RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, August 31, 2014

L.O.S.E.R


Wednesday, August 27, 2014

Sesuatu untuk hari ini...

Assalamualaikum, hari ni aku bersiaran dari dalam kereta sebab tunggu mak pergi ambik ubat untuk adik aku si baby tu,demam katanya. Lepas ni nak ke bandar kejap. Nak beli barang.hari ni macam best sikit sebab ada dua berita gembira. Satu berkaitan dengan scholarship aku dan satu lagi pasal result. Cepat kan aku dapat tahu pasal resut?padahal baru dua tiga hari lepas aku pi ambik exam. Alhamdullilah, aku tak sangka boleh dapat result baik mcm tu. Padahal masa exam tu mcm2 jadi. Salah satunya calculator aku rosak. Gilerkkk aaa. Terpaksa aku kira manual. Memang sakit hati jugak. Lepas tu pulak pensel picit aku pulak rosak. Ya ampun mana tak sakit hati aku. Last2 aku jawab guna pen. Kalau salah tu aku pangkah besar2.gerammm. But in the end, resultnya alhamdulliah. Pasal scholarship pulak, tadi baru call bahagian kpt, ada salah faham sikit rupanya. Patutlah pending darisem satu.bila dah forward surat tawaran, kata pegawai tu insyaallah akan dapat sem depan. Legaaaa aku rada sebab kalau tidak, kena prepare yuran almost 6.5k untuk satu sem. Mahal kan?total semua 25k.boleh buat kenduri kahwin tu.okeylah. Tak tahu nak cakap apa lagi sebab taip guna touch screen. Asyik salahhh je. Sekarang ni sibuk dengan kelas intensif lepas tu nk tanda paper final budak jun.memang on stop takde rehat. Mujur aku cuti dua minggu ari tu. T pun tak serupa cuti sibuk bergumpal dengan assesment students and buku sekolah aku.
P/s: kepada "stalker", kalau awak terbaca entri ni, sy nasihatkan sila jgn pm2 fb sy lagi. Kesian admins saya nak block awak je dan terpaksa membuang masa berharga mereka dengan mendelet mesej2 awak. Silalah cari kerja yang lebih berfaedah ye. 
P.s. Thanks kepada yang masih sudi membaca karya2 saya. Doakan hariz dan hana pula lahir dalam bentuk cetakan. <3 all.="" p="" you="">

Tuesday, August 26, 2014

Bab 9 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 9


Hana menggeliat perlahan ketika kaki melangkah keluar menuju ke halaman rumah. Dia mengurut leher yang terasa lenguh bahana duduk bertapa selama tiga empat jam di dalam bilik semata-mata nak menyiapkan pembentangan yang akan dilakukan pada hari Khamis ini. Esok hari rabu. Kira ada satu hari lagi nak buat persediaan. Nama je pembentangan kelas. Tapi gaya dah macam nak buat pembentangan projek juta-juta je.
Hana mengatur langkah menuju ke kerusi batu yang terletak di balkoni di halaman rumahnya. Dia memeluk tubuh apabila sesekali angin malam bertiup lembut. Jam di dinding dan berdenting sebanyak sebelas kali. Dia mengalihkan pandangan ke arah tempat meletak kereta. Nampaknya papa dan mama belum balik lagi. Dia mengeluh perlahan sebelum dia mendongak memandang ke atas. Bulan kelihatan samar-samar di atas sana.
Brrr!
Hana memandang telefon bimbit yang diletakkan di atas kerusi bersebelahan dengannya. Telefon dicapai sebelum tangan laju menyentuh skrin.
‘Sorry lambat balas. Baru lepas mandi’.
Hana menggigit bibir. Baru lepas mandi? Hurmmmm.
‘Lewatnya mandi. Tak eloklah mandi malam-malam ni.
 Sibuk sangat ke?’
Hana menunggu beberapa minit. Ish! Lambat pulak balasnya.
‘Hmm, sibuk sikit tadi...’
Hana menongkat dagu dengan lutut ketika membaca mesej yang dihantar oleh Hariz itu.
‘Yeke? Dah makan? Rindu saya tak?’
Hantar.
