RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, September 29, 2014

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik

Assalamualaikum,

Selamat pagi, selamat hari isnin. Soalan trivia. Macam mana rasanya apabila jatuh cinta dengan sahabat baik sendiri?

Jeng..jeng..jeng...

Sesiapa ada pengalaman? Jom share.. :P

Sunday, September 28, 2014

Bab 1 : Bukan Kembar Tapi Sama


Bab 1


               
“ Ready..?”
“ I think so…you..? ”.
“ Not sure..”.
Farhana memandang ke sebelah. Laili tercegat sambil mata terpaku memandang ke hadapan. Seketika kemudian laila turut berpaling memandang Farhana di sebelah sambil membuat muka lima sen. Farhana mengangkat kening seolah-olah bertanya.
“ kenapa? ”.
“ kau tak rasa sesuatu ke? ”. Laili bersuara perlahan seolah-olah berbisik sehingga farhana terpaksa merapatkan kepala ke arah laili.
“ maksud kau?”.
“ maksud aku..inilah…”.
“ apa? Aku tak fahamlah…”. Farhana berkerut sambil bertukar pandang ke arah wajah laili yang agak pucat itu ke hadapan mereka yang di maksudkan oleh laili tadi.
“ kau tak rasa…yang ini semua agak menakutkan?”.
Farhana berpaling memandang laili di sebelah. Matanya terkebil-kebil memandang wajah laili yang agak gelisah itu. Dia menarik nafas panjang.
“ aku rasa tak ada apa yang perlu kita takutkan…kita bukan nak pergi berperang..”. farhana menjawab seolah-olah cuba menenangkan laili di sebelah. Namun, laili masih kurang yakin akan kata-kata farhana itu.
“ itu aku tahulah…tapi..kau tengoklah tu..”. kata laili menjuihkan bibirnya. farhana memandang ke arah yang di tunjukkan oleh laili.
“ so..?”
“ kau tak nampak ke?.”
“ ye aku nampak..kereta dan manusia..jadi? takkan kau tak pernah tengok kereta dan manusia macam tu?” farhana bertanya hairan. Laili  menepuk dahi.
“ aduhh..aku tahulah tu kereta dan manusia..maksud aku..kau tahu tak siapa mereka semua tu?”
Farhana memandang kembali ke arah tadi sambil berfikir sejenak. Kemudian dia mengelengkan kepala sambil memandang laili kembali.
“ okay..kalau kau nak tahu..mereka semua itu adalah orang-orang kenamaan..orang-orang kaya..orang yang berpangkat dan berpengaruh..”.
“ jadi kenapa pula? Apa kaitannya dengan kita yang nak bersekolah di sini? ” farhana bertanya sambil mengaru-garu tepi dahi yang tidak gatal.
laili menjulingkan biji mata.
“ cik nur farhana…untuk pengetahuan kau..sekolah seri tunas perdana ini merupakan sekolah elit..maksudnya sekolah ini di bina khas untuk anak-anak orang kenamaan dan berpangkat..jadi sesiapa yang bersekolah di sini mestilah terdiri daripada anak-anak orang kaya..”.
“ oo…mana kau tahu?” farhana memandang ke arah deretan kereta-kereta mewah pelbagai jenama.
“ aku ada buat sikit rujukan..kau tahulah..bukan senang kita nak dapatkan biasiswa persekutuan ni..jadi aku buat rujukan tentang sekolah ni..sama ada berbaloi atau tak kita menghabiskan masa selama dua tahun di sini ..” laili bercerita panjang lebar.
“ooo..tapi kalau kau dah tahu ini merupakan sekolah elit..kenapa baru sekarang kau nak risau..?” farhana menyuarakan kewajaranya.
“ aku tak sangka pula keadaanya lagi dasyat..memang menakutkan..kau tengok sahajalah lelaki kat hujung tu..muka serius gila..entah macam mana rupa anak dia ye..macam mana nanti kalau kita kena buli dengan anak-anak orang kaya tu kalau diorang tahu kita ni masuk sekolah sini dengan biasiswa je?..macam dalam cerita..boys over flower tu…”.
Farhana memutarkan bebola matanya sambil mendengus.
“ kau ni merepek je lah…sudahlah..tak payah nak risau..aku rasa kau je yang lebih-lebih..banyak sangat tengok cerita korea..dah..aku nak masuk..kalau kau nak tercegat kat sini sorang-sorang..di persilakan..”. kata farhana sambil menyandang beg ke bahu dan menarik beg troli menuju ke kawasan sekolah yang tersergam indah dan gah itu. laili di belakang masih tercegat dan dengan berat hati, dia turut melakukan perkara yang sama sambil cuba mengusir kemungkinan-kemungkinan yang berada di benaknya ketika itu.

