RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, May 23, 2014

Teaser : Nak jadi kekasih saya?


Teaser :


“Errr, sorry. Saya tak minta izin dulu nak ambil gambar lukisan awak tu. tapi...err..saya rasa lukisan awak tu..err..cantik. saya suka..jadi saya...” Kata-kata Hana terhenti apabila lelaki itu kembali memandang ke hadapan. Tangan lelaki itu kembali bekerja. Berkerut dahi Hana apabila lelaki itu masih tidak mengeluarkan sepatah kata. Aduhh, betul-betul bisu ke mamat ni? Hana menggaru leher yang tidak gatal.
Hampir setengah jam Hana berdiri di sisi lelaki itu. Telefon bimbit sudah lama di simpan di dalam poket. Walaupun dalam hati dah meronta-ronta nak merakamkan gambar lukisan tersebut, namun dia bimbang lelaki di sebelahnya itu akan menghalaunya dari situ. dia tak puas lagi nak lihat hasil kerja lelaki itu. Nak lah jugak dia lihat hasil keseluruhan yang akan terpapar di atas kanvas putih itu. Kotlah mana tahu satu hari nanti, lukisan mamat ni jadi terkenal, dia pun dah masuk dalam sejarahlah kerana ada bersama lelaki itu ketika lukisan itu dihasilkan. Tapi...betul ke mamat ni boleh jadi terkenal? Hana menjeling ke arah lelaki itu atas dan bawah. Hmmm...
“Apa....” Belum sempat Hana menghabiskan kata-katanya, dia telah tersadung ke depan apabila selipar yang dipakai tersangkut pada tunggul kayu yang separuh terbenam di dalam pasir.
Krak!
“Aduh, Hana mengerang perlahan sambil mengosok siku yang tergesel dengan kayu tersebut. bulat mata merenung ke arah kanvas kayu yang telah terjatuh di atas pasir itu. Lebih mengerikan, pallet yang tadinya berada di tangan lelaki itu tiba-tiba telah telengkup di atas kanvas tersebut, membuatkan kanvas tersebut diselaputi dengan calitan berwarna biru pekat.
Hana tidak berani mengangkat kepala untuk melihat reaksi lelaki yang masih kekal berdiri di hadapannya itu. Tubuh lelaki itu kelihatan kaku. Barangkali lelaki itu turut tergamam melihat apa yang telah terjadi pada kanvasnya itu.
Hana menggigit bibir. perlahan-lahan dia mengangkat kepala. Wajah lelaki itu kelihatan kosong tanpa perasaan. Aduhh, mati aku.
“Err, awak...saya..errr..minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Saya...” Hana terdiam apabila lelaki itu tunduk dan mengutip segala benda yang berterabur di atas pasir itu. Riak wajah lelaki itu kelihatan tegang seolah-olah cuba menahan marah. Hana menggigit bibir lagi. rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. dia tahu yang sudah banyak masa yang dihabiskan oleh lelaki itu untuk menyiapkan lukisan itu. Kalau lihat pada lukisan separuh siap itu, nampaknya lelaki itu sudah berdiri terpacak di situ sebelum matahari terbit lagi agaknya.
“Awak, saya minta maaf...” Hana bersuara lagi dengan harapan lelaki itu akan berkata sesuatu. Nak maki ke apa ke ikutlah. Namun lelaki itu hanya diam ketika menyimpan kembali berus lukisan dan pallet di dalam beg snadang lusuhnya itu.
Hana hanya ternganga apabila melihat lelaki itu berlalu dari situ sambil membimbit kanvas kayunya tanpa berkata sepatah pun.
“Habishlah aku. Mamat ni mesti dendam gila dengan aku...” Hana berkata sendiri sambil berdiri dan mengosok tapak tangan yang berpasir. Tiba-tiba dia berasa takut untuk pulang ke rumah nenek. Mana tahu mamat ni tunggu dekat mana-mana ke kan. Huhu.

p/s: Mood nak buat cerita baru kahkahkah.

Wednesday, May 14, 2014

Teaser : Dia Putera Mahkota?



