RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, July 22, 2014

Bab 5 : Nak Jadi Kekasih Saya?



Bab 5
 
“Semua barang dah siap ke?”
Hariz yang sedang memasukkan peralatan melukis ke dalam beg sandangnya itu mengangkat kepala.
“Dah....” Dia menjawab perlahan.
“Okeylah tu. Kejap-kejap lagi dah nak gerak. Takut ada je barang yang tertinggal...” Boy berkata lagi.
“Ge..gerak?”
Boy mengangguk sebelum mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.
“Ma..mana yang lain?” Tanya Hariz apabila memandang sekeliling. Kalau ikutkan perancangan asal, semua akan berkumpul dulu di tempat letak kereta berdekatan Studio 1.
Boy menepuk dahi.
“Aku lupa nak cakap. Yang lain dah gerak terus ke tempat tu. Katanya senang gerak awal, terus set up tempat je. Lagi pun banyak juga benda yang nak kena buat. Barang-barang pun banyak yang dia orang dah angkut sekali...”
Hariz hanya mendiamkan diri ketika dia membuka pintu kereta kancil milik Boy itu.
Boy yang sedang memandu itu sesekali menjeling ke sebelah. Teman di sebelah masih tunduk melakar sesuatu di atas kertas lukisannya.
“Riz, aku tanya sikit boleh?”
Hariz mengangkat menoleh. Keningnya terangkat sebelah.
“Kau...ada girlfriend ke?”
Pap! Mata pensel 2B yang digunakan oleh Hariz untuk melukis itu patah apabila Hariz tanpa sengaja tertekan kuat mata pensel itu pada lukisannya.
Boy hanya menjeling dengan hujung mata. Sentap lah pulak mamat ni.
“Aku tanya ni...”
Hariz menarik nafas panjang sebelum menutup sketch booknya.
“Tak..tak ada.” Dia menjawab malas. Pandangan di buang ke luar tingkap.
Boy menjeling ke sebelah lagi. Dalam kepala cuba menyusun ayat. Dengan si Hariz ni nak cakap tu kena hati-hati. Mamat ni kuat sentap. Rendah diri mungkin.
“Dah tu aku dengar...”
“Kau de..dengar ap..apa?”
Boy terdiam buat seketika. Hai masalah betul kalau mamat sebelah ni macam nak masuk mood terasa bagai.
“Tak adalah. Aku dengar kau rapat dengan errrr..girl dari Fakulti Sains tu. Budak kimia kan?”
Hariz tidak menjawab. Boy menoleh ke sebelah. Telinga menangkap keluhan berat yang dilepaskan oleh si teman itu.
Rasanya satu Fakulti Kesenian dan Kebudayaan  tu dah tahu yang Hariz budak pendiam tak suka campur dengan orang ni keluar dengan girl paling hot dekat Fakulti Sains dan Teknologi. Masa mula-mula dengar tu rasa macam tak percaya sampailah satu hari tu dia terserempak dengan Hariz dan girl nama Hana tu dekat kafe. Lepas tu girl nama Hana tu pulak buat scene ala-ala drama slot Samarinda bila buat pengumuman yang mengatakan yang Hariz ni nak kahwin dengan dia. Tak ke gila namanya tu?
