RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, June 9, 2014

Teaser 2 : Nak jadi kekasih saya?


Teaser 2:


“Hai awak...sibuk ke?” Hana menyapa sejurus selepas dia melabuhkan tubuh di hadapan lelaki itu.
Hariz mengangkat kepala. Tergambar riak tidak senang di wajah lelaki itu namun dia memilih untuk menyambung kembali bacaan yang terganggu tadi.
Hana mencebik. Dia menjeling tajuk buku yang dibaca oleh lelaki itu. Hampir nak terkeluar biji matanya. OMG! Mamat ni layan novel cinta?!
“Awak baca novel cinta?” Tanya Hana tak percaya.
Hariz memejamkan mata buat seketika apabila merasakan yang semua orang memandang ke arah mereka. Spontan Hana menutup mulut.
“Ops, sorry...” Hana tersengih dengan rasa bersalah.
Hariz menyambung kembali bacaannya.
Hana merenung penuh kekaguman ke arah lelaki itu. Jarang kot nak jumpa lelaki melayu yang layan novel cinta! Memang orang seni ni lain dari orang lain eh?
Lamunan Hana terhenti apabila Hariz menutup novelnya dengan kuat.
“Eh, awak nak ke mana tu?” Kelam kabut Hana bertanya apabila dia melihat lelaki itu memasukkan kembali novel ke dalam beg sandangnya sebelum berdiri.
Hariz tidak menjawab sebelum berlalu dari situ.
Hana berdiri dan berpusing ke belakang. Dia mengenggam tangan cuba menahan geram.
“Hariz!!”
Suasana cafe tersebut serta merta menjadi sunyi sepi. Hana tidak peduli. Sakit hati kerana dilayan sebegitu oleh lelaki itu mengatasi segala-galanya.
Langkah kaki Hariz terhenti serta merta namun lelaki itu tidak menoleh.
Hana mengecilkan mata ketika memandang belakang badan lelaki itu yang masih enggan memandang ke arahnya. Hati semakin membara apabila melihat lelaki itu mula melangkah kembali seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Hariz, sampai hati awak buat saya macam ni.”
Hariz tidak mengendahkan kata-kata Hana. Dia mula rasa tak selesa apabila semua pelajar yang berada di cafe tersebut memandang ke arahnya dan berbisik sesama sendiri. sesuatu yang dia paling tak suka sejak dahulu lagi.
Hana mengenggam tangan. rasa marah sudah naik sampai ke kepala. Baik, mamat ni jual mahal ye.
“Hariz, sampai hati awak buat saya macam ni. awak janji apa dengan saya? awak janji nak kahwin dengan saya, kan?”
Suasana cafe yang berbunyi sosek seperti lebah berdengung itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Semua mata tertumpu ke arah Hana yang tegar menayangkan muka tidak bersalahnya sebelum kembali memandang ke arah Hariz yang tercegat berdiri tidak jauh dari gadis itu.
Tubuh Hariz menjadi kaku secara tiba-tiba. Telinga terasa berdengung entah sebab apa namun dia pasti, telinga dia tak salah menangkap kata-kata gadis itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
Hana memandang ke arah Hariz tanpa mempamerkan sebarang riak namun senyum hampir terukir di bibir gadis itu. Macam nak tergelak dia apabila melihat wajah Hariz ketika itu. Pucat tak berdarah.
“Sampai hati awak buat saya macam ni...” Hana terdiam apabila lelaki itu meluru ke arahnya sebelum lengannya di tarik kasar menjauhi cafe tersebut. suara orang bercakap-cakap mengiringi mereka ketika mereka melangkah keluar dari bangunan fakulti tersebut.
“Awak nak bawa saya pergi mana ni?” Hana bertanya apabila Hariz membawanya jauh dari kawasan fakulti kesenian tersebut.
“Aduhhh...!” Hana mengerang perlahan ketika Hariz melepaskan pegangan tangannya dengan kasar.