Shah_TM: kenapa kucing selalu pandang belakang bila kena kejar dengan anjing?
dahlia mengerutkan dahi. Puas dia memikirkan jawapan bagi soalan yang ditanya oleh Shah itu. naik berselirat urat kepala dok fikir.
Dahlia_Sohpia: Err..entah...mungkin sebab dia nak tengok anjing dah sampai mana?
Shah_TM: Salah!
Dahi Dahlia berkerut lagi.
Dahlia_Sophia: habis tu kenapa?
Shah_TM: cubalah fikir lagi. fikir...fikir...
Dahlia tayang muka meluat. Dah penat otak nak fikir. semua jawapan yang dia bagi, semua salah.
Dahlia_ Sophia: orang dah penat fikir. bagi tahu jelah jawapannya. *annoyed*
Tengku Shah Putra tersenyum sendiri ketika jari laju menaip untuk membalas mesej yang dihantar oleh Dahlia itu.
Shah_TM: Betul nak tahu ni?
Dahlia_Sophia: betullah. Cepat cakap...
Shah_TM: Amboi..garangnya cik Dahlia ni.. 
Dahlia memutarkan bebola matanya ke atas.
Dahlia_Sophia: cepatlah Shah. Jangan main-main lagi boleh tak? Saya out nanti.
Shah_TM: nak merajuklah tu. *Sulking*
Dahlia menggigit bibir bawah. muka dah terasa panas berbahang.
Dahlia_Sophia: mana ada. Cepatlah..
Shah_TM: ok..jawapan dia...
Dahlia menunggu beberapa ketika namun seperti biasa, Shah memang suka buat dia tertunggu-tunggu.
Dahlia_Sophia: SHAH!!*angry*
Tengku Shah Putra ketawa di hadapan skrin komputer ribanya. Boleh bayang wajah Dahlia ketika itu.
Shah_TM: ye cik Dahlia. Jangan marah-marah nanti kena jual. 
Dahlia_Sophia: biarlah kena jual pun. Cepat jawab!
Shah_TM: yelah..yelah..jawapn dia sebab kucing tak ada side mirror. Sebab tu dia kena pandang belakang. Hahahaha.
Terkebil-kebil mata Dahlia ketika membaca jawapan yang ditaip oleh Shah tu. ciss! Aku dikenakan rupanya. Hampeh punya pak cik!
Dahlia_Sophia: tak kelakar pun. :P
Shah_TM: Bila saya buat lawak? Hahahaha.
Dahlia mencebik. Namun terukir juga senyum segaris di bibir. lepas je Shah ‘culik’ dia tempoh hari, mereka dah kembali berbaik semula. Rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding bila memikirkan yang boleh pulak dia merajuk dengan pak cik nama Shah ni sampai sebulan. Dasyat betul ye Dahlia. Kalah orang bercinta. Erk!
Shah_TM: nak dengar teka teki lagi tak?
Dahlia_Sophia: tak nak. Nanti awak kenakan saya lagi.
Shah_TM: Tak..betul. kali ni tak tipu punya. *determined*
Dahlia mencebik lagi. tengok dia hantar icon smiley tu pun dah boleh agak.
Shah_TM: nak tak ni?
Dahlia_Sophia: yelah..apa dia?
Shah_TM: Apa persamaan Michael Jakson dengan Michael Jordan?
Bibir Dahlia hampir mengukir senyuman apabila melihat soalan yang di tanya oleh Shah itu. kacang panjang je ni. Laju tangan menaip.
Dahlia_Sophia: ala senang je ni..dua-dua nama machael..kan? *determined*
Shah_TM: salah! Hahahaha.
Berkerut dahi Dahlia apabila membaca mesej yang dibalas oleh Shah itu. salah? Kenapa salah pulak? Betullah kan?
Dahlia_Sophia: kenapa salah? Betullah...
Shah_TM: Salahlah..try fikir lagi..saya tunggu...
Dahlia memuncungkan bibir. cuba berfikir sedalam-dalamnya. Dah kalau nama pun dia kata salah, apa lagi yang sama? Setahu dia Michael Jakson tu penyanyi manakala Michael Jordan tu pemain bola keranjang..kulit sorang putih sorang hitam..apa lagi yang sama?
Dahlia_Sophia: give up! Saya tak tahu...
Shah_TM: betul ni tak tahu? Dah puas fikir?
Dahlia_Sophia: hmmm..tak tahu nak fikir apa dah. So apa jawapannya?
Shah_TM: jawapannya...dua-dua michael tu tak kenal awak.*LOL*