       ***.
                       
“ hai…im alya iezura..call me leeya…”
  nina syafika.. panggil nina ”. giliran gadis tinggi lampai itu pula memperkenalkan diri.
“ laili kamilah..” kata laili menyambut salam perkenalan. Nina dan leeya memandang farhana yang hanya mendiamkan diri. Kepalanya di goyangkan sedikit, mengikut rentak lagu yang berdentum di earphonenya. Laili menyinggung farhana di sebelah. Farhana menoleh kearah laili di sebelah sambil mengangkat kening. Laili membuat isyarat muka sambil menunjukkan pada nina dan leeya.
“oohhh…im sorry..”. kata farhana sambil mencabut sebelah earphonenya. “ I’m nur farhana..panggil nana…”. Sambung farhana memperkenalkan diri.
“ nice to meet you…roomates….” Leeya dan nina berkata serentak. Farhana dan laili hanya tersenyum.
“ thanks..” laili menjawab sepatah. Turut sama tersenyum.
“ so…korang ni student yang dapat biasiswa tu kan? ”. Leeya bertanya sambil duduk di kerusi rehat berhampiran. Laili dan farhana bertukar pandang sebelum kembali ke wajah leeya.
“ macam mana kau tahu..?”. laili bertanya. Farhana bergerak menuju ke katil dua tingkat yang kosong dan meletakkan beg sandangnya di katil bawah. Sesekali tangannya mengurut bahu. Lenguh.
“ mama aku salah seorang ahli pentadbiran sekolah ni..dia ada cakap yang akan ada student biasiswa bernama laili dan farhana. Tak sangka pula yang kita akan sebilik…” jawab leeya sambil mencapai majalah di atas meja dan membelek-belek isi kandungan secara rambang.
“ jadi kenapa? Kau rasa kitorang tak layak masuk sekolah ini..?” kedengaran suara farhana dari belakang. Tiga kepala berpusing ke belakang memandang farhana yang sedang memngemas almari di sebelah katil. Keadaan sunyi itu membuatkan farhana berpaling memandang mereka bertiga.
“ kenapa pula kau cakap macam tu?” nina bertanya sambil memandang farhana.
“ aku tahu semua pelajar sekolah ni terdiri daripada anak-anak orang kaya..anak somebody..mungkin semua pelajar kat sini beranggapan yang orang macam kitorang…student tajaan tak layak nak masuk sini..”. farhana menjawab sambil duduk di atas katil yang telah siap di alas dengan cadar berwarna ungu itu. Warna kegemarannya.
for your information…kitorang bukan macam yang kau fikirkan tu..” leeya meletakkan majalah kembali ke atas meja. Suaranya agak keras, seolah-olah tidak berpuas hati mendengar kata-kata farhana. Semua yang ada di dalam bilik perdana 4 itu terdiam seketika.
“ walaupun kitorang ni anak somebody…” leeya menekankan perkataan somebody  sebelum menyambung kembali kata-katanya. “…kitorang tak kisahlah…lagi pun apa yang penting, siapa kita..bukan siapa ibu bapa kita..so kau janganlah nak prejudis terhadap kitorang…kau tak kenal pun kitorang..so..dont judge the books by their cover…”.
Farhana hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata leeya itu.
“ aku minta maaf…mungkin kata-kata aku agak kasar…sorry..”. akhirnya farhana bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“ its ok…biasalah tu…kita tak lari dari membuat kesilapan, walaupun anak somebody..” giliran nina pula berkata sambil tersengih. Farhana turut tersengih. Dia bangun dan menuju ke arah mereka bertiga sambil menghulurkan tangan kepada nina dan leeya.
so..friend..?”.
“ friend….”. leeya dan nina menyambut salam persahabatan yang di hulurkan oleh farhana. Laili yang hanya melihat drama sebabak itu turut melakukan perkaran yang sama.
“ kitorang nak keluar pergi dewan puncak perdana…kau berdua nak ikut?. “ Tanya nina beberapa ketika kemudian.
“ tak apalah..kau berdua pergi dulu..kitorang nak unpack kejap..”. jawab laili sambil tersenyum.
“ ok..dont be late..jumpa kat sana nanti..”.

                                                                  ***
                 
“ assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pelajar baru…dan selamat datang ke sekolah seri tunas perdana…”.
Laili menyiku perlahan farhana di sebelah. Farhana mengangkat muka memandang ke arah laili sambil berkerut.
“ apa..?”.
“ boleh tak kau bagi tumpuan sekejap dan berhenti main handphone tu?..kau nak kena tangkap pada hari pertama persekolahan ke? ” laili berbisik marah. Farhana mendengus sambil menyimpan telefon bimbit di dalam poketnya. Dia kemudian memandang ke depan, ke arah encik saifullnizam, pengetua sekolah seri tunas perdana.
“…di harapkan para pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri tak kira dalam bidang akademik atau kokurikulum..”
“ aku bosanlah..ucapan panjang berjela-jela..tak boleh ke dia cakap main points je..? ” farhana merungut perlahan di sebelah sambil menundukkan kepala ke arah laili supaya kata-katanya tidak di dengari oleh orang lain. Laili mengerutkan dahi sambil memandang sekeliling. Kelihatan para pelajar khusyuk mendengar ucapan pengetua tersebut. Kelibat nina dan leeya masih tidak kelihatan.
“ tak boleh ke kau bersabar sikit.? Biasalah tu minggu orientasi..kejap lagi habislah tu..kau duduk diam-diam dan dengar je boleh tak?.” Laili berkata sambil berbisik. Seorang pelajar perempuan di sebelahnya berbunyi seolah-olah tidak menyenangi gangguan yang di timbulkan oleh laili dan farhana. Farhana mendengus.
whatever…
“ …saya rasa sampai setakat ini dahulu ucapan saya dan sekali lagi…selamat datang..”. encik saifullnizam akhirnya mengakhiri ucapan selama sejamnya itu.
“ terima kasih kepada encik saifullnizam di atas ucapannya sebentar tadi….sekarang kami warga seri tunas perdana ingin memperkenalkan barisan majlis perwakilan pelajar sekolah seri tunas perdana ini..di persilakan pengerusi majlis perwakilan pelajar  merangkap ketua pelajar lelaki untuk ke hadapan dan di ikuti dengan ahli-ahli majlis jawatankuasa pelajar…”.
Laila dan farhana mengangkat kepala setinggi yang boleh untuk melihat ke atas pentas. Namun kedudukan mereka yang jauh ke belakang itu menyukarkan mereka untuk melihat wajah-wajah ahli majlis jawatankuasa itu dengan jelas.
“ aku tak nampaklah..kau nampak..?” laili masih cuba menegangkan lehernya selama beberapa minit sebelum mengalah dengan kedudukan mereka yang jauh ke belakang itu.
“ tak nampak pun..ala..biarlah..bukan penting pun..”. farhana berkata sambil menyandarkan diri ke kerusinya sambil mengurut-urut lehernya.
“ tak penting kau cakap?..nana..tu ahli majlis perwakilan pelajar, tahu..? ” laila turut menyandar ke kerusinya.
so..?”..farhana  bertanya sambil menyumbatkan earphone di telinga.
“ jadi kalau kita ada apa-apa masalah..boleh rujuk pada mereka..”.
Farhana menjulingkan biji mata.
“ kau ingat mereka semua tu nak dengar ke semua masalah kita?..aku berani bertaruh yang mereka tu jadi majlis perwakilan pelajar sebab nak glamour je…macam biasa…gila kuasa..” farhana berkata selamba.
“ shhh…kau ni..cakap tu elok-elok sikit..nanti orang dengar..silap hari bulan kau kena tendang dari sekolah ni baru kau tahu…”. Laili berbisik marah. Farhana hanya mengangkat bahu sambil membetul-betulkan wayar mp3nya yang cuba di sembunyikan di dalam baju. Dia yang sedia maklum bahawa peraturan sekolah tidak membenarkan barang-barang seperti telefon bimbit dan mp3 serta semua alat elektrik dan elektronik milik pelajar di bawa keluar dari asrama cuba menyembunyikan mp3nya supaya tidak tertangkap oleh mana-mana guru, pengawas atau ahli majlis perwakilan pelajar. Laili sudah bising-bising supaya dia meninggalkan sahaja telefon bimbit dan mp3nya di dalam loker berkunci seperti yang di arahkan oleh Fellow asrama. Namun dia tetap berdegil. Mana boleh hidup kalau tak ada dua benda ini. Begitulah yang di beritahunya kepada laili tentang alasan kenapa dia bersungguh-sungguh mahu menyeludup barang tersebut keluar. Lagipun, sejak bila dia mematuhai peraturan sekolah yang satu itu?
“ …dan bercakap pasal kuasa…baik kau hati-hati sikit..mereka ada kuasa nak rampas benda-benda ni..”. kata laili sambil menunjuk pada mp3 yang berjaya di sorokkan oleh fahana itu.
“ laili….untuk ke seratus kali…aku tahulah…takkan aku nak biarkan mereka rampas barang-barang aku ni..”. farhana berkata sambil menjulingkan biji mata.

