RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, August 2, 2014

Bab 6 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 6


“Kat....”
Kat yang sedang sibuk melakar entah apa di atas buku nota yang sepatutnya digunakan untuk mencatat nota yang diberikan oleh pensyarah itu mengangkat kepala dan menoleh ke sebelah.
“Apa?” Tanya Kat sambil mengangkat kening.
“Tu...” Sarina menunjuk ke arah Hana yang duduk di hujung sekali. Kat menoleh di sebelahnya.
“Kenapa dengan Hana?” Tanya Kat hairan. Baginya tiada yang pelik pada Hana ketika itu.
Sarina mendekatkan diri ke arah Kat sebelum berbisik.
“Aku usha minah tu dari tadi lagi.”
So?”
“Aku tengok, dia asyik main telefon je...”
Kat mengerutkan dahi lagi.
So?”
Sarina mencebik. Apa lembab sangat minah sorang ni?
“Kau tak rasa pelik ke bila minah tu dok ralit main handphone masa dalam kelas?”
Kat memandang ke arah Sarina buat seketika sebelum gadis itu kembali memandang ke arah Hana di sebelah yang masih lagi tidak mengalihkan pandangan pada telefon bimbitnya. Betul. Baru dia perasan. Hana ni kalau masuk kelas je dia mesti fokus pada kuliah. Antara mereka bertiga, Hanalah yang paling rajin nak salin sebutir-sebutir perkataan yang keluar dari mulut pensyarah. Tapi sekarang apa dah jadi?
Kat memandang kembali ke arah Sarina. Gadis itu membuat isyarat mata ke arah Kat sebelum Kat kembali memandang ke arah Hana.
“Hana...”
Hana masih sibuk menyentuh skrin telefon bimbitnya seolah-olah sedang menaip sesuatu. Aik? Takkan minah ni pakai salin nota guna handphone? Hebat betul.
“Hana...” Kat mencuit bahu Hana yang masih berkerut dahi ketika menaip sesuatu pada telefon bimbitnya itu.
“Hmmm?” Hana menoleh sekilas ke arah Kat di sebelah sebelum kembali memandang telefon bimbitnya. Ish! Kenapa tak balas-balas lagi ni?
Kat kembali memandang ke arah Sarina. Sarina membuat isyarat. Kat membuat muka namun dia kembali memandang ke arah Hana.
“Hana...kau buat apa tu? Main game?”
“Hmmm?” Hana menggumam perlahan tanpa mengalihkan pandangan ke arah Kat di sebelah.
“Aku tanya, kau buat apa tu? Main game ke? Candy crush eh?”
“Taklah...”
“Habis tu? Takkan kau salin nota guna handphone pulak?”
“Taklah.”
“Dah tu?” Kat bertanya mula tidak puas hati.
“Aku tengah hantar mesej ni...” Hana menggumam perlahan. Apa pasallah mamat ni tak balas? Takkan tak ada kredit kut?
“Kau mesej dengan siapa?” Sarina pula bertanya.
“Tak ada sesiapa...”
Sarina dan Kat saling berpandangan.
“Jangan nak tipu. Kau mana pernah nak buat kerja lain kalau dalam lecture. Selalu tu kaulah tukang salin nota. Tapi hari ni....”
“Nanti-nantilah. Aku nak keluar kejap eh. Kau tolonglah salin nota tu. Nanti aku pinjam ek...” Hana berkata sebelum bangun dan berjalan perlahan-lahan sambil memerhatikan pensyarah yang masih lagi bercakap di hadapan. Nasib baiklah hari ni masuk dewan besar. Bolehlah nak seludup keluar kejap tanpa disedari oleh Prof Fuad tu.
Hana menggigit bibir sambil menyentuh skrin telefon bimbitnya sebelum di bawa ke telinga.
Tut...tut...tut.
“Ish, kenapa tak angkat ni?” Hana menggumam geram. Telefon sekali lagi diletakkan di telinga.
Teng...teng...teng...
Boy memandang ke kiri dan ke kanan. Telinga macam menangkap bunyi telefon bimbit polyphonic yang begitu dekat dengan telinganya. Dia kemudian menjeling ke sebelah. Hariz yang sedang khusyuk mencatat nota yang disampaikan oleh pensyarah kelihatan seperti tidak menyedari bunyi telefon tersebut.
Prof Azam yang sedang memberikan kuliah itu turut sama berhenti bercakap apabila telinga mula menangkap bunyi telefon versi lama itu. Suasana dewan kuliah mula terasa hingar bingar apabila masing-masing mula mendengar bunyi nada dering telefon entah milik siapa itu.
“Hariz...” Boy menyiku lengan teman di sebelah apabila menyedari yang bunyi telefon tersebut datangnya dari poket seluar lelaki itu.
Hariz menoleh. Sebelah keningnya terangkat seolah-olah bertanya.
“Telefon kau...”
Dahi Hariz berkerut. Telefon?
Boy membuat isyarat muka sambil memandang ke arah poket seluar lelaki itu.
Spontan Hariz meraba poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Meriah sekejap suasana dalam dewan kuliah itu dengan nada dering polyphonic milik Hariz itu.
Terasa berubah wajah Hariz apabila semua yang berada di dalam dewan tersebut memandang ke arahnya termasuklah Prof Azam. Laju dia menekan butang merah.
Boy di sebelah mengangkat kening seolah-olah bertanya siapa yang menelefonnya namun Hariz tidak menjawab. Dia kembali memandang ke hadapan, cuba sedaya upaya mengawal perasaannya ketika itu. Dalam hati tertanya-tanya siapa yang menghubunginya tadi. Jarang sangat telefonnya nak berbunyi pada waktu-waktu begitu. Sebab itu dia tak pernah nak menukar mod telefon tersebut kepada mod senyap kerana dia tahu tak ada sesiapa yang akan menghubunginya terutama pada waktu kuliah.
Teng...teng..teng...
Sekali lagi dewan bergema dengan bunyi telefon bimbitnya membuatkan ramai pelajar berbisik seolah-olah tak menyenangi akan bunyi tersebut.
“Hariz, ini kali kedua awak mengganggu kelas saya...”
Wajah Hariz sudah mula bertukar warna.
“Ma...maaf prof...” Hariz berkata cuba menahan perasaan. Dia terus mematikan telefon bimbitnya tanpa memandang skrin.
Boy di sebelah hanya menjeling dengan hujung mata. Hmmmm.
 “Ish! Dia boleh off handphone macam tu je? Apa kena dengan mamat ni?” Hana merengus geram. Mahu sahaja dia membaling telefon bimbit tersebut ke dinding akibat geram. Eeeeee!

