RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, August 7, 2014

Bab 7 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 7


Hana mengurut leher yang terasa lenguh. Dekat tiga jam dia bertapa di dalam makmal kimia hari ni. Fuhh, mahu berasap kepala. Report pula sure-sure bertimbun-timbun dia kena siapkan. Arghhh! Bila nak cuti sem ni?
Langkah kaki Hana terhenti. Mata masih merenung ke depan seolah-olah menanti sesuatu yang bakal berlaku.
Hariz turut sama berhenti melangkah. Entah kenapa dia rasa janggal ketika itu. Errr, apa nak buat? Jalan terus dan buat-buat tak nampak? Nak tegur atau tak? Kalau nak tegur, nak cakap apa?
Hana masih menanti sebarang reaksi dari lelaki itu. Apabila merasakan yang lelaki itu tidak memberikan sebarang reaksi, Hana akhirnya meneruskan langkah. Mungkin lelaki itu benar-benar tak nak berkawan dengan dia dan dia pun tak nak memaksa lagi.
So..sorry...
Langkah kaki Hana terhenti. Telinga macam terdengar sesuatu. Dia menoleh ke sebelah.
Hariz tunduk. Muka terasa nak berubah.
Did you say something?” Hana bertanya inginkan kepastian.
Hariz menjeling Hana dengan hujung mata. Hek eleh, nak perli ke apa ni?
No..nothing...” Hariz menjawab sebelum mula melangkah. Hana membulatkan mata apabila lelaki itu mula berjalan melepasinya. Cis! Ingatkan nak pujuk ke apa. Memang hati batu betul mamat ni.
“Hariz....”
Senyum hampir terukir di bibir Hariz.
“Awak..marah ke?” Hana bertanya di sebelah ketika mereka berjalan beriringan.
Hariz tidak memberikan sebarang reaksi.
“Hariz...” Lengan baju lelaki itu ditarik lagi.
Hariz menjeling tajam. Hana buat muka sedih.
Sorrylah...”
“Bu..buat apa kat si..sini?”
Hana melepaskan pegangan di lengan baju lelaki itu.
Hana mengangkat bahu.
“Entah. Dah terbiasa sangat ke sini. Nak jumpa awak, takut awak marah. Yelah, saya kan suka ganggu awak...” Hana berkata separuh merajuk. Gadis itu tunduk sambil memuncungkan bibir.
Hariz cuba sedaya upaya menahan senyum.
“Ta..tak ada kelas?”
Hana mengangkat kepala.
“Baru habis. Awak ada kelas?”
Hariz mengangguk. Hana mengeluh perlahan.
“Ta..tak nak ikut sa..saya ma..masuk ke..kelas ke?”
Hana merenung wajah Hariz dalam-dalam. Mamat ni perli aku ke atau dia memang ajak aku betul-betul ni?
“Awak..perli saya ke?”
Hariz tidak menjawab. Wajah lelaki itu macam biasa, tiada perasaan langsung.
“Awak..tunggulah saya...” Hana kelam kabut mengekori lelaki itu apabila Hariz sudah mula mengatur langkah menuju ke Studio 1.

