RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 8, 2014

Teaser : Cerpen MURIDKU SUAMI AKU.


Teaser : Cerpen MURIDKU SUAMI AKU.

Assalamualaikum, entah kenapa tetiba rasa tergerak hati nak tulis cerpen pasal MSA ni. mungkin mood nak menulis tu dah tak berapa nak ada. dengan kerja berlambak2 sampai aku tak ada masa nak menulis. oh ya cerita berikan peluang kedua ( TAJUK BARU : Andy Hilton VS Mr. MPP) akan terbit bulan depan tapi akan ada di pesta buku minggu kedua. insyaAllah aku akan ke pesta buku nanti. tarikhnya tunggu FP umum secara rasmi.
berbalik kepada tujuan asal, aku tergerak hati nak menulis cerita smabungan MSA ni sebab macam nak bagi hadiahlah pada pembaca yang masih setia menyokong aku. insyaAllah aku akan publish semua cerpen ni bila dah siap sepenuhnya. bila tarikh tu? insyaAllah dalam masa terdekat. tajuk cerpen tu nampak macam sama dengan tajuk novel tapi lain maksudnya. sebab? kalau tajuk novel, ada tanda soal, bermaksud adakah betul murid dia tu akan jadi suami dia atau tidak. tapi tajuk cerpen ni sah2lah akan cerita lepas diorang kahwin kan. dalam novel tak banyak sangat cerita pasal lepas kahwin. ada pembaca yang luah rasa kecewa sebab katanya ingat banyak cerita lepas kahwin. kuang.

nak cerita selepas kahwin ni agak susah jugak sebab rata-rata aku rasa semua pembaca nak tahu apa yang jadi dengan diorang. mesti kena ada unsur2 sweet terlebih gula kan dan aku kena tapis betul2 ayat tu takut  jadi lain kahkah. susah tuuuuu. apa-apa pun aku akan cuba buat yang terbaik. but don't expect too much okey. nanti korang kecewa jangan marah nohhh.Jadi sini aku letak teaser dulu. sekarang ni aku tak boleh lagi nak sambung sebab sibuk gila dengan benda lain kat pejabat ni dan tengah sibuk jugak siapkan gift untuk pengunjuk PBAKL tu nanti. so kalau nak gift dari aku, datang tau lepas tu beli novel aku muahahaha.

so *drum roll* terimalahhhh. TADA!!


Degum.
Ariana menjeling ke arah cermin sambil tangan menyikat rambutnya yang sudah panjang sampai ke pinggang itu. Mata tidak lari dari memerhatikan Akmal yang bertuala dari balik cermin di meja solek yang terletak di hadapan matanya itu.
Akmal membuka pintu almari dan mengeluarkan sepasang baju tidur berwarna coklat sebelum pintu almari di tutup kembali. Ariana yang masih menyikat rambutnya itu, tetap menjeling ke arah Akmal melalui cermin di hadapannya.
“Tahulah abang tengah seksi sekarang. Jangan jeling-jeling  mengoda macam tu. Tak tahan tau...”
Spontan Ariana melarikan pandangan ketika Akmal memandang ke arahnya melalui cermin di meja solek itu. Sikat diletakkan di atas meja sebelum tangan mencapai botol losyen yang terletak di hujung meja soleknya itu.
“Hmmm. Wanginya isteri abang...” Akmal berbisik lembut ditelinganya sambil memeluk tubuhnya dari belakang. Ariana menggigit bibir. jantung mula terasa berdebar. Hampir lima tahun berkahwin dengan Akmal, namun debaran tetap terasa setiap kali si suami itu mengucap kata-kata romantik dan mengodanya seperti itu.
“Hmmmm...”
“Errr abang...” Ariana cuba mengelak apabila Akmal sudah mula mencium lehernya itu.
“Kenapa?” Tanya Akmal perlahan. Rambut Ariana yang terjuntai di dahi itu ditolak ke belakang telinga.
“Sebenarnya...errr...hari ni...”
“Hari ni? kenapa dengan hari ni?” Tanya Akmal lagi. tangan Akmal mula menjadi nakal apabila riben yang terlilit di dada Ariana itu, ditarik perlahan.
“Errr....kejap...” Laju Ariana memegang tangan Akmal. Akmal memandang ke arah Ariana dengan dahi berkerut.
“Kenapa ni? abang ada buat salah ke?”
Laju Ariana mengeleng.
“Bukan. Errr...sebenarnya..hari ni..errr..tak boleh” Jawab Ariana sambil tunduk merenung karpet di lantai.
“Kenapa tak boleh?” Tanya Akmal seolah-olah tidak berpuas hati. Ariana menelan air liur. Janganlah perangai samseng Akmal zaman tok kaduk tu datang balik.

 P/S: haippppp.

16 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

Haipppp.....! Betuah punya bdk..! Suka bg citer tergantung mcm ni tau..! Aaaarrrggghhh....! Stress (style kang gary sebut)...... >.<

ME LadyV said...

Hehehe... Yong potong stim. Baru tgh syok baca. Novel taun lps dh khatam. Ni nk baca cerpen plak ;)

Nana Nn said...

Alahaiiiiiii baru amek mood
dh kna cutttt

Kasi yg penuh yunk...
mcm bess jer....
hihihi

norma yusof said...

Bestnya...rindu kat akmal lebih..hahahhaha...

Eit@ mohamad said...

Hahaha mmg sajer nk bgi kencing manis ni

Cahaya said...

hahahahaha. sajelah...kikikiki..lariksssss.

Anonymous said...

Bg yg full...x sbarnye nk BCE...
Rindu dh ko akmál n ariana...:)
:: illa ::

Cahaya said...

illa>> yang full tak siap lagi yunk. insyaAllah akan publish semua nanti coz cerpen ni memang tulis untuk letak kat blog.

noorliyana Shamsuddin said...

Eeeeeeee...... bukak balik buku ambil mood... ambil mood...

luahan hati said...

Rindunya kt akmal..x sabar nk tgu cerpan yg penuh..

Cahaya said...

luahan hati>>bakpelah rindu kat akmal yang macam samseng tu haha.

kamilah said...

gemar bebeno tergantung, cepatlah.....nak cerpen penuh..huhuhu

Cahaya said...

kamilah>>kehkeh..sabar2 yunk. dah siap nanti sy publish eh...

Mohd Zuhri said...

baru nak amik mood, MSA dah lama baca, kang ulang balik nnti heeh, cepatlah updated, tk sbo! msuk kaca tv lgi melompat..!

Cahaya said...

mohd zuhri>>boleh tgk entri baru dah keluar part 1.

Ahmad Yusni Yusof said...

Bila nk dramakan pula hehehe

Post a Comment