‘Dah makan tadi. Boy tapau nasi goreng’
Hana mengerutkan dahi. Aik? Kenapa ayat tu macam tak lengkap je?
‘Yeke? Eloklah tu.
Tapi, kenapa tak jawab soalan saya yang lagi satu tu?’
Hana mengetuk jari pada kerusi ketika menunggu balasan dari lelaki itu.
‘Soalan apa?’
Hana mengetap bibir. Eeeee! Saja lah ni kan. Tangan laju menaip balasan.
‘Tak baca habis ke mesej saya tu?
Saya tanya awak rindu saya tak?’
‘Oh. Tak rindu pun.’
Bulat mata Hana ketika membaca mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Sampai hati dia cakap macam tu? Memang tak ada perasaan langsung betul mamat ni.
‘Sampai hati awak cakap macam tu. L
Senyum yang cuba ditahan sejak tadi lagi akhirnya terukir juga di bibir ketika membaca mesej terakhir daripada gadis itu. Dia terdiam sejenak ketika memikirkan apa yang perlu dibalas sebelum jari laju menaip mesej tersebut.
‘Tak mengantuk ke?Esok kelas pagi kan..’
Hana memeluk tubuh ketika angin malam bertiup lagi. Skrin disentuh perlahan sebelum tangan laju menaip balasan mesej tersebut.
‘Belum lagi. Tengah lepak dekat halaman.’
‘Buat apa duduk dekat halaman? Tak sejuk ke?’
Hana tersenyum. Hurmm! Sayang jugak Hariz ni kat dia ek.
‘Sejuklah jugak. Tapi saya suka.
Kan best kalau awak ada sebelah.J
Hariz tersenyum lagi. Jari laju menaip pada keypad telefonnya.
‘Dah. Jangan nak fikir bukan-bukan.
 Saya nak masuk tidur ni. Penat.’
Hana memuncungkan bibir ketika membaca balasan lelaki itu. Tak sporting betullah mamat ni.
‘Yelah. Gud nite. Jumpa esok.
 Jangan lupa mimpikan saya ye.J
Hariz tersenyum lagi sebelum menggelengkan kepala. Telefon bimbit diletakkan di atas meja belajarnya. Dia mengurut pinggang yang dah terasa nak tercabut. Hari ni dia memang penat betul. Mana tak penatnya kalau kelas penuh dari pagi sampai lewat petang. Rehat pun waktu lunch hour. Tu pun dia lepak dekat studio siapkan kerja untuk pembentangan projek esok petang. Makan pun ala kadar je. Tu pun mujur Hana datang bawa makanan. Kalau tak, memang pakai tak ingat nak makan pun.
Hariz menolak kerusi ke belakang sebelum berdiri. Kaki baru sahaja mahu melangkah ke pintu. Tekak terasa dahaga pulak.
Bulat mata Hariz ketika melihat Boy sudah terpacul di muka pintunya sambil tayang sengih lebar. Wajah Hariz sudah bertukar merah padam. Mangkuk tingkat betul. Sejak bila mamat ni terpacak dekat sini ni?
“Hai, entah kenapa aku rasa hari ni macam lain je kan...” Boy bersuara sambil mengangkat kening. Hariz menjeling namun tidak berkata apa-apa. Muka jangan cakaplah. Dah tebal sepuluh inci.
“Hmm, kau mesej dengan siapa tadi?” Boy bertanya ketika Hariz melangkah melepasinya dan menuju ke dapur.
Hariz buat tak dengar ketika dia mengambil muk yang tergantung pada rak pinggan mangkuk itu. Pintu peti sejuk ditarik sebelum botol air mineral dikeluarkan dan dituang ke dalam muk.
Boy masih lagi tersandar di pintu bilik Hariz ketika menanti jawapan dari mulut lelaki itu.
“Wei, aku tanya boleh dia buat dek je...”
Hariz masih diam ketika dia meletakkan kembali botor air mineral ke dalam peti sejuk. Muk di bawa ke singki dan dibasuh sebelum digantung kembali pada rak pinggan mangkuk.
“Kau mesej dengan Hana eh...”
