RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, August 14, 2014

Bab 8 : Nak Jadi Kekasih Saya?

 Bab 8


 “Jom pergi makan. Laparlah...”
“Kau per..pergilah du..dulu. Nan..nanti aku da..datang..” Hariz berkata sambil mengemas peralatan melukisnya lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Boy yang sudah mula berdiri di sebelahnya itu mula melangkah sambil berbual-bual dengan beberapa teman yang lain.
Hariz memandang sekeliling. Dewan kuliah hampir kosong. Tangan menyeluk poket seluarnya sebelum telefon bimbit dikeluarkan. Dahi mula berkerut apabila melihat skrin telefon bimbitnya. Kosong tanpa sebarang mesej dan panggilan telefon. Dah masuk hari ketiga!
Hariz menggaru dahi yang tidak gatal. Apa nak buat ni? Nak mesej dulu ke? Nak cakap apa? Aduhh! Boleh bikin sakit kepala macam ni.
Dengan langkah perlahan, Hariz berjalan keluar dari dewan tersebut. Sesekali dia memandang sekeliling. Mana tahu Hana ada tunggu dekat mana-mana ke? Tak ada! Hati mula rasa sesuatu ketika kaki di hala menuju ke tempat dia meletakkan motornya. Tak ada mood pula mahu ke kafe. Balik bungkus diri dalam selimut lagi baik.
Langkah kaki terhenti seketika. Dia menggosok matanya berkali-kali. Biar betul? Macam tak percaya je. Bibir tak mampu nak tahan dari tersenyum apabila melihat Hana sedang menunggunya di bawah pokok tempat dia meletakkan motornya pagi tadi. Dia membetulkan kedudukan baju dan meraup rambutnya ke belakang sebelum kembali melangkah menuju ke arah gadis itu. Riak wajah sedaya upaya dikekalkan seperti biasa.
Hana menoleh apabila telinga menangkap bunyi kasut bergeser dengan jalan tar di belakangnya.
Senyap.
Hana tunduk merenung jalan tar. Dia tak pasti sama ada Hariz masih marah atau tidak padanya. Lagi pun, entah kenapa lidah terasa kelu nak memulakan bicara. Tiga hari tak jumpa. Rindu tu jangan cakaplah. Tapi kalau Hariz benar-benar maksudkan kata-katanya tempoh hari, dia tak ada pilihan dan mungkin hari ini merupakan hari terakhir mereka berjumpa.
Hariz turut sama terdiam. Mulut terasa ringan mahu bertanya ke mana gadis itu menghilangkan diri namun dia malu. Lagi pun Hana mungkin masih marah padanya lagi.
“Awak...”
“Aw...”
Hariz dan Hana saling berpandangan apabila mereka sama-sama membuka mulut secara serentak. Spontan senyum terukir di bibir masing-masing.
Sorry...”
“Ta..tak pe..”
Hana mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Hariz.
Hariz hanya memandang apa yang dihulurkan oleh gadis itu kepadanya.
“Untuk awak, sebagai tanda minta maaf. Dan saya juga nak cakap yang ini merupakan kali terakhir kita akan jumpa. Lepas ni..saya takkan datang cari awak lagi...”
Jantung Hariz hampir berhenti apabila mendengar kata-kata gadis itu. Entah kenapa dada terasa sakit.
Hana berjalan menghampiri lelaki itu apabila Hariz kekal tidak bergerak. Tangan lelaki itu dicapai.
“Saya tak tahu awak suka coklat ke tak. Tapi coklat ni favourite saya. Saya harap awak boleh maafkan saya. Lepas ni saya janji saya takkan kacau awak lagi...” Hana berkata sambil meletakkan sekeping coklat di tapak tangan lelaki itu. Hariz hanya memandang.
Take care awak. Bye...” Hana berkata perlahan sambil tersenyum sedih sebelum berpusing dan melangkah mahu meninggalkan tempat itu.
Hariz tunduk merenung coklat di tangannya itu. Dia memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam. Hariz, kau nak tunggu apa lagi?!
“Hana...”
Hana berhenti melangkah sebelum berpusing. Hana mengangkat kepala memandang ke arah lelaki itu dengan raut wajah penuh tanda tanya.
“Ja..jangan per..pergi...” Hariz berkata perlahan. Sangat perlahan sehingga Hana pasti yang hanya dia sahaja yang mampu mendengar kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Hana tunduk sebelum senyum terukir di bibir.
                                               ***