***

Boy menjeling ke sebelah melihat Hariz sedang sibuk melakar entah apa di atas sketch booknya. Barangkali si teman itu sedang sibuk menyiapkan mini projek yang perlu di hantar hujung minggu ini. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Terasa serba salah pula mahu membuka mulut. Nak tanya ke tak ni?
“Riz...”
“Hmmm....” Hariz menggumam tanpa mengalihkan pandangan dari sketch booknya itu.
“Aku tanya sikit boleh?”
Senyap.
“Wei....”
“Apa?” Masih lagi tak angkat kepala.
“Aku nak tanya benda ni...”
“Tan..tanya jelah...”
“Hmmm, kau betul ke tak ada apa-apa dengan girl tu?”
Gi..girl ma..mana?”
Dahi Boy berkerut seribu. Mak ai, ramai sangat ke girl yang dok mengendeng dengan mamat ni?
“Ramai sangat ke girl yang dok sibuk nak mengekor kau sana sini tu?”
Tangan Hariz yang sedang membuat shading pada lukisannya itu terhenti seketika. Dia memejamkan mata buat seketika. Again?
“Wei, aku tanya ni...”
“Tak delah...”
“Yeke? Habis tu pagi tadi tu apa?”
Senyap.
Boy dah rasa macam nak tarik rambut sendiri je. Arghhhh! Kenapalah susah sangat nak dapat jawapan terus takde belok-belok dari mamat ni?Stres!
“Masa dalam kelas Prof Azam tadi tu, dia kan yang call?”
“Sapa?” Hariz bertanya malas.
Arghhhhh! Boleh kena tekanan darah tinggi macam ni.
“Hana tu lah. Dia yang call kan?”
Sekali lagi tangannya terhenti. Dahi mula berkerut. Hana telefon?
“Betul lah ni?”
“Ak..aku tak ca..cakap pape pun...” Hariz menggumam perlahan. Dalam kepala mula berfikir ligat.
Boy membuat muka.
“Ala, macamlah aku kenal kau bulan lepas. Kau tu macam anak dara, diam tanda betul...”
Hariz menjeling dengan hujung mata sebelum kembali memandang pada sketch book yang baru siap separuh itu.
“Kau tak ada apa-apa perasaan kat dia ke?”
Sretttt.
Hariz memejamkan mata. Habis lukisan aku!
Boy hanya memandang ke arah Hariz yang menggumam sendiri sambil tangan lelaki itu sibuk mencapai itu dan ini untuk membaiki balik lukisannya itu.
“Kau sentap kenapa? Aku tanya je...”
Hariz tidak menjawab. Tangan sibuk membaiki lukisan tersebut. Arghhhh! Mana ada masa nak buat semula ni. Banyak benda lain yang dia nak kena buat.
Sorrylah kalau sebab pertanyaan aku tu, buat kau hilang fokus..”
Tangan Hariz terhenti buat seketika.
“Tapi pada pandangan aku, tak salah pun kalau kau ada perasaan kat dia. It is normal. Tak salah nak suka pada seseorang...walaupun orang itu adalah engkau...” Boy berkata sambil menepuk bahu temannya itu sebelum bangun dan berlalu dari situ.
Tangan Hariz terhenti buat kesekian kalinya.
                                                                           *** 