Hariz cuba sedaya upaya mengekalkan riak muka selambanya ketika melangkah menuju ke arah Boy yang masih tersandar di situ.
“Kau orang tengah bercinta ke apa ni?” Boy tak habis tanya lagi.
Berubah wajah Hariz ketika teman baiknya itu mula melancarkan serkap jarangnya.
“Hah! Tengok muka kau pun aku dah tahu. Kau orang bercinta kan? Sampai hati tak cakap aku.”
Hariz menjeling.
“Te..tepi. Aku na..nak ti..tidur...” Hariz berkata tanpa memandang ke arah teman baiknya itu.
“Eleh, dulu tak nak mengaku. Aku dah agak dah yang kau orang ni mesti akan ada apa-apa punya. Nanti kalau nak naik pelamin, jangan lupa jemput aku. Teringin jugak aku nak merasa nasi minyak kau...”
“Di..diamlah!” Hariz berkata sebelum menutup pintu biliknya. Muka dah terasa berpijar kepanasan.
Boy ketawa besar sebelum berlalu dari situ. Hariz...Hariz. tak sangka, jatuh cinta jugak kau akhirnya.
***

Hana membelek telefon bimbitnya beberapa kali. Hmmm. Tak balas pun. Dah tidur lah tu. Hana mengeluh perlahan sebelum meletakkan telefon bimbitnya di sebelah. Dia memeluk lutut sambil merenung bulan di langit.
“Hana buat apa kat luar ni sorang-sorang? Tak nak masuk tidur ke?”
Hana menoleh sebelum tersenyum ke arah Mak Emah.
“Belum ngantuk lagi lah Mak Emah. Mak Emah buat apa kat sini? Tak mengantuk lagi ke?” Hana bertanya sambil memandang ke arah pembantu rumahnya itu. Mak Emah memang sudah lama bekerja dengan keluarga mereka. Tak silap dia sejak dia berumur sepuluh tahun lagi. Itu pun lepas mama mengambil keputusan untuk kembali bekerja.
“Mak Emah pun tak mengantuk lagi. Hmmm, Hana buat apa duduk dekat sini? Tak sejuk ke? Nanti jatuh sakit lagi macam dulu, kan susah...”
“Saja ambil angin rehatkan otak. Penatlah Mak Emah, asyik menghadap buku je. Tu yang Hana turun keluar ambil angin tu...” Hana menjawab sambil tersenyum ketika memandang kearah Mak Emah yang duduk di kerusi bersebelahan dengannya itu.
“Hmm, Mak Emah tengok Hana sekarang ni nampak lain lah...”
Hana mengerutkan dahi.
“Lain? Apa yang lainnya Mak Emah?”
“Hmm, tak adalah. Mak Emah tengok Hana sekarang ni rajin betul belajar. Lepas tu Hana pun dah tak keluar malam macam dulu...”
Hana memuncungkan bibir.
“Hmm, jadi Mak Emah nak cakap yang dulu Hana ni malas belajar lah ye?”
“Ish! Ada pulak ke situ...”
Hana ketawa kecil.
“Tak adalah Mak Emah. Hana gurau je. Lagi pun sekarang dah nak dekat examlah Mak Emah. Jadi kenalah rajin sikit, betul tak?”
Mak Emah hanya senyum.
“Tapi Mak Emah suka tengok Hana sekarang. Happy je. Asyik tersenyum je. Ada apa-apa ke?”
Hana hanya tersenyum.
“Tak adalah Mak Emah. Biasa-biasa je...”
“Yeke ni? Dulu Hana tak macam ni tau. Hmmm, Hana ada kawan dengan sesiapa ke?”
Hana memandang ke arah pembantu rumahnya itu.
“Maksud Mak Emah?”
“Ala..apa tu budak-budak zaman sekarang panggil? Balak? Kayu balak? Entah Mak Emah pun tak tahu istilah budak-budak sekarang ni...”
Hana ketawa besar ketika mendengar kata-kata Mak Emah itu.
“Kelakar lah Mak Emah ni. Bukan kayu balak lah Mak Emah, tapi boyfriend.”
“Ha..boypren. Betullah tu. Hana ada boypren ke?”
Sekali lagi Hana ketawa.
