RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, July 10, 2014

Bab 2 : Nak Jadi Kekasih Saya?



Hana memandang ke kiri dan ke kanan. Sesekali bibir bergerak mengikut rentak lagu yang berdentum di telinganya. Beg plastik di tangan di pusing-pusingkan tanpa sedar. Mata masih lagi melata memandang sekeliling. Ish, mana ni?
Hana melangkah menyusuri pantai tersebut sambil sesekali dia menoleh ke sekeliling. Tak ada! Pergi mana ni? Takkan dah tak datang sini terus? Hana bertanya sendiri. Dia melepaskan keluhan sambil merenung beg plastik di tangan.
“Hmmm, tak ada rezeki kau nampaknya...” Dia berkata sendiri sebelum kembali berjalan. Air laut yang membasahi hujung kaki seluarnya tidak diendahkan. Sesekali dia menolak rambut yang menutupi muka apabila ditiup oleh angin.
Hana mengecilkan mata ketika memandang ke suatu sudut. Senyum spontan terukir di bibir. Yes! Laju kaki melangkah menuju ke arah tersebut. Dada terasa berdebar. Bimbang dia akan dihalau oleh lelaki itu memandangkan dia dah membuat kerosakan besar semalam. Dan tujuan dia datang hari ni pun sebab nak mintak maaf dengan cara yang betul walaupun dia sendiri tak tahu adakah betul atau tidak tindakan dia untuk muncul di hadapan lelaki itu buat kali kedua.
“Hai awak...” Hana menegur sambil tersenyum namun senyuman serta merta mati apabila lelaki itu seperti biasa, tidak mengendahkan dirinya. Hana sedaya upaya menenangkan hati. Mungkin lelaki ini masih marah padanya. Dengan hati-hati, dia mendekati lelaki itu dan mengintai kanvas yang terpacak di hadapannya itu.
“Err, awak nak lukis apa tu?” Hana bertanya lagi dengan harapan lelaki itu akan memberikan reaksi tapi haram. Diam bisu macam tu jugak.
Brrrr!
Tumpuan Hana teralih apabila telinga menangkap bunyi nada dering versi lama yang dia kurang pasti datangnya dari mana. Dia memandang sekeliling. Tak ada orang lain pun yang berada di situ.
Brrrr!
“Awak, telefon awak berbunyi tu. Tak nak angkat ke?” Hana menegur lagi. Besar hajat hatinya mahu melihat lelaki itu menjawab panggilan telefon tersebut untuk membuktikan yang telahannya silap namun lelaki itu masih khusyuk melakar di atas kanvasnya. Hana menjeling dengan ekor mata.
Brrr!
“Awak, angkatlah telefon tu. Mana tahu urgent ke...” Hana masih berusaha lagi. Lelaki itu memejamkan mata buat seketika sebelum melepaskan keluhan berat. Berus diletakkan pada palet di tangan kanan sebelum telefon di tarik keluar dari poket jeans lusuhnya.
Hana menunggu dengan penuh teruja apabila lelaki itu merenung pada skrin telefon bimbit Nokia jenis lamanya itu namun hampa apabila lelaki itu sekadar merenung skrin tersebut sebelum kembali memasukkan telefon ke dalam poket. Hana membuat muka. Ceh! Ingatkan bolehlah dengar suara mamat ni. Mungkin betullah sangkaannya, mamat ni mungkin bisu. Huhu. Sedihnya...
Hana merenung ke arah lelaki itu tanda sedar. Memerhatikan riak wajah lelaki itu yang tenang ketika tangan laju melakar pada kanvas. Hana tertanya-tanya apa yang lelaki itu sedang fikirkan ketika itu. Ketika tangan sedang sibuk bekerja di atas kanvas. Kasihan, muka handsome tapi bisu. Memang menyedihkan. Hana spontan melepaskan keluhan kasar.
Lelaki itu menoleh ke arahnya membuatkan wajah Hana berubah seketika. Alamak! Dah berapa lama aku usha mamat ni? Aduhh malunya!
Hana tersengih kelat. Air liur yang ditelan terasa pahit.
“Err...awak. Saya sebenarnya nak minta maaf pasal semalam. Saya betul tak sengaja. Mesti awak marah gila pada saya kan. Yelah, mesti lama betul masa yang awak ambil nak siapkan lukisan tu. Dan sekarang ni pun awak terpaksa bermula semula. Jadi, saya datang ni nak minta maaf. Err..terimalah pemberian saya yang tak seberapa ni.” Hana menghulurkan beg plastik di tangannya ke arah lelaki itu namun seperti biasa, lelaki itu masih tekun bekerja seolah-olah dia tak wujud pun di situ. Hana mengetap bibir. Hati mula terasa sakit. Apa masalah mamat ni sebenarnya??
“Awak, ambillah. Saya ikhlas ni..” Hana sudah mula nak naik angin.
Tangan lelaki itu terhenti buat seketika. Dia menjeling Hana dengan hujung mata.
Hek eleh. Nak main jeling-jeling pulak. Hana menarik nafas panjang.
“Tak apalah kalau awak tak nak ambil pemberian saya ni. Tapi saya ikhlas. Mungkin bagi awak pemberian saya ni tak seberapa, tak setanding dengan lukisan awak yang hebat tu tapi sekurang-kurangnya saya ikhlas nak minta maaf. Saya letak sini jelah. Terpulang awak nak ambil atau tidak.” Hana meletakkan beg plastik tersebut di atas tunggul kayu besar yang berada tidak jauh dari situ. Sebelum melangkah, dia berhenti dan berpusing.
For your information, nasi lemak dan air kopi tu adalah yang terbaik di sini. Rugi kalau awak tak rasa...” Hana berkata sebelum kembali berpusing.
Dia hanya menjeling sekilas ke arah gadis yang sudah jauh melangkah sebelum pandangan jatuh pada bungkusan plastik berwarna merah itu. Dia menjeling lagi ke arah gadis yang sedang berjalan di gigi air sebelum tumpuan kembali pada kanvas di hadapannya.