“Awak!”
Hariz menoleh sekilas sebelum kembali melangkah.
Hana mengetap bibir sebelum turut sama melangkah mengejar lelaki itu.
“Hariz...” Hana memanggil lelaki itu lagi namun Hariz seolah-olah tidak mendengar panggilannya.
“Hariz!” Hana memanggil lagi sebelum lengan baju lelaki itu di tarik.
“Ish! Ap..apa ni?” Hariz mengerutkan dahi sambil menepis tangan gadis itu. Hana merenung geram ke arah lelaki itu.
“Kenapa tak jawab call saya? Mesej pun tak balas? Awak tahu tak naik lenguh jari-jari saya ni taip mesej untuk awak tapi satu habuk pun awak tak balas. Kenapa? Tak ada kredit ke?”
Hariz merengus kasar sebelum kembali melangkah. Hana memejamkan mata. Eeeee! Geramnya.
“Hariz....”
“Ish! Ja..jangan ka..kacau sa..saya boleh tak?!”
Hana memejamkan mata apabila lelaki itu menengkingnya, membuatkan semua yang berada di situ memandang ke arahnya.
Hariz menjeling ke arah sekeliling. Muka dah terasa merah padam apabila ada beberapa orang pelajar sibuk berbisik sesama sendiri.
Hana membuka mata takut-takut. Bimbang jika Hariz menengkingnya lagi.
“Hariz...” Hana memanggil lelaki itu apabila Hariz mula melangkah laju meninggalkannya.
“Awak....”
“Ish!” Hariz menepis kasar apabila Hana cuba memegang lengannya. Hana menggigit bibir apabila melihat wajah lelaki itu berkerut seolah-olah sedang menahan marah.
“Awak, sorrylah. Janganlah marah...”
Hariz buat tidak tahu. Tempat duduk motor dibuka sebelum topi keledar dikeluarkan dari tempat simpan barang.
“Awak....” Hana cuba memujuk namun Hariz seperti tidak mendengar. Lelaki itu segera mengenakan topi keledar dan menghidupkan enjin motornya. Hana mula gelisah apabila Hariz langsung tidak memberikan sebarang reaksi.
“Hariz, janganlah marah. Please..saya minta maaf...”
Hariz memulas handle motornya, bersedia untuk meninggalkan tempat itu.
“Hariz, please. Jangan buat saya macam ni...” Hana sudah mula nak menangis. Hariz mengangkat muka memandang ke arah gadis itu.
“Pe..pergi! Ja..jangan ka..kacau sa..saya lagi!”
“Tak nak! Dah banyak kali saya cakap yang saya takkan pergi! Awak pun dah janji nak kawan dengan saya kan? Kenapa tiba-tiba nak berubah pulak? Nak naik angin tak tentu pasal?”
Hariz tidak menjawab. Dia memulas handle lagi sebelum bergerak dari situ.
Hana mengetap bibir agak geram. Tanpa berfikir panjang, dia terus melompat naik di belakang Hariz sehingga membuatkan lelaki itu terkejut besar.
“Apa..apa aw..awak buat ni?!”
Hana memeluk tubuh lelaki itu dari belakang erat-erat.
“Le..lepas!”
“Tak nak!”
“Sa..saya cakap le..lepas!” Hariz cuba meleraikan pelukan tangan gadis itu di pinggangnya namun gagal. Hana semakin menguatkan pelukannya.
“Hana...!” Hariz menggumam geram.
“Tak nak. Tak nak. Tak nak!”
Hariz meraup muka dengan tangan. Arghhh! Boleh gila aku dibuatnya.