“Kat sini rupanya awak. Puas saya cari. Kenapa tak balas mesej saya?” Hana bercekak pinggang ketika berdiri di hadapan lelaki itu.
Hariz yang masih leka menulis sesuatu pada buku latihannya itu tidak mengendahkan.
Ceh. Jual mahal lagi mamat ni. Hana mencebik sebelum duduk di sebelah lelaki itu. Earphone yang tersumbat di kedua-dua belah telinga lelaki itu ditarik sebelah.
Hariz menoleh.
“Awak dengar tak saya tanya apa tadi?”
“Ap..apa?”
Hana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Kenapa tak balas mesej saya?”
Hariz kembali memandang buku notanya.
“Ba...bateri ha..habis...”
Hana mencebik. Entah iya ke tidak tu. Entah-entah sengaja tak nak balas. Namun dia tidak berkata apa-apa. Malas nak bertekak. Mamat ni bukan boleh kira. Sensitif mengalahkan perempuan. Merajuk kang susah pulak nak pujuk.
“Awak buat apa tu?Assignment?” Hana bertanya sambil memandang ke arah buku nota yang sedang ditulis oleh lelaki itu. Earphone yang tadinya tersumbat di telinga Hariz, disumbat pula ke telinganya. Kening berkerut seribu! Erk! Mamat ni layan lagu Siti Nurhaliza?!
“Hmm...” Hariz menjawab malas.
Hana yang masih terkejut dengan penemuan terbaru tentang tabiat pelik si Hariz itu kembali memutarkan bebola matanya ke atas. Aci nak buat malas layan pulak ye.
Hariz yang terasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang itu, berhenti menulis. Dia menoleh ke sebelah.
Hana menayangkan senyum manis apabila Hariz memandang ke arahnya.
“Apa?”
Hana menggelengkan kepala. Ralit tengok mamat ni menulis sampai tak sedar dia dah usha mamat ni dekat sepuluh minit. Huh! Dugaan betul kalau duduk dekat lelaki kacak ni. Susah nak tumpukan perhatian.
“Bu..buat ker...kerja awak. Ja..jangan ka..kacau saya...” Hariz berkata sebelum kembali memandang notanya.
Hana membuat muka namun tidak berkata apa-apa. Bibir tanpa sedar menyanyikan lagu yang tengah berdentum di telinganya.
“Rindu… telah melekat dalam hatiku. Walau awan berlalu. Rinduku… tak berubah… arah..”
Hariz menoleh apabila telinga menangkap suara di sebelah.
Hana turut sama menoleh. Kening terangkat sebelah sambil bibir mengukir senyum penuh makna.
“Apa? Saya nyanyi ikut lirik lagu awak ni je...”
Hariz kembali memandang nota di tangan. Entah kenapa jantung dah terasa lain macam.
Hana hanya tersenyum apabila melihat ada perubahan di wajah lelaki itu. Full scape paper ditarik keluar dari beg tangannya lalu ditindih pada buku rujukan kimia. Tangan sebelah lagi sibuk menyelak tutorial business mathematics yang perlu dia siapkan. Date line dah tinggal tiga hari. Kalau tak buat sekarang, mahu kelam kabut nanti. Sudahlah minggu depan banyak pembentangan.
Hampir dua jam mereka duduk bertapa di bawah pokok besar berdekatan dengan Fakulti Kesenian dan Kebudayaan itu. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Hariz sibuk dengan nota subjek seninya manakala Hana pula berkerut dengan tutorial business mathematicsnya. Playlist yang datangnya dari MP3 milik Hariz pula dah empat lima kali putar lagu yang sama. Layannn!
Hana menggeliat perlahan. Kepala dah mula terasa nak berasap. Soalan pun tinggal seketul dua je. Tangan sesekali membetulkan kedudukan earphone di telinga yang tengah berdentum dengan lagu Biarlah Rahsia. Barulah dia tahu yang Hariz si mamat suka jual mahal ni kipas –susah-mati Siti Nurhaliza. Telinga dah naik berdengung dengan lagu-lagu Siti pun. Tapi bila dah duduk melepak berdua di bawah pohon asmara ni sambil layan lagu Siti, rasa romantiklah pulak. Hiks. Hana tersenyum sendiri sebelum mata di hala ke sebelah.
Hariz masih tekun menulis sesuatu. Entah apalah yang mamat ni tengah buat sejak dari tadi tak habis-habis. Panjang betul essay yang mamat tu tulis. Entah apalah yang dia tulis tu. Hana memanjangkan leher mahu membaca apa yang ditulis oleh lelaki itu. Aduhh! Kecik bebenor tulisan mamat ni. Sakit mata dia nak tengok. Ish!
Hana masih merenung ke sebelah namun pandangan matanya bukan lagi tertumpu pada essay panjang lebar berkajang-kajang yang di tulis oleh lelaki itu. Pandangannya kini tertumpu pada wajah lelaki itu pula. Hurmmm! Bukan senang nak usha mamat ni dari dekat. Peluang macam ni tak harus dilepaskan.
Perasaan Hana terbuai-buai mengikut alunan rambut depan lelaki itu ketika angin bertiup lembut, membuatkan wajah lelaki itu kelihatan seksi di matanya. Hana menggigit bibir buat seketika. Dia memandang wajah lelaki itu dengan teliti. Hmmmm. Hariz ni kalau tengah berjambang serabai ni pun dah handsome, macam manalah agaknya kalau dia bercukur habis? Mesti lagi handsome. Macam Orlando Bloom?
Hariz mengerutkan dahi sebelum menoleh.
Bulat mata Hana apabila lelaki itu merenung tajam ke arahnya. Cepat-cepat dia menurunkan tangan. Errrr! Baru nak sentuh jambang serabut mamat tu. Dah kena fire dengan mata seksi dia. Tak sporting langsung. Hana menggumam sendiri. Dia kembali memandang tutorialnya. Kepala dah tak boleh nak sumbat lagi. Tepu dah ni.
Hana membuang pandangan ke sekeliling. Suasana ketika itu agak redup dan berangin. Jam di tangan dijeling sekilas. Dah pukul lima rupanya. Patutlah redup semacam je. Hana menggigit jari sebelum kembali memandang ke arah Hariz di sebelah. Berkerut dahi apabila melihat rambut depan lelaki itu terjuntai ke tepi. Ish! Dia yang tengok pun naik rimas.
“Awak...”
“Hmm...”
“Banyak lagi ke tak siap tu?”
“Hmmm...”
Hana menjulingkan biji mata. Susah betul nak dengar suara tu keluar dari mulut. Ada intan berlian ke dalam mulut tu?
“Sambung nanti boleh?”
Hariz menoleh.
“Sambung nanti eh. Sekarang teman saya kejap...” Hana terus berdiri sebelum menarik tangan lelaki itu.
“Per..pergi mana?”
“Adalah...”
                                                                                           ***

