RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, June 29, 2014

Teaser 6 : Nak Jadi Kekasih Saya? ( KONFLIK PART)




 KONFLIK?!
“Hana...”
“Hmm...?”
“Bila saya boleh masuk meminang awak?”
Uhuk!Uhuk!
Hana segera mencapai air milonya sebelum menghirup perlahan.
“Awak okey ke ni?”
Hana mengangguk perlahan sambil menahan perit di tekak. Dia menarik nafas dalam-dalam. fuh! Macam nak tercabut anak tekak.
“Saya minta maaf kalau awak terkejut. Tapi saya nak awak tahu yang saya serius...”
Hana menggigit bibir. tidak tahu nak memberikan reaski yang bagaimana.
“Minggu depan saya kena ke Indonesia..”
Hana mengangkat kepala. Again?
“Saya akan pergi selama sebulan...”
“Awak kan baru balik...”
Hariz tersenyum kecil.
“Saya tahu sayang dan saya minta maaf sebab selalu sibuk. Tapi saya buat ni untuk kita.”
Kita? Ngeeee...Hana telan air liur lagi.
“Lepas balik nanti, saya terus masuk meminang ya...”
Hana kemam bibir. arghh! Malunya.
“Awak tunggu saya balik, ya...”
Hana diam.
“Boleh sayang?”
Hana menggigit bibir sebelum mengangguk perlahan.
Hariz tersenyum lebar.
“Thanks sayang. Love you so much...”

                                                                         *** 

“Hana dan Ikram ni dah lama kenal ke?”
“Hah? Err...tak..”
“Lama jugak aunty. Dekat tiga tahun juga. Hana ni kerja dekat sekolah yang mama saya tubuhkan. Dari situ kami kenal...” Doktor Ikram menjawab sambil tersenyum ke arah Hana.
Hana mengetab bibir agak geram namun dia cuba mempamerkan senyuman ke arah mama dan papanya.
“Yeke? hmm. Jadi inilah kawannya, ya Hana?” Mama bertanya.
Hana menoleh. riak wajah agak keliru ketika cuba memahami akan kata-kata mamanya itu.
Doktor Ikram memandang ke arah Hana.
“Err...Hana..err...”
“Aunty, uncle. Saya minta maaf sebab sepanjang tiga tahun saya kawan dengan Hana, tak pernah sekali pun saya ke sini berjumpa dengan aunty dan uncle. Saya memang nak jumpa tapi Hana kata belum bersedia...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata lelaki itu. mamat ni dah kenapa? Nak cari pasal ke apa ni? bila masa pula dia ada cakap macam tu?!
“Hmm, uncle faham. Mungkin betul Hana belum bersedia. Tapi memandangkan Hana pun dah duduk balik semula dengan kami, rasanya Hana tak perlu nak rasa macam tu lagi, kan Hana?”

Wednesday, June 25, 2014

Teaser 5 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Teaser 5 :


