RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, July 17, 2014

Bab 4 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 4


Hana merapikan rambut buat kali terakhir sebelum mencapai lipstik berwarna nude yang terletak di atas meja soleknya sebelum dioles ke bibir. Setelah memastikan semuanya sempurna, dia mencapai beg tangan yang tergolek di atas katil dan berlari menuju ke pintu.
“Hana, tak makan dulu?” Suara Mak Emah kedengaran di telinga.
“Tak apalah Mak Emah, Hana dah lambat.” Hana menjawab tanpa memandang ke arah pembantu rumahnya itu. Kunci kereta yang tergantung di dinding dicapai sebelum cepat-cepat dia melangkah keluar.
Hana memandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Senyum lebar spontan terukir di bibir ketika mata menemui target. Sambil membetulkan pakaian di tubuh, Hana berjalan melenggang menuju ke suatu sudut kafe tersebut.
“Hai awak. Sibuk ke?” Hana menyapa sejurus selepas dia melabuhkan tubuh di hadapan lelaki itu.
Hariz mengangkat kepala. Tergambar riak tidak senang di wajah lelaki itu namun dia memilih untuk menyambung kembali bacaan yang terganggu tadi.
Hana mencebik. Dia menjeling tajuk buku yang dibaca oleh lelaki itu. Hampir nak terkeluar biji matanya. OMG! Mamat ni layan novel cinta?!
“Awak baca novel cinta?” Tanya Hana tak percaya.
Hariz memejamkan mata buat seketika apabila merasakan yang semua orang memandang ke arah mereka. Spontan Hana menutup mulut.
“Ops, sorry...” Hana tersengih dengan rasa bersalah.
Hariz menyambung kembali bacaannya.
Hana merenung penuh kekaguman ke arah lelaki itu. Jarang kot nak jumpa lelaki melayu yang layan novel cinta! Memang orang seni ni lain dari orang lain eh?
Lamunan Hana terhenti apabila Hariz menutup novelnya dengan kuat.
“Eh, awak nak ke mana tu?” Kelam kabut Hana bertanya apabila dia melihat lelaki itu memasukkan kembali novel ke dalam beg sandangnya sebelum berdiri.
Hariz tidak menjawab sebelum berlalu dari situ.
Hana berdiri dan berpusing ke belakang. Dia menggenggam tangan cuba menahan geram.
“Hariz!!”
Suasana kafe tersebut serta merta menjadi sunyi sepi. Hana tidak peduli. Sakit hati kerana dilayan sebegitu oleh lelaki itu mengatasi segala-galanya.
Langkah kaki Hariz terhenti serta merta namun lelaki itu tidak menoleh.
Hana mengecilkan mata ketika memandang belakang badan lelaki itu yang masih enggan memandang ke arahnya. Hati semakin membara apabila melihat lelaki itu mula melangkah kembali seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Hariz, sampai hati awak buat saya macam ni.”
Hariz tidak mengendahkan kata-kata Hana. Dia mula rasa tak selesa apabila semua pelajar yang berada di kafe tersebut memandang ke arahnya dan berbisik sesama sendiri. Sesuatu yang dia paling tak suka sejak dahulu lagi.
Hana menggenggam tangan. Rasa marah sudah naik sampai ke kepala. Baik, mamat ni jual mahal ye.
“Hariz, sampai hati awak buat saya macam ni. Awak janji apa dengan saya? Awak janji nak kahwin dengan saya, kan?”
Suasana kafe yang berbunyi soksek seperti lebah berdengung itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Semua mata tertumpu ke arah Hana yang tegar menayangkan muka tidak bersalahnya sebelum kembali memandang ke arah Hariz yang tercegat berdiri tidak jauh dari gadis itu.
Tubuh Hariz menjadi kaku secara tiba-tiba. Telinga terasa berdengung entah sebab apa namun dia pasti, telinga dia tak salah menangkap kata-kata gadis itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
Hana memandang ke arah Hariz tanpa mempamerkan sebarang riak namun senyum hampir terukir di bibir gadis itu. Macam nak tergelak dia apabila melihat wajah Hariz ketika itu. Pucat tak berdarah.