                                                                                     ***

“ Cepatlah laili…kita dah lambat ni…”. Kata farhana sambil berjalan laju untuk menuju ke kelas pertama pada hari itu.
“ pandailah suruh aku cepat…kau yang bangun lambat siapa suruh..” kedengaran laili membebel dari belakang. Farhana hanya mendengus.
“ whatever..ikutlah kau nak kata apa..yang penting sekarang kita kena cari kelas kita dulu..” jawab farhana sambil memandang kertas yang mengandungi peta kawasan sekolah. Kelas pertama pagi ini adalah kelas biologi. Dia dan laili di tempatkan di kelas yang sama iaitu kelas tingkatan 4 perdana 2 dan malangnya, mengikut peta di tangannya itu, kelas tersebut terletak di banggunan paling hujung sekali. Sedang dia sibuk melihat peta di tangan sambil berjalan laju mengikut arah yang di tunjukkan, tiba-tiba…
“ aduhhh…”
“ mata tu letak kat kepala lutut ke..?” kedengaran suara kasar di atas kepalanya. Farhana yang jatuh terduduk itu mengosok-gosok tapak tangan yang digunakan untuk menampung tubuh badannya itu mendongak memandang tuan punya suara.
“ nana..!..kau okey ke? ” laili akhirnya berjaya menyaingi farhana dan menarik farhana bangun.
“ hello brother…siapa yang letak mata kat kepala lutut..kau ke aku?! ” farhana menjawab berang sambil memandang lelaki yang tercegat di depannya. Laili hanya tercegat kengerian di sebelah. Minggu pertama sekolah sudah ada kes dengan pelajar senior.
Lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil memandang ke arah kawan-kawanya. Kawan-kawannya yang seramai tiga orang itu turut tersenyum sinis. Lelaki itu memandang kembali wajah farhan yang berang itu.
well..well…junior kita dah pandai tunjuk taring…”. Kata lelaki itu perlahan. Masih lagi tersenyum sinis. Farhana memutarkan bebola matanya.
whatever..tepilah..aku tak ada masa nak layan korang..”. kata farhana sambil cuba mencelah ke arah meraka berempat itu.
“ wooo…dah langar orang takkan nak blah macam tu je…cikgu kat sekolah lama tak ajar ke…?”. Tanya lelaki itu sambil mendepangkan tangannya, cuba menahan farhana dan laili dari melepasi laluan tersebut. Farhana mengetap bibir. “ ada yang kena makan tapak kasut aku ni..”. farhana mengerutu di dalam hati.
what is this place?? Hogwart??...kau nak apa..? ” farhana berkata, cuba menyabarkan diri yang sudah mencapai takat suhu didih itu.
say sorry to me..”.
what for…? ” farhana bertanya sinis. Lelaki itu merenung tajam ke arah farhana.
“ apa padang-pandang..? ingat aku takut sangat ke dengan muka kau tu..”. farhana berkata di dalam hati.
“ kau tahu tak aku siapa.?” Lelaki itu bertanya keras. Tiada lagi senyum sinis. Suasana menjadi sepi. Kelihatan beberapa orang pelajar turut berhenti melihat insiden tersebut. Laili di sebelah hanya tercegat memandang farhana dan lelaki itu.
“ tak tahu..apa aku kisah kau siapa..” farhana menjawab selamba.
Lelaki itu bertukar pandang dengan kawan-kawanya di sebelah. Masing-masing mempamerkan muka terkejut mendengar kata-kata farhana. Lelaki itu turut berubah wajah. Kemarahan di wajahnya tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Namun farhana masih selamba tercegat berdiri di situ memandang lelaki tersebut.
“ adi..kau bagitahu sikit minah ni, siapa aku..”. akhirnya lelaki itu bersuara. Lelaki bernama adi itu berdehem seketika sebelum bersuara.
“ untuk pengetahuan kau, junior…lelaki yang kau langgar ni ialah fakrul radzi  shah, cucu kepada tan sri azlan shah…pengasas sekolah seri tunas perdana…”. adi berkata sambil memandang farhana dan laili. Farhana menjulingkan biji mata.
so..?” farhana bertanya sepatah. Masih lagi dengan nada selambanya itu.
Lelaki bernama fakrul radzi shah itu berkerut keberangan mendengar nada selamba farhana. Selama ini belum pernah dia berjumpa gadis berani seperti farhana. Selalunya sesiapa sahaja akan menghormatinya kerana status keluarganya yang di anggap tinggi darjatnya. Adi bertukar pandangan dengan dua lagi sahabatnya sebelum masing-masing memandang ke arah fakrul radzi.
“ fakrul radzi shah ini juga merupakan pengerusi majlis perwakilan pelajar merangkap ketua pelajar lelaki....”. sambung adi lagi.
Farhana bertukar pandangan dengan laili sebelum memandang fahrul radzi di hadapannya itu. Farhana tersenyum sinis sambil mengelengkan kepala.
“ patutlah sekolah ni teruk..pengerusi majlis perwakilan pelajar perangai macam samseng..”. farhana berkata sinis. Laili mengerang perlahan di sebelah.
“ nana..”. laili berkata perlahan. Farhana memandang ke sebelah, memandang wajah laili yang berkerut kengerian. Farhana hanya tersenyum selamba. Matanya di talakan kembali kearah fakrul radzi yang telah berang, tangannya di kepalkan menjadi penumbuk, seolah-olah bersedia untuk bergaduh.
“ ok..kalau kita dah habis sesi berkenalan tak rasmi ni..aku nak beransur dululah ye…bye…”. Kata farhana sambil menolah lelaki itu ke tepi untuk melalui laluan tersebut menuju ke kelas tingkatan 4 perdana 2. Laili yang sedari tadi hanya tercegat di sebelah turut mengikut farhana dari belakang. Meninggalkan fakrul radzi shah dan kawan-kawannya di belakang, dengan tangan fakrul radzi masih tergenggam kuat.
 Bersambung...

