RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, September 3, 2014

Aplikasi Untuk Mereka Yang Sering Menaiki Pesawat.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni aku tak ada kelas. Actually hari ni memang tak ada kelas. Sepatutnya pagi ni ada kelas dengan budak IMP tapi ada sorang lecturer tu nak mintak replace since dia cuti esok, so aku akan ambil kelas dia esok dan dia akan take over kelas aku pagi ni. Oh ya, last week aku ada keluar dengan mak aku dan incik tunang ke kedai emas. Setahu aku lah kan, harga emas ni bukan ke dah fix ikut harga semasa. Yang berubah hanyalah harga upah je kan? But then, masa kitorang pergi servey harga emas hari tu, aku tanya 1st kedai. Dia kata harga emas masa tu 130/gram. So okeylah tu. Masih murah lagi bagi aku. But the design tak berapa menarik maka kitorang ke kedai kedua. Actually pergi kedai emas brand sama but you know what, harga semsa tak sama. Bila tanya, harga jadi 133/gram. Aku macam aik? Tadi pergi dekat kedai sekian2 harga lain walaupun brand sama. But still usha jugaklah design. Hmm, lebih kurang je design. So kitorang proceed ke next kedai. Masih lagi brand yang sama. Saja nak tengok berapa pulak harga yang diorang offer. Cuba teka? Hahaha. 127/gram. So nampak tak permainannya tu? Ini bermakna, walaupun emas ni mostly ikut harga semasa, tapi still kena servey jugak. Walapun beza tak banyak dalam seringit dua pun, but still. Bukan nak beli emas setakat satu dua gram je kan. Jadi, bila harga jadi macam tu, aku pun kata kita beli nantilah. Mana tahu harga boleh turun lagi sebab hari tu kitorang dapat beli cincin dua bentuk dengan harga 123/gram. Percaya tak??Haha. Agak menyesal tak beli bracelet waktu tu but then masa tu agak ramai dan banyak design yang menarik dah habis. Aku ni boleh tahan cerewet. Harharhar. So Mr.F kata khamis minggu depan dia ada kursus kat sini so bolehlah servey and beli terus. Aku doa2 biarlah ada design yang berkenan di hati kalau tak mahunya rasa bersalah. Kalau beli kasut bolehlah nak jalan sampai sepuluh kedai pun kan. Huhuhu.

Tapi..aku bukan nak cerita pasal hal emas bagai, saja intro. Lama kut aku tak menulis bukan berkaitan entri novel ni. Selalu tu copy paste je dari MSS. La ni baru nak menulis balik so bahasa agak kecelaruan sedikit. Minta diampun ya. Actually aku nak share sumething yang bagi aku sangat berguna terutamanya bagi orang yang selalu kepergian dengan menggunakan kapal terbang. Aku agak lama jugaklah guna benda ni sementelah MR.F pun selalu kepergian dengan flight. Lately banyak berita yang mampu membuatkan hati gundah gulana bila diberitahu yang beliau mahu kepergian. (Ada ke word kepergian dalam kamus dewan? Nanti kita check :p). Aku jadi berdebar gila setiap kali MR.F naik flight sebab aku tak tahu apa yang bakal berlaku. Pernah sekali tu dia kata perjalanan memakan masa sekian2 jam so aku start counting. Mata asyik tengok jam je. Bila tiba masa flight di jangka touch down, aku pun hantar mesej tanya dah sampai? Tapi mesej tak deliverd. Lama pulak tu? Masa tu aku dah fikir macam-macam. Jadi aku pun usaha lah fikir macam mana aku nak tahu keadaan MR.F tu masa dia tengah fly. So aku pun start menggoggle. Aku ni semua benda nak menggoggle. Sampai nak bagi hadiah pada beliau pun aku google jugak. Okey, itu tipu hahaha. So bila dah puas menggoggle sana sini, aku terjumpa satu website ni. Nama dia http://www.flightradar24.com. Website ni berfungsi untuk detech penerbangan secara live. Dulu masa kes yang pesawat MAS yang membawa penumpang ke India tak silap aku, mengalami masalah engin dan kapten pesawat hanya berlegar-legar diruang udara selama hampir empat jam untuk membakar bahan api supaya flight tidak meletup semasa mendarat. So melalui fligh radar ni, kita boleh tengok route yang dibuat oleh flight tersebut. Rasanya bentuk lapan tak silap aku. Lupa nak print skrin. So apa yang aku nak cakap, Flight radar ni memang boleh detech penerbangan secara life.