“Sampai hati awak buat saya macam ni...” Hana terdiam apabila lelaki itu meluru ke arahnya sebelum lengannya di tarik kasar menjauhi kafe tersebut. Suara orang bercakap-cakap mengiringi mereka ketika mereka melangkah keluar dari bangunan fakulti tersebut.
“Awak nak bawa saya pergi mana ni?” Hana bertanya apabila Hariz membawanya jauh dari kawasan fakulti kesenian tersebut.
“Aduhhh...!” Hana mengerang perlahan ketika Hariz melepaskan pegangan tangannya dengan kasar.
“Apa awak ni? Kasar sangat. Sakit tahu tak?” Hana menjeling sambil menggosok lengannya yang sudah berbekas kemerahan itu.
Hariz merenung tajam ke arah gadis itu. Dada lelaki itu turun naik seolah-olah menahan marah.
“A..awak me..memang me..melampau!” Hariz berkata cuba sedaya upaya menahan marah.
Hana menggigit bibir. Dia tahu yang dia tak sepatutnya melakukan perbuatan tersebut tapi apa lagi pilihan yang dia ada?
“Awak, sorrylah. Saya tahu saya tak patut malukan awak macam tu, tapi apa lagi pilihan yang saya ada? Lagi pun, siapa suruh awak jual mahal sangat? Susah ke nak berkawan dengan awak? Saya bukan minta awak beli kereta mewah ke apa. Saya cuma nak berkawan je. Itu pun susah sangat ke?”
Hariz menarik nafas dalam-dalam sebelum terduduk di kerusi batu berdekatan dengannya. Mata dipejamkan buat seketika. Kepala terasa berat dan penat. Penat nak melayan perempuan nama Hana ni.
“Aw..awak tak..fa..faham ba..bahasa ke? Sa..saya dah cakap, ja..jangan kacau sa..saya lagi!”
“Saya tak kira, selagi awak tak nak kawan dengan saya, saya akan buat macam tadi lagi. Malah lagi teruk pun saya mampu buat...” Hana menjawab separuh mengugut.
Hariz merenung tajam ke arahnya. Dada lelaki itu kembali berombak seolah-olah cuba sedaya upaya menahan rasa geram dan marah.
Hana membalas pandangan lelaki itu dengan tegar seolah-olah mahu mencabar lelaki itu. Apa ingat awak sorang je keras kepala? Kepala saya ni lagi keras dari berlian, tahu?
Hana menggigit bibir buat seketika sebelum berjalan perlahan menghampiri lelaki itu. Dengan hati-hati, Hana duduk di sebelah Hariz sambil mata mengawasi keadaan lelaki itu. Buatnya si Hariz ni buat perangai macam dulu, senang dia nak lipat balik.
“Awak, saya betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, saya ikhlas nak kawan dengan awak ni. Tak ada niat apa-apa pun. Betul ni...” Hana bersuara perlahan, masih lagi mengawasi keadaan lelaki itu yang sudah kelihatan tenang.
Hariz tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya terdengar keluhan dan nafas berat yang dilepaskan secara terpaksa.
“Saya janji, saya takkan buat lagi benda-benda macam tu kalau awak janji nak terima saya sebagai kawan...”
Hariz menjeling tajam ke arahnya.
Please....” Hana berkata sambil memandang penuh makna ke arah lelaki itu.
Hariz tertunduk. Muka dah terasa berubah.
Hana cuba sedaya upaya menahan senyum. Tak sangka mamat ni pemalu orangnya. Tapi comel!
“Ke..kenapa aw..awak nak ber...berkawan dengan saya?” Tanya Hariz perlahan.
Hana terdiam buat seketika. Tidak menyangka yang soalan itu akan ditanya oleh lelaki itu.
“Hmmm. Entahlah. Saya sendiri tak tahu tapi saya rasa awak ni unik. You know...”
Hariz merenung tajam ke arahnya. Wajah lelaki itu bertukar kemerahan. Tangan lelaki itu tergenggam erat seolah-olah menahan diri melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Dahi Hana berkerut hairan apabila melihat perubahan yang berlaku pada lelaki itu.