***

“Wah....” Hampir ternganga Hana dibuatnya apabila mata tak berkelit ketika merenung lukisan yang sedang dihasilkan oleh Hariz.
“Cantiknya. Pandai awak melukis..” Hana tak habis kagum lagi apabila mata masih lagi tertacap pada lukisan separuh siap yang sedang dilukis oleh Hariz itu. Lukisan pemandangan di air terjun di kaki gunung. Memang cantik betul.
“Awak pernah ke pergi tempat ni?” Hana bertanya sambil memandang ke arah Hariz yang masih tekun melukis itu.
“Aduhhh!” Hana memegang pipinya yang ditolak oleh Hariz dengan menggunakan bahagian belakang berusnya. Satu jelingan tajam diberikan oleh gadis itu.
“Ja..jangan ga..ganggu tum..tumpuan saya..”
Hana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Mengaku jelah yang awak tu hampir tergoda dengan kecantikan saya, kan?”
Hariz menjeling namun tidak berkata apa-apa. Tangan lelaki itu masih lincah bekerja di atas kanvas. Hana kembali tekun memerhatikan lelaki itu bekerja.
Hampir dua jam dia berteleku di situ memerhatikan Hariz bekerja tanpa ada sedikit pun rasa jemu. Entah kenapa dia senang melihat lelaki itu begitu walaupun Hariz sikit pun tak hiraukan dia. Entah kenapa dia rasa selesa berada di sisi lelaki itu walaupun Hariz langsung tak bercakap sepatah hatta pandang dia barang sekali pun.
“Me..mengelamun...”
“Ish!” Hana spontan menepis.
“Awak!” Hana menggumam geram apabila terasa hidungnya melekit. Mata merenung belakang tangan. Ada palitan warna hijau di situ. Cepat-cepat Hana membuka beg tangan sebelum cermin muka dikeluarkan.
Hana memandang geram ke arah Hariz yang sedang membasuh tangannya di singki yang terletak di bahagian hujung studio tersebut. Bersungguh-sungguh dia mengelap hidungnya yang sudah diselaputi cat berwarna hijau. Ni mesti mamat ni punya kerja sapu cat dengan berus masa dia tengah syok berangan tadi.
“Nah....”
Hana spontan menyambut sesuatu yang dibaling ke arahnya. Terkebil-kebil mata Hana melihat apa yang berada di tangannya itu.
“Untuk saya ke?” Hana bertanya inginkan kepastian.
Hariz yang sedang membuka penutup air mineral itu tidak menjawab.
Hana tersenyum lebar ketika memandang air kotak yang berada di tangannya itu.
Thanks. You are so sweet...”
Wajah Hariz dah terasa berbahang.
Hana mencucuk penyedut minuman pada air kotak itu sebelum dibawa ke mulut. Dia memandang sekeliling. Rasanya tadi ada dalam lima enam orang tengah lepak dekat depan tu.
“Mana kawan-kawan awak yang lain? Tadi macam ada kat depan tu...”
Hariz menutup semula air mineralnya sebelum diletakkan di atas meja. Apron berwarna hitam yang membaluti tubuhnya itu ditanggalkan melepasi kepala.
Hana yang sedang menyedut air kotaknya itu hanya merenung ke arah Hariz tanpa berkelip. Handsomenyaaaa!
“Dah ba..balik..”
“Ohh, so..awak pun nak balik ke?” Tanya Hana lagi.
“Hmm. Ke..kenapa? A..awak nak ti..tidur sini?”
Hana membuat muka. Sajalah nak perli tu.
“Boleh jugak kalau awak sudi...” Selamba Hana menjawab.
Hariz menjeling lagi.
Ceh, main jeling-jeling pulak. Nasib baik handsome.
“Eh Hariz. Tak balik lagi?”
Spontan Hana dan Hariz menoleh. Prof Azim yang entah muncul dari mana itu menegur.
“Ba..baru nak ba..balik prof..”
Prof Azim memandang ke arah Hana.
Hana menelan air liur. Alamak. Ni bukan ke prof rambut putih hari tu?
“Aaaa. Tak sangka jumpa lagi kat sini...”
Hana hanya tersenyum kelat.
Hariz hanya memandang ke arahnya dengan raut pandangan keliru.
She is your...”
“Ka..kawan..”
Hana mencebik. Laju je nak jawab kawan kan.
“Oh..I thought...”
Hariz berdehem perlahan. Muka dah terasa nak berubah.
“Sa..saya balik du..dulu prof..”
“Yelah. Hati-hati. Dan kamu..siapa nama?”
“Hana...”
“Hmmm Hana. Cantik nama. Macam orangnya juga..”
Hana tersenyum bangga.
“Jumpa lagi Hana. Rajin-rajin datanglah lagi. Nak masuk kelas saya lagi pun boleh...”
Hana tersenyum kelat. Ish prof ni. Perli pulak.
“Errr okey. Jumpa lagi prof...” Hana berkata sebelum mengekori Hariz yang sudah lebih dahulu melangkah keluar dari studio tersebut.
“Prof awak tu sportinglah. Hmmm, rasa macam nak ambik subjek dia je...”
Hariz menjeling tanpa berkata apa-apa.

