RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, July 5, 2014

Teaser 7 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Teaser 7 : 
“Boleh pinjam telefon awak?”
Dahi Hana berkerut.
“Nak buat apa?” Tanya gadis itu agak curiga.
“Saya lupa nak kunci pintu galeri tadi. Boleh saya pinjam telefon awak? Saya nak telefon gad minta tolong dia kuncikan balik pintu galeri tu. Telefon saya tertinggal dekat hotel...”
Hana terdiam buat seketika. Lambat-lambat dia mengeluarkan telefonnya itu sebelum di hulurkan ke arah lelaki itu.
“Password?”
Hana menggigit bibir. Telefon diambil dari tangan lelaki itu. Laju tangan menyentuh skrin. Alamak! Gambar wallpaper kena tukar!
Hariz memanjangkan leher untuk melihat apa yang gadis itu sedang buat.
“Panjangnya password awak? biar saya teka, your password is I heart Hariz, kan?”
Tangan yang sedang menukar gambar wallpaper telefonnya itu terhenti.
“Perasan...” Hana menggumam perlahan namun muka dah terasa merah padam. Telefon kembali dihulurkan pada lelaki itu.
Hariz kembali membelek telefon tersebut.
“Hmm, tukar gambar wallpaper eh...”
Sekali lagi wajah Hana terasa merah padam. Mamat ni pergi US belajar ilmu baca fikiran orang ke apa?
“Nak guna ke tak nak? Kalau tak nak, bak sini balik...” Hana cuba mengambil kembali telefon tersebut namun Hariz mengelak. Senyum tak putus-putus terukir di bibirnya.
“Gurau pun tak boleh...”
Hana menjeling namun tidak berkata apa-apa. Dia kembali memandang ke hadapan sambil memeluk tubuh.
Brrrrrrr!
Hana memandang sekeliling apabila telinga terdengar bunyi sesuatu.
“Bunyi apa...” Hana terdiam apabila Hariz mengeluarkan telefon bimbitnya yang sedang berbunyi dari dalam poket seluarnya.
“Eh, saya lupa pulak yang telefon ni ada dalam poket saya bukan dekat hotel..”
Hana hampir tidak mampu berkata-kata apabila Hariz menyerahkan kembali telefon kepadanya. Dia merenung skrin telefonnya. Bibir digetab agak geram.
“Thanks. Nanti kita mesej-mesej ye...” Hariz berkata sambil tersengih sambil menyentuh skrin telefon bimbitnya. He saved my number?!
Hana merenung tajam ke arah lelaki itu. Arghh! Dia guna taktik tu! Huh!

1 140 tukang karut:

Anonymous said...

best gila...bila nk kuar novel nie

Post a Comment