“Bukan boyprenlah Mak Emah. Tapi boyfriend. Teman lelaki...”
“Ha..boyfriend. Ish! Susah nak sebut pulak...”
Hana tergelak lagi.
“Jadi, Hana ada boyfriend ke?”
Hana tersipu.
“Tak ada lah Mak Emah...”
“Hmmm, ya ke ni? Baik Hana mengaku dengan Mak Emah...”
“Betullah Mak Emah...” Hana tersipu lagi. Kaki yang hanya berselipar itu dikuis ke lantai marmar tanda sedar.
“Betul ni, tak tipu?”
Hana memuncungkan bibir. Mak Emah ni pun. Dah macam Detektif Conan pulak.
“Hmm. Adalah sorang ni...”
“Ha kan Mak Emah dah agak dah. Budak mana?”
Hana mengemam bibir. Muka dah terasa merah padam.
“Budak satu kolej jugak. Tapi course lain.”
“Yeke? Macam mana boleh kenal...”
Hana membetulkan letak tubuh pada kerusi batu itu.
“Hmm, hari tu...” Hana mula bercerita bagaimana dia boleh mengenali Hariz dari mula sampailah habis.
“Ohhh, tapi siapa lelaki yang ada niat jahat dekat Hana tu? Bahayalah.”
 Hana memeluk tubuh apabila angin malam bertiup lagi.
“Entahlah Mak Emah. Hana pun tak tahu. Yang peliknya benda ni berlaku dalam kawasan kolej. Jadi mestilah pelajar kolej kan? Entah. Hana tak nak tuduh sesiapa.”
“Mama dan papa tahu tak?”
“Tak tahu pun. Malas nak kecoh-kecoh. Lagi pun Mak Emah macam tak tahu mama dan papa tu macam mana. Nampak muka dekat rumah ni pun kira bernasib baik.”
“Dah buat report polis?”
Hana menggeleng.
“Tak. Malaslah Mak Emah. Lagi pun tak jadi apa-apa pun.”
“Ish! Jangan ambil ringan sangat Hana benda-benda macam ni. Mana tahu orang tu akan buat lagi ke kan.”
Hana mengangkat bahu. Malas dia mahu fikir.
“Hmm, ceritalah lagi pasal boypren Hana tu. Siapa tadi? Halif?”
“Bukanlah. Hariz. Sedap kan nama dia. Hana dan Hariz. Sesuai tak?” Hana ketawa lagi. Mak Emah hanya tersenyum. Suka benar dia apabila melihat gadis itu gembira sebegitu. Seingat dia sudah lama dia tak melihat gelak ketawa yang keluar dari bibir gadis itu. Sejak arwah neneknya meninggal empat tahun dulu.
“Tapi mamat ni susah sikitlah Mak Emah..”
“Susah? Apa yang susahnya?”
“Yelah. Dia ni suka jual mahal. Macam tak ada perasaan je...” Hana berkata sambil memeluk lutut.
“Yeke dia suka jual mahal? Jual mahal macam mana?”
“Yelah. Kalau Hana cakap tu dia buat aci malas layan je. Lepas tu dah lah tak romantik. Ada ke tadi Hana tanya dia rindu Hana ke tak, boleh dia cakap tak rindu? Sampai hati betul...”
Mak Emah tersenyum.
“Hmmm, itu menunjukkan yang dia tu istimewa. Tak ramai lelaki macam tu. Tapi, Hana suka dia tak?”
Wajah Hana dah mula kemerahan. Ish Mak Emah ni. Tanya soalan cepumas tu pulak.
“Hmmmm. Sukalah..err..sikit-sikit.” Hana menggumam perlahan.
Mak Emah tersenyum lagi.
“Bila nak bawa balik rumah jumpa Mak Emah?”
Hana mengangkat kepala memandang ke arah Mak Emah.
“Bawa balik rumah? Errr...nak buat apa?”
“Yelah. Kenalkan pada Mak Emah. Nak jugaklah Mak Emah tengok siapa boypren Hana ni kan...”
Wajah Hana dah terasa hangat.
“Hmmm, nantilah Mak Emah...” Hana menggumam perlahan. Muka dah terasa tebal tiga inci.