“Awak okey ke ni?”
“Per..pergi! Sa..saya tak perlukan sim..simpati dari orang ma..macam awak!”
Terkebil-kebil mata Hana ketika memandang lelaki yang sudah pun berdiri di hadapannya itu. Tergambar jelas riak marah di wajah lelaki itu.
“Simpati? Maksud awak apa?” Tanya Hana keliru. Sesungguhnya dia tak faham apa yang lelaki itu cakapkan.
Hariz merenung tajam ke arahnya namun sebelum berlalu dari situ.
Hana tercengang lagi. Dia cuba berfikir apa yang ingin lelaki itu sampaikan sebelum dia faham segalanya.
“Awak...tunggu dulu..” Tangan Hariz ditarik namun ditepis oleh lelaki itu. Wajah Hariz masih kemerahan.
“Saya dah faham maksud awak sekarang dan saya nak bagitahu yang awak silap. Silap besar bila ingat saya nak kawan dengan awak semata-mata sebab simpati pada awak...”
Hariz merenung ke arah Hana dan gadis itu tegar mempamerkan riak wajah cekalnya walau pun jantung dah mula bertukar rentak apabila renungan mata seksi milik lelaki itu menembusi pangkal jantungnya.
“Saya tahu awak dah salah faham. Saya kawan dengan awak bukan sebab simpati pada awak, macam yang saya cakap tadi, saya ikhlas..saya suka..errr..nak berkawan dengan awak. Betul. Tak ada niat lain. Saya suka errr..bakat awak. Awak kan pandai melukis. Saya suka orang yang pandai melukis ni. Err..maksud saya..orang yang pandai melukis ni unik. Errr..macam awak lah.” Wajah Hana dah terasa panas apabila Hariz masih merenung ke arahnya tanpa memberikan sebarang reaksi.
“Awak janganlah pandang saya macam tu...” Hana tertunduk lagi. Pipi dah terasa bertukar warna merah jambu.
Hariz tersedar. Muka dah terasa hangat namun dia sedaya upaya mengekalkan riak wajah tak berperasaannya.
“So, boleh awak terima saya sebagai kawan?” Tanya Hana penuh harapan.
Hariz terdiam seolah-olah berfikir.
“Ka..kalau saya tak nak?”
Hana mengetap bibir.
“Kalau awak tak nak, saya akan bagi tahu satu universiti yang awak ni...” Hana terdiam apabila Hariz merenungnya tajam.
“Bu..buatlah ka..kalau berani...”
Hana menarik muka masam. Dia tunduk merenung ke bawah. Hujung kasut menguis daun kering tanpa sedar.
Hariz memandang ke arah Hana yang kelihatan seperti sedang merajuk itu. Spontan senyum nipis terukir di bibir.
“De..dengan sa..satu syarat...”
Laju Hana mengangkat kepala.
“Syarat apa?”
“Ja..jangan bu..buat ma..macam tu lagi..”
Senyum lebar spontan terukir di bibir Hana.
“Buat macam apa?” Hana mengangkat kening sambil tersengih. Hariz kembali merenungnya tajam penuh amarah. Hahaha.

     ***

I think I wanna marry you...” Hana menggumam perlahan sambil sesekali dia menyelak halaman buku di tangan sambil sesekali dia mengangkat kepala memandang sekeliling. Setiap orang yang melalui pintu utama fakulti kesenian itu dipandang namun hampa. Mana dia ni? Hari ni dia tak ada kelas ke?
Hariz menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket setelah selesai menghantar mesej. Dahi berkerut apabila melihat Hana sedang berdiri di suatu sudut berdekatan dengan lobi fakulti kesenian sambil memandang sekeliling. Dengan satu tarikan nafas berat, Hariz berjalan memasuki fakulti tersebut tanpa memandang ke arah Hana.
Hana menggumam sendiri apabila kaki sudah terasa lenguh. Mana tak lenguh kalau dah dua jam dia berdiri di situ sejak pagi. Nak masuk dalam dewan kuliah untuk mencari lelaki itu pun, dia tak tahu nak mula dari mana. Takkan nak main terjah je masuk kelas mana-mana lepas tu tanya ada sesiapa nampak Hariz tak? Ish, walaupun kadang kala dia suka buat kerja gila, tapi belum sampai ke tahap itu lagi.