“Apa awak ni? kasar sangat. Sakit tahu tak?” Hana menjeling sambil mengosok lengannya yang sudah berbekas kemerahan itu.
Hariz merenung tajam ke arah gadis itu. Dada lelaki itu turun naik seolah-olah menahan marah.
“Aw..awak me..memang me..melampau!” Hariz berkata cuba sedaya upaya menahan marah.
Hana menggigit bibir. dia tahu yang dia tak sepatutnya melakukan perbuatan tersebut tapi apa lagi pilihan yang dia ada?
“Awak, sorrylah. Saya tahu saya tak patut malukan awak macam tu, tapi apa lagi pilihan yang saya ada? Lagi pun, siapa suruh awak jual mahal sangat? Susah ke nak berkawan dengan awak? saya bukan minta awak beli kereta mewah ke apa. saya Cuma nak berkawan je. itu pun susah sangat ke?”
Hariz menarik nafas dalam-dalam sebelum terduduk di kerusi batu berdekatan dengannya. Mata dipejam buat seketika. kepala terasa berat dan penat. Penat nak melayan perempuan nama Hana ni.
“Aw..awak tak..fa..faham ba..bahasa ke? Sa..saya dah cakap, ja..jangan kacau sa..saya lagi!”
“Saya tak kira, selagi awak tak nak kawan dengan saya, saya akan buat macam tadi lagi. malah lagi teruk pun saya mampu buat...” Hana menjawab separuh menggugut.
Hariz merenung tajam ke arahnya. Dada lelaki itu kembali berombak seolah-olah cuba sedaya upaya menahan rasa geram dan marah.
Hana membalas pandangan lelaki itu dengan tegar seolah-olah mahu mencabar lelaki itu. Apa ingat awak sorang je keras kepala? Kepala saya ni lagi keras dari berlian, tahu?
Hana menggigit bibir buat seketika sebelum berjalan perlahan menghampiri lelaki itu. Dengan hati-hati, Hana duduk di sebelah Hariz sambil mata mengawasi keadaan lelaki itu. Buatnya si Hariz ni buat perangai macam dulu, senang dia nak lipat balik.
“Awak, saya betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, saya ikhlas nak kawan dengan awak ni. tak ada niat apa-apa pun. Betul ni...” Hana bersuara perlahan, masih lagi mengawasi keadaan lelaki itu yang sudah kelihatan tenang.
Hariz tidak memberikan sebarang respon. Hanya terdengar keluhan dan nafas berat yang dilepaskan secara terpaksa.
“Saya janji, saya takkan buat lagi benda-benda macam tu kalau awak janji nak terima saya sebagai kawan...”
Hariz menjeling tajam ke arahnya.
“Please....” Hana berkata sambil memandang penuh makna ke arah lelaki itu.
Hariz tertunduk. Muka dah terasa berubah.
Hana cuba sedaya upaya menahan senyum. Tak sangka mamat ni pemalu orangnya. Tapi comel!
“Ke..kenapa aw..awak nak ber...berkawan dengan saya?” Tanya Hariz perlahan.

Bersambung...

9 140 tukang karut:

nurul nuqman said...

best tapi.... hariz ni gagap ke?

Cahaya said...

nurul>>yap heeee :P

Nvel Addct said...

Hahaha.... Soooo..... Tis is d one ur talking abt ehhh... Ok ok... Noted. (*Tersengih2 dh akk*)

Cahaya said...

kak nvel>>yeahhh! this is the 1 lah.haha.tak tahulah menjadi ke tak. akak tahulah..the hero ni tak berapa..errr...sempurna?erk!

Nliyate said...

No worries. Love this story . The hero so cute, heroin sgt daring. Haha. Suka2.

Cahaya said...

nliyate>>thanks dear for support heee. will try my best.

Vampire3kidz said...

Nice...best! :D

Diana Izzah said...

Huu,,,best! Tak sangka lelaki pon pandai jual mahal... Nk lg boleh?

Cahaya said...

Diana>>adaaaaa. nanti sy letak lagi.sekarang just letak teaser secoet kat fb je.

Post a Comment