sedang tunduk ketika menjawab kertas peperiksaan masing-masing.
Baru sahaja Hana mahu mengambil gumpalan kertas tersebut, telinga menangkap tapak kasut tumit tinggi sedang menuju ke arahnya.
“Ikut saya...”
Hana mendongak.
“Tapi...”
“Kertas peperiksaan awak terpaksa di tahan...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata wanita si tukang pengawas peperiksaan itu. Dia hanya mampu melihat wanita itu mengambil kertas jawapan dan soalannya.
“Tapi kenapa puan? Apa salah saya?” Hana bertanya lagi.  Pelajar yang berada di sekelilingnya sudah mula mengangkat kepala memandang ke arahnya.
“Awak dituduh membawa nota masuk ke dalam dewan...”
“Apa? Tapi...”
“Sila ikut saya sekarang....”

***

“Apa yang berlaku ni Hana?”
Hana memejamkan mata.
“Saya tak buat prof. Betul. Tiba-tiba je kertas itu ada atas meja. Saya tak tahu datang dari mana...”
Prof Rukinah memandang ke arahnya dengan raut wajah curiga.
“Percayalah cakap saya prof. Saya tak buat kerja-kerja macam ni. Kalau prof tak percaya, prof tengoklah nota yang tertulis di kertas tu dengan tulisan saya. Tak sama...”
“Tak apalah kalau macam tu. Awak boleh keluar dulu. Apa-apa nanti saya akan bagitu. Hal sebegini perlu siasatan lanjut..”
“Terima kasih prof...” Hana berkata sebelum bangun dan berlalu dari situ.
“Siapalah yang dok mendajalkan aku ni?” Hana bertanya sendiri ketika kaki melangkah keluar dari pejabat pensyarah tersebut.
“Tak sangka dia macam tu. Nampak muka baik je...”
“Patutlah pointer tinggi, rupanya meniru...”
“Mujur kantoi hari ni, kalau tak..”
Hana menoleh sekeliling. Dahi berkerut apabila ramai pelajar sedang memandang ke arahnya sambil berbisik. Bibir digetab tanda geram.
“Tak sangka selama ni kau seludup nota masuk dewan. Patutlah pointer gempak sejak matrik lagi. Rupanya bawak toyol masuk dewan...”
Hana hanya merenung tajam ke arah Kat yang sedang berdiri di hadapannya itu. Hana hanya mendiamkan diri. Malas nak bertekak.
“Kau nak ke mana? Aku tak habis cakap lagi ni...”
“Kau nak apa lagi ni?” Hana bertanya.
Kat tayang senyum sinis sambil memandang Sarina di sebelah.
“Kau tengok tu Rina, dah buat salah tapi muka selamba je macam tak ada apa-apa. Memang dasar buka tembok. Tak tahu malu langsung...”
Hana menggenggam jarinya cuba menahan rasa geram. Para pelajar yang berada di sekeliling mereka masih lagi berbisik dan merenung ke arahnya.
“Kau...”
“Apa kes ni? Eh Hana. Lama tak jumpa...”
Hana terdiam. Mata tajam merenung ke arah Bad yang entah muncul dari mana itu. Dahi berkerut apabila melihat tangan lelaki itu sedang memeluk erat pinggang Kat.
“Sayang, kenapa ni? I dengar kecoh-kecoh pasal ada orang kantoi meniru dalam exam...”
Sayang?
Kat mencebik.
“Kalau you nak tahu siapa yang kantoi meniru tu, tu ha. Ex girlfriend you tu...”
Kening Bad terangkat sebelah. Hana cuba sedaya upaya menahan diri dari mempamerkan riak menyampah. Tak sangka, Kat yang dianggap sebagai teman baik selama ini boleh pulak bercinta dengan Bad, si mangkuk tingkat itu.
“Aaaaa. Really? Tak sangka you macam tu ye. Memang mengejutkan betul.”
Hana memutarkan bebola matanya ke atas. Malas nak layan. Dia melangkah mahu meninggalkan tempat itu. Lagi lama dia di situ, lagi sakit hati dibuatnya.
“Wei perempuan, kau nak ke mana? Aku tak habis cakap lagi ni...”
Hana menoleh.
“Kau nak cakap apa lagi? Tak puas hati lagi ke kau dah malukan aku depan semua orang ni? and Bad, tolonglah jaga ‘girlfriend’ you baik-baik, okey...”
Berubah wajah Kat apabila mendengar kata-kata sindiran gadis itu.
“Tak guna punya perempuan.” Kat berjalan laju smabil mengangkat tangan.
Spontan Hana memejamkan mata tanpa sempat berbuat apa-apa.
Hana membuka mata apabila dirasakan tiada apa-apa yang berlaku.
“Lepaskan tangan aku!”
Bulat mata Hana ketika memandang ke arah Hariz yang sedang berdiri di hadapannya. Tangan lelaki itu sedang memegang tangan Kat, yang Hana tahu untuk menghalang gadis itu dari memukulnya.
Hariz melepaskan tangan Kat.
“Aw..awak okey?” Hariz bertanya perlahan. Hana mengangguk.
Kat mengetap gigi penuh geram.
“Huh! Elok sangatlah tu. Perempuan murahan dengan lelaki gagap. Memang sesuai sangatlah...”
Hana merenung tajam ke arah Kat. Muka dah terasa merah padam bukan disebabkan Kat mengelarnya perempuan murahan. Hana menjeling sekilas ke arah Hariz. Bimbang hati Hariz terluka.
Hariz hanya tenang.
“Jom....”
Hana mengangguk.
“Hei perempuan. Kau jangan ingat kau boleh lepas macam tu je...”
Hana hanya mampu memejamkan mata ketika dia melangkah meninggalkan tempat itu.