***

“Kuliah kita tamat pada hari ini. Jangan lupa hantar tutorial yang saya bagi tadi tu, minggu depan...”
Laju Hana mengemas buku-buku dan alat tulisnya sebelum dia bangun. Jam di tangan dijeling lagi.
“Hana, kau nak ke mana tu?”
Spontan Hana menoleh.
“Err, balik?”
“Kita orang tumpang boleh?”
Hana menggaru kepala. Aduh. Macam mana ni?
“Errr. Aku sebenarnya nak...”
“Kenapa? Kau nak jumpa siapa pulak?” Sarina bertanya sambil mata merenung tepat ke wajah Hana.
Hana menelan air liur. Alamak, dia orang ni tahu ke?
“Err, tak de sapa-sapa. Aku ada..errr..discussion group dengan...”
Dicussion group? Kita ada group assignment ke?” Sarina bertanya sambil memandang ke arah Kat. Kat menggelengkan kepala.
“Baik kau cakap, kau nak pergi mana sebenarnya ni?”
Wajah Hana dah terasa nak berubah.
“Errr, betul. Bukan ke aku ada ambil subjek elektif. Errr..business math..ha. Kau orang berdua kan tak ambik subjek tu sem ni. Jadi..errr..esok aku ada presentation. So kena prepare sikit.”
Sarina dan Kat saling berpandangan sebelum mereka kembali memandang ke arah Hana yang sedaya upaya menayangkan riak wajah selamba walaupun dalam hati dah rasa macam nak tercabut jantung.
“Hmm, tak apalah kalau macam tu. Kita orang tumpang Bad je...”
Hana menggigit bibir. Sejak bila pulak dia orang ni rapat balik dengan Bad?
“Hmmm, okey. Aku pergi dulu...” Hana berkata sebelum berlalu dari situ.
“Kau rasa, betul ke dia pergi discussion group?” Tanya Kat sambil memandang ke arah Hana yang kelihatan tergesa-gesa keluar dari bangunan Fakulti Sains dan Teknologi tersebut.
“Nak follow?” Sarina bertanya. Kat memandang ke sebelah sebelum masing-masing tersengih senyum penuh makna.
TOK.TOK.TOK.
“Hariz?” Hana memulas tombol pintu Studio 1 itu sebelum menolak ke dalam. Matanya melilau memandang segenap ruang Studio 1 tersebut. Ramai pelajar senior. Barangkali masing-masing tengah sibuk dengan projek tahun akhir kut.
“Cari sapa?”
Hana menoleh. Mata memandang seorang gadis yang mengenakan t-shirt putih dan jeans di tubuh.
“Hmm, Hariz ada?”
Gadis itu mengerutkan dahi.
“Kenapa nak cari dia?”
Giliran Hana pula mengerutkan dahi. Eh, suka hati lah nak cari siapa pun.
“Saja. Lagi pun dah janji dengan dia nak jumpa kat sini...” Hana menjawab selamba sambil mata memandang ke arah gadis itu, ingin melihat reaksi si gadis.
Berubah sedikit wajah gadis itu.
“Dia...ada kat belakang.”
“Oh okey. Thanks...” Hana berkata sebelum kaki di hala menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh gadis itu. Studio itu rupanya terbahagi kepada dua bahagian. Ruang depan dan ruang belakang. Dia sendiri tak tahu apa beza antara dua ruang tu. Ke macam dapur kering dan dapur basah? Hiks.
Hana memerhatikan setiap pelajar yang berada di situ ketika mata melilau mencari kelibat Hariz. Tak susah kut nak cari si Hariz ni. Yang paling handsome, itu lah dia. Heeeee!
“Hariz. Kat sini rupanya awak. Puas saya cari...” Hana segera menghampiri Hariz ketika lelaki itu sedang sibuk berbincang sesuatu dengan kawannya.
Hariz menoleh. Begitu juga Boy yang berada di sebelahnya.
“A..awak buat ap..apa kat sini?” Hariz bertanya agak terkejut apabila melihat Hana tiba-tiba muncul di situ.
“Cari awaklah. Hmmm, awak buat apa tu?” Hana segera mengalihkan pandangan ke arah kanvas yang telah berdiri tegak di hadapannya. Dahi Hana berkerut. Gambar apa ni?
Hariz dan Boy saling berpandangan. Boy mengangkat kening sebelum sengih mula terukir di bibir. Hariz menjeling namun tidak berkata apa-apa.
“Hana..kan?”
Hana menoleh. Mata memandang ke arah lelaki yang berbaju hitam bertopi putih yang sedang berdiri di sebelah Hariz itu.
How do you know...”
Boy tersengih lagi sebelum memandang penuh makna ke arah Hariz di sebelah. Hana memandang pula pada Hariz.
“Ohh, Hariz cakap ye?”
Hariz membulatkan mata. Spontan dia menoleh ke arah Boy yang sudah mula nak tergelak itu.