“Dia orangnya macam mana?”
Hana terdiam buat seketika.
“Hmm, baik. Bolehlah. Tapi suka jual mahal. Hmmm, lagi..dia suka melukis. Lepas tu minat lagu Siti..Hah! yang ni mesti Mak Emah tak percaya. Dia suka baca novel cinta! Hana pun tak layan novel macam tu...”
“Yeke? Tapi orang kata lelaki yang suka layan novel cinta ni seorang yang romantik dan berjiwa sensitif...”
Kening Hana terangkat.
“Yeke romantik? Hana tengok macam tak ada perasaan je. Tapi yang tang sensitif tu betul. Asyik nak sentap je.” Hana berkata sambil memuncungkan bibir.
“Hmm, mungkin dia ada masalah lah tu kut.”
Hana memandang ke arah Mak Emah.
“Masalah? Maksud Mak Emah?”
“Entahlah. Tapi mungkin dia ada pendam sesuatu yang buatkan dia rasa sesitif terhadap sesuatu perkara. Ala Hana, Mak Emah cakap je. Mungkin betul dan mungkin tak betul..”
Hana terdiam. Kepala ligat berfikir.
“Tapi kan Mak Emah, Hariz ni lain sikit dari orang lain. Maksud Hana dari segi fizikal...”
“Lain dari segi fizikal? Maksud Hana?”
“Hmm, dia ni...errr..gagap sikit.”
“Gagap?”
Hana mengangguk. Dia terdiam. Mungkin Hariz rasa rendah diri kerana dia tak sesempurna orang lain. Itu pasal hati cepat sensitif dan terasa.
“Teruk sangat ke gagap dia tu?”
Hana mengangkat bahu.
“Entahlah. Tapi setakat ni Hana fahamlah apa yang dia  nak cakap tu...”
“Kesian dia. Mesti dia rasa rendah diri.”
“Tulah pasal. Benda macam ni tak ada ubat ke Mak Emah?”
“Entahlah Hana. Mak Emah pun tak tahu nak cakap. Tapi Mak Emah pernah dengar orang gagap ni kalau kita sergah dia. Boleh hilang gagap dia tu.”
Bulat mata Hana apabila mendengar kata-kata Mak Emah itu.
“Betul ke Mak Emah?”
“Entahlah. Mak Emah dengar orang cakap je. Lagi satu Mak Emah pernah jugak dengar kalau kita tampar pipi dia tu, boleh hilang jugak gagap dia tu...”
Hana terdiam. Dalam kepala dah membayangkan sesuatu. Errr! Mahu dia mati kena rejam dengan batang berus cat si Hariz tu nanti.
“Eh, tu tuan dan puan dah balik..”
Hana mengalihkan pandangan. Dua biji kereta Honda masuk ke ruang tempat letak kereta bersebelahan dengan kereta Toyota Swift miliknya itu.
“Tuan..puan...” Hana hanya memandang ke arah Mak Emah yang sedang berdiri menunggu papa dan mamanya itu. Dia tidak mengendahkan kedua orang tuanya itu. Mata kembali dihalakan ke arah langit yang hitam pekat.
“Hana? Buat apa tu sayang? Tak masuk tidur lagi?”
Hana menoleh ke arah mama yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu.
“Tak buat apa. Saja lepak ambil angin.” Hana menjawab malas. Telefon di sebelah dijeling sekilas. Mengharapkan ada mesej dari Hariz.
“Tak sejuk ke duduk luar ni sayang? Nanti sakit macam mana? Mama jugak yang susah...”
Hana hanya mendiamkan diri. Telefon dicapai sebelum skrin disentuh secara rambang.
Puan Lina hanya mampu mengeluh ketika memandang ke arah anak gadisnya itu yang seperti endah tidak endah melayannya. Dia tahu Hana marah padanya.
“Hana sayang, hujung minggu ni...”
Hana menggeliat.
“Hana nak naik dulu. Mengantuk.” Hana berkata sebelum bangun dan berlalu dari situ.
Puan Lina hanya mampu memandang ke arah anak gadisnya itu sebelum keluhan berat dilepaskan.