Dahlia mencebik. Hampas double triple punya Shah. Memang sengaja nak mengenakan dia kan. arghhhh!
Dahlia_Sophia: awak ni memanglah kan. suka nak kenakan saya.*sulking*
Shah_TM: ala...merajuk ke? Janganlah... 
Dahlia_Sophia: *sulking*
Shah_TM : Dahlia... 
Dahlia menggigit bibir bawah. tubuh kembali terasa seram sejuk. Hai, baru Shah taip macam tu pun kau dah nak seram sejuk macam ni ke? Tu belum dia cakap depan-depan lagi.
Shah_TM: Dahlia..jangan macam ni. Saya gurau je..
Dahlia_Sophia: Hmmm...
Shah_TM: Jangan merajuk..nanti saya datang rumah awak, nak?
Dahlia membulatkan mata. terbayang di matanya yang Shah datang ke rumahnya sambil membawa kereta spot hitamnya itu.
Dahlia_Sophia: jangan nak mengada-ngada!
Shah_TM: Dah tu..jangan merajuk k..
Dahlia_Sophia: mana ada merajuk...
Shah_TM: betul ni? Hmmm..nak dengan satu lagi teka teki tak? :)
Dahlia membulatkan mata. pak cik ni kan! tak habis-habis ke nak kenakan orang?
Dahlia_Sophia: tak nak. Nanti awak kenakan saya lagi....lagi...dan lagi...!
Tengku Shah Putra ketawa kecil.
Shah_TM: mana ada. Kali ni betul saya tak kenakan awak. kalau awak boleh jawab, saya bagi hadiah...nak?
Dahlia terdiam sejenak. Hadiah apalah yang pak cik ni nak bagi agaknya?
Dahlia_Sophia: tak naklah. Nanti entah apa-apa yang awak bagi...
Shah_TM: lah..mana ada. Tak baik tau cakap saya macam tu.:(
Dahlia tergelak apabila meilhat icon smiley yang dihantar oleh Shah itu. macam budak-budaklah si Shah ni kan.
Dahlia_Sophia: yelahhh..sorry. apa teka tekinya?
Shah_TM: hmmm..apa benda yang jauh di mata tapi dekat di hati?
Dahlia terdiam seketika ketika membaca mesej yang dihantar oleh Shah itu. apa yang jauh di mata tapi dekat di hati? Kenapa Shah tanya soalan macam ni? Adakah Shah cuba nak cakap yang...
Shah_TM: Dahlia? Tidur ke ni?*determined*
Dahlia_Sophia: mana ada. Kejaplah...tengah fikir...
Shah_TM: lamanya fikir...
Dahlia_Sophia: mana ada lama. Baru lima minit...
Shah_TM: lima minit tu bagi saya macam lima tahun, tahu?
Dahlia menjulingkan biji matanya.
Dahlia_Sophia: over lah awak ni...
Shah_TM: sampai hati cakap saya macam tu...*sulking*
Dahlia tergelak lagi. hai, macam-macamlah Shah oii.
Dahlia_Sophia: orang tua kalau merajuk, buruk tau. *LOL*
Shah_TM: siapa orang tua? *LOL*
Dahlia_Sophia: awaklah...*LOL*
Shah_TM: sampainya hati...*Crying*
Dahlia tersenyum lagi.
Dahlia_Sophia: elelele..sedih ya..tapi awak memang lagi tua dari saya pun kan..?
Shah_TM: Yeke? umur awak berapa?
Dahlia terdiam seketika. alamak, apa nak jawab?
Dahlia_Sophia: err..awak umur berapa?
Shah_TM: Mana aci. Saya tanya dulu kan...
Dahlia_Sophia: mana saya tahu aci ada mana? Hahaha.
Tengku Shah Putra tergelak lagi. nakal sungguh si Dahlia ni.
Shah_TM: nakal ya..kalau saya jumpa awak..siaplah...
Giliran Dahlia pula tergelak.
Dahlia_Sophia: tak takut. :P. So...apa jawapan soalan awak tu tadi?
Shah_TM: Aik?belum fikir dah tanya jawapan? Come on Dahlia...
Dahlia mencebik.
Dahlia_Sophia: malaslah nak fikir. awak cakap jelah..
Shah_TM: apa ni anak dara malas-malas ni. Tak baik tau.. :P
Dahlia_Sophia: cet. Pape jelah..cepatlah cakap..
Shah_TM: jawapan dia adalahhhhhh.....
Dahlia_Sophia: apa?
Dahlia menunggu dengan penuh debaran. Walaupun dia tak pasti kenapa dia nak berdebar macam ni, namun dia tak peduli. Dia merenung skrin komputer dengan tidak sabar.