“Hariz, jangan lupa pasal projek kita tu nanti...”
Hana mengalihkan pandangan apabila telinga menangkap suara seseorang menyebut perkataan ‘Hariz’. Spontan senyum terukir di bibir ketika mata menangkap tubuh lelaki itu yang sedang berbual dengan seseorang. Barangkali teman sekuliah dia kut. Laju kaki Hana melangkah menghampiri Hariz ketika lelaki itu tersenyum ke arah si teman.
“Hai awak. Sibuk ke?”
Spontan senyum yang terukir di bibir Hariz hilang tatkala wajah Hana muncul di hadapan matanya.
Hana mencebik.
“Kecik hati saya awak buat macam tu, tahu...” Hana berkata perlahan seolah-olah merajuk.
Hariz menarik nafas panjang sebelum melangkah meninggalkan gadis itu. Hana mencebik lagi sebelum kelam kabut mengekori lelaki itu.
“Awak dah sarapan? Ada kelas lepas ni? Jom pergi makan? Saya belanja...” Hana berkata tanpa henti sambil sesekali mengelak pelajar yang berpapasan dengan mereka.
Hariz tidak memberikan sebarang reaksi.
“Awak...” Hana menarik lengan baju lelaki itu.
“Ja..jangan...”
“Yelah-yelah. Tapi jomlah pergi makan. Saya lapar....” Hana berkata separuh merengek, dengan harapan dapat mencairkan Hariz yang dah macam berhati besi itu.
“Sa..saya ada kelas...” Ringkas Hariz menjawab. Hana membuat muka. Dia segera membuka beg tangannya sebelum mengeluarkan beg kertas berwarna coklat.
“Kelas awak pukul berapa?”
“11.30...”
Spontan Hana menjeling jam. Bagus!Ada setengah jam lagi.
“Ada setengah jam lagi. Jom teman saya pergi makan? Saya ada beli ni...” Hana mengangkat tinggi beg kertas di tangan.
Hariz hanya memandang dengan sebelah mata namun tidak berkata apa-apa.
Hana mencebik. Hati batu betullah mamat ni.
“Hariz...please...” Hana berkata separuh memujuk.
Spontan Hariz menjeling tajam ke arahnya. Kening Hana terangkat sebelah sebelum senyum penuh bermakna terukir di bibir.

***

“Nah....” Hana menghulurkan air kotak berperisa coklat ke arah Hariz. Lelaki itu yang sedang mengelamun entah tentang apa, menoleh ke sebelah.
“Ambiklah...”
Hariz melepaskan keluhan sebelum air kotak itu diambil dari tangan Hana. Senyum lebar terukir di bibir gadis itu.
“Ni untuk awak...” Hana menghulurkan bekas plastik berisi sandwich telur ke arah Hariz. Lelaki itu hanya memandang ke arah sandwich tersebut.
“Kenapa? Tak suka ke? Kalau macam tu kita tukar. Awak ambik yang saya punya. Awak makan tuna tak?”
Hariz memandang ke arah Hana. Bibir digerakkan seolah-olah mahu berkata sesuatu namun entah kenapa rasa tak terdaya nak berkata apa-apa.
“Hariz, awak okey ke ni?” Hana memetik jari di hadapan lelaki itu membuatkan Hariz tersedar. Sandwich telur di tangan gadis itu diambil, lebih kepada mahu mendiamkan gadis itu.
“Makanlah. Apa tengok je. Ke nak saya suapkan...” Hana berkata sambil mengangkat kening.
Hariz menjeling lagi sebelum bekas plastik lutsinar itu dibuka. Sepotong sandwich dibawa keluar sebelum disua ke mulut.
Hana hanya memandang ke arah Hariz dengan mata tak berkelip. Comel gila tengok mamat ni makan. Heeeee!
“A..awak tengok ap..apa?Ta..tadi kata la..lapar..”