***

Hana hanya diam ketika mata merenung air tasik yang tenang itu. Air mata yang mengalir di pipi, tidak diendahkan.
“Nah...”
Hana mengalihkan pandangan. Sapu tangan berwarna coklat yang terhulur itu dipandang.
Thanks...” Hampir tak terkeluar dari bibirnya akan kata-kata itu.
“Aw..awak o..okey?”
Hana hanya mengangguk perlahan sebelum dia mengesat pipi dengan sapu tangan milik lelaki itu.
Kepala masih tunduk merenung tasik.
“Aw..awak ja..jangan se..sedih.”
Hana hanya tersenyum sedih ketika memandang lelaki di sebelahnya itu.
Sorry...”
Dahi Hariz berkerut kehairanan.
“Ke..kenapa aw..awak ca..cakap macam tu?”
Sorry sebab hal ni, awak pun terbabit sama...”
Hariz terdiam buat seketika. Hana kembali tunduk. Setitis air mata jatuh lagi di pipi.
“Ja..jangan nangis Hana...”
Hana menggelengkan kepala. Sedih di hati semakin terasa apabila memikirkan Hariz yang tidak bersalah itu pun turut terlibat sama. Semua ini salah dia. Dia tak patut mendekati Hariz.
“Maafkan saya. Saya tahu kalau saya tak muncul dalam hidup awak, awak takkan alami semua ni. Saya..tak sangka Kat boleh berkata begitu terhadap awak...”
Hariz terdiam.
Hana menoleh. Air mata mula bergenang di tubir mata.
Don’t cry. Aw..awak tak can..cantik ka..kalau me..menangis..”
Hana teresak lagi. Kenapa di saat begini pun Hariz masih tenang? Tak terasa kah lelaki itu apabila dia dimalukan oleh Kat?
“Hana...”
Hana mengelap pipi dengan sapu tangan milik lelaki itu. Dia menarik nafas dalam-dalam. Buat seketika mereka terdiam seribu bahasa.
Ne..next exam aw..awak bi..bila?”
“Minggu depan hari Khamis. Kenapa?”
“Hu..hujung mi..minggu ni, aw..awak ada bu..buat apa-apa tak?”
Hana menoleh. Dahi berkerut apabila melihat perubahan pada wajah lelaki itu.
BERSAMBUNG...

0 140 tukang karut:

Post a Comment