“Ja..jangan me..mengarutlah!”
Hana mencebik. Ni apa kes tiba-tiba nak naik angin ni?
“Saya Boy. Cousemate Hariz merangkap kawan baik dan housemate.”
Bersinar-sinar mata Hana apabila mendengar kata-kata Boy itu.
Really? Wahh, tak sangka jumpa sini. Nice to meet you...” Hana menjawab teruja. Hariz kelihatan kurang senang apabila melihat keadaan Hana yang seakan-akan seronok bertemu dengan Boy itu.
“Tak sangka jugak dapat jumpa awak face to face macam ni. Maklumlah, awak kan girl paling top dekat fakulti sains tu...”
“Yeke, tak adalah...” Hana menjawab tersipu malu sambil bibir terukir senyum meleret.
“Aduh...!” Hana menggosok bahu yang seperti sengaja di langgar oleh Hariz itu. Dia merenung tajam ke arah lelaki itu yang sedang mencapai tin berisi water colour yang terletak di hujung bilik tersebut.
“Apa masalah entah...” Hana menggumam sendiri.
“Awak jangan ambik hati. Dia memang macam tu. Angin monsun lagi mudah nak ramal dari angin dia tu..” Boy berbisik sambil memandang ke arah Hariz yang sudah mula membuat campuran warna di atas paletnya itu.
Hana tidak menjawab. Dia kemudian melangkah mendekati Hariz.
“Awak nak buat apa ni?” Hana bertanya lembut seolah-olah ingin mengambil hati lelaki itu.
Hariz tidak menjawab. Tangan sibuk mengacau campuran warna yang telah dibuat itu.
Dahi Hana berkerut apabila lelaki itu kekal diam membisu.
“Hariz...” Hana menarik lengan baju lelaki itu sehingga tanpa sedar membuatkan tangan yang sedang menatang palet itu terlepas dari tangannya.
Hana tergamam apabila melihat palet tersebut sudah telangkup ke lantai. Habis baju lelaki itu turut sama terkena percikan warna tersebut.
Hariz hanya memandang palet yang telah selamat tercium lantai itu tanpa berkata apa-apa.
Hana menjeling wajah lelaki itu takut-takut. Habislah aku!
“Awak, sorrylah....”
Hariz tidak menjawab. Dia mencapai palet tersebut sebelum berdiri. Kain buruk yang tersidai pada palang di dinding bilik tersebut di ambil sebelum dibaling ke arah Hana.
Hampir terpejam mata Hana ketika kain buruk tersebut dilempar ke arahnya.
“Awak...marah ke?” Hana bertanya lagi. Dia memandang ke arah Boy yang turut memandang ke arah mereka itu.
Boy memandang ke arah kain buruk di tangan Hana sebelum pandangan jatuh pada lantai yang dah bertempek cat air warna biru muda itu.
Hana buat muka kasihan ketika memandang ke arah Boy. Boy hanya mampu tayang muka simpati. Tak tahu nak kata apa.
Hana menggigit bibir sebelum berjalan mendekati Hariz yang sibuk entah buat apa itu. Habis semua barang-barang dia humbankan. Macam nak mengamuk pun ada.
“Hariz...” Hana cuba memegang lengan lelaki itu namun Hariz menepis spontan.
Tergamam Hana apabila dilayan sebegitu. Boy yang sedang mewarnakan kanvasnya itu turut sama berhenti.
Sorrylah awak. Saya tak senga..”
“Pe..pergi! A..awak tu me..menyusahkan o..orang je...”
Hana hanya memandang ke arah Hariz yang sedang membelakangkan dia itu. Air mata mula bergenang di tubir mata.
Boy meletakkan palet di atas meja. Kening berkerut apabila melihat apa yang berlaku di hadapannya itu.
Hariz memejamkan mata apabila telinga menangkap bunyi pergerakan di belakang, yang dia tahu Hana telah pun keluar dari bilik tersebut.
Bro, kau apa hal?” Boy bertanya di belakang. Hariz melepaskan keluhan berat sebelum meletakkan berus yang digenggam tadi di atas meja. Kepala mula berserabut tak tahu nak fikir.
“Apa salah dia sampai kau layan dia macam tu sekali?” Suara Boy bergema lagi di belakang.
“Walaupun kau tu kawan baik aku. Tapi kali ni aku tak setuju dengan cara kau layan dia. Menyusahkan? Ayat tu boleh bunuh perasaan oranglah bro...”
Hariz memejamkan mata lagi. Dia tahu yang dia tak sepatutnya melayan Hana seperti itu. Bukan besar mana pun salah gadis tu. Tapi entah kenapa, rasa nak marah tu asyik ada je dalam diri sejak tadi dan dia tak tahu punca. Sumpah dia tak tahu.