                                                                                  ***

Hana menggigit bibir. Sesekali dia mengintai dari balik dinding tersebut. Hariz sedang duduk membelakanginya. Mungkin lelaki itu sedang menyiapkan tugasan. Hana menggigit bibir lagi. Nak buat ke tak ni?
“Eh, Hana? Buat apa kat sini?”
Hana terkejut besar apabila di sapa oleh Prof Azim itu.
“Err prof. Saya nak jumpa...err..Hariz...”
Prof Azim hanya tersenyum.
“Pergilah masuk jumpa dia.”
Hana hanya tersenyum ketika melihat lelaki separuh umur itu berlalu dari situ. Dia kembali tersandar ke dinding sambil mengurut dada. Fuhh! Nasib baik prof ni sporting bagi dia keluar masuk studio itu walaupun dia bukan budak seni. Hana kembali mengintai Hariz yang kelihatan tidak berganjak sejak dari tadi.
Hana melangkah perlahan-lahan ketika menghampiri lelaki itu. Kaki dijengket supaya tapak kasut tumit tingginya tidak kedengaran di telinga lelaki itu. Ready Hana? One..two..three!
“Wahhhhhh!!!” Hana menjerit kuat di belakang Hariz sehingga membuatkan Hariz terkejut. Bekas yang mengandungi air untuk membasuh berus cat yang terletak di hujung meja itu turut tertumpah dek kerana ditepis tanpa sengaja oleh Hariz akibat terkejut.
Bulat mata Hana apabila melihat keadaan itu. Hana cepat-cepat mencapai kain buruk yang tersangkut di kepala kerusi sebelum mengelap meja yang sudah basah itu.
Hariz memandang marah ke arah Hana. Hana tunduk ketika mengelap meja tersebut. Tak berani nak pandang lelaki itu.
Sorry. Errr..saya terkejut tadi. Err...ada tikus lalu depan saya. Errr..besar betul. Awak tak perasan ke?” Hana berkata sambil memandang lelaki itu dengan hujung mata.
Wajah Hariz yang kelihatan tegang kerana menahan marah itu kembali tenang.
“Ti..tikus?”
Laju Hana mengangguk. Dalam hati berdoa supaya Hariz tidak memanjangkan hal itu.
Dahi Hariz berkerut  hairan. Dia memandang sekeliling. Pelik. Sepanjang dia lepak dekat studio ni, tak pernah lagi dia terserempak dengan mana-mana tikus.
“Ka..kat ma..mana aw..awak nam..nampak?”
Ah sudah! Hana menggaru kepala yang tidak gatal.
“Errr..kat situ. Errr..mungkin dah lari tempat lain kut..” Hana menjawab menggelabah. Hariz memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hana itu.
Hana menggigit bibir. Aduh! Mamat ni ambil serius pulak.
“Errr, awak lukis apa tu?” Hana bertanya cuba mengalihkan perhatian lelaki itu. Dia memandang ke arah kanvas milik lelaki itu. Dahinya berkerut? Bunga? Hana memandang hairan ke arah Hariz? Mamat ni lukis bunga??!
Hariz mengalihkan pandangan. Muka terasa nak berubah namun dia cuba berlagak selamba. Kanvas yang hampir siap itu ditolak ke tepi.
Hana merenung wajah lelaki itu. Hmmmm! Pelik. Mesti ada sesuatu yang mamat ni sorokkan ni.
“Awak lukis bunga ke?”
Hariz tidak menjawab. Dia tunduk ketika mengambil sesuatu dari dalam begnya.
Hana menarik kerusi sebelum duduk di hadapan lelaki itu. Sah! mamat ni ada sorokkan sesuatu.
“Hariz, awak ada sorokkan apa-apa dari saya ke?” Hana bertanya sambil mata tepat merenung wajah lelaki itu, cuba memerhatikan sebarang perubahan.
Bulat mata Hana ketika melihat ada perubahan di wajah lelaki itu. Serkap jarang dia mengena!
“Hariz....”
Hariz berdehem.
“Ta..tak ada ap..apalah..”
Hana mencebik. Yelah tu. Tengok muka pun dah tahu.