Shah_TM: jawapan dia ialah....usus! HAHAHAHA.
Usus? Kenapa usus? Apakah?
Dahlia_Sophia: usus??apa kaitan??
Shah_TM: betullah..cuba awak revise balik subjek sains yang kita belajar masa dekat sekolah dulu..tajuk pencernaan..cuba ingat balik..usus letaknya di mana? Jauh dari mata tapi dekattt di hati kan?*LOL*
Dahlia mencebik lagi. arghhhh! Gua kena beb. Sabar jelah kan. shah ni memang nak kenalah. Suka hati dia je nak buli orang kan.
Dahlia_Sophia: verry funny. Arghhh! Awak ni jahat kan! suka nak buli saya...
Shah_TM: mana ada..saya sayang tau...
Dahlia menelan air liur. Sayang? again?
Shah_TM: Dahlia?
Dahlia_TM: still here..tapi saya nak log out ni. Ibu panggil..
Tengku Shah Putra menarik nafas panjang. dia tahu Dahlia sengaja mengelak. Sengaja mengelak setiap kali dia cuba meluahkan rasa yang terpendam di hati...secara halus. Dia tahu sangat yang Dahlia milik orang lain. Tapi dia sendiri tak mampu nak menahan diri.
Shah_TM: hmm...ok..jumpa lagi..ingat saya selalu ya..jaga diri awak...untuk saya..bye..
Dahlia merenung mesej yang dihantar oleh Shah itu. kenapa Shah asyik ulang ayat yang sama. Jaga diri awak untuk saya? apa maksud ayat tersebut?kenapa dia kena jaga diri dia untuk Shah?
“Pia!”
Dahlia terkejut. Spontan dia memangkah tetingkap YM nya sebelum menoleh ke arah pintu.
“Amboi, sibuk nampak? Buat apa?” Suria menegur sambil berjalan masuk ke dalam biliknya.
“Tak buat apa. siapkan..err..assignment sikit..”
“Yeke? assignment apa? boleh aku pinjam..” Suria meletakkan beberapa buah novel dan majalah di atas meja Dahlia sebelum duduk di hujung katil tersebut.
“Etika perniagaan...”
“Oh. Aku tak ambil subjek tu...”
“Tahu pun. Kau buat apa datang sini?”
Suria mengangkat kening ketika memandang ke arah sepupunya itu.
“Sejak zaman bila aku perlu ada sebab nak datang melawat sepupu tersayang ni?”
Dahlia memutarkan bebola matanya ke atas.
“Over lah kau ni..”
“Apa pulak? Betul apa...lagi pun aku bosanlah duduk sorang-sorang dekat rumah tu...”
Dahlia berpusing ke arah Suria yang sudah pun berbaring di atas katilnya.
“Mak ngan dan pak ngah pergi mana?”
“Pergi kenduri kawan anak kawan ayah aku...”
“Yeke? dah tu kenapa kau tak ikut?”
“Malaslah..baik lepak dalam bilik sambil layan novel...” Suria menjawab selamba sambil mencapai sebuah buku yang terletak di tepi katil Dahlia itu.
“Buku apa kau baca ni?” Suria bertanya sambil menyelak helaian buku berkulit keras itu.
“Tak ada apa..cerita pasal sejarah kerajaan Indera Mahkota pada zaman 20-an. Menarik jugak..trylah baca...”
Suria membuat muka seperti mahu muntah.
“Err..thanks but no thanks. Kau tahu kan aku benci sejarah...”
Dahlia menjulingkan biji matanya.
“Su, dengan sejarahlah kita boleh belajar sesuatu..ingat, orang yang lupa sejarah takkan maju sampai bila-bila..faham?”
“Yelah..what ever..but..that is not my taste. Fullstop.”
Dahlia mengeleng sambil mengambil buku di tangan Suria tersebut.
“Bosanlah. Jom keluar...”
“Pergi mana?” Dahlia bertanya sambil meletakkan buku tersebut di tepi komputernya.
“Jalan..tengok wayang ke..shopping ke..”
“Kau belanja? Boleh?” Dahlia mengangkat kening. Suria mencebik.
“Yelahhh. Kerja nak ketuk aku je kan...”
Dahlia ketawa besar.
“Itu namanya sepupu sejati...” Dahlia mengenyitkan mata, masih lagi dengan sisa tawanya apabila melihat Suria memutarkan bebola matanya ke atas.
p/s: panjang tak teaser?hehe.

