RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 12, 2014

Copy Cat.

Assalamualaikum,
Hajat hati hari ni nak publish part 3 untuk cerpen tu sebab aku tak berhajat nak peram lama-lama  sampai jadi pekasam. nama pun lagi aku tulis untuk pembaca, so buat apa simpan lama-lama kan. tapi tetiba aku tergerak hati untuk search tajuk novel ni tiba-tiba...jengjengjeng. sila tengok gambar di bawah.




nampak tak? cerita Muridku Suami aku? dah jadi cerita KOREA wehhh. sian akmal dan ariana dah jadi nama orang Korea. yelah memanglah si Akmal tu muka macam Jerry Yan tapi Jerry yan tu orang Taiwan kuikuikui. nama sekolah pun jadi nama sekolah dalam Dream High eh. tu lagi satu mencemar nama cerita korea. dalam dream high hero dan heroin dia nama lainlah. tak baik tau tukar2 nama ni sesuka hati. kecik isi perut depa kalau tahu huhuhu.

pendapat aku pasal hal ni? entahlah. mixed feeling tapi aku rasa macam kelakar pulak. geng enam jahanam tu jadi kumpulan EXO. wakakaka. hensem wooo. hahahaha. sakit perut aku baca. semua sebijik tapi watak je dia tukar. cikgu suzi best friend ariana sejak zaman bila jadi pengetua? tak ke lawak macam tu?

 dan part paling lawak, katanya idea ni fresh dari otak bila ada commenter tanya ni macam novel MSA. tapi si penulis ni menafikan dan kata ini idea bersama dia dan kawan dia. hebatlah dik.( pic nombor 3) fikiran kita sama! atau adik maksudkan akak ni kawan adik tu ke? hahaha. 



p/s: jangan risau. aku akan terus update di blog juga. berani kerana benar. cuma janganlah cerita yang belum terbit tu diorang pergi terbit dulu sebelum tuan punya cerita. sedih tau macam tu. bukan senang nak tulis sebuah cerita walaupun cerita tu tak best. banyak masa dan tenaga dan kesian juga pada syarikat penerbitan. banyak dah duit habis nak terbitkan buku-buku tu. so hormat hak cipta orang lain ya. semua benda yang diterbitkan atau dihasilakn secara betul dan mengikut prosedur merupakan harta intelek dan sebarang penerbitan semula dan mengaku hak sendiri tanpa kebenaran itu adalah salah di sisi undang-undang. kome nak fight dekat court pun takkan menang dik. jadi hasilkan cerita sendiri ya. best ke tak best ke tu semua belakang cerita. akak pun dulu memula buat cerita tahap sampah jugak. yang penting jangan berhenti. till then.

4 140 tukang karut:

Nvel Addct said...

Bengong! Dh xde keje len ke? Akak bru je tau Nurul. Hangin ni satu badan. Nurul pun tau msa tu is vy dear to me. Bila ada lak pihak len yg cuba nk ciplak... Mmg bikin gue panasssss...

Cahaya said...

nvel addct>> huuu tulah pasal. saya punya feeling pulak tak tau nak cerita. lately memang tengah hot citer pasal ciplak cerita ni tapi sy tak pernh sangka benda ni akan kena dekat sy. aduiii sabar jelah. dahlah copy bulat2 pastu claime cakap fresh dari otak. adushh.

Anonymous said...

Eee menyampah nye ngan org camni.. Klau nak ciplak tu mintak lh izin dulu... Ni x dh tu lpas ciplak org punye x nk ngaku.. Ayat serupa plk tu.. Ni kat aff heh??

Anonymous said...

Dah lah ciplak hasil krje org lain lps tu x nk mengaku plak...dasar parasit..bt malu kaum jee..

Post a Comment