“Kalau saya tahu yang awak...” Hana terdiam apabila Hariz merenung tajam ke arahnya.
“Ta..tak ada ke..kelas ke?”
Hana membuat muka.
“Tak ada. Baru habis.” Hana menggumam perlahan. Dia mengeluarkan buku tutorialnya. Ada report yang perlu dia siapkan.
Hariz hanya memandang ke arah Hana sebelum dia menyelak halaman buku rujukannya. Minggu depan kena bentang mini projek.
Hana merenung halaman buku tutorialnya itu tanpa dapat berfikir akan jawapannya. Sesekali dia menjeling ke arah Hariz dengan hujung mata. Lelaki itu sedang khusyuk menulis sesuatu. Ingatkan budak seni ni kerja melukis je. Rupanya kena juga buat essay panjang lebar ye.
Hana berpura-pura menggeliat kecil sambil mata menjeling ke arah Hariz.
Hariz masih tunduk menghadap essaynya.
Hana menggigit bibir. Nampaknya cara sergahan itu tak berjaya menghilangkan gagap si Hariz ni. Nampaknya dia perlu gunakan cara kedua. Tapi macam mana kalau Hariz mengamuk macam tadi? Mujurlah tadi tu sempat fikir alasan merapu. Kalau tak, mahu merajuk setahun mamat ni.
Hana menggigit kuku. Macam mana ni? Nak buat ke tak? Tapi kalau tak buat, tak tahu menjadi ke tak. Tapi, kalau Hariz marah macam mana? Aduhh! Pening kepala betullah!
Hariz tiba-tiba mengangkat kepala.
“Ke..kenapa?”
Hana cepat-cepat menggeleng.
“Tak ada apa-apa. Penat sikit. Nak rehat kejap...”
Hariz kembali tunduk.
“Ka..kalau da..dahaga, ad..ada air ko..kotak da..dalam pe..peti se..sejuk tu..”
Spontan Hana memandang ke arah peti sejuk yang terletak di bahagian hujung studio tersebut. Senyum terukir di bibir. Sayang jugak mamat ni dekat dia. Hikss!
Hana berjalan menuju ke peti sejuk itu. Dia bukanlah dahaga sangat pun, tapi lebih nak melakukan sesuatu. Lagi pun dia tengah berdebar dek kerana nak menjalankan petua kedua ni.
“Awak tak nak minum?” Hana bertanya sambil membuka peti sejuk tersebut. Tak ada banyak sangat isi pun.
Hana memandang ke arah Hariz yang masih tunduk itu. Dia membuat muka sebelum dua kotak air Milo dikeluarkan.
“Nah...” Hana berkata sambil meletakkan air kotak tersebut di hadapan lelaki itu. Kerusi di sebelah Hariz di tarik sebelum tubuh dilabuhkan di sebelah lelaki itu.
Hana mencucuk penyedut minuman pada air kotak sebelum di bawa ke bibir. Mata ralit memandang ke arah Hariz yang masih tidak berganjak dari kerjanya itu. Haila Hariz, kenapa awak handsome sangat? Buat saya tak tidur malam je.
PANG!!
Tubuh Hariz keras kaku. Pipi terasa panas berpinar.
Hana membulatkan mata. Spontan dia memandang tangannya sendiri. OMG! Apa aku dah buat ni?
“Awak, sorry..sorry. Saya tak sengaja.” Kelam kabut Hana berkata. Wajah lelaki itu kelihatan merah padam. Hana tidak pasti sama ada Hariz sedang menahan rasa sakit atau bengang.
Hariz menyentuh pipinya yang terasa sakit. Telinga terasa berdengung sekejap.
Hana menggigit jari. Aduh! Macam mana boleh tak sedar ni? Alih-alih tangan ni dah terlempang pipi si mamat ni. Hmmm! Lembut jugak pipi Hariz ni. Heeeee!
“Sakit ke? Sorrylah awak. Saya tak sengaja. Betul. Tadi saya nampak...errr..nyamuk kat pipi awak. Hah! Sebab tu saya tepuk pipi awak sikit...”
Hariz menjeling namun masih tidak berkata apa-apa.