***
“Hana!”
Hana menoleh. Earphone ditelinga ditarik sebelum di simpan ke dalam beg tangannya. Buku setebal alam yang dibawa, di buka dengan malas. Minggu depan ada ujian. Malasnyaaa!
“Hana, kau pergi mana dua tiga hari ni?” Kat yang baru sahaja muncul di sebelahnya itu menyapa dahulu. Pandangan mata Hana jatuh pada Sarina yang turut sama duduk di sebelah kanannya.
“Tak ke mana...” Hana menjawab malas. Dia menyelak lagi helaian buku rujukannya itu.
“Kau okey ke ni?” Sarina bertanya.
“Kenapa aku tak okey pulak?”
Kat dan Sarina saling berpandangan.
“Yelah, pasal Bad. Bukan ke...” Sarina terdiam apabila Kat membuat isyarat mata ke arah gadis itu.
Hana menutup buku rujukannya dengan kasar sehingga membuatakan Sarina dan Kat terkejut.
“Boleh aku minta tolong kau orang berdua sesuatu tak?”
“Apa dia?” Tanya Kat dan Sarina serentak.
“Tolong jangan sebut lagi nama mangkuk tingkat tu depan aku lagi, boleh?”
Kat dan Sarina saling berpandangan lagi.
“Err, okey. Tapi..kau betul-betul dah okey ke ni?”
“Hmmm....” Hana menjawab malas. Dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Pandangan di hala ke sekeliling kafe tersebut. Ramai pelajar sedang berpusu-pusu ketika itu. Barangkali masing-masing baru habis kelas atau pun baru nak memulakan kelas.
“Bad tu memang teruk betul. Entah apalah yang tak kena dengan...” Kat terdiam. Sarina membuat muka amaran.
Hana memejamkan mata. Sakit kepala aku dibuatnya.
Babe, malam ni kau free tak?” Sarina bertanya.
Hana membuka mata.
“Kenapa?”
“Errr, kalau free. Aku ingat nak ajak kau lepak...”
“Lepak mana?”
“Lepak mana lagi, tempat biasalah...”
Hana menjeling sekilas ke arah Sarina.
“Kau dah gila? Nak kena cekup lagi?”
Sarina terdiam. Hana melepaskan keluhan berat. Arghhh! Bosan. Bosan. Bosan!
“Eh, tu bukan ke...”
Hana mengalihkan pandangan. Mata dikecilkan ke arah suatu sudut. Bibir spontan digetap menahan rasa geram.
Kat dan Sarina saling berpandangan buat kali ketiga.
Hana mengerutkan dahi seolah-olah menahan geram namun wajahnya berubah buat seketika.
“Hoi! Buta ke?” Bad menengking kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling.
Hana spontan berdiri.
“Hana, kau nak pergi mana tu?” Panggilan Sarina tidak diendahkan ketika kaki dihala menuju ke depan.
“Lain kali jalan tu mata pandang depan. Ini tak! Eh, Hana...you..err...” Bad terdiam seketika. Entah kenapa tiba-tiba lidah menjadi kelu apabila melihat gadis itu berada di situ.
“Awak okey?” Hana tunduk, turut sama mengutip barang-barang yang bertaburan di atas lantai tersebut.
Lelaki itu memandang ke arahnya dengan pandangan tajam. Hana mengerutkan dahi. Ni apa kes pulak nak tenung orang macam orang buat salah besar je ni?
“Hana!” Kat dan Sarina muncul jugak di situ. Barangkali mahu melihat apa yang berlaku dengan lebih dekat lagi.
Hana berdiri sebelum menyerahkan beberapa batang berus pada lelaki itu. Lelaki itu merenung wajahnya tanpa berkata sepatah pun. Berus bertukar tangan dan tanpa sebarang kata, lelaki itu melangkah meninggalkan tempat itu.
What is wrong with him?” Sarina bertanya di sebelah Hana.
“Err..Hana..you..err..”
Hana melangkah meninggalkan tempat itu tanpa mengendahkan sapaan Bad itu. Baginya, antara dia dengan Bad sudah berakhir. Lagi pun, bukankah Bad sudah membuat ‘pengumuman’ tempoh hari yang lelaki itu yang mahu memutuskan perhubungan dengannya?
Hana berhenti melangkah. Begitu juga dengan Kat dan Sarina.
“Kau orang pernah nampak tak mamat tadi tu?”
Kat dan Sarina saling berpandangan.
“Mamat mana? Bad?”
Hana memutarkan bebola matanya.
“Mangkuk tingkat tu nak buat apa. Mamat tadilah. Dia pelajar sini ke? Aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni...”
“Oh, mamat tu. Dia memang pelajar sini. Senior tahun dua. Ala, kau macam tak tahu, budak art ni kan ke pelik sikit. Suka menyendiri. Lagi pun aku ada jugak dengar cerita pasal mamat tu...” Sarina menjawab.
Hana semakin tertarik dengan kata-kata Sarina itu.
“Pelik? Apa yang peliknya?” Tanya Hana ingin tahu. Entah kenapa jantung terasa berdebar.
“Entahlah. Dia tu macam...suka duduk sorang-sorang. Suka menyendiri. Entah, aku pun tak tahu nak cakap...” Sarina mengangkat bahu. Hana hanya mendiamkan diri.
“Siapa nama mamat tu eh?” Hana bertanya lagi.
“Entahlah. Yang kau sibuk nak tahu ni kenapa? Kau kenal dia?” Tanya Sarina pula.
Hana terdiam buat seketika.
“Taklah. Saja nak tahu. Eh, jom balik. Aku lapar...” Cepat-cepat Hana menukar topik namun dalam hati tersimpan satu azam.