“Le..lepas Hana. Nan..nanti ap..apa orang ka..kata?”
“Lantaklah apa dia orang nak kata. Saya peduli apa...”
Hariz menggaru kepala yang tidak gatal. Sumpah rasa macam nak tarik rambut sendiri. Serabut perut!
Hariz menarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang walaupun dalam kepala dah serabut tahap petala ke lapan.
“Hana..le..lepas...”
Hana menggeleng.
Hariz memejamkan mata cuba mencari ketenangan jiwa. Relaks Riz. Jangan menggelabah.
“A..awak na..nak macam ma..mana?”
“Janji dengan saya dulu...”
“Jan..janji apa?”
“Janji jangan marah saya lagi.”
Hariz mengaru kepala lagi.
“Ye..yelah.”
“Lepas tu, jangan layan saya kasar-kasar. Layan romantik-romantik...”
Hariz memejamkan mata cuba menahan sabar.
Hana memandang belakang kepala Hariz apabila lelaki itu tidak memberikan sebarang reaksi.
“Nak janji ke tak?”
Senyap.
Hana mengetap bibir. Pelukan semakin dikemaskan.
“Hana...!” Hariz berkata penuh amaran.
“Janji cepat...”
Hariz menarik nafas dalam-dalam. Hana menggumam geram.
“Ye..yelahhhh!”
Senyum spontan terukir di bibir.
“Bo..boleh le..lepas se..sekarang?”
“Nanti. Ada lagi.”
“Ap..apa lagi?” Hariz bertanya. Serabutnyaaaa!
“Lepas ni, kalau saya call atau mesej, awak wajib kena jawab. Kalau tak..”
Hariz memejamkan mata lagi. Aduh, sakit kepala aku.
“Su..suka hati aw..awaklah..”
“Betul ke suka hati saya?” Hana mendekatkan wajahnya ke arah lelaki itu sehingga membuatkan Hariz terkejut.
“Ish! Ja..jauh si..sikit bo..boleh tak?”
Hana memuncungkan bibir.
“Bo..boleh le..lepas se..sekarang?”
Hana membuat muka sebelum melepaskan pelukannya.
Hariz menarik nafas dalam-dalam. Boleh sakit jiwa macam ni.
“Ap..apa aw..awak tun..tunggu  lagi? Tu..turunlah..”
Hana hanya mendiamkan diri. Otak ligat berfikir.
“Awak hantar saya balik boleh? Saya tak pernah naik motor. Lagi pun, kereta saya rosak. Masuk bengkel.” Hana berkata. Dalam kepala terbayang keretanya yang tersadai selamat di tempat letak kereta di hadapan Fakulti Sains dan Teknologi tersebut.
“Ja..jangan na..nak mengada-ada. Tu..turun se..sekarang!”
Hana membuat muka sebelum dia turun dari motor tersebut.
Hariz menghidupkan enjin motornya buat kali kedua. Hana hanya berdiri tercegat di situ menanti sebarang reaksi dari lelaki itu.
“Awak..ingat janji awak tu. Kalau tak...”
Hariz merenung tajam ke arah gadis itu.
“Tengok tu, tadi dah janji nak layan romantik kan...”
Hariz buat tak tahu sebelum memecut meninggalkan gadis itu di situ. Lagi lama dia kat situ, lagi cepat dia kena serangan sakit jantung.
Hana membuat muka apabila melihat Hariz langsung tidak menoleh memandang ke arah dirinya lagi.
“Apa masalah entah...” Hana menggumam perlahan sebelum kaki diatur melangkah meninggalkan tempat itu menuju ke tempat letak kereta di Fakulti Sains dan Teknologi.