Monday, May 12, 2014

Review : Journal Attire by Johannis Ariff

Assalamualaikum, 

Malam ni aku just nak review baju-baju yang di jual oleh one of my opis mate iaitu Johannis Ariff. Baju ni semua custom-made dan direka sendiri oleh opis mate aku tu. Kira kalau nak cari kat kedai memang takkan jumpa. Dah nama pun custom-made kan. Korang boleh tempah satu. Maksudnya tak ada minimum order. Harga insya-Allah affordable dan aku rasa lebih baik korang cecepat tempah sekarang sebab bila si Johanis ni dah bertambah glamer macam Jovian Mandagie nanti  harga pun standard JM lah kan. At least nanti boleh tunjuk kat kengkawan yang korang dah ada baju jenama JA pulak. Haha.Sebelum itu, sila layankan gambar-gambar di bawah.










Ini antara design yang ada, ada banyak lagi design yang cantik-cantik yang korang boleh tengok sendiri. Untuk girls jangan risau, coming soon. Aku pun dah request untuk long cardigan. Kalau ada sesiapa berminat nak tempah, nak bagi pada boyfriend ke, abang ke, adik ke, suami ke, bolehlah contact +60107966972 or johannisariff@gmail.com. Kalau nak view design yang lain, boleh terjah:


p/s: sila jangan tanya aku siapa nama model dekat atas ni sebab aku takkan cakap kahkahkah :P 
p/s/s: Cuba bila korang order nanti, sebut nama aku. :P

Review Andy Hilton vs Mr. MPP 4

Assalamualaikum,
sorry tak ada entri pasal novel lagi. tunggu aku habis exam dulu baru aku tepek teaser ek. insyaAllah aku akan cuba habiskan Dia Putera Mahkota? walaupun aku sudah pun memulakan cerita pasal Dean Iskandar ex tunang Ariana dalam Muridku Suami aku? tu. hahaha.

so hari ni nak tepek lagi review Andy Hilton vs Mr MPP. 
Thanks sis Abby Sha. comel je sis ni masa aku jumpa dia di PBAKL. 1st person yang datang jumpa aku masa hari jumaat lepas.

p/s: sekarang ni tengah semak novel Andy Hilton vs Mr. MPP. mana-mana yang typo atau yang miss space tu harap dimaafkan ya. next print insyaAllah akan diperbetulkan.

Friday, May 9, 2014

Muridku Suami Aku?(Bab 26)


 
BAB 26

 “Ariana...!”
Ariana menoleh ke kiri dan ke kanan. Tak nampak pula siapa gerangan orang yang memanggilnya itu. Serta merta fikiran dah jauh menyimpang memikirkan yang bukan-bukan. Tambah-tambah, kawasan bilik guru tu dah tak ada orang. Sengaja dia balik lambat kerana mahu menyiapkan beberapa perkara.
“Ariana..!”
Ariana menjenguk ke bawah melalui koridor. Kelihatan Cikgu Saufi di bawah sedang mendongak memandang ke atas.
“Cikgu ke yang panggil saya tadi?” Ariana bertanya dari atas.
“A’ah. Puas saya panggil dari tadi...”
“Kenapa?” Tanya Ariana.
“Boleh awak turun sini. Saya ada benda nak cakap ni...”
Ariana mengerutkan dahi. Otak ligat berfikir sebelum akhirnya bersetuju untuk turun ke tingkat bawah. Lagi pun dia memang nak balik pun.
“Tunggu kejap. Saya turun sekarang...” Ariana sempat berkata sebelum berjalan menuju ke arah tangga untuk ke tingkat bawah.
“Ada apa cikgu nak jumpa saya?” tanya Ariana apabila telah berada berhampiran dengan Cikgu Saufi.
“Macam ni. Saya nak minta tolong sikit...” Cikgu Saufi berkata sambil memandang sekeliling. Ariana jadi makin hairan dengan sikap cikgu Saufi itu.
“Nak minta tolong apa?”
“Err. Macam ni. Hujung minggu ni, sepupu saya kawin...”
“Jadi?”
“Hmmm, boleh tak saya nak minta tolong awak teman saya cari hadiah?”
“Hah? Cari hadiah? Bila?” Ariana bertanya agak terkejut. Tak pernah-pernah cikgu Saufi nak ajak dia ke mana-mana macam tu.
“Kalau boleh, petang ni lepas balik sekolah. Itu pun kalau awak tak sibuk...”
Ariana terdiam berfikir. Kalau diikutkan hati, memang dia nak tolak je tapi bila memikirkan yang dia ada satu hutang dengan cikgu Saufi dulu, dia jadi tak sampai hati pula. Lagi pun bukan pergi mana, teman cari hadiah je pun.
“Pukul berapa?”
“Boleh lah ni? Hmmm, dalam pukul 4 saya datang ambil awak, boleh?”
Ariana spontan menjeling jam di tangan. Baru pukul 2.45 petang.
“Bolehlah. Cikgu tahu ke rumah saya kat mana?” tanya Ariana.
“Tahu. Awak duduk satu rumah dengan Suzi kan?”
Ariana mengangguk. Agak hairan apabila cikgu Saufi tahu di mana dia tinggal.
“Kalau macam tu, jumpa nanti ye...”
“Okey...” Ariana menjawab. Dia hanya memerhatikan cikgu Saufi berlalu menuju ke keretanya. Dengan satu tarikan nafas, Ariana berjalan menuju ke Myvinya pula. Entah kenapa hati rasa tak sedap seperti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini namun dia cuba untuk tidak mengendahkan. Ah, perasaan dia sahaja kut.