Hana tersedar dari lamunan. Spontan dia tunduk merenung sandwich di tangan. Muka dah terasa kemerahan. Perlahan-lahan dia menyuap sandwich ke mulut sendiri sambil kepala ligat berfikir. Dia tak tahu sangat pasal si Hariz ni. Perlu ke dia tanya asal usul lelaki itu? Mahukah lelaki itu menceritakan semua itu padanya?
“Awak, saya tanya sikit boleh?”
Hariz tidak menjawab.
“Hmm, awak...dah ada girlfriend ke?”
Hampir tersedak lelaki itu dengan air kotak yang baru sahaja nak mencecah rengkung itu.
“Err, sorry...” Hana menghulurkan tisu ke arah lelaki itu. Hariz mengelap bibir dengan belakang tangan sambil mata tajam merenung ke arah gadis itu. Tisu yang terhulur itu diambil sebelum dia mengesat tangan yang dah melekit dengan air manis itu.
“Awak nak ke mana? Sorrylah kalau awak marah. Saya cuma tanya je. Kalau awak tak nak jawab, tak payahlah nak jawab...” Hana mendongak ketika melihat Hariz sudah mula berdiri dan melangkah mahu meninggalkan tempat itu.
Hana kelam kabut mengemas beg kertas dan sampah sebelum dia bangun dan mengejar Hariz yang sudah laju ke depan.
“Awak, tunggulah...” Hana berjalan laju cuba menyaingi lelaki itu. Dalam hati mula mengutuk memarahi diri sendiri.
“Yang gatal sangat mulut nak tanya soalan macam tu kenapa? Tengok kan mamat tu dah merajuk...” Hana memukul mulut sendiri ketika langkah kaki dilajukan untuk mengejar lelaki itu.
“Hariz....” Hana menarik lengan baju lelaki itu.
Hariz menoleh.
I’m sorry.” Hana buat muka sedih. Hariz mengerutkan dahi. Dia menjeling sekeliling. Ada riak tidak selesa di wajah lelaki itu apabila ada mata yang memandang ke arah mereka.
Hana yang menyedari akan reaksi Hariz itu spontan melepaskan tangan.
Sorry...”Hana mengerakkan bibir meminta maaf. Hariz tidak memberikan sebarang reaksi. Dia kembali melangkah.
“Awak, marah saya ke?” Hana bertanya ketika mereka sama-sama beriringan menuju entah ke mana.
“Hariz...” Hana membuat muka ketika muncul di hadapan Hariz secara tiba-tiba membuatkan dahi lelaki itu berkerut.
“Saya minta maaf kalau pertanyaan saya tadi tu buat awak tersinggung. Tapi tak kanlah besar sangat kesalahan saya sampai awak nak marah saya macam ni?”
Hariz merenung wajah gadis itu sebelum menolak tubuh gadis itu ke tepi.
Hana memandang ke arah Hariz dengan raut wajah tidak percaya. Sampai hati dia!
“Har...”
Hariz segera menunjuk ke arah jamnya. Terkebil-kebil mata Hana ketika memandang ke arah jam di tangan lelaki itu. Jam fesyen lama. Apa motif Hariz nak tunjuk jam dia tu.
“11.30. Kelas...”
Ohh! Hana baru mengerti. Rupanya mamat ni kalut nak ke kelas. Kenapa tak cakap awal-awal. Dia sikit punya risau kot mamat ni kecik hati ke apa. Alih-alih sibuk nak ke kelas rupanya.
Hana terdiam buat seketika. Tiba-tiba idea bijak menerpa dalam kotak fikirannya.
“Sekarang kelas apa?” Hana bertanya. Hariz tidak mengendahkan pertanyaan gadis itu. Hana mencebik namun kaki turut sama melangkah mengekori lelaki tersebut.
Hariz berhenti melangkah setibanya di pintu masuk dewan kuliah itu.
Kening Hana terangkat sebelah.
“A..awak nak a..apa?”
Hana membuat muka. Gaya tanya tu macam nak cari gaduh je. Tanya elok-elok tak boleh ke?
“Saya nak ikut awak masuk kuliah, boleh?”
Bulat mata Hariz ketika mendengar kata-kata gadis itu.