“Apa hal kau sampai terlepas ke sini ni?” Nor bertanya sambil meletakkan segelas sirap limau dan sepiring bingka ubi di atas meja. hana tidak menjawab. mata masih memandang ke arah televisyen yang sedang menayangkan cerita melayu lama.
“Wei, aku tanya ni. boleh pulak dia buat aci tak dengar je...” Tubuh Hana ditolak perlahan.
“Ish! Jangan kacau aku nak tengok tv boleh?”
Nor membuat muka. Dia turut memandang ke arah skrin televisyen.
“Na...”
“Hmm...”
“Dia dah balik, kan?”
Hana telan liur.
“Siapa?” Mata masih lagi tidak dialihkan dari skrin televisyen walaupun fokus sudah mula hilang dek kerana soalan si sepupu itu.
“Berapa ramai lelaki yang kau tunggu sejak lima tahun lepas?” Nor bertanya sambil menoleh ke arah Hana di sebelah.
Hana sedaya upaya menahan riak wajahnya supaya tidak berubah.
“Aku tak faham apa maksud kau...”
“Come on Hana. Kau faham sangat maksud aku kan. siapa lagi lelaki yang kau tunggu selama ni? siapa lelaki yang menjadi penyebab kau lari dari rumah dan siapa lelaki yang menjadi penyebab kenapa kau putus tunang dengan Bad dulu?”
Hana memejamkan mata. hati rasa pedih apabila kata-kata Nor itu singgah di telinganya.
“Aku tak pernah tunggu dia...”
“Oh really? Kau nak tipu siapa? Aku atau diri kau sendiri?”
Hana terdiam.cerita yang sedang ditayangkan itu sudah tidak mampu menarik minatnya.
“Kau tak nak jumpa dia?”
Hana tersenyum sinis.
“Untuk apa aku jumpa dia Nor? Dia mungkin dah ada kehidupan dia sendiri...”
Nor merenung wajah Hana dalam-dalam.
Hana mengeluh perlahan.
“Tak payahlah kau nak pandang aku macam tu...”
Giliran Nor pula melepaskan keluhan berat.
“Na, can you do me a favor?”
Hana menoleh. keningnya terangkat sebelah.
“Apa dia? nak suruh aku cuci jamban kau ke?”
Nor mencebik. Lengan sepupunya itu dicubit geram.
“Aduhhh!” Spontan Hana menepis.
“Aku tengah serius ni...”
“Aku pun...” Selamba Hana menjawab. dia kembali memandang ke depan. Dada mula berdebar menantikan kata-kata Nor itu.
“Kau dengar tak aku tanya apa tadi?”
“Hmm, apa?”
“Do me a favor. Pergi jumpa dia...”
“What? Tak naklah..” Laju Hana menjawab.
“Seriously? Kau memang tak terlintas langsung nak jumpa dia?”
Hana terdiam.
“See, dengan aku kau boleh tipu...”
“Habis tu kau nak aku buat apa? pergi jumpa dia and say hai hariz, lama tak jumpa ohh awak apa khabar? Ingat lagi tak lima tahun dulu saya pernah kata macam-macam dekat awak blah blah blah...”
Nor memandang ke arah Hana. Terbit rasa simpati pada sepupunya itu. Dia tahu Hana dah terlalu banyak memendam derita.
“Habis tu kau nak biar macam tu je? at least kau jumpa dia. explain pada dia kenapa kau buat dia macam tu...”
“Biarlah. Aku dah malas nak fikir...”
“Kalau kau malas nak fikir tu tak apa lagi tapi masalah sekarang, kau takkan berhenti berfikir pasal dia, am  I right?”
Hana meraup muka dengan tapak tangan.
“Habis tu kau nak suruh aku buat apa? kalau aku jumpa dia dan explain pun, apa bezanya? Dia mungkin dah ada kehidupan sendiri. lima tahun bukan kejap Nor. Banyak benda yang boleh berubah...”
“Kecuali cinta...”
Hana terdiam. betul, hanya cinta yang tidak akan berubah walaupun dalam masa lima puluh tahun atau selama-lamanya. Sekurang-kurangnya bagi dia.
“Jumpa dia. explain pada dia. baru aku akan puas hati...”
Hana menoleh ke arah Nor yang tayang muka selamba itu.
“Kau pulak yang puas hati ye...”
Nor mencebik namun tidak berkata apa-apa. Dia memandang ke arah skrin tv. Kepala dilentukkan pada bahu sepupunya itu.
“Aku Cuma nak kau bahagia, Hana. Itu je...”
Hana terdiam lagi. dia menarik nafas dalam-dalam. Adakah kekuatan dia untuk berhadapan dengan Hariz?

Saturday, June 21, 2014

Teaser 4 : Nak Jadi Kekasih saya?


“Hariz, dengar saya cakap. Lupakan semua. Kejar masa depan awak. jangan jadikan apa yang berlaku dulu sebagai penghalang awak untuk berjaya. Tunjuk apa semua orang yang awak pun mampu capai kejayaan...”
“A..awak be..betul-betul ma..malu ka..kawan de..dengan saya di se..sebabkan ke..keadaan saya?”
Hana terdiam buat seketika. dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan.
“Hana, sa..saya ta..tanya ni. aw..awak ma..malu ke..kawan dengan sa..saya?”
“Hariz, please...”
“Ka..kalau sa..saya be..berjaya aw..awak a..akan te..terima sa..saya balik?”
Hana hanya mampu memandang ke arah Hariz. Hati mula terusik dengan pertanyaan lelaki itu.
“Hariz...”
“Ka..kalau sa..saya pe..pergi, a..awak a..akan tu..tunggu sa...saya?”
Hana tertunduk. Mata mula terasa sangat. Hariz, tolong jangan buat saya macam ni.
“Hana, ja..jawab so..soalan sa..saya..”
“Hariz, saya tak..saya...” Hana tidak tahu apa yang perlu dia katakan sekarang. Air mata mula bergenang di tubir mata.
“Sa..saya a..akan pe..pergi. a..awak ke..kena tu..tunggu sa..saya...”
“Hariz, jangan. Saya tak boleh janji. Awak pergilah. Kejar cita-cita awak. saya..akan doakan awak semoga awak berjaya...”
Hariz memandang ke arah gadis itu tanpa mampu berkata apa-apa lagi.
“Maafkan saya...” Hana berkata cuba menahan sebak apabila melihat ada mutiara jernih mengalir di pipi lelaki itu.