“A...awak na..nak buat ap..apa ni?” Hariz bersuara perlahan namun penuh amaran. Hana buat muka tak bersalah.
“Tak ada apa. Saya rimaslah tengok awak macam tak bergunting dekat setahun. Jadi hari ni saya bawa awak ke sini. Suka tak?” Hana mengangkat kening. Hariz merenung tajam ke arah gadis itu namun Hana buat tak kisah. Dia memandang sekeliling sebelum memanggil salah seorang pekerja di salon tersebut.
“Bang, sini kejap...”
Pekerja yang mengenakan uniform serba hitam itu berjalan ke arahnya.
“Bang, saya nak abang potong rambut kawan saya ni cantik-cantik ye. Lepas tu jambang serabut dia tu abang cukur habis...eh, mana pulak mamat ni pergi?” Hana menoleh apabila menyedari yang Hariz tiada di sisinya.
“Kejap eh. Kawan saya tu pemalu sikit orangnya...” Hana berkata sebelum keluar tergesa-gesa dari salon tersebut.
“Hariz....” Hana memanggil nama lelaki itu apabila menyedari yang lelaki itu cuba meninggalkan tempat itu.
“Awak nak pergi mana?” Lengan baju lelaki itu ditarik perlahan.
Hariz menepis perlahan namun masih tidak berhenti melangkah.
“Awak...” Hana cepat-cepat berjalan laju dan berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.
“Awak nak pergi mana ni?”
“Ba..balik...”
“Nantilah...” Lengan lelaki itu ditarik perlahan namun sekali lagi Hariz menepis.
“Yang awak nak marah-marah ni kenapa? Salah ke kalau saya nak awak nampak kemas sikit. Ye ye memang tak dinafikan yang awak memang handsome dengan gaya macam ni tapi saya rimaslah tengok rambut awak terjuntai macam tu. Kita potong sikit eh. Lepas tu kalau awak tak nak shave jambang awak tu, kita trim kasi kemas sikit, boleh?”
Hariz memejamkan mata. Sakitnyalah kepala.
Please....” Hana berkata separuh memujuk sambil tayang muka comel.
Hariz mengerutkan dahi. Jantung dah terasa berubah rentak buat kesekian kalinya.
“Jom. Awak baik kan...” Lengan lelaki itu ditarik kembali menuju ke dalam salon tersebut.