                                                                                         *** 

Uhuk!Uhuk!
“Hana okey? Nak minum apa-apa tak?”
Hana memandang ke sebelah. Shawl panjang yang dijadikan selimut untuk membalut tubuh yang terasa tidak selesa itu ditarik ke atas bahu.
“Tak apalah Mak Emah. Hana okey je. Lagi pun perut rasa tak selesa.” Hana  menjawab lemah. Alat kawalan jauh dicapai sebelum punat ditekan berkali-kali. Bosannya!
“Kalau macam tu, Mak Emah masuk dapur dulu. Kalau Hana nak makan apa-apa, bagitahu Mak Emah ye...”
Hana hanya tersenyum lemah sebelum mata kembali memandang ke arah skrin televisyen. Sedih pula tiba-tiba bila sakit-sakit macam ni tapi tak ada orang nak layan. Walaupun dia dapat cuti sakit selama dua hari, tapi papa dan mama buat macam biasa je. Pergi juga kerja pagi-pagi buta lepas tu balik pulak lewat malam. Dia sakit atau tak, sama je. Mujurlah ada Mak Emah kat rumah ni. Itu pun Mak Emah banyak juga kerja nak buat. Takkan nak mengadun dia sorang je sepanjang hari.
Punat televisyen di tekan lagi. Haila. Kenapalah time-time macam ni boleh pulak jatuh sakit. Setakat kena hujan dua tiga hari lepas terus badan rasa macam nak demam. Nak bangun pun tak larat.
Hana menjeling telefon bimbit yang terletak di atas meja kopi di hadapannya itu. Kepala berfikir sesuatu sebelum telefon di capai. Skrin disentuh sebelum rasa hampa kembali merajai hati.
“Sampai hati mamat ni. Satu mesej pun tak hantar? Tak risau ke tak nampak aku dah dua hari ni?” Hana menggumam perlahan sebelum kembali mencampakkan telefon di atas meja.
Hana memandang skrin televisyen tanpa benar-benar menghayatinya. Kepala sibuk memikir benda lain.
Kenapa susah sangat nak dekat dengan Hariz? Apa yang tak kena dengan mamat tu sebenarnya? Apa yang kurangnya aku sampai macam tu sekali mamat tu jual mahal? Sumpah, tak pernah lagi aku jumpa lelaki jual macam macam tu. Ke sebab...dia dah ada girlfriend? Sebab tu dia layan aku acuh tak acuh je? Sebab nak jaga hati girlfriend? Tapi kenapa Hariz tak nak mengaku je kalau dah ada girlfriend?Ah lelaki. Mana pernah nak mengaku kalau dah ada special pun. Hmmm, berkerut dahi Hana ketika memikirkan sebarang alasan kenapa Hariz melayannya sebegitu.
Pap! Hana memetik jari. Girl tu! Macam mana dia boleh terlupa. Girl yang dia jumpa dekat Studio 1 tu. Bukan ke wajah girl tu berubah bila dia kata dia nak jumpa Hariz? Jangan-jangan itu girlfriend Hariz kut.
Ceh! Takdelah cantik mana pun. Aku lagi jelita kut. Hana mencapai alat kawalan jauh lagi sebelum tangan menekan punat pada alat tersebut beberapa kali. Ish! Apa semua cerita tak best ni? Menyakitkan hati betul. Huh!
La..la..la..
Laju Hana mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi. Hati mula berbunga-bunga riang apabila memikirkan yang Hariz mungkin menghantar mesej meminta maaf dan memujuknya. Namun senyum yang mekar di bibirnya itu terpadam terus apabila nama Kat naik pada skrinnya. Dengan rasa malas dan kecewa, dia menyentuh simbol hijau pada skrinnya itu sebelum di bawa ke telinga.
“Helo...”
“Hana? Kau kat mana ni? Kenapa tak datang kelas...”
Uhuk!uhuk!
“Aku tak sihat. Demam...” Hana mencapai tisu di sebelahnya sebelum mengelap hidung yang sudah mula berair.
“Lah, yeke? Tak apalah kalau macam tu. Aku nak tanya ni, assignment Prof Zamarul kau dah siapkan ke?”
Assignment mana?”
“Ala yang prof suruh hantar esok tu. Kau dah siap ke?”
Hana terdiam buat seketika ketika cuba menggali memori. Assignment Prof Zamarul yang mana satu eh?
“Oh, yang tu. Siap dah. Aku hantar hari Isnin lagi...”
“Yeke? Nak pinjam boleh? Aku tak siap satu apa pun.”
“Nak bagi macam mana? Kau nak datang sini?”
“Hmm, tulah masalahnya. Aku ni malas nak ke area rumah kau tu. Sesak tengah-tengah hari buta ni. Kau email boleh?”
Sehelai tisu ditarik lagi dari kotaknya.
“Hmm. Yelah. Kejap lagi aku hantar.”
“Okey, thanks babe. Jangan lupa hantar tau. Kalau tak, memang mati aku kali ni...”
“Hmmm...”
“Okey, bye. Jumpa nanti...”
Hana merenung skrin telefon tersebut sebelum melepaskan keluhan berat. Nampaknya kawan sendiri pun tak nak tanya khabar dia. Hana menyandarkan tubuh ke belakang. Mata terkebil-kebil memandang siling.
“Nek, Hana sunyi. Sunyi sangat. Kenapa nenek pergi cepat sangat sampai tak sempat nak tunggu Hana balik dulu?”