p/s: Buku pertama yang terbit di bawah penerbitan Must Read Publication under Teen Novel.
 Berminat nak dapatkannya? Sila Klik SINI

Monday, September 22, 2014

Kelas Master Dan Hana....

Assalamualaikum, 
Lately aku sangat sibuk memandangkan kelas untuk sem dua dah bermula. Hari tu short sem masa sepatutnya aku cuti 3 bulan. Tapi sebab ada short sem, makanya cuti hanya dua tiga minggu sahaja sebelum masuk sem baru. Sem ni ni macam kelam kabuttt sangat. Bayangkan dalam ramai-ramai classmate aku, hanya aku je yang lepas untuk register untuk subject engineering. Kawan sekelas aku semua tak lepas. Coordinator aku kata dia tak nak students bawah dia ambil subjek lain sebab nanti susah dia nak buat jadual. So dia pun bagi dua pilihan subjek engineering ( Sem ni kena ambik satu subjek engineering, satu subjek math- Dah nama pun master in engineering math, haruslah ada subjek engineering ni) Jadi semua belajar dari kesilapan iaitu jangan buat kerja last minit, so semua kalut daftar subjek tu so alhamdulillah lepas. Aku pun puas call senior, google dekat internet nak tengok module outline. Sebab aku kalau boleh tak mau dah ambik subjek yang kena buat programming. Sakit kepala nak pikir wei. Subjek yang CO aku bagi ialah Computational Mathematics dan Advanced Engineering Mathematics. Hoi kompius dah ni. Tanya member yang mengajar subjek Core engineering dekat fakulti engineering tu, dia kata kalau ikut dia belajar dulu, computational maths ni takde programming, lepas tu dia tak pernah ambik subjek advanced engineering math, aku call senior pun dia kata masa dia ambik tu takde programming bagai ni. So, muktamat, ambik computational maths.

Yang tambah kelam kabutnya, Jumaat tu dapat jadual esok sabtu tu terus kelas. Perghh nasib baik kelas tengah hari sampai malam, sempatlah jumaat malam lepas balik kerja tu nak kemas kain baju topup touch n go isi minyak segala. Mujur tak perlu book hotel macam selalu. Lepak rumah adik aku je. Tapi the scary part is, bila masuk je kelas computational tu, semua lelaki. Ok, tu tak scary lagi sebenarnya. Bila lecturer dia brief pasal couse outline, aku nak macam whaaaaaaaat?? Apa ni? Project je dah 50%? Dan major programming pulak tu? Dan semua dalam tu adalah engineer. Erk! Lecturer tu siap bagi lagi softcopy tender supaya engineer dalam tu boleh buat tender guna format yang betul. Aku macam..what am i doing here? Aku ni cikgu math tau, bukan engineer nak blaja buat tender. Bila lecturer bagi rehat untuk solat asar, aku dengan kawan aku terus kata weiiii kita kena tukar subjek ni!!Mati kita lagu ni hoiiii. Lebih kuranglah dialog tu. Aku pun cari kelas satu lagi tu dan intai kat pintu. Nampak lecturer pompuan. aku macam aisey, pompuan mesti cerewet kuikuikui. Macam si tukang taip ni jugak. Tapi bila nampak ada nombor-nombor dekat slide dan kat white board, baru rasa Ha! Ni baru kelas yang betul nampak nombor tulisan sanskrit tu. Haha. Makanya terus daftar subjek tu guna ipad kalut-kalut sebab takut dah penuh koata, maka kitorang pun masuk je kelas tu. Barulah bernafas sikit. Rupanya itu subjek math yang perlu diambil oleh budak engineering tapi under fakulti engineering. Barulah nampak spesis sama jantina dalam tu. So sekarang ni aku tengah berjerut dengan assignment yang boleh tahan susahnya tapi aku lagi rela hadap benda ni dari programming. Bak kata ada sorang kawan sepejabat si lecturer engineering kat kolej aku tu, manusia tak normal je yang suka programming. Dia jawab macam tu sebab aku tanya, eh bukan korang lelaki suka ke benda-benda programming ni? Wahahaha.

Ha, panjang pulak ceritanya. Aku awal-awal tadi nak bagitahu pasal gambar kat bawah ni. Nampak tak nama siapa yang ditag oleh BenangHijau tu?Dan nampak tak nama shawl tu nama siapa? Ha tu nama aku yang suggest. Hana, aku kata Hana ni dalam bahasa jepun maksudnya bunga, semoga si pemakai shawl tu akan cantik dan berseri macam bunga. Heh. Tak sia-sia ambik bahasa jepun satu sem. Sekarang lupa dah apa benda yang aku belajar dulu. Hana tu jelah yang aku ingat sebab tu nama tu aku letak sebagai pasangan Hariz. Hana-Hariz.