***
Brrrr!
Hana mengepit file di celah ketiak. Tangan sebelah lagi kalut menarik telefon bimbit dari poket jeans. Dia menjeling sekilas pada skrin telefon bimbitnya itu sebelum kembali menyimpan telefon tersebut.
Brrrr!
Hana merengus kasar ketika telefon kembali di keluarkan dari poket tersebut. Skrin disentuh kasar sebelum dia membawa ke telinga.
“Helo Hana, ada mana ni sayang?”
“Kolej, kenapa?”
“Buat apa dekat kolej malam-malam ni?” Suara mama tenggelam timbul di sebelah sana. Hana menjeling pada skrin. Damn! Bateri nak kong.
“Banyak kerja. Hana nak balik dah ni. Okeylah mama, Hana nak letak dulu. Bateri kong.” Tanpa menunggu sebarang jawapan balas dari mamanya, Hana segera memutuskan talian. File yang terkepit di celah ketiak terjatuh ke lantai ketika dia mahu menggagau kunci kereta di dalam beg tangannya.
Damn it!” Hana  menggumam perlahan sebelum tunduk mengutip kertas-kertas di atas lantai. Sesekali bibir menggumam perlahan mengikut rentak lagu di telinganya.
Tubuh Hana terasa keras apabila mata menangkap pergerakan bayang-bayang di belakangnya. Air liur ditelan perlahan. Tangan mula terketar sebelum dia berpusing laju ke belakang.
“Arghhhh!” Tubuh Hana dipeluk kuat. Hana meronta-ronta bagai nak gila, cuba melawan kekuatan si penyerang itu.
 “Lepaskan aku! Tolong!” Hana menjerit sekuat-kuat hati sebelum mulutnya ditutup dengan tangan kasar si penyerang.
“Lepaskan!” Hana cuba menarik tangan lelaki itu ketika dia hampir sesak nafas.
“Arghhhh!” Lelaki itu menjerit kesakitan apabila Hana bertindak menggigit tangan lelaki itu.
“Tak guna punya perempuan!”
“Arghhhh!” Hana memejamkan mata ketika pipi terasa panas akibat ditampar oleh lelaki bertopeng itu. Bibir bawahnya terasa pedih. Hana merenung tangannya yang sudah berlumuran dengan darah.
“Kali ni kau takkan terlepas...”
Hana yang jatuh terduduk di atas lantai ketika ditampar oleh lelaki itu cuba mengensot ke belakang. Lelaki itu semakin menghampirinya dengan lagak yang menakutkan.
Air mata terasa laju menuruni pipinya ketika Hana sedar yang dia mungkin akan tewas ketika itu. Dia sudah tidak ada tenaga lagi untuk bangun apatah lagi mahu lari menyelamatkan diri. Dalam hati hanya mampu berdoa.
Debuk!Debuk!Debuk!
“Arghhh!”
Hana terkejut ketika si penyerang itu jatuh berguling di hujung kakinya. Belum sempat dia mendongak, terasa tangan ditarik kasar  sebelum mereka berlari dari situ tanpa memandang kebelakang lagi.
“Aduhh!” Hana hampir tersungkur ke depan apabila kaki tersadung batu.
Lelaki yang menarik tangannya itu menoleh.
Hana memegang dadanya yang terasa mahu pecah. Dia menarik nafas dalam-dalam cuba menstabilkan pernafasannya. Air mata kembali mengalir ke pipi namun dia hanya membiarkan.
Telinga Hana menangkap bunyi tapak kaki menghampirinya sebelum lelaki itu melutut di sisinya. Hana mengangkat kepala memandang ke arah lelaki itu. Dia?!
Wajah lelaki itu kelihatan pucat walaupun dalam gelap samar malam.
“A....a...awak...o...o...okey?” Lelaki itu bertanya cemas. Hana merenung wajah lelaki itu dengan raut pandangan yang sukar dimengerti. Air mata kembali membasahi pipi. Seketika kemudian, tubuh lelaki itu di peluk erat ketika dia menangis tersedu sedan tanpa mampu dapat di tahan-tahan lagi.