          ***

Brrr!
Laju tangan mencapai telefon bimbit. Berkerut dahi apabila membaca mesej yang diterima itu. Mesej sampah dari telco. Hmmm. Telefon diletakkan kembali di atas meja. Dia menarik nafas panjang beberapa kali sebelum meraup muka. Pen kembali dicapai sebelum mata kembali tertumpu pada halaman buku rujukan yang terbuka di hadapannya.
Hariz berhenti menulis. Kepala dok berfikir lagi. Bukan sibuk berfikir pasal tugasan yang tertingkat-tingkat ini. Tapi pasal...
Brrrr!
Hampir terpelanting pen di tangan apabila dia kelam kabut mencapai telefon bimbit yang kembali bergegar di atas meja.
‘Abang, minggu ni balik rumah tak?’
Hariz tersandar pada kerusi. Dia menaip sesuatu untuk membalas mesej tersebut sebelum telefon diletakkan kembali di atas meja. Mata hanya mampu merenung halaman buku rujukan setebal alam itu. Masuk hari ni dah dua hari. Dia pergi mana? Merajuk ke?
Boy yang sedang memetik gitar di hadapan tv, menjeling dengan ekor mata ke arah Hariz yang duduk termenung di ruang tengah. Entah apalah yang mamat tu buat. Gelisah semacam je.
Hariz mencapai telefon bimbitnya sebelum mencari nama Hana dalam senarai kenalannya. Teragak-agak seketika. Nak mesej ke tak ni? Nak cakap apa? Nak mula macam mana? Aduhh! Serabut betul kepala otak. Telefon diletak kembali di atas meja.
Boy memandang ke arah Hariz. Lama. Tak sanggup pula nak tengok teman serumah tu dah macam kucing hilang anak. Lambat-lambat, dia mula membuka mulut.
“Riz...”
Hariz menoleh.
“Kau apa hal? Ada prob ke?”
Hariz kembali memandang halaman buku rujukannya. Kat mana berhenti tadi? Pen yang terjatuh di atas lantai, di kutip sebelum dia kembali menegakkan badan. Halaman di renung lagi namun entah kenapa bayangan gadis berambut paras bahu tu juga yang dok menari-nari depan matanya. Haih!
Boy meletakkan gitar di kerusi sebelah sebelum kaki melangkah ke arah Hariz.
“Kau apa hal? Ada masalah ke?” Boy bertanya sambil berjalan menuju ke dapur. Dua biji muk di ambil dari rak pinggan mangkuk sebelum diletakkan di atas kabinet.
Hariz tidak menjawab. Dia berpura-pura menyelak halaman buku rujukannya.
Boy membuka pintu kabinet tempat simpan Milo dan susu sebelum dikeluarkan. Dua sudu Milo dimasukkan ke dalam setiap muk. Tin susu yang belum dibuka, ditebuk sebelum dituang ke dalam muk.
“Nah...”
Hariz hanya memandang muk berisi Milo panas yang diletakkan di atas meja bersebelahan dengan buku rujukannya.
Thanks...” Milo ditarik merapati bibir sebelum diteguk perlahan.
“Kau kenapa? Sejak dua tiga hari ni aku tengok kau lain macam je. Macam ada masalah.”
“Ta..tak ada lah...”
