RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, June 14, 2014

Teaser 3 :Nak Jadi Kekasih Saya?



TEASER 3: 
“Kat sini rupanya awak. puas saya cari. Kenapa tak balas mesej saya?” Hana bercekak pinggang ketika berdiri di hadapan lelaki itu.
Hariz yang masih leka menulis sesuatu pada buku latihannya itu tidak mengendahkan.
Ceh. Jual mahal lagi mamat ni. Hana mencebik sebelum duduk di sebelah lelaki itu. earphone yang tersumbat di kedua-dua belah telinga lelaki itu ditarik sebelah.
Hariz menoleh.
“Awak dengar tak saya tanya apa tadi?”
“Ap..apa?”
Hana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Kenapa tak balas mesej saya?”
Hariz kembali memandang buku notanya.
“Ba...bateri ha..habis...”
Hana mencebik. Entah iya ke tidak tu. entah-entah sengaja tak nak balas. Namun dia tidak berkata apa-apa. malas nak bertekak. Mamat ni bukan boleh kira. Sensitif mengalahkan perempuan. Merajuk kang susah pulak nak pujuk.
“Awak buat apa tu?Assignment?” Hana bertanya sambil memandang ke arah buku nota yang sedang ditulis oleh lelaki itu. earphone yang tadinya tersumbat di telinga Hariz, disumbat pula ke telinganya. Kening berkerut seribu! Erk! Mamat ni layan lagu Siti Nurhaliza?!
“Hmm...” Hariz menjawab malas.
Hana yang masih terkejut dengan penemuan terbaru tentang tabiat pelik si Hariz itu kembali memutarkan bebola matanya ke atas. Aci nak buat malas layan pulak ye.
Hariz yang terasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang itu, berhenti menulis. Dia menoleh ke sebelah.
Hana menayangkan senyum manis apabila Hariz memandang ke arahnya.
“Apa?”
Hana mengelengkan kepala. Ralit tengok mamat ni menulis sampai tak sedar dia dah usha mamat ni dekat sepuluh minit. Huh! Dugaan betul kalau duduk dekat lelaki kacak ni. susah nak tumpukan perhatian.
“Bu..buat ker...kerja awak. ja..jangan ka..kacau saya...” Hariz berkata sebelum kembali memandang notanya.
Hana membuat muka namun tidak berkata apa-apa. bibir tanpa sedar menyanyikan lagu yang tengah berdentum di telinganya.
“Rindu… telah melekat dalam hatiku. Walau awan berlalu. Rinduku… tak berubah… arah..”
Hariz menoleh apabila telinga menangkap suara di sebelah.
Hana turut sama menoleh. kening terangkat sebelah sambil bibir mengukir senyum penuh makna.
“Apa? saya nyanyi ikut lirik lagu awak ni je...”
Hariz kembali memandang nota ditangan. Entah kenapa jantung dah terasa lain macam.
Hana hanya tersenyum apabila melihat ada perubahan di wajah lelaki itu. full scape paper ditarik keluar dari beg tangannya lalu ditindihkan pada buku rujukan kimia. Tangan sebelah lagi sibuk menyelak tutorial business mathematics yang perlu dia siapkan. Date line dah tinggal tiga hari. Kalau tak buat sekarang, mahu kelam kabut nanti. Sudahlah minggu depan banyak pembentangan.
Hampir dua jam mereka duduk bertapa di bawah pokok besar berdekatan dengan fakulti kesenian dan kebudayaan itu. masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Hariz sibuk dengan nota subjek seninya manakala Hana pula berkerut dengan tutorial business mathematicsnya. Playlist yang datangnya dari mp3 milik Hariz pula dah empat lima kali putar lagu yang sama. Layannn!
Hana mengeliat perlahan. Kepala dah mula terasa nak berasap. Soalan pun tinggal seketul dua je. Tangan sesekali membetulkan kedudukan earphone di telinga yang tengah berdentum dengan lagu Biarlah Rahsia. Barulah dia tahu yang Hariz si mamat suka jual mahal ni kipas –susah-mati Siti Nurhaliza. Telinga dah naik berdengung dengan lagu-lagu Siti pun. Tapi bila dah duduk melepak berdua di bawah pohon asmara ni sambil layan lagu Siti, rasa romantiklah pulak. Hiks. Hana tersenyum sendiri sebelum mata di hala ke sebelah.
Hariz masih tekun menulis sesuatu. Entah apalah yang mamat ni tengah buat sejak dari tadi tak habis-habis. Panjang betul essay yang mamat tu tulis. Entah apalah yang dia tulis tu. Hana memanjangkan leher mahu membaca apa yang ditulis oleh lelaki itu. aduhh! Kecik bebenor tulisan mamat ni. sakit mata dia nak tengok. Ish!
Hana masih merenung ke sebelah namun pandangan matanya bukan lagi tertumpu pada essay panjang lebar berkajang-kajang yang di tulis oleh lelaki itu. pandangannya kini tertumpu pada wajah lelaki itu pula. hurmmm! Bukan senang nak usha mamat ni dari dekat. Peluang macam ni tak harus dilepaskan.
Perasaan Hana terbuai-buai mengikut alunan rambut depan lelaki itu ketika angin bertiup lembut, membuatkan wajah lelaki itu kelihatan seksi di matanya. Hana menggigit bibir buat seketika. dia memandang wajah lelaki itu dengan teliti. Hmmmm. Hariz ni kalau tengah berjambang serabai ni pun dah handsome, macam manalah agaknya kalau dia bercukur habis? Mesti lagi handsome. Macam Orlando Bloom?
Hariz mengerutkan dahi sebelum menoleh.
Bulat mata Hana apabila lelaki itu merenung tajam ke arahnya. Cepat-cepat dia menurunkan tangan. errrr! Baru nak sentuh jambang serabut mamat tu. dah kena fire dengan mata seksi dia. tak sporting langsung. Hana mengumam sendiri. dia kembali memandang tutorialnya. Kepala dah tak boleh nak sumbat lagi. tepu dah ni.
Hana membuang pandangan ke sekeliling. Suasana ketika itu agak redup dan berangin. Jam di tangan dijeling sekilas. Dah pukul lima rupanya. Patutlah redup semacam je. hana menggigit jari sebelum kembali memandang ke arah Hariz di sebelah. Berkerut dahi apabila melihar rambut depan lelaki itu terjuntai ke tepi. Ish! Dia yang tengok pun naik rimas.
“Awak...”
“Hmm...”
“Banyak lagi ke tak siap tu?”
“Hmmm...”
Hana menjulingkan biji mata. susah betul nak dengar suara tu keluar dari mulut. Ada intan berlian ke dalam mulut tu?
“Sambung nanti boleh?”
Hariz menoleh.
“Sambung nanti eh. Sekarang teman saya kejap...” Hana terus berdiri sebelum menarik tangan lelaki itu.
“Per..pergi mana?”
“Adalah...”

3 140 tukang karut:

Nliyate said...

Comelll. ^^ bila nak kasi full? Xsabar dh ni.

nurul nuqman said...

comellnye best2 heeee

Anonymous said...

bestnya romantik

Post a Comment