“Tak boleh!”
“Kenapa pulak tak boleh? Kuliah ni awak yang punya ke?” tanya Hana tidak puas hati. Hariz merenungnya tajam namun Hana tegar menentang pandangan lelaki itu.
Don’t...” Hariz memberi amaran sebelum lelaki itu melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Hana mengetap bibir kegeraman. Dengan rasa sakit hati, dia melangkah masuk juga ke dalam dewan tersebut.
Hana memandang ke bawah, mencari-cari kelibat Hariz namun tidak kelihatan. Para pelajar semua kecik-kecik macam semut je kalau dilihat dari atas.
Degum!
Hana terkejut apabila telinga terdengar bunyi pintu ditutup. Alamak! Pensyarah dah masuk. Kelam kabut Hana mencari tempat duduk. Nak keluar sekarang macam dah terlambat. Mahu tidak mahu terpaksalah dia duduk di sebelah seorang gadis berbangsa cina yang dia tidak kenal. Dia hanya mampu melemparkan senyuman tawar. Tulah, lain kali buat sesuatu tu tak nak fikir. Kan dah susah!
“Assalamualaikum, selamat pagi..hari ni..”
Hana memanjangkan leher memandang ke bawah mencari-cari kelibat Hariz. Mana pulak mamat ni?  Hana tersenyum lagi ke arah jiran sebelah sambil mata melilau ke sekeliling.
Hana menggigit bibir. Dia menjeling ke arah sebelah. Si gadis cina itu sudah mengeluarkan sketch booknya lalu diletakkan di atas meja. Hana menjeling sekeliling. Rata-rata semua pelajar sudah mula mengeluarkan sketch book masing-masing. Hana sudah mula menggelabah. Dia menyelongkar beg tangannya. Alamak! Macam mana ni? Perlahan-lahan dia mengeluarkan buku nota kecil yang dia selalu guna untuk buat nota poket subjek kimianya.
Gadis cina itu melemparkan senyuman ketika memandang ke arah Hana yang kelihatan kalut itu. Sekeping kertas putih dikoyak dari buku sketchnya sebelum dihulurkan ke arah Hana. Hana tercengang buat seketika namun mengambil huluran tersebut dengan raut wajah berterima kasih. Thank God!
Hana menjeling ke bawah lagi sebelum mata tertumpu ke arah satu sudut. Kecik besar kecik besar je dia melihat ke arah Hariz yang leka melakarkan sesuatu atas kertas lukisannya. Sesekali Hana menjeling ke arah pensyarah yang sedang mundar mandir di hadapan kelas sambil sesekali dia bercakap sesuatu dengan pelajar di hadapan sekali. Dia akan selamat selagi pensyarah tu tak naik ke atas ni. Hana kembali menumpukan perhatian pada Hariz. Agak sakit hati kerana dia terpaksa membesar dan mengecilkan mata untuk melihat lelaki itu. Duduk jauh beribu batu. Huh!
“Buat shading dekat sini sikit...”
Tumpuan Hana terganggu apabila telinga menangkap suara seseorang tidak jauh darinya itu. Lantas Hana mengalihkan pandangan. Alamak! Habislah dia. Pensyarah rambut putih tu dah naik sini pulak. Hana mula menggelabah. Dia memandang ke arah jiran sebelah. Si gadis sudah hampir separuh jalan melukis labu sayong. Walaupun hati tengah cuak namun dia tak mampu nak menafikan yang sememangnya gadis cina itu sangat berbakat. Macam Hariz jugak. Lukisan gadis itu nampak hidup.
Hana kembali ke dunia nyata apabila telinga menangkap bunyi tapak kasut menghampirinya. Air liur ditelan perlahan. Habislah dia. Hana kembali memandang kertas lukisan di tangan yang masih kosong. Apa dia nak lukis ni? Lagi pun, dia mana pandai melukis!
Still can’t find any subject?”
Tubuh Hana terasa keras kejung apabila telinga menangkap suara tersebut betul-betul di sebelah telinganya. Erk! Habislah kau kali ni Hana. Balik bungkus diri masuk dalam almarilah malam ni.
“Err..errr...”