“Sudahlah. Tak payah nak tipu boleh tak?”
Hariz melepaskan keluhan berat.
Boy merenung telefon milik Hariz di atas meja.
“Kau tunggu dia ke?”
“Si..siapa?” Hariz bertanya perlahan.
“Hana...”
Hariz diam. Muka dah terasa nak berubah.
Boy mencebik di dalam hati. Seee. Macam tu kata tak ada apa-apa. Ini Boy lah. Sekilas ikan di sungai pun dah boleh beza jantan betinanya. Inikan pula nak baca riak wajah si Hariz ni.
“Dia tak contact kau ke sejak kes hari tu?”
Senyap.
“Kau tak contact dia balik?”
Senyap lagi.
Arghhhh! Inilah masalah hamba Allah sorang ni. Susah sangat ke nak cakap apa yang tengah bermain dalam kepala dia tu? Bajet macam aku ni boleh baca fikiran orang lah tu?
Contact jelah dia. Kalau itu boleh buat hati kau tenang..”
Hariz menjeling Boy dengan hujung mata.
“Bi..biarlah. Ma..malas nak fi..fikir...”
Boy membuat muka. Yelah sangat malas nak fikir.
“Tak payah nak poyo sangatlah bro. Malas nak fikir konon. Habis tu yang kau dok kalut sangat kalau telefon kau berbunyi tu kenapa? Selama ni kau tak pernah kisah pun telefon kau bunyi ke tak.”
Hariz hanya diam. Boy ni boleh bikin aku sesak dada jelah.
“Kau suka dia kan...”
Uhuk!Uhuk!
Boy menggelengkan kepala apabila melihat Hariz dah terbatuk-batuk ketika menghirup Milo buatannya.
“Kalau suka, terus terang jelah.”
Muka Hariz dah berubah warna. Entah sebab malu atau pun akibat tersedak tadi.
“Ak..aku ta..tak fa..faham apa kau ca..cakap...”
“Jangan nak bagi alasan lah Hariz. Susah sangat ke nak mengaku yang kau tu dah jatuh cinta dengan dia?”
Hariz merenung tajam ke arah Boy. Boy mengangkat kening. Apa? Tak betul ke aku cakap?
“Di..dia cu..cuma nak ka..kawan je.”
Boy menggelengkan kepala.
“Kadang kala aku kesian jugak dekat kau ni. Memang tak dinafikan yang kau memang hebat kalau bab-bab melukis bagai ni. Siap boleh wakil fakulti lagi pergi bertanding peringkat uni. Tapi kalau bab hati dengan perasaan ni, kau memang fail tahap gabanlah...”
Hariz hanya diam. Malas nak ulas.
“Kau rasa Hana tu memang just nak kawan dengan kau je ke? Kau tak rasa ke yang dia tu sebenarnya syok dekat kau? Betul kau tak pernah rasa macam tu?”
Senyap.
“Perempuan macam Hana tu takkan kejar lelaki macam kau, kalau betul dia hanya nak kawan je...”
Hariz memandang ke arah Boy dengan hujung mata. Entah kenapa jantung mula bertukar rentak.
“Dari apa yang aku perhatikan, dia tu memang ada hati dekat kau lah...” Boy menggosok dagu seolah-olah sedang membuat analisis.
