RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, June 21, 2014

Teaser 4 : Nak Jadi Kekasih saya?


“Hariz, dengar saya cakap. Lupakan semua. Kejar masa depan awak. jangan jadikan apa yang berlaku dulu sebagai penghalang awak untuk berjaya. Tunjuk apa semua orang yang awak pun mampu capai kejayaan...”
“A..awak be..betul-betul ma..malu ka..kawan de..dengan saya di se..sebabkan ke..keadaan saya?”
Hana terdiam buat seketika. dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan.
“Hana, sa..saya ta..tanya ni. aw..awak ma..malu ke..kawan dengan sa..saya?”
“Hariz, please...”
“Ka..kalau sa..saya be..berjaya aw..awak a..akan te..terima sa..saya balik?”
Hana hanya mampu memandang ke arah Hariz. Hati mula terusik dengan pertanyaan lelaki itu.
“Hariz...”
“Ka..kalau sa..saya pe..pergi, a..awak a..akan tu..tunggu sa...saya?”
Hana tertunduk. Mata mula terasa sangat. Hariz, tolong jangan buat saya macam ni.
“Hana, ja..jawab so..soalan sa..saya..”
“Hariz, saya tak..saya...” Hana tidak tahu apa yang perlu dia katakan sekarang. Air mata mula bergenang di tubir mata.
“Sa..saya a..akan pe..pergi. a..awak ke..kena tu..tunggu sa..saya...”
“Hariz, jangan. Saya tak boleh janji. Awak pergilah. Kejar cita-cita awak. saya..akan doakan awak semoga awak berjaya...”
Hariz memandang ke arah gadis itu tanpa mampu berkata apa-apa lagi.
“Maafkan saya...” Hana berkata cuba menahan sebak apabila melihat ada mutiara jernih mengalir di pipi lelaki itu.

2 140 tukang karut:

nurul nuqman said...

kenapa ni? kenapa pula dengan Hana kali ni? kenapa2? dia nak tinggalkan hariz ke?

Nliyate said...

Alahai, apa masalah ni? Xmaw ar sdih2.

Post a Comment