***

Hana menarik nafas panjang. Dia merenung wajahnya pada cermin dihadapan. Muka nampak selekeh dengan mata yang sembab dan bengkak dek kerana terlalu banyak menangis. Luka di bibir bawahnya itu pun telah dibersihkan. Mujurlah tak teruk sangat. Hana tunduk sebelum membasuh mukanya buat kesekian kali. Setelah dia berasa tenang,  dia melangkah keluar dari bilik air tersebut.
Hana menarik kerusi sebelum duduk. Buat seketika, masing-masing hanya mendiamkan diri sebelum pelayan datang membawa dua gelas berisi air Milo panas lalu diletakkan di atas meja.
“A...a...awak n..nak ma...makan ap..apa-apa?”
Hana mengangkat muka dan merenung wajah lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu tertunduk merenung meja. Wajah lelaki itu kelihatan kemerahan. Hana tersenyum nipis.
It’s okey. Thanks...”
Senyap.
Hana menarik gelas berisi Milo panas tersebut sebelum menghirupnya perlahan. Tekak terasa lega sedikit dan badan terasa kembali segar.
Lelaki itu hanya memerhatikan Hana dengan ekor mata tanpa berkata apa-apa.
Thanks...” Hana bersuara perlahan.
Lelaki itu mengangkat kepala. Hana tersenyum membuatkan wajah lelaki itu kembali kemerahan.
“Ta..tak pe..”
“Nasib baik awak ada. Kalau tak...” Hana terhenti. Dia memejamkan mata. Cuba mengenyahkan kenangan mengerikan itu dari dalam kepalanya.
“A...a...awak o..okey?”
Hana membuka mata. Senyum dihadiahkan lagi kepada lelaki itu sebelum mengangguk perlahan.
“Urmmm, saya Hana dan awak pulak...?”
“Ha..Hariz...”
Sorry, what?” Hana mendekatkan tubuh ke arah lelaki itu. Sekali lagi wajah lelaki itu bertukar kemerahan.
“Ha...”Lelaki itu memejamkan mata buat seketika.
“Hariz...”
“Oh...nice name...” Hana berkata sambil tersenyum. Lelaki itu hanya tunduk.
“Hariz...”
Lelaki itu mengangkat kepala lagi.
Thanks again. Saya...terhutang budi dengan awak...”
BERSAMBUNG...

0 140 tukang karut:

Post a Comment