                 ***

“So, macam mana?” Hana bertanya agak teruja.
“Err...” Boy memandang ke arah Hana dengan teragak-agak sebelum kembali memandang ke arah Hariz yang kelihatan seperti telah dipaksa mandi bunga itu.
Hariz merenungnya tajam seolah-olah memberi amaran tanpa suara kepadanya supaya jangan berani-berani nak komen apa-apa.
“Okey tak?” Hana bertanya lagi tidak sabar.
“Errr. Okey...kot.” Boy menjawab sambil mata memandang ke arah Hariz yang masih merenungnya tajam.
“Ha see. Kan saya dah cakap okey. Boy pun kata okey. So awak tak payahlah risau sangat...” Hana berkata sambil tersenyum puas. Barulah sedap mata memandang apabila rambut panjang serabai si Hariz tu dah dipotong kemas manakala jambang kesayangan si mamat tu pun dah trim baik punya. Itu pun bukan main bersilat lagi masa dalam salon tu. Itu tak boleh, ini tak nak. Cerewet mengalahkan perempuan. Tapi hasilnya wallah! Macam Orlando Bloom.
“Okeylah. Saya nak balik dulu. Jumpa esok. Bye Boy...” Hana berkata sebelum membuka pintu keretanya.
Boy membalas lambaian tangan Hana ketika gadis itu memecut meninggalkan halaman rumah sewa mereka itu.
“Di..diam...”
“Apa? Aku tak cakap apa-apa pun.” Boy berkata cuba menahan senyum sebelum dia melangkah mengekori Hariz yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah itu.