                                                                        ***
“Su, aku keluar kejap tau...”
“Kau nak ke mana? Dating eh...” Suzi bertanya sambil tersengih. Ariana tidak menjawab. Kasut tumit tinggi berwarna kuning dicapai dari dalam almari kasut.
“Kau ada nak pesan apa-apa ke?” tanya Ariana ketika berdiri di muka pintu.
“Tak ada apa. Kau nak keluar pergi mana ni?”
“Adalah. Kalau tak ada apa-apa, aku keluar dulu...” Ariana membuka kunci mangga pada gril pintu. Suzi bangun dan berjalan menuju ke arah Ariana.
“Kau keluar dengan siapa? Dating dengan Akmal eh...” Suzi sengih mengusik. Ariana buat muka.
“Mana ada. Cikgu Saufi ajak aku teman dia cari hadiah.”
“Cikgu Saufi? Cari hadiah apa?”
“Hadiah sepupu dia nak kawin. Dahlah, aku nak keluar ni...”
“Nanti dulu...!” Suzi menarik tangan Ariana membuatkan Ariana kembali masuk ke dalam rumah.
“Ish. Apa main tarik-tarik ni?” Ariana buat muka tak puas hati. Orang dahlah nak cepat.
“Kau ada apa-apa ke dengan cikgu Saufi?”
“Tak adalah. Yang kau ni banyak tanya kenapa? Aku tolong dia je. Dulu dia tolong aku. Tu je...”
“Dia tolong kau apa?”
Ariana terdiam. Alamak, terlepas cakap pulak.
“Err. Tak ada apa-apalah. Eh, cikgu Saufi dah sampai. Aku pergi dulu...” Kelang kabut Ariana melangkah.
“Rin, Akmal tahu ke?” Pertanyaan Suzi membuatkan langkah dia terhenti. Ariana menoleh.
“Aku tak perlu nak report semua pada dia hal aku. Aku pergi dulu...”
Suzi hanya merenung kelibat Ariana yang telah menghilang di dalam perut kereta cikgu Saufi itu. Dia mengeluh perlahan. Pintu ditutup setelah kereta cikgu Saufi memecut meninggalkan halaman rumah mereka itu.
                                                                        ***
ARIANA membelek-belek barangan elektrik yang dijual di situ. Sesekali dia memberi cadangan kepada cikgu Saufi hadiah apa yang mahu dibeli. Hampir sejam lebih mereka berlegar di kedai menjual barangan elektrik itu.
“Nak beli apa ni?” Tanya Ariana.
“Entahlah. Saya buntu sebenarnya ni. Tak tahu nak beli apa...”
“Periuk nasi tu, tak nak ke?” Ariana menunjuk ke arah periuk nasi elektrik yang sederhana besar. Cikgu Saufi hanya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Ariana itu. Ariana pelik. Sepanjang dia keluar bersama cikgu Saufi ini, dia lihat cikgu muda itu seolah-olah tidak berada di sini. Hanya jasad sahaja di sini tapi fikiran di tempat lain.
“Cikgu Saufi...!”
Cikgu Saufi tersentak. Dia menoleh ke arah Ariana.
“Cikgu okey ke ni?”
“Hah? Okey-okey. Awak cakap apa tadi?”
“Saya cakap, kenapa tak nak beli je periuk nasi tu je. Kan senang...”
“Hmm, okeylah...” Cikgu Saufi mengambil periuk nasi itu tanpa banyak bicara. Ariana semakin pelik. Dia mengekori cikgu Saufi ke kaunter bayaran. Setelah membuat bayaran, mereka berjalan keluar dari kedai tersebut.