“Jadi, betullah tu?” Boy bertanya lagi. Dia tak kira, dia nak tahu jugak kebenaran. Apa kes kawan baik sendiri pun tak tahu cerita sebenar ni?
“Tak...”
Dahi Boy berkerut tanda hairan. Habis tu masa kat kafe tu apa?
“Yeke? Habis tu yang aku nampak kat kafe hari tu...”
Laju Hariz menoleh ke arahnya. Tajam mata si teman merenung ke arahnya.
“Lah, janganlah marah. Aku tanya je. Kau ni cepat sangat nak sentapnya...”
Hariz merengus perlahan sebelum kembali memandang ke depan.
Boy menjeling dengan hujung mata. Susah betul nak korek rahsia si mamat ni.
“So, kau tak ada apa-apa dengan girl tu?”
Hariz memejamkan mata. Letih.
“En..entahlah.” Akhirnya Hariz membuka mulut. Boy mula kelihatan teruja. Ini petanda baik ni.
“Macam mana boleh kenal?”
Hariz mengeluh lagi.
“Kau tahu tak dia tu girl paling hot dekat Fakulti Sains tu?” Boy bertanya sambil menjeling ke arah Hariz dengan ekor mata.
Hariz tidak menjawab.
“Wei, jawablah aku tanya ni...”
“Hmmm...” Hariz menjawab malas. Dia membuka kembali sketch booknya sebelum kembali menyambung lakaran yang separuh jalan itu.
“Macam mana kenal dia?” Boy bertanya lagi.
Hariz mengerutkan dahi. Masalah betul kalau ada member terlebih prihatin ni.
“Riz, aku tinggal kau kat sini nanti...”
Hariz menjeling namun tangan masih laju melakar pada kertas putih di atas ribanya itu.
Srettt!
“Aduh...!” Hariz menggosok kepala yang terhantuk pada siling kereta apabila Boy dengan tiba-tiba memberhentikan kereta.
“Ke..kenapa?” Tanya Hariz masih lagi menggosok kepalanya.
“Aku nak kau cerita macam mana kau boleh kenal dengan girl tu...”
Hariz memandang ke arah Boy dengan raut wajah yang sukar untuk ditafsirkan.
Boy membalas renungan temannya itu dengan tegar.
Hariz mengeluh berat. Kenal benar dengan perangai si Boy ni. Degil tak makan saman.
“Ak..aku...” Hariz mula bercerita dari mula hingga akhir apa sebenarnya yang berlaku kepada Boy. Habis semua dia cerita kecuali pertemuan dia dan Hana di pantai itu.
“So, sejak kau selamatkan dia malam tu, terus dia nak berkawan dengan kau?”
Hariz mengangguk.
“Dan dia kata dia nak berkawan dengan kau bukan sebab terhutang budi?”
Angguk lagi.
Boy menggosok dagu seolah-olah berfikir.
“Hairan...” Dia menggumam sendiri. Hariz tidak mengendahkan. Dia kembali menatap kertas lukisannya itu.
“Jangan-jangan....” Boy memandang ke arah Hariz yang masih tekun mengadap kertas lukisannya itu.
“Jangan-jangan...dia dah jatuh cinta pada kau tak?”
Pap! Hari itu sahaja, dua batang pensel 2B milik dia patah macam tu je. Hanya sebab gadis bernama Hana.