                 ***

“Pssssst...tengok tu...”
“Tu bukan Hariz budak art tu ke...”
“Lainnya dia...”
Hariz membetulkan letak tubuh di kerusi itu. Tangan meraba poket seluarnya. Damn! MP3 tertinggal dekat bilik pulak. Mata masih fokus memandang halaman buku yang dibacanya walaupun satu ayat pun tak masuk dalam kepala.
“Hai awak...”
Hariz menjeling Hana sebelum meneruskan bacaannya.
 Hana mengerutkan dahi. Ni apa kes pagi-pagi buta nak main jeling-jeling ni.
“Awak baca buku apa tu?” Hana cuba mengambil buku tersebut dari tangan lelaki itu namun Hariz mengelak. Hana mencebik. Ceh! Sombong betul mamat ni.
“Awak tak ada kelas ke hari ni?” Hana bertanya lagi namun lelaki itu masih mendiamkan diri. Ni apa kes aci tak nak bukak mulut ni?
“Hariz...” Hana membuat muka.
Hariz merenung tajam ke arahnya. Hana memuncungkan bibir. Dia tunduk sebelum mengeluarkan buku notanya. Ada kerja yang belum disiapkan. Lagi pun kelas pukul 10 nanti prof nak buat kuiz.
Handsomenya dia...”
“Betullah. Kenapa selama ni aku boleh tak perasan?”
“Tengok mata dia. Seksinya...bibir dia..”
Hana mengangkat kepala memandang sekeliling. Dahi berkerut lagi apabila telinga asyik menangkap suara-suara soksek dan bisikan di sekelilingnya. Hana kembali memandang pada halaman notanya.
“Nama dia Hariz kan?”
Pen yang berlari laju di atas halaman muka surat buku notanya itu terhenti. Hariz? Dia orang cakap pasal Hariz?
Hana menegakkan badan sebelum kembali memandang sekeliling. Rata-rata ramai pelajar perempuan sedang memandang ke arahnya, atau lebih tepat lagi sedang memandang ke arah Hariz.
Hana menoleh memandang ke arah Hariz yang sedang khusyuk membaca bukunya walaupun sesekali dahi lelaki itu berkerut seribu.
“Kan best kalau aku ada boyfriend handsome macam tu...”
Hana mengetap bibir. Serta merta hati terasa sakit. Telinga pun dah naik berasap je apabila kata-kata tersebut menerjah ke gegendang telinganya. Api cemburu mula membuak-buak di dalam dirinya. Dia meletakkan pen sebelum berpusing. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, telinga menangkap bunyi di sebelah. Spontan dia menoleh.
“Awak nak ke mana?” Hana bertanya apabila melihat Hariz sudah pun menyimpan bukunya di dalam beg dan berdiri.
“Stu..studio...” Perlahan sahaja suara lelaki itu namun masih mampu ditangkap oleh telinga Hana.
“Awak...tunggulah saya..” Kelam kabut Hana mengemas buku-bukunya sebelum bergegas berjalan mengekori Hariz yang sudah laju ke depan.
Hana menggigit jari. Buku nota yang terbuka di hadapannya itu dipandang sepi. Pen di tangan diputar-putar tanpa sedar. Kepala ligat berfikir. Tangan pula tanpa sedar menconteng sesuatu pada buku notanya itu.
Misi : Pikat Hati dia.
Status : Berjaya/ Tidak berjaya.
Hana menjeling ke arah Hariz yang sedang tekun menulis sesuatu pada buku latihannya. Barangkali sedang membuat nota atau tugasan. Dia kembali memandang halaman buku nota yang baru separuh siap itu. Kepala cuba menumpukan sepenuh perhatian namun gagal. Telinga ni asyik terngiang-ngiang je akan kata-kata para pelajar perempuan di kafe tersebut. Nampaknya dia dah ramai pesaing. Ini tak boleh jadi ni. Dia mesti buat sesuatu!
Hana menolak kerusi yang didudukinya ke belakang sebelum dia berdiri dan berjalan perlahan menuju ke arah Hariz yang masih tekun dengan kerjanya itu. Sempat dia menjeling ke arah sekumpulan pelajar senior yang sedang berkumpul di meja hujung. Barangkali mereka sedang membuat tugasan kumpulan. Hana kembali memandang ke arah Hariz. Tiba-tiba jantung berasa berdebar.
“Hariz....” Hana bersuara lembut. Kerusi di hadapan lelaki itu ditarik perlahan sebelum dia melabuhkan tubuh.
Hariz menjeling dengan hujung mata namun kepala masih tidak diangkat dari halaman buku notanya itu.
Hana menggigit bibir. Hai, berdebar pulak jantung hatiku ini.
“Hmmm, saya nak tanya sesuatu, boleh?”
Hariz masih tidak memberikan reaksi namun Hana tahu, Hariz sedang mendengar.
Hana berdehem beberapa kali. Aduh! Dah kenapa nak rasa gementar ni?
“Errr...awak jangan marah ye...”
Hariz masih tekun menulis. Hana menggigit bibir. Dia menarik nafas dalam-dalam. Ah! Cakap jelah. Apa nak jadi pun jadilah. Dia tak kira!