Ini interface flightradar kalau kita bukak melalui PC or laptop. Friendly user. Senang je nak guna. Just taip nombor flight dekat tepi sidebar belah kiri tu.

Tapi kelemahan bukak flight radar melalui PC or laptop ni ialah, kita kena refresh setiap 20 minit. Jadi aku pun trylah bukak dekat Ipad.


So kat atas tu interface kalau view melalui Ipad. Aku tak sure kalau guna andriod macam mana. Rasanya sama je kot. Tapi kelemahan kalau buka melalui Ipad ni tanpa beli software dia ialah, susah nak search flight. Aku kena cari satu-satu flight yang macam dalam gambar kat atas tu. Bayangkan flight dahlah banyak macam semut. Kena pulak klik satu2 cari nama flight. So, aku pun belilah software ni. Tak mahal pun. Dalam 0.99 dolar je tak silap aku. Bila dah beli, aku dapat icon baru. Kira yang versi free tu dah boleh buang, tapi aku tak buang pun. Biar je dalam tu.



Bila dah ada versi yang berbayar ni, banyaklah function dia. Kita boleh search flight yang kita nak tu. Lepas tu ada jugak butang share kalau nak share ke FB ke, twitter ke.

Ni kalau bukak melalui laptop. Free je aplikasinya kalau nak search flight. But then, kena refresh setiap 20 minit kalau idle.
Ini bukak melalui ipad.Boleh search melalui nama flight atau nombor flight. Pilihan di tangan anda.

Contoh selepas kita berjaya detech flight yang dikehendaki. Just klik dekat pesawat, terus keluar line biru tu.

 Yang bagusnya, kita boleh hilangkan semua flight yang tak berkaitan dan fokus pada satu flight tu je supaya kita tidak cemas dan gelabah bila tetiba flight tersebut hilang dari pandangan. Haha, aku pernah rasa cuak bila flight yang aku follow tu hilang. Sebenarnya ada je cuma dia dah masuk dalam kawasan banyak flight tu. So aku pun tekanlah dekat butang bawah sekali belah kiri tu, so hilanglah semua flight.
Yang ni paling best dan dekat website dia tak ada pun aplikasi macam ni. 3D punya. Bila tekan butang di bawah belah kanan, automatik mode akan bertukar ke 3D. maksudnya kat sini, seolah-olah kita berada di dalam kokpit. Macam kita yang bawak pesawat tu. Aku pun tertekan secara tak sengaja hari tu. Maklumlah masa tu tengah mamai. MR.F pulak call kata kejap lagi nak take off. Aku pun jawab hmm...hmmm sambil pejam mata. Bahana stay up buat assignment malam sebelum tu. So dalam separa sedar tu, aku pun capai ipad, terus search nombor flight lepas tu entah macam mana tertekan 3D. terus keluar benda ni. Then, lepas tu sambung tidur haha. Elok aku terjaga balik, flight nak landing dah. Bergoyang-goyang aku tengok skrin aku ni. Mungkin masa landing tu dia bergoyang sikit kut. Bila aku hantar mesej tanya dah sampai ke? Mesej terus deliverd. Kira accuratelah masa landing tu. So lepas ni tak perlu risau lagi lah if lambat landing ke apa. Sebab ada sekali tu aku follow, flight tu ikut laluan jauh. Aku dah pelik, aik? Kenapa ikut laluan sini? So MR.F kata, kapten kapal buat pengumuman akan melalui selat tebrau blah..blah dulu. Tak tahu sebab apa. 

Jadi, kepada sesiapa yang selalui kepergian, bolehlah suggest dan guna aplikasi ini. Setakat ni aku puas hati lah. Walaupun aku tahu kalau apa-apa nak jadi pun, ia tetap jadi dengan takdir Allah but then, at least aku tahu perjalanan beliau tu macam mana. So cukup sampai sini. Aku maybe tak cerita rigid sangat. Mungkin ada maklumat lain yang aku terlupa nak tulis, so feel free to drop the comment. 

Till then, Bye.

0 140 tukang karut:

Post a Comment