***

Brrrrr!
Boy yang sedang sibuk membuat nota itu mengangkat kepala. Telinga macam terdengar bunyi sesuatu. Spontan dia menjeling jam di dinding. Hampir tengah malam. Ai, seram pulak bila tiba-tiba dengar bunyi yang tidak dikenal pasti ni.
Brrrrr!
Boy menegakkan badan. Mata puas merenung sekeliling sebelum pandangan mata jatuh pada Hariz yang sedang duduk bersila di bawah. Entah apalah yang mamat tu buat dari tadi tak bergerak-gerak. Sekali tengok dah macam nak cium lantai pun ada.
Brrrrr!
Dahi Boy berkerut apabila pandangan mata jatuh pada telefon bimbit milik Hariz yang bergegar di atas beg sandang milik lelaki itu yang diletakkan tidak jauh daripadanya itu. Hairan. Sejak bila pulak mamat ni tukar nada dering?
Brrrrrr!
“Riz...”
Hariz masih tidak mengangkat kepala. Dah kalau telinga tu tersumbat dengan earphone, mana nak dengar kalau ada ribut petir pun.
Boy mencapai gumpalan kertas yang tidak digunakan sebelum dia membaling ke arah Hariz.
Spontan Hariz mengangkat kepala. Mata tertancap pada gumpalan kertas yang tergolek di sebelahnya itu. Hariz menoleh ke belakang. Kening terangkat sebelah.
“Telefon kau tu berbunyi...”
“Apa?”
Boy menggelengkan kepala sebelum bangun dan berjalan menuju ke arah Hariz. Telefon bimbit milik lelaki itu diambil dan dihulurkan ke arah temannya itu. Earphone di telinga, ditarik sebelah.
“Telefon kau bunyi ni. Lagu apalah yang kau layan sangat sampai telefon duduk sebelah pun boleh tak dengar...”
Hariz tidak berkata apa-apa. Mata memandang skrin pada telefon tersebut sebelum melepaskan keluhan berat.
Boy yang sudah kembali ke mejanya itu terhenti seketika. Dia menjeling dengan hujung mata ke arah Hariz yang kelihatan seperti serba salah mahu menjawab panggilan tersebut.
Trett!
Hariz menekan butang menu apabila satu mesej masuk.
‘Kenapa tak angkat telefon?
Awak janji apa dengan saya tadi?’
Hariz menggaru kepala yang tidak gatal. Aduhh! Masalah betul.
Brrrrr!
Sekali lagi nada dering Nokia milik Hariz berbunyi namun lelaki itu kekal tidak bergerak sambil memandang skrin telefon bimbitnya itu.
“Dah kalau tak nak jawab telefon tu, off jelah...”
Hariz mengangkat kepala memandang ke arah Boy yang sudah tunduk merenung notanya.
‘Awak, balaslah... L
Hariz mengeluh perlahan. Mahu tidak mahu, dia menekan butang reply juga.
‘Nak apa?’
Hana yang sedang berteleku di meja belajar itu spontan menyentuh skrin telefon bimbitnya apabila ada mesej masuk.
‘Tak ada apa-apa. Awak tengah buat apa?’
Hana mengetuk meja dengan jari-jemarinya ketika menunggu dengan rasa tidak sabar. Ish!Lambatlah pulak balas.
‘Saya sibuk ni.’
Hana mencebik ketika membaca mesej yang dihantar oleh Hariz tu.
‘Sibuk buat apa?’
Hana merenung skrin telefon bimbitnya dengan rasa tidak sabar. Lambatnya balas!
Brrrrrr!
Hariz yang sedang meneguk air di dapur itu menoleh ke arah meja di ruang tengah. Telefon Nokianya mula bergegar tanda ada panggilan masuk. Dengan rasa malas, dia berjalan lambat-lambat menuju ke ruang tengah. Nama ‘Hana’ muncul pada skrin telefonnya itu namun dia hanya membiarkan sehinggalah panggilan itu terputus.
‘Hariz... L
Hariz mengeluh perlahan. Dia tak tahu macam mana nak buat lagi. Apa yang tak kena dengan minah ni sebenarnya? Kenapa dalam banyak-banyak manusia dekat kolej tu, dia jugak yang minah ni cari? Tak ada orang lain ke? Masalah betul!
‘Kan saya dah cakap yang saya tengah sibuk ni, tak faham ke?’
Hana menggigit bibir ketika membaca mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Hati terasa sentap buat seketika.
‘Sorrylah saya kacau awak. Night...’
Lama Hariz merenung skrin telefon bimbitnya. Entah kenapa dia terasa lain apabila membaca mesej yang dihantar oleh gadis itu. Hana merajuk ke?
Hariz berkira-kira sama ada mahu membalas atau tidak mesej tersebut. Tapi kalau nak balas pun, nak balas apa? Hariz menggaru kepala yang tidak gatal. Arghhh! Serabut!
“Kau apa hal?” Boy yang entah bila muncul itu menegur.
“Tak ad..ada apa-apa..” Hariz menjawab sebelum menyimpan telefon dalam poket seluarnya. Baru sahaja kaki mahu melangkah, telinga menangkap suara di dapur.
“Hana telefon ke?”
“Ma...mak aku..”
Boy menjengahkan kepala dari pintu dapur. Kening lelaki itu terangkat.
“Sejak zaman bila mak kau telefon tapi kau tak nak angkat?”
Hariz hanya mampu menjeling dengan hujung mata apabila Boy bertanya sambil tersengih-sengih.
BERSAMBUNG..

2 140 tukang karut:

Nliyate said...

kejam betullah Hariz ni. Bila tah dia nak jadi sweet sikit. Kempunan hah menunggu,

noorliyana Shamsuddin said...

Oooooo alahaiiiiii kesian dia tak ada keyakinan diri sebab gagap.... hhmmmmm yg hana ni tak putus asa good good. Bila la pulak cinta si haeiz ni berputik yeeee hehehehe tak sabaq nak tau

Post a Comment