               ***

Hana menggigit jari sambil sesekali dia memanjangkan leher memandang ke arah laluan masuk ke lobi bangunan Fakulti Kesenian dan Kebudayaan  itu. Ipad mini di tangan sudah berkali-kali dijeling. Kalau ikutkan jadual hari Isnin, kelas Hariz akan bermula pada pukul 10 pagi. Tapi sejak pukul 9 pagi sampailah pukul 11 dia terpacak dekat situ, batang hidung Hariz pun dia tak nampak. Pergi mana mamat ni? Ponteng kelas ke? Atau tak sihat?
Hana memanjangkan leher lagi ke arah lobi fakulti sebelum dia mengambil keputusan untuk ke tempat letak motosikal. Mungkin Hariz tak masuk ikut lobi kut.
Hana mengeluarkan telefon bimbitnya sambil memerhatikan nombor plat motor yang tersusun di tepi bangunan fakulti itu dengan teliti.
“Ish! Tak ada jugak. Pergi mana mamat ni? Takkan ponteng kut?” Hana bertanya sendiri sambil berdiri tercegat di hujung tempat letak motor tersebut. Matahari yang sudah mula nak tegak di atas kepala membuatkan peluh mula membasahi tubuh.
Pin!
Spontan Hana menoleh. Wajahnya mula terpamer rasa lega. Senyum mula terukir di bibir apabila melihat Hariz sudah muncul di hadapan matanya.
Hariz membuat isyarat tangan menyuruhnya ke tepi namun Hana hanya memandang ke arah lelaki itu sambil mengerutkan dahi.
“Apa?’ Tanya Hana kehairanan.
Hariz memulas handle motosikalnya apabila Hana enggan ke tepi.
“Hei...!” Hana menjerit kecil sebelum cepat-cepat bergerak ke tepi. Bibir digetab geram.
“A..awak buat ap..apa kat sini?” Tanya Hariz sambil menanggalkan topi keledarnya. Rambut lelaki itu yang sudah sedia serabai, semakin berserabut seperti orang baru lepas bangun tidur, menambahkan lagi keseksian di wajah lelaki itu. Hurmmm.
“Me..mengelamun...”
“Aduhh...” Hana menggosok kepala yang terasa sakit apabila Hariz mengetuk kepalanya dengan topi keledarnya.
“Bu..buat apa kat si..sini?”
Hana yang masih menggosok kepalanya itu menjeling tajam.
“Awak ni kasar, tahu tak? Sakit tahu tak awak ketuk dengan helmet tu. Ingat kepala saya ni kepala batu ke?” Hana bertanya tidak puas hati.
Hariz tidak menjawab. Dia menyimpan topi keledarnya di bawah tempat duduk motosikalnya sebelum menyangkutkan beg sandang ke bahu.
“Kenapa datang lambat? Bukan ke kelas awak pukul 10?” Tanya Hana sambil berjalan beriringan di sebelah lelaki itu.
Lelaki itu masih dengan perangainya yang biasa. Hana menggigit bibir. Eeeee!
“Hariz, saya tanya ni jawablah. Awak tahu tak dah dekat dua jam saya tunggu awak pagi tadi? Lenguh kaki saya berdiri dekat lobi fakulti tu macam tugu negara sebab tunggu awak? Hargailah sikit, tak boleh ke?”
Hariz berhenti melangkah. Hana turut melakukan perkara yang sama.
“Sa..saya tak su..suruh pun a..awak buat ma..macam tu...” Hariz menjawab dingin. Hana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Memanglah bukan awak yang suruh. Tapi tak boleh ke awak layan saya baik sikit? Ni tak. Kasar je. Macam tu ke awak layan perempuan? Tak gentleman langsung...”
Hariz memandang tajam ke arahnya sehingga membuatkan Hana tertunduk. Alamak. Dia dah salah cakap ke?
“Awak..tunggulah...” Hana mula mempercepatkan langkah apabila Hariz sudah laju ke depan.
“Hariz...” Hana menarik lengan baju lelaki itu namun lelaki itu menepis. Hana menggigit bibir. Aduh, merajuk pulak mamat ni.
“Awak, sorrylah...” Hana berkata sambil memujuk ketika dia berjaya menyaingi langkah kaki lelaki itu.
“Hariz...” Hana berdiri di hadapan lelaki itu membuatkan langkah kaki Hariz terhenti serta merta. Tajam mata lelaki itu ketika memandang ke arah Hana yang dah tayang muka sedih itu.