“Awak...errr. Nak jadi kekasih saya tak?”
Pen yang sedang laju berlari di atas halaman nota separuh penuhnya itu terhenti. Tubuh Hariz menjadi keras kaku. Dia salah dengar ke?
Hana menggigit bibir sambil memandang ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan biasa. Barangkali lelaki itu tidak mendengar akan pertanyaannya itu. Haila! Nak kena propose sekali lagi ke apa ni? Wajah Hana dan mula terasa tebal.
“Awak...dengar tak apa saya tanya tadi?” Hana bertanya lagi. Tolonglah jawab ya sebab saya malu gila nak ulang sekali lagi!
Hariz masih tidak memberikan sebarang reaksi.
“Hariz, dengar tak ni? Awak nak tak jadi kekasih saya, hmmm?”
Perlahan-lahan Hariz mengangkat muka memandang ke arah Hana. Hana tunduk. Muka dah terasa kemerahan namun sempat dia menjeling ke arah lelaki itu, cuba membaca riak wajah Hariz.
Hariz menarik nafas perlahan sebelum kembali menyambung menulis pada buku notanya itu.
Hana seperti tidak percaya yang lelaki itu boleh buat dek je lepas apa yang telah dia luahkan? Helo? Dia sikit punya susah nak buat proposal macam tu, mamat ni boleh jual mahal macam tu je??!
“Hariz, jawablah...”
Senyap.
Hana membuat muka. Rasa geram mula menguasai diri lantas dia menarik pen yang digunakan oleh lelaki itu sehingga menghasilkan satu garisan panjang pada nota lelaki itu.
Hariz mengangkat muka memandang ke arah Hana. Tiada renungan tajam seperti selalu. Hana turut sama membalas pandangan lelaki itu. Jantung kembali bertukar rentak. Gulp!
Hariz bangun. Buku-buku rujukan serta peralatan melukis yang dikeluarkan sebentar tadi, dimasukkan kembali ke dalam beg sandangnya. Hana hanya memandang perbuatan lelaki itu.
“Awak nak pergi mana...” Hana bertanya perlahan namun Hariz tidak menjawab.
“Hariz....” Hana turut sama berdiri sebelum melangkah mengekori lelaki itu. Dia tak fahamlah apa sebenarnya yang tak kena dengan mamat ni?
“Hariz....” Lengan baju lelaki itu ditarik perlahan.
Langkah kaki Hariz terhenti namun Hariz tidak berpusing.
Hana melangkah perlahan di hadapan lelaki itu.
Dada Hariz mula berubah rentak.
“Awak...tak suka saya?” Hana bertanya perlahan.
Wajah Hariz sudah mula bertukar warna namun dia sedaya upaya mengekalkan riak wajah selambanya.
“Sa..saya tak ma..macam o..orang la..lain..” Hariz akhirnya bersuara.
Hana mengangkat kepala. Wajah lelaki itu direnung dalam-dalam.
Hariz berdehem perlahan. Muka dah terasa merah padam.
“Kalau saya cakap saya tak kisah?”
Hariz memandang tepat ke wajah Hana yang turut memandang ke arahnya itu.
“Sa..saya tak ro..romantik...” Hariz berkata lagi. Wajah lelaki itu semakin merah padam.
Hana cuba menahan senyum. Comelnya bila tengok Hariz macam ni. Heeeee!
“Saya tak kisah...”
“Sa..saya tak pan..pandai la..layan pe..perempuan...”
“Itu lagi bagus. Awak layan saya je pun dah cukup...”
Hariz hanya memandang Hana. Hana mengangkat kening sambil tersenyum penuh makna.
“Sa..saya ta..tak ber..berharta...”
I don’t care.”
“Sa..saya se..selalu si..sibuk...”
“Takpe. Saya boleh menyibuk. Itu memang kepakaran saya...”
“Sa..saya ada mo..motor bu..buruk je.”
“Yeke? Saya lagi sedih. Basikal pun saya tak de...”
Hariz terdiam. Dia hanya merenung wajah gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu tanpa mampu berkata apa-apa lagi.
“Aw..awak serius?”
Hana mengangguk.
“Saya tak pernah main-main kalau ia melibatkan hati dan perasaan. Saya errr suka awak...” Hana berkata perlahan. Muka dah terasa membahang.
Hariz tunduk. Muka turut sama berubah.
“Aw...tak me..menyesal?”
“Saya akan menyesal kalau saya tak offer awak jadi boyfriend saya.” Hana menjawab sambil mengangkat kening.
Hariz hanya mampu memandang wajah gadis itu. Entah kenapa, hati terasa luar biasa ringan.
Status : Berjaya!
Bersambung...

2 140 tukang karut:

Anonymous said...

Best!!best!!suka sgt n3 terbaru ni...beraninya hana propose dekat hariz...wahhh x sabarnya nk baca sambungan kisah hariz ngan hana ni...but anyway good gob cik writer mmg best citer ni

Anonymous said...

apa yg hariz dgn boy rahsiakan...nak tau jugak....

Post a Comment