“Err, cikgu ni ada masalah ke?” Ariana bertanya apabila melihat cikgu Saufi yang macam serba tak kena itu.
“Ha? Err..tak ada apa-apa.” Cikgu Saufi menjawab. Ariana mengangkat kening seolah-olah tidak mahu percaya.
“Hmmm. Sebenarnya...”
Ariana menunggu cikgu Saufi menyambung kata-katanya itu dengan sabar.
“Ariana, boleh awak tolong saya lagi?”
Kening Ariana terangkat sebelah. Aduh, nak tolong apa lagi ni?
“Tolong apa?”
“Err..boleh tak awak temankan saya ke kenduri sepupu saya tu?”
Ariana membuntangkan biji mata namun belum sempat dia menjawab. HTCnya berbunyi. Pantas dia mengeluarkan HTC. Dia menelan air liur apabila dia melihat nama yang naik pada skrin HTC itu.
“Helo...” Ariana menjauhkan diri daripada cikgu Saufi untuk menjawab panggilan tersebut.
“Awak kat mana?”
Ariana menelan air liur. Kenapa pulak Akmal nak telefon waktu-waktu macam ni. Selalu tu boleh pulak telefon waktu malam.
“Errr, kat rumahlah. Kenapa awak tanya?” Ariana berbisik sambil membuat isyarat ke arah cikgu Saufi supaya tunggu sebentar.
“Hmmm. Tak apalah. Bye..”
Ariana merenung HTC apabila Akmal memutuskan talian secara tiba-tiba. Entah kenapalah dengan budak tu. HTC dimasukkan kembali ke dalam beg tangan.
“Apa cikgu cakap tadi?”
“Macam ni, saya nak...” Cikgu Saufi terdiam. Ariana memandang pelik ke arah cikgu Saufi.
“Cikgu? Kenapa ni?”
“Akmal, awak buat apa kat sini?” Cikgu Saufi menegur sambil memandang melepasi belakang Ariana. Tubuh Ariana keras serta merta. Jantung berdegup laju. Jangan cakap Akmal tengah berdiri kat belakang dia sekarang.
“Tak buat apa. Saja lepak-lepak...” Suara Akmal menjawab dingin. Ariana memejamkan mata. Habislah dia.
“Cikgu buat apa kat sini?” Tanya Akmal. Ariana tak berani nak pandang belakang.
“Jalan-jalan cari barang dengan cikgu Ariana.” Selamba Cikgu Saufi menjawab.
“Oh. Cikgu Ariana pun ada? Tak perasaan pun...” Suara Akmal terasa menyindir. Perlahan-lahan Ariana memusingkan badan. Tak guna nak menyorok pun.
“Hai Akmal...” Ariana menegur takut-takut. Tak berani nak pandang muka Akmal. Rasa macam boleh nampak asap keluar dari telinga Akmal. Huhu.
“Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu...” Akmal terus berlalu dari situ. Ariana kaget dengan tindakan Akmal itu. Dia ingat Akmal akan hentak cikgu Saufi ke apa. Mujurlah Akmal boleh berfikiran rasional namun dia tetap takut untuk berhadapan dengan Akmal nanti. Macam manalah boleh terserempak dengan Akmal hari ni.
“Jom, kita pergi makan. Saya belanja...” suara Cikgu Saufi mengejutkan lamunan dia. Ariana akur sebelum mengekori Cikgu Saufi menuju ke restoran.