“Hariz...janganlah diam macam ni. Betul ni saya tak sengaja. Meh sini saya tengok...” Hana cuba menyentuh pipi lelaki itu namun Hariz menepis.
“Ooooo. Ini rupanya kerja kau ye...”
Spontan Hana dan Hariz menoleh. Wajah Hana pucat serta merta.
“Tak sangka ini rupanya kerja kau ye? Jumpa prof konon. Phui!”
Hana menggigit bibir.
“Err Kat, Sarina. Aku sebenarnya...”
“Kau sebenarnya apa? Aku tak sangka kau macam ni rupa-rupanya. Patutlah Bad cari perempuan lain...”
Telinga Hana menjadi panas. Ini apa kes tiba-tiba nak sebut nama mangkuk tingkat tu?
“Aku tak faham apa maksud kau.” Hana menjawab dingin.
Kat tersenyum sinis.
“Tak faham atau pura-pura tak faham? Aku tak sangka kau semurah ini. Duduk berdua-duaan dekat sini. Lepas tu pegang-pegang raba-raba tu apa?”
“Kat! Kau jangan nak buat fitnah!” Hana berkata keras. Hariz di sebelah masih diam mematungkan diri. Barangkali lelaki itu turut terkejut dengan kehadiran Kat dan Sarina itu.
“Fitnah? Aku nampak dengan dua biji mata aku ni lah. Kan Sarina?”
Sarina hanya mengangguk.
Hana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Maaflah sebab terpaksa hampakan kau. Tapi aku nak cakap yang kau orang berdua silap. Silap besar...”
“Oh yeke? berdua-duaaan dalam studio ni kau kata tak bersalah.”
Hana menjeling Hariz di sebelah.
For your information, kami bukan berdua je dalam studio ni...”
“Yeke? Siapa orang ketiga? Syaitan?”
Hana mengetap bibir menahan geram.
“Apa hal ni?”
Spontan semua menoleh. Boy mengangkat kening ketika memandang ke arah Hariz dan Hana sebelum lelaki itu memandang ke arah Kat dan Sarina yang terdiam membisu itu.
“Eh Boy, awak dari mana ni?” Tanya Hana berpura-pura tanya.
Boy mengerutkan dahi.
“Dari belakang. Bukan ke saya dah jumpa awak tadi?”
Hana hanya tersenyum sinis ketika memandang ke arah Kat dan Sarina yang kelihatan malu sendiri.
“See, aku dah cakap yang aku bukan berdua je dengan Hariz ni.”
Boy memandang pelik ke arah Hana.
Kat mengetap bibir penuh geram.
“Jom...” Kat berbisik ke arah Serina.
Hana melepaskan keluhan lega.
“Apa hal tu? Nampak ribut je...”
Hana memandang ke arah Boy.
Thanks...”
Boy mengangkat kening.
“Apa?” Boy bertanya pelik. Baru sahaja Hana mahu membuka mulut untuk menjawab, Hariz sudah mengemas barang-barangnya.
“Hariz, awak nak ke mana tu?” Hana bertanya sebelum turut sama mengemas barang-barangnya.
“Jumpa nanti Boy...”
Boy mengerutkan dahi. Pelik betul budak-budak ni.
“Hariz, awak nak pergi mana?” Hana bertanya sambil tergesa-gesa mengekori langkah kaki lelaki itu.
“Ba..balik...” Hariz menjawab sepatah. Kening Hana terangkat sebelah.
“Balik? Awal lagi ni...”
Hariz tidak menjawab. Kaki di hala menuju ke arah tempat dia meletakkan motornya.
“Awak marah ke? Saya minta maaf pasal Kat dan Sarina. Saya tak sangka dia orang akan terjah macam tu je. Betul, saya tak tipu...”
Hariz menyeluk poket sebelum segugus kunci dikeluarkan.
“Hariz, takkan awak dah nak balik...”
Hariz menyarung topi keledarnya sebelum menghidupkan enjin motornya.
Hariz memandang ke arah Hana yang sudah tayang muka sedih itu.
“Le..lepas ni ja...jangan datang stu..studio lagi.”
Berderau darah Hana apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Air mata mula nak bergenang di tubir matanya. Sampai hati Hariz!
 Bersambung...