What do you like?”
“Hah? What do I like?” Hana bertanya kalut. Pensyarah separuh umur itu tersenyum membuatkan Hana agak lega.
“Awak suka apa? Cuba imagine apa yang awak suka dalam fikiran awak dan kemudian terjemahkan dalam kertas lukisan tu...”
Spontan Hana menjeling ke arah Hariz yang masih khusyuk di bawah sana.
Si pensyarah turut sama menjeling ke bawah sebelum senyum terukir di bibir.
“You are not from my class, right?”
Hana menggigit bibir. Alamak! Macam mana prof ni boleh tahu? Perlahan-lahan, Hana menggeleng kepala.
“You can’t draw, right?”
Adehhh! Sekali lagi dia menggeleng. Habislah dia kali ni. Hana memejamkan mata menantikan sebarang kemungkinan yang bakal dilakukan oleh pensyarah tersebut.
Well, I think he is lucky...” Pensyarah itu berkata sambil tersenyum penuh makna sebelum dia berlalu dari situ meninggalkan Hana yang tercengang di situ.
“Okey, kita berhenti di sini...”
Hana menarik nafas lega apabila kelas selama dua jam itu tamat akhirnya. Rasa macam cacing kepanasan je berada di dalam dewan kuliah tersebut dengan masing-masing sibuk menghadap skatch book sementara dia pula sibuk memanjangkan leher memandang ke bawah. Ceh, mamat tu sikit pun tak pandang ke kiri kanan.
Hana hanya membiarkan semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan tersebut dengan mata masih memandang ke bawah, memerhatikan gerak geri Hariz dengan teliti. Bimbang lelaki itu lesap macam tu je.
Hampir sepuluh minit dia menunggu. Nampaknya Hariz lebih suka membiarkan pelajar lain keluar dulu sambil sesekali pensel 2B berlari laju di atas kertas lukisan tersebut. Hana hanya memerhatikan Hariz dari atas. Rambut lelaki itu terjuntai di tepi dahinya membuatkan lelaki itu kelihatan sangat misteri.
Hariz memandang sekeliling dan mula mengemas peralatan melukisnya apabila mendapati dewan kuliah semakin kosong. Setelah semua perkakas dimasukkan ke dalam beg, Hariz bangun dan mula berjalan ke arah pintu sebelum kaki berhenti melangkah.
Hana berdiri di muka pintu sambil memeluk tubuh. Ada riak tidak puas hati di wajah gadis itu namun dia tidak peduli. Kaki kembali melangkah menuju ke pintu dewan.
Hana menghulurkan tangan seolah-olah mahu menghalang lelaki itu dari keluar melepasi pintu dewan. Hariz merenung tajam ke arah Hana.
“Sampai hati awak tak tunggu saya. Nasib baik pensyarah awak tu sporting. Kalau tak, habis saya, tahu?”
Hariz masih merenung ke arah Hana namun lelaki itu tidak memberikan sebarang reaksi. Tangan gadis itu diangkat sebelum dia keluar dari dewan tersebut.
Hana menggigit bibir. Sukar untuk dia percaya yang Hariz boleh tidak menghiraukan dia macam tu je. Helo? Ini Hana Hadiya okey? Girl paling hot dekat Fakulti Sains dan teknologi, tahu?
“Hariz!” Hana memanggil lelaki itu sambil berlari-lari anak namun lelaki itu tidak mengendahkan panggilannya. Memang hati batu betul. Huh!
“Hariz, tunggulah saya. Awak tahu tak dah dua jam saya tunggu awak dalam dewan kuliah tu, takkan awak tak boleh nak tunggu saya kejap...”
Hariz masih tidak memberikan reaksi.
“Hariz...” Hana menarik lengan baju lelaki itu membuatkan lelaki itu berhenti melangkah.
“Awak nak pergi mana laju-laju ni?” Tanya Hana masih lagi enggan melepaskan lengan baju lelaki itu.
Hariz merenung tangan Hana yang sedang memegang lengan bajunya itu.
“Lepas...”
“Tak nak...” Hana menjawab degil. Hariz merenung tajam ke arahnya namun Hana tegar dengan keputusannya. Nak jadi apa pun jadilah.