Ariana hanya menguis makanan yang masih berbaki banyak di dalam pinggannya itu. Tiba-tiba hilang selera makan apabila membayangkan apa yang terpaksa dia hadapi dengan Akmal nanti. Salah dia juga kerana tak bagitahu Akmal awal-awal. Tapi perlu ke dia bagitahu semua perkara kepada Akmal? Walaupun mungkin Akmal menganggap dirinya milik lelaki itu, namun dia tak rasa pun macam tu. Tapi sedikit sebanyak ada juga rasa bersalah timbul dalam hatinya. Ariana mengeluh perlahan tanpa sedar.
“Kenapa ni? Macam ada masalah besar je...”
Ariana mengangkat kepala. Senyum tawar dihadiahkan kepada cikgu Saufi.
“Taklah. Cuma penat je...” Spontan dia memberikan alasan. Lagi pun memang dia penat pun. Penat mental dan fizikal.
“Maaflah kalau saya menyusahkan awak...”
“Taklah. Cikgu jangan salah faham...”
“Ariana...”
Ariana memandang wajah cikgu Saufi. Lain macam je ni.
“Awak, dah ada teman lelaki?”
Bulat mata Ariana merenung wajah cikgu Saufi di hadapan.
“Err, kenapa cikgu tanya macam tu?”
“Hmm, sajalah nak tahu. Mana tahu kalau-kalau saya masih ada peluang...”
Ariana menggigit bibir. Cuma memahami maksud sebenar disebalik kata-kata cikgu Saufi itu.
“Ehemm. Saya..err..saya. Eh, siapa nama sepupu cikgu tu?” Ariana cepat-cepat menukar tajuk. Tak selesa nak cerita hal peribadi dengan cikgu Saufi. Cikgu Saufi mengeluh perlahan.
“Nama dia Zarina. Bakal tunang tak jadi.”
“Hah?” Ariana terkejut. Bukan ke tadi cikgu Saufi ni cakap sepupu dia?
Cikgu Saufi ketawa lucu membuatkan Ariana termalu sendiri.
“Err, tadi cikgu cakap wedding sepupu, kenapa tunang tak jadi pulak?”
“Hmmm, sepatutnya dia bertunang dan kawin dengan saya. Tapi saya tolak. Family yang beriya-iya nak jodohkan kami.”
Ternganga Ariana mendengar kata-kata Cikgu Saufi itu.
“Kenapa cikgu tolak?” Ariana ingin tahu. Cerita panas ni.
“Sebab saya tak cintakan dia.” Mudah Cikgu Saufi menjawab.
“Ohh. Habis tu, dia macam mana?”
“Dia sedih juga.”
“Kenapa?”
Cikgu Saufi mengangkat bahu.
“Entahlah. Dengar cerita, dia sukakan saya...”
Ariana terdiam seketika.
“Kenapa cikgu tak cintakan dia?”
Cikgu Saufi hanya tersenyum sehingga membuatkan Ariana sedar yang dia dah tanya soalan bodoh.
“Cinta ni, bukan boleh dipaksa-paksa. Dia datang sendiri. Kadang-kala kita tak sedar pun perasaan itu hadir dalam diri.”
Ariana terdiam. Serta merta dia terbayangkan wajah Akmal.
“Jadi, cikgu tolak  rancangan perkahwinan tu sebab cikgu tak ada perasaan pada dia? Bukan ke cikgu cakap cinta tu datang sendiri? Mana tahu kalau cikgu terima dia, perasaan itu akan hadir...”
Cikgu Saufi tersenyum lagi. Ariana terdiam. Entah apalah yang tak kena dengan diri dia sampai boleh nak nasihat soal cinta macam tu pada cikgu Saufi. Adakah dia nak bagitahu pada cikgu Saufi yang dia pun sedang menghadapi situasi yang sama dengan Akmal? Menerima Akmal tanpa rasa cinta dan berharap perasaan itu akan datang sendiri?
“Saya tak nak sakitkan hati dia...”
“Maksudnya?”
Cikgu Saufi menarik nafas panjang.
“Saya sukakan orang lain...”
Bulat mata Ariana memandang wajah cikgu Saufi. Cerita makin panas ni.
“Siapa?” Tanya Ariana ingin tahu.
“Awak rasa?”
Ariana mengerutkan dahi. Cis, main rasa-rasa pulak.
“Mana saya tahu. Ala, bagi tahu jelah...”
Cikgu Saufi tersenyum lagi.
“Kalau saya cakap orang yang saya cakap tu, sekarang sedang duduk di hadapan saya ni, macam mana?”
Ariana mengambil masa sepuluh saat untuk memahami maksud kata-kata Cikgu Saufi. Dia memandang ke belakang, seolah-olah mencari siapakah orang yang dimaksudkan oleh cikgu Saufi itu.
“Errr, cikgu tak maksudkan saya, kan?” Ariana bertanya tersekat-sekat. Cikgu Saufi hanya tersenyum penuh makna. Ariana telan air liur. Terasa peluh menitik di dahi. Jantung dah kembali berdebar.
“Ariana....”
“Errr, cikgu. Jom balik. Saya dah janji dengan Suzi nak tolong dia kemas rumah...” Ariana mengelabah sampai cakap pun tak fikir panjang. Cikgu Saufi terkejut namun akhirnya akur. Dia bangun lalu membayar harga makanan tersebut. Ariana menarik nafas panjang. Memang menyesal betul keluar dengan cikgu Saufi ni.
Setelaha membuat bayaran, mereka berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta. Ariana cuba mengelak dari berada berdekatan dengan cikgu Saufi. Rasa macam nak balik sendiri je. Tak sanggup nak berlama-lama dengan cikgu Saufi.
“Jahanam!”
Spontan Ariana memandang ke depan. Dia melihat cikgu Saufi membelek tayar hadapan tempat pemandu. Ariana mendekati cikgu Saufi.
“Kenapa?”
Cikgu Saufi tidak menjawab. Muka lelaki itu kelihatan  berang menahan marah. Ariana memandang ke arah tayar hadapan tempat pemandu itu. Mata hampir terbeliak. Tayar kereta itu telah kempis disebabkan oleh lubang yang seperti ditoreh dengan pisau. Ariana mengetap bibir.
“Akmalll!” Ariana mengumam geram.
p/s: TO BE CONTINUED.