Jadi, jomlah beli shawl Hana ni, mana tau jumpa 'hariz' korang ke kan. *Jongket kening dua kali*. Thanks jugak dekat BH sebab bagi hadiah shawl freeeee.  Tak sabarrrr nak tunggu.

Friday, September 19, 2014

Bab 11 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 11


“Kita nak ke mana ni?” Hana bertanya sambil memandang ke arah Hariz yang sedang memandu keretanya di sebelah. Dalam kepala sibuk berfikir akan destinasi mereka ketika itu. Ni macam jalan nak ke rumah arwah nenek dia je.
Eh, sekejap. Biar betul?
“Awak nak bawa saya balik rumah arwah nenek saya ke?”
Hariz mengerutkan dahi.
“Sa..saya mana ta..tahu ru..rumah ne...nenek aw..awak kat ma..mana...”
Hana terdiam. Betul jugak tu. Habis tu, nak ke mana ni?
Hana hanya mendiamkan diri sambil melayan lagu yang diputarkan di corong radio. Sesekali bibir turut mengikut alunan lirik tersebut. Hariz di sebelah masih tenang memandu.
Hana menegakkan badan ketika kereta yang dipandu oleh Hariz masuk ke halaman rumah yang agak luas.
“Rumah siapa ni Hariz?” Hana bertanya agak risau ketika melihat Hariz sudah pun mematikan engin dan menanggalkan tali pinggang keselamatannya.
Hariz hanya tersenyum sebelum keluar dari kereta.
Hana teragak-agak seketika sebelum dia akhirnya turut sama keluar dari kereta tersebut.
“Abanggg!” Kelihatan seorang gadis berusia tujuh belas tahun sedang berlari ke arah Hariz.
Abang?
Hariz menyambut huluran tangan gadis tersebut sambil tersenyum.
“Ma..mak ma..mana?”
“Ada kat atas.”
Hana yang sedang berdiri tercegat di situ hanya memandang penuh hairan.
“Haziah, tolong mak pergi kedai kejap...gula dah habis...”
“Mak, abang Hariz balik...” Gadis bernama Haziah itu menjerit memanggil emaknya.
Seorang wanita separuh usia muncul di muka pintu.
“Hariz?”
Hariz segera melangkah menghampiri wanita itu.
“Ap..apa kha..khabar mak?” Hariz menghulurkan tangan dan menyalami tangan wanita itu.
“Lahh Hariz. Kenapa balik tak bagitahu dulu?”
Hariz hanya tersenyum.
“Tu..siapa?”
Hariz menoleh ke arah Hana yang masih lagi tercegat berdiri di sebelah keretanya itu.
“Tu..Hana. Ka..kawan sa..satu ko..kolej..”
Hana segera melangkah menghampiri mereka sebelum menghulurkan tangan dan mencium tangan wanita itu.
“Hana? Cantik nama. Macam orangnya juga.”
Hana tersipu sebelum tunduk. Sempat lagi dia menjeling ke arah Hariz di sebelah.
“Eh, jemputlah masuk dulu. Haziah, tolong pergi kedai. Apa pun tak ada kat rumah ni...”
“Eh mak cik. Tak payah susah-susah...” Hana berkata agak serba salah.
“Eh tak apa. Bukan selalu Hariz datang bawa kawan dia...”
Hana memandang ke arah Hariz yang dah berubah riak wajah itu.
“Jom naik dulu...”
Hana memandang bingkai gambar yang tersusun di atas almari kayu yang terletak di hujung ruang tamu tersebut. Banyak gambar Hariz ketika lelaki itu di bangku sekolah rendah dan menengah. Hmmm, comel!
“Kakak buat apa tu?”
Hana menoleh. Haziah datang sambil membawa sebungkus plastik besar. Barangkali Haziah baru lepas pulang dari membeli barang-barang.
“Tak buat apa-apa. Saja tengok gambar-gambar ni..” Hana mengambil salah satu bingkai gambar yang terdapat di situ.
“Tu gambar masa abang Hariz baru habis main bola sepak...”
“Yeke?” Hana memandang ke arah gambar tersebut.
“Masa ni abang umur berapa?”
Haziah terdiam buat seketika.
“Tak silap Haziah, masa ni umur abang 15 tahun kut...”
15 tahun? Aduh, umur macam ni pun dah terserlah kekacakan si Hariz ni. Mesti Hariz ni masa zaman sekolah dah ramai peminat kan. Hmmmm!
“Zi..ziah...”
Spontan Hana dan Haziah menoleh.
“Ma..mak pa..panggil...”
“Okey, jumpa nanti kak. Haziah bawa barang ni masuk dapur dulu ye...”
Hana hanya tersenyum sebelum kembali memandang pada bingkai gambar tersebut.
“Bu..buat apa?”
“Tak de buat apa. Saja usha gambar-gambar lama awak. Tak sangka, handsome jugak awak masa kecik-kecik ye...” hana mengangkat kening.
Hariz tidak menjawab. Bingkai gambar di tangan Hana diambil lalu diletakkan di tempatnya semula.
Hana memuncungkan bibir sebelum memandang ke arah gambar-gambar yang lain.
“Eh...ni macam...” Hana mengerutkan dahi ketika memandang pada salah satu bingkai yang terdapat di situ.
“Ni bukan ke Cikgu Salmi? Cikgu yang mengajar subjek seni tu?”
Hariz memandang ke arah gambar di tangan Hana. Gambar ketika dia tingkatan lima. Gambar kelas akhir tahun sebelum dia menghadapi peperiksaan SPM.
Hana memandang ke arah gambar-gambar lain. Dahi semakin berkerut. Ni bukan ke Fahmy, Ketua Pengawas semasa zaman dia bersekolah dahulu? Macam mana semua gambar-gambar ni boleh ada pada Hariz?
Hana memandang ke arah lelaki itu.
“Macam mana awak...” Hana terdiam. Dia kembali memandang ke arah gambar di tangan. Bulat matanya apabila sesuatu menerjah fikirannya.
“OMG!! Awak...dulu sekolah mana?!” Hana bertanya separuh terkejut. Mustahil. Takkanlah...
Hariz masih menayangkan raut wajah tenangnya.
“Tok Ib..Ibrahim...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata lelaki itu. Biar betul mamat ni satu sekolah dengan dia. Kenapa dia boleh tak perasan.
“Tapi..tapi kenapa saya tak pernah jumpa awak masa kat sekolah?” Hana bertanya masih lagi terkejut. Tak sangka, kecil betul dunia ni. Patutlah masa nak ke sini tu mereka melalui jalan nak ke rumah nenek dia. Rupanya mereka duduk satu kampung je.
“Hmm, si..siapalah sa..saya...” Hariz bersuara pura-pura sedih. Hana mencebik. Dia kembali memandang gambar di tangan.
“Umur awak berapa?”
Hariz mengerutkan dahi.
“Ke..kenapa ta..tanya?”
“Saja tanya...”
“Hmmm, 23...”
Hana terdiam.