“Jangan marah eh. Please...” Hana buat muka sedih lagi. Hariz memejamkan mata sambil melepaskan keluhan berat. Letih betul nak layan minah ni lah.
“A..awak tak ada ke..kelas ke?” Hariz bertanya perlahan.
“Ada. Pukul 12 nanti...”
Hariz menggaru kepala yang tidak gatal.
“Awak nak ke kelas ke? Bukan ke dalam jadual awak ni kelas pukul 10? Dah tukar jadual ke?” Tanya Hana sambil menunjukkan skrin ipad mininya ke arah Hariz. Lelaki itu hanya memandang tanpa perasaan.
“Hmmmm...”
“Apa hmmm?” Tanya Hana sambil mengerutkan dahi.
Hariz mengurut dahi yang terasa melekit.
“Tu..tukar jadual...”
Bulat mata Hana apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Hah? Kenapa awak tak cakap awak-awal? Penat tau saya tunggu awak sejak pagi lagi..”
Hariz hanya memandang ke arah Hana yang kalut mengeluarkan buku nota kecilnya dan sebatang pen berwarna merah jambu.
Hana menggumam tidak puas hati sambil menulis sesuatu di dalam buku notanya.
Isnin – 9.00. 11.00.
“Pukul 11 kan? Tempat sama? Dewan Kuliah Tiga?”
“A..awak nak bu..buat apa ni?”
“Tulis timetable awaklah. Lepas ni tak adalah saya tertunggu-tunggu dekat lobi tu lagi. So, ada lagi tak yang berubah?”
Hariz mendongakkan kepala sambil memejamkan mata. Rasa macam nak start motor dan balik tidur je.
“Hariz, cepatlah...”
“Ja..jangan ka..kacau sa..saya boleh?” Hariz berkata sebelum meneruskan langkah kaki menuju ke kelas. Dia menjeling jam di tangan. Damn. Dia dah lewat 10 minit.
“Hariz....” Hana memanggil nama lelaki itu sebelum kelam kabut mengekori lelaki itu.
“Ap..apa lagi? Aw..awak tahu tak yang sa..saya dah lam..lambat nak ke kelas ni?”
Hana membuat muka.
“Yelah-yelah. Sorrylah....”
Hariz menggelengkan kepala. Letih.
“Hmmm, pinjam telefon awak kejap boleh?”
“Nak..nak buat ap..apa?” Tanya Hariz curiga.
“Ala pinjamlah kejap..”
Hariz memandang ke arah Hana dengan raut wajah curiga bercampur ragu-ragu sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya.
Hana sedaya upaya menahan senyum di bibir apabila telefon Nokia jenis lama itu terhulur ke arahnya. Hati mula berbunga riang apabila telefon tersebut sudah berada di tangannya.
Hariz mengerutkan dahi apabila melihat Hana menekan sesuatu pada keypad telefonnya sebelum telefon bimbit milik gadis itu berbunyi.
“Nah...” Telefon Nokia jenis lama itu dihulurkan kembali kepada Hariz. Hariz memejamkan mata apabila menyedari apa yang telah dilakukan oleh gadis itu.
Done...” Hana tersenyum puas apabila telah selesai menyimpan nombor telefon milik lelaki itu di dalam telefon bimbitnya. Lepas ni senang. Apa-apa hal, telefon je. Hihihi.
“Alamak, saya dah lambat nak ke kelas. Saya pergi dulu. Nanti jumpa lagi. Bye...” Hana berkata sambil melemparkan senyuman paling manis kepada lelaki itu sebelum dia bergegas keluar dari bangunan fakulti itu menuju ke Fakulti Sains dan Teknologi.
“So, macam tu kau cakap tak ada apa-apa?” Suara yang entah datangnya dari mana itu tiba-tiba berada begitu dekat di telinganya. Hariz menoleh ke sebelah. Boy mengangkat keningnya beberapa kali sambil tersengih.
BERSAMBUNG...

5 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

Mmg kepala batu pun kan si Hana tu? ;)
Kesian Hariz kene harassed dgn ppuan... Hehehe.. Tp cute.. ☺ 😂

Cahaya said...

kak nvel addct>>memang pun. cuma hariz malas je nak cakap haha.

Rina Rahman said...

kesian hariz yg beku..... risau hati dia takut hana mainkan hati dia....

Cahaya said...

sis Rina>>yap. dia tak tahu knpa Hana boleh jadi mcm tu. heh

Anonymous said...

Best...go Hana go..lama2 cair la Hariz tu...

Post a Comment