“Hana...” Hariz menggumam perlahan namun penuh amaran.
Senyum hampir terukir di bibir Hana apabila mendengar lelaki itu menyebut namanya. Rasanya inilah kali pertama Hariz menyebut namanya itu.
“Saya suka awak sebut nama saya. Ingatkan awak dah lupa nama saya...” Hana berkata sambil tersenyum.
Hariz tunduk merenung lantai apabila mendengar kata-kata Hana itu. Muka dah terasa nak berubah apabila ada beberapa orang pelajar yang memandang ke arah mereka ketika itu.
Hana masih lagi tersenyum apabila melihat perubahan pada wajah lelaki itu. Tak sangka betul ada lagi lelaki jenis pemalu macam ni. Comel!
Hariz menarik nafas panjang. Tangan Hana dipegang dan ditepis perlahan sehingga menyebabkan pegangan tangan Hana pada lengan bajunya terlepas.
Hana tercengang buat seketika apabila Hariz berlalu dari situ tanpa menoleh ke arahnya lagi. Dengan rasa marah yang mula nak menyerang dalam diri, Hana melangkah juga mengekori lelaki itu.
“Awak nak ke mana pulak tu? Jom pergi makan. Saya laparlah...” Hana berkata ketika dia berjaya menyaingi lelaki itu.
Hariz berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah Hana di sebelah.
Hana mengangkat kening.
“A..awak tak ada ke..kelas ke?”
“Ada..”
“Pu..pukul be..berapa?”
Spontan Hana menjeling jam di tangan. Bulat matanya ketika merenung jam di tangan. OMG! Dia dah lewat setengah jam! Habislah dia. Sudahlah esok ada ujian. Pasti hari ni pensyarah akan bagi tip-tip untuk ujian esok.
“Sekarang.” Hana kelam kabut menjawab sebelum berlalu dari situ namun dia berhenti melangkah.
“Kelas awak habis pukul berapa?” Tanya Hana.
Hariz terdiam.
“Cepatlah, kelas awak habis pukul berapa?” Hana bertanya tergesa-gesa.
Hariz masih mendiamkan diri. Menimbang tara sama ada mahu menjawab soalan tersebut atau tidak dan apa implikasinya terhadap keputusannya kelak.
Hana merengus perlahan sebelum kembali berjalan ke arah lelaki itu.
“Bagi timetable awak...”
Kening Hariz terangkat sebelah.
“Nak bu..buat apa?” Hariz bertanya.
“Bagi jelah...”
Hariz membuka beg sandangnya sebelum file berwarna hitam dikeluarkan. Sekeping kertas dihulurkan oleh lelaki itu.
Hana mencapai kertas tersebut sebelum mata laju merenung apa yang tertulis di atas kertas itu. Hmmm, hari ni dia habis pukul enam petang. Apa pasal lama sangat kelas ni?Sampai empat jam?
“Studio 1 kat mana?”
“Hah?”
“Studio 1 kat mana? Ah tak apalah. Pandai-pandailah saya cari nanti. Awak ada copy timetable ni?”
Hariz menggeleng kehairanan.
Hana mengeluh perlahan. Dia berfikir sejenak sebelum membuka beg tangan. Ipad mini dikeluarkan dari beg tangan sebelum menu kamera di cari.
Snap!
“Nah...” Kertas yang mengandungi jadual kuliah dikembalikan ke arah lelaki itu.
“Kalau ada perubahan jadual kuliah, jangan lupa bagi tahu saya ya. Jumpa nanti. Belajar rajin-rajin tau...” Hana berkata sambil tersenyum sebelum bergegas meninggalkan tempat itu.
Hariz hanya tercengang berdiri di situ sambil tangan memegang kertas jadual kuliahnya itu. Mata masih memandang ke arah tubuh gadis itu yang semakin hilang dari pandangan.
“Hariz, what have you done to her?”
 BERSAMBUNG...

2 140 tukang karut:

ashiqin austen said...

Best.

Anonymous said...

terbaik lah hana ni...hati kering sungguh

Post a Comment