“Ka..kau ra..rasa ma..macam tu ke?” Hariz bertanya perlahan. Boy memandang ke arah temannya itu. Muka Hariz dah mula berubah kemerahan. Rasanya ini kali pertama dia lihat Hariz begitu. Sebelum ni lelaki itu tidak pernah kisah akan sesiapa. Hidup dia hanya hidup dia. Tak ada orang boleh masuk dalam hidup dia kecuali kawan-kawan rapat dan keluarga je. Kawan-kawan rapat tu pun bukan besar sangat senarainya. Hanya dia dan beberapa geng lepak mereka je.
“Yelah. Habis tu kau ingat apa? Bro, cuba kau fikir sendiri. Hana tu girl paling top dekat fakulti dia tau. Ramai gila orang tergila-gilakan dia. Tapi sebab apa dia kejar kau? Sebab dia suka kau lah. Kau layan dia buruk-buruk pun dia tetap cari kau kan?”
“Tu du..dulu...”
“Dulu? Habis sekarang ni dia dah tak cari kau ke?”
Hariz tidak menjawab. Mata menjeling telefon bimbit di atas meja. Masih sunyi sepi tanpa sebarang mesej dan panggilan telefon.
“Hmm. Perempuan. Biasalah. Kadang kala mereka ni suka merajuk. Maklumlah. Hati dia orang ni sensitif. Kau pulak buat lawak tak kena gaya hari tu. Mahu tak sentap dia.”
Hariz melepaskan keluhan berat. Entah kenapa hati tiba-tiba rasa tak senang apabila gadis itu menghilangkan diri macam tu je sejak kejadian tempoh hari. Merajuk kah Hana? Dah benci ke gadis itu padanya?
“Aku rasa lebih baik kau pergilah minta maaf dengan dia. Tu...kalau betul kau suka dia lah. Kalau tak, abaikan je. Lagi pun mesti kau lagi senang hati kan sebab dia pun dah tak datang kacau hidup kau lagi...”
Hariz menjeling namun masih tidak berkata apa-apa.
“Hmmm. Aku tahu apa masalah kau sebenarnya. Kau suka dia kan? Tapi kau tak nak mengaku sebab kau rasa kau tak layak untuk dia. Kau sedaya upaya menghalang diri kau dari jatuh cinta pada dia disebabkan kau rasa kau tak layak untuk dia. Sebab tu kau layan dia buruk-buruk dengan harapan dia akan jauhkan diri daripada kau, kan? Tapi malangnya dia tetap cari kau jugak. Tetap kejar kau juga sampailah satu ketika kau tak dapat nak tahan diri dan jatuh cinta pada dia. Bila kau sedar semua tu, kau rasa marah pada diri sendiri kerana tidak berjaya menahan diri dari jatuh cinta pada dia. Dan akhirnya kau lepaskan kemarahan kau pada dia...”
Tak berkelip mata Hariz ketika memandang ke arah Boy. Muka jangan cakaplah. Dah terasa tebal macam tembok dinding rumah sewa mereka.
“Kau dah lupa ke? Aku kan belajar subjek ekonomi rumah tangga masa kat sekolah dulu..” Boy berkata sambil tersengih.
 Bersambung...

3 140 tukang karut:

Anonymous said...

Harizzzz pleaseeeee im begginggg you pujuklah hanaaaa.. -lyana

noorliyana Shamsuddin said...

Hahahags ERT..... cayalah bob

Anonymous said...

Wahhh hariz dh jatuh cinta ngan hana....harizzz apa lagi pujuk la hana tu kesian dia...

Post a Comment