“Hmm, maksudnya awak senior saya. Masa awak tingkatan 5, saya tingkatan 3. Awak duduk bangunan hujung sekali kan. Mungkin sebab tu kut saya tak pernah nampak awak...” Hana menggumam sendiri.
Hariz hanya tersenyum.
“Hmm, rugilah. Kalau awal-awal lagi saya jumpa awak. Mesti masa tu jugak saya dah jatuh cinta dengan awak, kan?” Hana berkata selamba sambil mengangkat kening.
Berubah wajah Hariz ketika mendengar kata-kata gadis itu. Dia berdehem beberapa kali.
“Eh, kenapa muka awak merah? Jangan..jangan...”
“Ap..apa?”
“Jangan-jangan awak memang dah ada hati dekat saya sejak dulu tak?” Hana bertanya sambil tergelak.
Wajah Hariz dah terasa berbahang. Hana hanya ketawa apabila melihat perubahan pada wajah lelaki itu. Seronok pula melihat wajah Hariz berubah begitu. Selalu itu aci muka tak berperasaan je.
“Ja..jangan me..merepek lah...”
Hana tergelak lagi. Dia meletakkan gambar tersebut di tempatnya semula.
“Hmm, tapi seriuslah. Rugi tau saya tak jumpa awak dulu...”
“Aw..awak tak in..ingat? Ki..kita per..pernah ju..jumpa sekali...”
Kening Hana terangkat sebelah.
“Yeke? Bila?”
“In..ingat tak ma..masa ha..hari su..sukan. Ma..masa tu aw..awak ba..baru ha..habis PMR...”
Dahi Hana berkerut cuba mengingati kejadian tersebut. Hari sukan lepas PMR?
“Hana! Cepatlah. Kantoi dengan cikgu nanti mati kita...”
“Kejaplah! Seluar aku tersangkut ni...” Hana berkata sambil menarik seluar sukannya yang tersangkut pada ranting kayu.
“Ish! Cepatlah sikit!” Nor dah mula menggelabah.
“Kejaplah!”
“Wei kau orang, cepatlah. Mati kalau cikgu Megat datang nanti...” Suara Jijah yang sudah berada di sebelah sana pula kedengaran.
“Sini pegang tangan aku...” Nor menghulurkan tangan. Dengan bersusah payahnya, Hana berjalan merentasi ranting dan semak samun sebelum menghulurkan tangan ke arah Nor.
“Pandai panjat tak ni?” Nor bertanya sambil memandang ke arah pagar dawai yang berada di hadapan mereka itu.
“Hentam jelah. Jijah dan Pok Ja boleh lepas, takkan aku tak boleh lepas...”
Nor mencebik. Dia kemudian berpusing sebelum memanjat pagar tersebut.
“Hati-hati Nor. Aku tak nak balik kang aku kena cakap dekat nenek yang kita fly lompat pagar sekolah pulak...”
“Diamlah!”
Hana memandang ke arah Nor yang kelihatan bersusah payah ketika mahu melepasi pagar tersebut. Sesekali dia menjeling sekeliling. Suara orang bersorak di padang tak jauh dari tempat mereka itu kelihatan jelas kedengaran di telinganya. Mereka akan selamat selagi semua cikgu-cikgu dan para pelajar yang lain sedang sibuk di padang sana.
“Dah, cepat Hana...”
Hana menelan air liur. Aduh, macam mana nak panjat ni?
“Cepatlahhh!”
“Yelah-yelah...” Hana menjawab perlahan sebelum menyentuh pagar dawai tersebut. Dengan hati-hati, dia mengangkat kaki lalu disendalkan pada dawai tersebut.
“Errrr!” Hana bersuara kalut apabila pagar dawai itu mula bergoyang.
“Hati-hati Hana...”
Hana tidak menjawab. Dengan berhati-hati, dia memanjat pagar tersebut sehingga ke atas.
Hana memejamkan mata ketika dia melihat ke bawah. Gayat!
“Wei, jangan pejam matalah!” Telinga menangkap suara Nor di bawah.
Spontan Hana membuka mata.
“Ish! Bising betullah mak cik ni. Jaga-jaga. Aku nak lompat sekarang ni...”
Hana menelan air liur beberapa kali sebelum dia akhirnya melompat.
Debuk!
“Adehhh...” Hana mengerang perlahan.
“Kau okey ke ni?” Nor bertanya agak menggelabah apabila Hana memegang kakinya.
“Aku..okey..sikit je..aduhh!” Hana berkata lagi sambil mengerutkan dahi ketika dia mahu berdiri. Nor, Jijah dan Pok Ja dah tayang muka cuak.
“Boleh jalan?”
Hana mengangguk namun dahi turut berkerut menahan sakit.
“Aku rasa kaki kau ni dah terseliuh lah..” Jijah berkata sambil memegang buku lali Hana itu.
“Habis tu nak buat macam mana ni?” Nor bertanya cuak. Dalam kepala dah terbayang wajah nenek yang sedang bercekak pinggang di muka pintu.
“Kau pimpin dia sebelah sana. Aku pegang dia sebelah sini. Pok Ja. Kau bawak beg kitorang...” Arah Jijah lagi.
Hana mengerutkan dahi ketika dia cuba berdiri. Terasa seperti diperhatikan, Hana menoleh ke sebelah.
“Itu..awak ke? Budak lelaki yang berdiri dekat sebelah stor sukan tu, awak?” Hana bertanya tidak percaya.
Hariz tidak menjawab. Dia kemudian berjalan menuju ke ruang tengah. Lantai kayu rumah itu berbunyi sedikit apabila lelaki itu berjalan sebelum remote tv diambil dari atas meja.
Hana diam ketika memikirkan akan hal itu.
“Ta..tak sangka. Aw..awak ni..br..brutal jugak ye...”
Hana mencebik. Sah! memang betullah mamat yang sedang berdiri memandang ke arah mereka ketika mereka fly itu adalah Hariz.
“Eleh, tu dulu. Sekarang ni saya dah jadi budak baik dah...”
Hariz membuat muka. Hana mencebik.
“Dah tu, kenapa awak tak repot pada cikgu yang kitorang fly?” Hana bertanya sambil duduk di sebelah Hariz.
Hariz tidak menjawab. Tumpuannya kini pada skrin tv yang tengah tayang entah cerita apa.
“Hariz, jawablah saya tanya ni...”
Hariz masih mendiamkan diri.
Hana memuncungkan bibir.
“Hah! Jangan-jangan..awak memang betul dah ada hati dengan saya tak? Sebab tu awak tak repot dengan sesiapa? Betul tak?” Hana bertanya agak teruja. Mata tepat merenung wajah lelaki itu.
Hariz sedaya upaya cuba mengekalkan riak muka selambanya walaupun jantung sudah berubah rentak.
“Ja..jangan nak pe..perasan..” Hariz menjawab sebelum bangun.
Hana membuat muka lagi.
“Awak nak ke mana?”
“Ma..mandi...” Hariz menjawab sebelum berlalu dari situ. Entah kenapa, bibir akhirnya mengukir senyum lebar. Hana, kalaulah awak tahu perasaan saya terhadap awak sejak dulu lagi...

