RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, June 29, 2014

Teaser 6 : Nak Jadi Kekasih Saya? ( KONFLIK PART)




 KONFLIK?!
“Hana...”
“Hmm...?”
“Bila saya boleh masuk meminang awak?”
Uhuk!Uhuk!
Hana segera mencapai air milonya sebelum menghirup perlahan.
“Awak okey ke ni?”
Hana mengangguk perlahan sambil menahan perit di tekak. Dia menarik nafas dalam-dalam. fuh! Macam nak tercabut anak tekak.
“Saya minta maaf kalau awak terkejut. Tapi saya nak awak tahu yang saya serius...”
Hana menggigit bibir. tidak tahu nak memberikan reaski yang bagaimana.
“Minggu depan saya kena ke Indonesia..”
Hana mengangkat kepala. Again?
“Saya akan pergi selama sebulan...”
“Awak kan baru balik...”
Hariz tersenyum kecil.
“Saya tahu sayang dan saya minta maaf sebab selalu sibuk. Tapi saya buat ni untuk kita.”
Kita? Ngeeee...Hana telan air liur lagi.
“Lepas balik nanti, saya terus masuk meminang ya...”
Hana kemam bibir. arghh! Malunya.
“Awak tunggu saya balik, ya...”
Hana diam.
“Boleh sayang?”
Hana menggigit bibir sebelum mengangguk perlahan.
Hariz tersenyum lebar.
“Thanks sayang. Love you so much...”

                                                                         *** 

“Hana dan Ikram ni dah lama kenal ke?”
“Hah? Err...tak..”
“Lama jugak aunty. Dekat tiga tahun juga. Hana ni kerja dekat sekolah yang mama saya tubuhkan. Dari situ kami kenal...” Doktor Ikram menjawab sambil tersenyum ke arah Hana.
Hana mengetab bibir agak geram namun dia cuba mempamerkan senyuman ke arah mama dan papanya.
“Yeke? hmm. Jadi inilah kawannya, ya Hana?” Mama bertanya.
Hana menoleh. riak wajah agak keliru ketika cuba memahami akan kata-kata mamanya itu.
Doktor Ikram memandang ke arah Hana.
“Err...Hana..err...”
“Aunty, uncle. Saya minta maaf sebab sepanjang tiga tahun saya kawan dengan Hana, tak pernah sekali pun saya ke sini berjumpa dengan aunty dan uncle. Saya memang nak jumpa tapi Hana kata belum bersedia...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata lelaki itu. mamat ni dah kenapa? Nak cari pasal ke apa ni? bila masa pula dia ada cakap macam tu?!
“Hmm, uncle faham. Mungkin betul Hana belum bersedia. Tapi memandangkan Hana pun dah duduk balik semula dengan kami, rasanya Hana tak perlu nak rasa macam tu lagi, kan Hana?”

4 140 tukang karut:

amellia farhana said...

Siapakah ikram ni? Grrr..

Cahaya said...

amellia>>hero kedua.jengjengjeng.

nurul nuqman said...

ahhhhhhhhhhhhh!!!!!!! benci ikram heh! btw Hariz dah syg amat nkat hana heee eh, hariz dah xgagap kan? baguslah heee

Cahaya said...

nurul>>hahahaha. benci ke?baguslah tu. :P

Post a Comment