            ***

Hana meletakkan telefon bimbitnya di atas meja solek di dalam bilik Haziah. Baru lepas telefon Mak Emah memberitahu yang dia bermalam di rumah kawan. Malas nak sakit kepala cerita semua. Lagi pun papa dan mama bukan kisah pun dia ada atau tak kat rumah tu.
“Kakak, jom turun makan...”
Hana menoleh memandang ke arah Haziah yang sudah menunggunya di muka pintu. Hana berdiri sebelum memandang wajahnya pada cermin meja solek buat kali terakhir sebelum melangkah mengekori Haziah menuju ke dapur.
“Abang mana?” Hana bertanya ketika mereka berjalan menuruni tangga kayu untuk ke dapur.
“Ada kat dapur...”
“Ohh!”  Hana terdiam buat seketika.
“Wah, sedapnya bau...” Haziah menerpa ke meja makan yang sudah terhidang dengan segala macam lauk pauk.
“Haziah, tolong mak ambil air sirap dalam peti tu...”
“Okey...”
“Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke mak cik?” Hana bertanya.
Mak Tina hanya tersenyum.
“Tak apalah Hana. Dah nak siap ni. Tinggal tunggu Hariz bawa air basuh tangan tu je...”
Hana mengalihkan pandangan ketika terdengar suara gelak ketawa Haziah sebelum muncul gadis itu bersama Hariz.
Hana menggigit bibir sambil tunduk merenung meja apabila Hariz memandang ke arahnya.
Hariz memandang ke arah Hana tanpa berkelip. Rambut gadis separas bahu itu diikat tocang melekat sebelum mata jatuh pada baju kurung kedah dan kain batik yang tersarung pada tubuh gadis itu.
“Abang...” Hariz tersedar apabila Haziah menyiku lengannya sambil tergelak kecil. Merona wajah Hariz apabila terdengar gelak ketawa adiknya itu.
“Dah. Cepat makan. Nanti nak masuk waktu magrib pulak..”
Hana menarik kerusi sebelum duduk di sebelah Haziah.
“Abang baca doa...”
Hariz mengangkat tangan membacakan doa makan. Hana hanya diam ketika mendengar bacaan doa oleh lelaki itu. Sangat merdu dan yang peliknya, bacaan itu lancar je.
“Makan Hana. Ambil lauk tu. Mak cik minta maaflah kalau lauk ni Hana tak makan...”
“Eh tak pe mak cik. Dulu masa duduk dengan arwah nenek pun, nenek masak macam ni jugak..”
Hariz hanya menjeling dengan hujung mata ketika menyuap nasi ke mulut.
“Hana orang mana?” Mak Tina bertanya.
“Saya orang KL. Tapi dibesarkan oleh arwah nenek saya.”
“Ohh, arwah nenek Hana duduk mana dulu?”
Hana tersenyum kecil. Air liur ditelan perlahan.
“Arwah nenek duduk dekat jalan Tok Bali. Nenek Mak Noh.”
“Nenek Mak Noh? Subahanallah. Jadi kamu ni cucu Mak Noh tu lah? Yang dulu selalu ajar orang mengaji tu?”
Hana hanya mengangguk sambil tersenyum. Sempat dia menjeling memandang ke arah Hariz. Lelaki itu membalas pandangannya. Riak wajah lelaki itu tenang. Hana tunduk sebelum kembali menyuap nasi ke mulut.

           ***

Hana menarik nafas panjang ketika kaki melangkah keluar menuju ke beranda rumah kayu tersebut. Mata memandang ke arah bulan yang kelihatan terang pada malam itu. Sesekali bunyi unggas dan suara katak bersilih ganti. Hmmm. Dah lama tak rasa suasana kampung macam ni.
“Aduhhh!” Spontan Hana menyentuh pipi yang terasa sakit. Apa benda ni? Hana memandang sekeliling.
Pap!
“Aduhhh!” Hana menoleh ke bawah pulak. Bibir digetap tanda geram. Mamat jual mahal tu rupanya.
“Awak baling saya dengan apa? Sakitlah!”
Hariz yang sedang berbaring di atas pankin di bawah menunjukkan beberapa biji batu kecil di tangannya.
Bulat mata Hana ketika merenung batu yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Batu dia baling ke aku? Kejam betul!
“Sampai hati awak baling batu dekat saya? Tak sayang saya ke? Lain kali balinglah bunga ke, baru romantik sikit...” Hana menggumam sambil duduk di beranda tersebut. Dagu ditongkat dengan sebelah tangan sambil mata memandang ke arah Hariz di bawah. Kalau ikutkan hati, mahu je dia turun ke bawah. Tapi segan pulak dengan Mak Tina kat dalam tu. Nanti apa pulak dia kata. Sibuk mengendeng dengan anak teruna dia pulak.
Hariz tidak berkata apa-apa.
Hana turut sama mendiamkan diri. Dia kembali memandang ke arah langit. Dalam hati sibuk mengira bintang di langit.
Brrr!
Telefon bimbit yang diletakkan di atas tembuk separas pinggang itu dijeling dengan sebelah mata. Lambat-lambat dia mencapai telefon itu dan skrin disentuh. Dahi Hana berkerut buat seketika sebelum dia menjeling ke bawah. Mata kembali membaca mesej yang tertera di skrin.
‘Tengok apa tu? Khusyuk sangat?’
Laju jari Hana membalas mesej yang dihantar oleh Hariz.
Tengah kira bintang. J
Hariz dibawa hampir mengukir senyuman ketika membaca mesej yang dihantar oleh Hana itu.
‘Berapa banyak dah bintang yang awak kira tu?’
Giliran Hana pula tersenyum.
‘Bintang kat langit tu banyak.
Tapi bintang di hati saya satu je... J
Hana menjeling ke bawah ingin melihat wajah Hariz ketika itu.
Hariz menjeling ke atas. Dia bergerak ke sebelah, cuba menghalang dari pandangan mata Hana.
Hana mencebik. Eleh. Nak sorok konon. Hana kembali memandang ke langit. Tenang sungguh malam ini.
Brrr!
Skrin disentuh lagi.
‘Yeke? Siapa bintang di hati awak tu?’
Hana menggigit bibir sambil tersenyum.
‘Hmm, awaklah...’ Hana membalas sambil memandang ke bawah.
Hariz tersenyum lagi.
‘Yeke?’
Hana memuncungkan bibir. Tak percaya pulak dia.
‘Betullah.
Tak percaya pulak ke? L
Hariz menggelengkan kepala. Hana, Hana.
Hana menarik nafas panjang. Skrin telefon disentuh lagi.
‘Hariz...’
‘Hmmm...’
‘Kenapa awak bawa saya ke sini?’
Hariz mengambil masa selama beberapa minit untuk membalas mesej yang dihantar oleh Hana itu. Dalam hati terselit rasa bimbang. Barangkali Hana tak selesa berada di rumahnya. Maklumlah, Hana anak orang berada. Pasti tak betah duduk di rumah kayunya ini. Dia hampir tidak terfikir akan hal itu tadi.
‘Kenapa? Awak tak suka ya?
Tak selesa ya. Maaf ya Hana.
Saya tak terfikir pasal hal ni..’
Hana mengerutkan dahi ketika membaca mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Spontan dia menjenguk ke bawah. Kelihatan Hariz sedang merenung jauh seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
‘Eh, awak jangan salah faham.
Saya tak bermaksud macam tu.
Saya suka datang sini. Tenang je.
Tempat ini mengingatkan saya pada rumah arwah nenek saya.
Lagi pun bila datang sini macam balik kampung je rasa.
Awak jangan salah faham ye. Saya cuma tanya je.’
Hariz merenung lama skrin telefon bimbitnya. Dia menarik nafas lega.
‘Betul ni? Awak tak menyesal datang sini?’
‘Betullah. Mak awak baik. Adik awak pun baik. Saya suka.. J
Hariz kembali tersenyum.
Yeke? Hmm. Tadi mak saya banyak tanya pasal awak.’
Bulat mata Hana ketika membaca mesej yang dihantar oleh Hariz itu. Mahu sahaja dia turun mendapatkan lelaki itu untuk bertanya namun dia cuba menahan diri. Sabar Hana sabar.
‘Yeke? Mak awak tanya apa?’
‘Hmm, mak saya tanya macam-macamlah..’
‘Dah tu awak jawab apa?’
‘Hmm, rahsia...’
Hana mencebik. Dia menjeling ke bawah. Eeeeee! Main-main pulak mamat ni.
‘Cepatlah Hariz. Saya merajuk kang.. L
Hariz ketawa kecil.
‘Merajuklah. Tak hairan pun.’
Hana membuat muka. Mamat ni betullah tak ada perasaan langsung.
‘Sampai hati awak.. L
Hariz ketawa lagi.
‘Hana...’
Hana menegakkan badan ketika membaca mesej sepatah yang dihantar oleh lelaki itu. Dia memandang ke bawah. Hariz sedang memandang ke arahnya. Hana menelan air liur. Dada dah terasa berdegup kencang.
‘Kenapa?’
Jantung Hana berdebar menanti balasan mesej dari lelaki itu.
‘Awak tak menyesal ke?
Awak dah tahu saya bagaimana.
Keluarga saya. Saya tak macam awak...’
Hana hanya merenung mesej yang terpapar di skrin telefonnya itu. Dia terdiam buat seketika.
‘Hariz, saya tak kisah dengan semua tu.
Bagi saya semua tu tak penting.
Apa yang ada pada saya dan pada awak tu bukan kita yang minta.
Cukuplah kalau awak ikhlas dengan saya.
Saya ikhlas dengan awak. Saya sayang awak...’
Lama Hariz memandang skrin telefonnya. Dia tahu Hana sedang memandang ke arahnya.
‘Hana, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya...’
Hana tersenyum lebar. Rasa mahu sahaja dia melompat dan menjerit keriangan. Hariz, saya sayang awaklah!
Bersambung...